Review
Mar 11, 2019, 4:38pm

7 Cara Kuruskan Badan Dan Bakar Lemak Dengan Cepat


  •  
  •  
  •  
  •  

Tubuh badan yang langsing sememangnya menjadi idaman ramai orang kerana ia akan meningkatkan keyakinan anda untuk berhadapan dengan orang ramai dan juga bebas untuk mengenakan apa sahaja pakaian. Jadi, ramai yang cuba untuk menguruskan badan dengan pelbagai jenis diet dan senaman agar tubuh badan yang langsing dapat dicapai dalam masa yang singkat. Oleh itu, ramai juga yang mencipta produk untuk menguruskan badan yang banyak dijual di pasaran sekarang.

Cara Kuruskan Badan Dengan Minuman Yang Sedap 4

Namun, anda perlu bijak dalam memilih produk yang dijual di pasaran kerana tidak semua boleh membantu anda untuk kurus dengan sihat dan cepat. Anda perlu berhati – hati dan sentiasa menyemak kandungan yang berada di dalam produk kurus tersebut. Selain dari menggunakan produk untuk kurus, anda juga boleh melihat dan mengamalkan tips untuk mengurangkan berat badan seperti di bawah agar anda boleh mendapatkan tubuh badan idaman anda dengan lebih mudah.

Cara Kuruskan Badan 5

Tips untuk Menguruskan Badan Dengan Cepat

  • Minum Air Secukupnya

Air adalah penting untuk kulit dan juga tubuh badan kerana air dapat melancarkan perjalanan organ dan sel – sel kulit. Air dapat membantu sistem penghadaman kita dengan lancar dan sekaligus membolehkan anda mengurangkan berat badan dan mendapatkan tubuh badan yang diingini. Namun, anda perlu meminum air mengikut jumlah yang disyorkan untuk tubuh badan anda. Contohnya, orang yang mempunyai berat 70kg hanya perlu meminum 1.75 liter air satu hari.

Cara Kuruskan Badan Dengan Pantas 3
  • Lebihkan Serat dan Protein di Dalam Makanan

Serat dan protein boleh didapati di dalam sayur – sayuran, buah – buahan dan juga daging seperti ayam dan juga daging lembu. Serat dan protein membantu kita membina otot dan juga melancarkan sistem pencernaan tubuh badan kita agar pembuangan toksik sentiasa berlaku. Selain itu, serat juga akan menambahkan kadar air di dalam tubuh badan anda agar ia sentiasa terhidrasi dan organ dalaman kita boleh  menjalankan proses di dalam tubuh badan kita dengan mudah.

Cara Kuruskan Badan 3
  • Kenali Tubuh Badan Anda

Anda perlu mengetahui jenis tubuh badan anda sebelum anda meneruskan diet dan juga senaman untuk menurunkan berat badan anda. Kira BMI anda dan tentukan makanan yang membolehkan sistem pencernaan anda berfungsi dengan lancar dan cari jenis senaman yang anda mahukan dari segi tujuan anda untuk melakukan senaman tersebut seperti kardio ataupun HIIT. Dengan senaman yang betul, proses pembakaran kalori akan terjadi dengan lebih cepat dan anda akan kurus dalam masa yang singkat.

Cara Kuruskan Badan Dengan Pantas 7
  • Ambil Sarapan Pagi

Ya, anda perlu makan sarapan pagi untuk menguruskan badan anda. Sarapan yang dimaksudkan adalah dari jam 6 pagi – 8 pagi dan makanan yang diambil juga haruslah diawasi dari segi kalori dan kolestrol. Sarapan pagi akan membantu anda menjadi lebih cergas dan meningkatkan metabolisma tubuh badan anda untuk membakar kalori dengan lebih cepat. Seperti yang dikatakan, ambil sarapan seperti raja, makan tengahari seperti putera dan makan malam seperti orang miskin.

Cara Kuruskan Badan 1
  • Kenali Jumlah Kalori

Purata kalori yang diperlukan adalah 1000 – 1300 kcal setiap hari tetapi setiap orang adalah berbeza jadi anda perlu pandai mengira jumlah kalori anda sendiri. Lelaki boleh mengambil kalori yang lebih tinggi daripada wanita kerana tubuh badan lelaki boleh membakar lemak dan kalori dengan lebih mudah. Anda tidak boleh mengambil kalori lebih dari yang anda perlukan setiap hari kerana ia akan menyebabkan berat badan anda bertambah.

