Review
Feb 7, 2018, 4:25pm

7 Resepi Sambal Pelengkap Masakan


Pedas tetapi sedap. Itulah ungkapan yang sering keluar ketika menikmati sambal. Masakan tradisi Melayu yang kekal menambat selera semua ini unggul dalam senarai menu paling digemari. Sambal merupakan makanan sampingan yang sememangnya membangkitkan selera apabila makan dengan nasi putih, ulam-ulaman dan sebagainya. Rasa pedas yang ada pada sambal itulah yang menyedapkan sesuatu makanan.

7 resepi sambal pelengkap masakan

Tidak lengkap selera seseorang jika tiada sambal dalam menunya. Bukan senang nak membuat sambal yang sedap. Ianya memerlukan bahan dan cara masakan yang betul barulah jadi sambalnya. Jika anda peminat sambal, berikut merupakan 7 jenis sambal yang paling popular dalam masyarat :

Resepi Sambal Kicap Cili Potong

resepi sambal kicap pelengkap masakan

Bahan – Bahan:
Cili padi dipotong
Bawang merah dimayang
Kicap manis
Asam limau kasturi @ limau nipis

Cara Penyediaan:
1. Campurkan kicap dgn semua bahan – bahan.
2. Perahkan asam limau.

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai + Tempoyak

resepi sambal petai tempoyak pelengkap masakan

Bahan – Bahan:
2 cawan ikan bilis
1 cawan petai
1/2 cawan tempoyak
2 labu bawang besar dimayang
20 biji cili api*
4 ulas bwag putih* ( bahan bertanda * ditumbuk hancur)
Sedikit garam dan gula

Cara Penyediaan:
1. Goreng ikan bilis dan petai sehingga garing dan ketepikan.
2. Tumis cili dan bwg putih yang telah ditumbuk.
3. Masukkan tempoyak.
4. Kemudian rasakan garam dan gulanya.
5. Masukkan ikn bilis dan petai yg telah digoreng tadi.
6. 
Akhir sekali masukkan bawang.

Resepi Sambal Belacan

resepi sambal belacan pelengkap masakan

Bahan – Bahan:
2 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi
Sebesar ibu jari belacan
1 sudu kecil garam halus
2 biji limau kasturi untuk perahan
Sedikit gula

Cara Penyediaan:
1. Boleh nak tumbuk atau masuk dalam blender kering.
2. Tumbuk dulu cili merah dan belacan.
3. Kemudian baru masuk dan tumbuk kasar cili padi supaya sambal kita nampak warna hijau.
4. Masukkan garam, air perahan limau dan sedikit gula.
5. Akhir sekali, hiriskan nipis nipis kulit limau kasturi dan masukkan dalam sambal.
6. Siap untuk dihidangkan dengan ulam ulaman.

Resepi Sambal Kering Ikan Bilis Cili Padi

resepi sambal kering ikan bilis cili padi

Bahan – Bahan:
Ikan bilis 2 cawan
Cili padi 30 biji
Bawang putih 6 ulas
Bawang merah 12 ulas
Sedikit gula dan garam

Cara Penyediaan:
1. Semua bahan diatas ditumbuk kasar.
2. Goreng dalam minyak yang panas sehingga garing.
3. Rasakan garam dan gulanya.

Resepi Sambal Ayam Penyet

resepi sambal ayam penyet

Bahan – Bahan:
10 tangkai cili merah hidup
10 biji cili padi (nak pedas lebih kan 3 biji pun ok)
3 biji tomato saiz sederhana – dibelah 4
10 ulas bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
2 genggam ikan bilis
Sedikit garam, gula dan serbuk perisa (jika suka)
1 biji limau kasturi – untuk diperah dalam sambal penyet nanti
Sedikit minyak

Cara Penyediaan:
1. Potong kasar bawang, bawang putih, lada, cili padi dan goreng di atas kuali sehingga bahan bahan layu.
2. Masukkan tomato dan kacau sehingga semua bahan bahan empuk.
3. Di dalam mangkuk atau lesung batu, lenyekkan semua bahan sehingga agak hancur. (kalau malas sangat, bolehlah blendkan, tapi jangan sampai jadi puri. Biar kasar kasar sikit, ataupun boleh gunakan food processor.
4. Kembalikan bahan yang telah di lenyek ke dalam kuali dan masukkan gula merah, garam dan ikan bilis tumbuk lalu digoreng semula sehingga naik aromanya.
5. Perahkan jus limau purut dan gaul rata.
6. Tutup api, masukkan hirisan limau purut kemudian gaulkan dan sedia untuk di hidang.

Resepi Sambal Hijau Ikan Bilis

resepi sambal hijau ikan bilis

Bahan – Bahan:
6-7 biji cili hijau, potong kecil
1/2 cawan cili padi hijau
1/2 inci belacan
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras, hiris
1 camca teh pes pekat asam jawa
1 genggam ikan bilis tamban, dibersihkan dan direndam
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, buah keras dan belacan hingga lumat.
2. Masukkan cili padi dan cili hijau, kemudian kisar tapi jangan sampai halus sangat, kasi dia lumat saja. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis no.1 tadi dengan api kecil, kacau sentiasa hingga terbit minyak.
4. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
5. Masukkan ikan bilis tamban (toskan), gaul rata dan masak hingga sambal pekat.
6. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
7. Hidangkan bersama nasi hangat.