Cara Kuruskan Badan 6
  • Mengurangkan Pengambilan Gula

Gula merupakan musuh utama yang boleh menyumbang kepada penyakit diabetis tetapi tahukah anda bahawa ianya juga boleh menyebabkan anda menjadi obes? Anda perlu bermula untuk mengurangkan gula di dalam pengambilan makanan harian anda kerana kajian mengatakan bahawa pengambilan gula yang sedikit boleh membantu anda untuk mengawal tekanan darah dengan lebih baik. Kurangkan juga pengambilan minuman yang manis dan juga berkarbonat.

Cara Kuruskan Badan Dengan Mudah 6
  • Bersarapan Dengan Bijirin Oat

Bijirin oat mempunyai beta – glucan dan juga serat yang boleh menurunkan kolestrol jahat dan seterusnya mengurangkan berat badan anda dengan cepat. Bijrin oat boleh menyerap kolestrol – kolestrol tersebut dan membuangnya melalui sistem pencernaan. Ia juga boleh membentuk gel tebal seperti pasta yang boleh mengikat kolestrol di dalam usus dan seterusnya mencegah penyerapan ke dalam aliran darah. Anda hanya memerlukan 3 gram beta – glucan sehari iaitu semangkuk bijirin oat dan ianya mencukupi untuk menurunkan sehingga 10% kolestrol.

Cara Kuruskan Badan Dengan Mudah 1

Kuruskan Badan Dengan Cepat Bersama Kopi Ronggeng

Jika anda mahu menguruskan badan dengan mudah dan cepat, anda boleh mengamalkan kopi ronggeng. Ia merupakan minuman penjagaan diri yang bukan sahaja boleh membantu anda untuk mendapatkan kembali tubuh badan yang anda idamkan waktu zaman anak dara dahulu, malah ia juga boleh mengembalikan kesihatan anda dengan mengurangkan masalah penyakit kritikal yang dihidapi.

Cara Kuruskan Badan Dengan Pantas 2

Kopi Ronggeng ini dihasilkan daripada gabungan lima bahan mentah seperti kopi hijau, teh hijau, habatus sauda, halia dan daun pegaga. Jadi, ia boleh membantu anda untuk mengurangkan selera makan dan seterusnya membantu anda untuk mengawal berat badan untuk mendapatkan kembali berat badan ideal.

Cara Kuruskan Badan Dengan Minuman Yang Sedap 1

Kelebihan Kopi Ronggeng

Produk ini mempunyai pelbagai kelebihan yang anda boleh dapati sekiranya anda memasukkan Kopi Ronggeng sebagai diet harian anda. Tambahan pula dengan bahan – bahan asli yang tidak akan memberikan kesan sampingan kepada diri anda. Berikut adalah kelebihan buat para pengamal Kopi Ronggeng.

Cara Kuruskan Badan Dengan Pantas 1
  • Kaya Antioksidan

Kopi Ronggeng diperbuat dari bahan – bahan organik seperti kopi hijau. Kopi merupakan salah satu bahan yang kaya dengan anti oksidan yang boleh memberikan kelebihan kepada tubuh badan kita seperti pelawasan sistem pencernaan dan juga mencantikkan kulit wajah. Ia juga merupakan bahan yang penting untuk membakar lemak berlebihan di dalam tubuh badan anda.

Cara Kuruskan Badan Dengan Mudah 7
  • Meningkatkan Metabolisme

Metabolisme adalah salah satu fungsi di dalam tubuh badan untuk membakar lemak berlebihan di dalam tubuh badan kita. Metabolisme yang tinggi akan memudahkan anda untuk mencerna makanan dengan lebih baik. Dengan bahan yang berada di dalam Kopi Ronggeng, ia boleh membantu anda untuk meningkatkan metabolisme.

Cara Kuruskan Badan Dengan Pantas 5
  • Mengawal Rasa Lapar

Kopi Ronggeng boleh mengawal selera makan anda dan seterusnya boleh membuatkan anda untuk kurang makan dan menguruskan badan dengan berkesan. Secawan Kopi Ronggeng boleh mengenyangkan anda dan juga mengawal rasa lapar.

Cara Kuruskan Badan Dengan Mudah 5
  • Membantu Kurangkan Diabetes

Selain dari menguruskan badan, Kopi Ronggeng juga boleh mengurangkan masalah diabetes. Ia tidak menggunakan sebarang gula tambahan yang boleh membahayakan pesakit diabetes dan dalam masa yang sama ia boleh membantu mengawal paras gula di dalam tubuh badan.

Cara Kuruskan Badan Kos Efektif 3
  • Kurangkan Kolestrol

Para pesakit jantung juga akan menerima kelebihan sekiranya anda menggunakan Kopi Ronggeng sebagai diet harian anda. Hal ini kerana, Kopi Ronggeng berupaya untuk mengurangkan paras kolestrol yang berada di dalam tubuh badan anda. Sekiranya anda suka makan makanan yang tinggi paras kolestrol dan berminyak, sudah tiba masanya anda memotong kembali lemak tersebut dengan Kopi Ronggeng.

Cara Kuruskan Badan Dengan Minuman Yang Sedap 3
  • Mendetox

Salah satu fungsi Kopi Ronggeng juga adalah dengan mendetox tubuh badan anda. Bahan – bahan yang digunakan oleh Kopi Ronggeng boleh membuang toksin yang merbahaya di dalam tubuh anda serta mengembalikan kesihatan anda seperti dahulu. Pembuangan toksin ini juga penting sekiranya anda ingin menguruskan badan dengan berkesan.

Cara Kuruskan Badan Kos Efektif 2
  • Anti Penuaan

Kopi Ronggeng bukan sahaja boleh membuatkan tubuh badan anda kelihatan cantik dan ideal, ia juga boleh mengembalikan keremajaan kulit anda. Hal ini kerana, anti oksidan yang terdapat di dalam kopi merupakan salah satu elemen anti penuaan yang boleh mengurangkan masalah kulit seperti kedutan dan juga jeragat.

Cara Kuruskan Badan 2
  • Melembabkan Kulit

Anda tidak perlu lagi mencari pelembap untuk kulit wajah anda di luar sana kerana Kopi Ronggeng boleh membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lembab bukan sahaja di wajah, malah di seluruh tubuh badan. Anda pasti tidak akan mempunyai masalah kulit kering dan sensitif sekiranya anda mengamalkan kopi ini.

Cara Kuruskan Badan Dengan Pantas 4
  • Memperkuatkan Kulit rambut dan Kurangkan Kelemumur

Dalam membantu anda untuk mencantikkan tubuh badan dan kulit, Kopi Ronggeng juga berfungsi untuk menguatkan akar rambut anda agar rambut anda tidak mudah gugur dan juga memberikan sinar kepada rambut dengan bahan herba yang ada di dalam kopi ini. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan masalah kelemumur yang dihidapi oleh anda.

Cara Kuruskan Badan 4
  • Membaik Pulih Period

Adakah anda mempunyai masalah period yang disebabkan oleh hormon yang tidak stabil? Anda tidak keseorangan. Ramai wanita yang mengalami masalah ini disebabkan oleh berat badan yang tidak ideal. Apabila anda mengamalkan Kopi Ronggeng, anda boleh menguruskan badan dengan cepat dan seterusnya boleh menstabilkan hormon anda. Jadi, anda akan mempunyai kitaran haid yang normal semula.

Cara Kuruskan Badan Dengan Mudah 2
  • Menyingkirkan Angin Dalam Badan

Angin yang banyak di dalam tubuh badan akan membuatkan anda tidak selesa untuk melakukan kerja seharian. Ia akan menyukarkan anda sekiranya anda tidak dapat membuang angin tersebut. Dengan Kopi Ronggeng, anda boleh menyingkirkan angin di dalam badan dengan mudah. Sesiapa yang mempunyai masalah kembung perut pada waktu pagi juga boleh mengamalkan Kopi Ronggeng untuk mendapatkan perut yang lebih kempis.

Cara Kuruskan Badan Dengan Pantas 6
  • Atasi Sembelit

Sembelit adalah satu masalah yang besar bagi orang yang ingin menguruskan badan dengan cepat. Hal ini kerana, anda tidak dapat membuang toksin di dalam badan anda dengan mudah. Kopi Ronggeng dapat membantu anda untuk mengatasi masalah sembelit dan juga melancarkan sistem pencernaan. Bahan – bahan herba di dalam kopi ini adalah bahan yang amat berkesan untuk membantu anda membuang dengan lancar.

Cara Kuruskan Badan Dengan Mudah 4
  • Meningkatkan Kualiti dan Kuantiti Susu

Ibu yang sedang menyusu juga boleh mengamalkan Kopi Ronggeng kerana kopi ini boleh membantu ibu yang sedang menyusu dengan meningkatkan kualiti dan kuantiti susu