Resepi Sambal Telur

resepi sambal telur

Bahan – Bahan:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar – hiris
4 sudu besar cili kering kisar
Sedikit belacan
Garam
Gula
Air asam jawa
Telur – rebus, kupas & goreng

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi. Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing.
3. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.
4. Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.
5. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris.
6. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
7. Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.

Sambaleena Sambal Tumis Segera Pelengkap Masakan

Dalam dunia tanpa sempadan pada masa kini, pelbagai isu dan cabaran perlu dihadapi usahawan demi mencapai kejayaan. Seiring dengan itu, usahawan perlu membudayakan kreativiti dan inovasi dalam model perniagaan mereka agar produk yang dihasilkan sentiasa melalui pembaharuan dan perubahan. Oleh itu, terciptalah sambaleena yang mempunyai 3 rasa sambal yang paling popular iaitu sambal Ijo, sambal penyet dan juga sambal ketuk yang pasti menambat selera pencinta sambal. Sambal lain juga ada dipasarkan seperti sambal tumis segera, acar ikan masin dan sambal hitam.

sambal segera sambaleena pelengkap masakan

Sambaleena Menu Wajib Sambal Di Mana Sahaja Anda Berada

Bagi penggemar makanan pedas, sambal antara menu wajib yang dihidangkan bersama nasi panas, mahupun dimakan bersama roti, atau lempeng. Bermula dengan sambal belacan, sambal merah dan sambal hitam, kini resepi sambal mula dikomersialkan. Menariknya, sambal ini bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, tetapi ia juga boleh dijadikan pes masakan, memudahkan golongan wanita menyediakan hidangan untuk keluarga.

sambal segera sambaleena perlu sentiasa ada

Sambaleena Makanan Tambahan Dalam Masakan

Lebih menarik lagi, produk keluaran sambaleena juga boleh diolah dalam pelbagai bentuk masakan lain mengikut cita rasa pengguna. Sambal keluaran sambaleena boleh dijadikan sebagai pes untuk memasak nasi goreng, dicampur ke dalam resepi masak lemak cili api, lauk goreng berlada, ikan bakar dan pelbagai lagi.

sambaleena mesti dapatkan segera

Sambaleena Tidak Mudah Basi Dan Tahan Lama

Apa yang lebih penting, produk sambaleena sangat berkualiti bukan sahaja dari segi isi kandungan, malah pembungkusannya. Hal ini kerana pelbagai standard dan piawaian telah dipenuhi sepanjang proses pembuatannya. Oleh hal sedemikian, Sambaleena boleh disimpan lama sehingga 2 tahun jika belum dibuka. Selepas dibuka, simpan didalam peti sejuk untuk mengekalkan sambal jadi lebih lama bertahan.

sambaleena tidak mudah basi

Sambaleena Boleh Dimakan Di Mana Sahaja Anda Berada

Tidak perlu rungsing jika anda seorang yang sibuk bekerja hingga tiada masak untuk memasak terutamanya jika anda seorang wanita bekerjaya. Dengan adanya sambaleena ini ianya mudah untuk dihidangkan dengan pelbagai menu seperti roti, makan dengan nasi putih, atau sebagainya dengan begitu sahaja. Bawa ke tempat kerja juga tiada masalah kerana packagingnya mudah dibawa. Waktu tengah hari makan sahaja sambaleena bersama menu lain. Kepedasan rasa sambaleena pasti membuatkan selera makan anda bertambah.

sambaleena pasti terangkat

Bagaimana Untuk Dapatkan Produk Sambaleena

  • Rangkaian Az-Zain yang aktif sekitar lembah Klang.
  • Rangkaian Halal Mart sekitar lembah klang.
  • Rangkaian Petronas terpilih.
  • Stokis dan agen yang dilantik.
  • Pembelian atas talian.

rangkaian kedai az-zain

Sambaleena Memenuhi Citarasa Masyarakat

Sesuai dengan selera tidak kira bangsa terutama orang melayu, sambaleena begitu memenuhi citarasa masyarakat yang suka akan kelazatan sambalnya yang memang memukau. Jika dahulu kita perlu membuat pelbagai jenis sambal baru dapat menikmati sambal, sekarang dengan adanya sambaleena tidak perlu lagi bersusah payah. Hanya pilih sambal dan nikmati mengikut menu selera anda.

sambaleen sangat enak dimakan

Testimoni Pelanggan Yang Telah Jatuh Cinta Dengan Sambaleena

testimoni pengguna sambal sambaleena yang power (1) testimoni pengguna sambal sambaleena yang power (2) testimoni pengguna sambal sambaleena yang power (3) testimoni pengguna sambal sambaleena yang power (4) testimoni pengguna sambal sambaleena yang power (5)

Dapatkan Segera Sambaleena – Sambal Pelengkap Masakan SEKARANG!

Dah baca testimoni mesti rasa membuak – buak nak beli kan? Rasa sambal yang sedap, lazat dan memikat dan sangat POWER! Ok, kalau nak tahu kat mana nak dapatkan Sambaleena, boleh order sekarang secara atas talian atau menghubungi melalui WhatsApp, Facebook dan Instagram untuk mendapatkan agen terdekat.

logo sambaleen sambal mabeles

 

Jom Order Sambaleena SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Order Sambaleena SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Order Sambaleena SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: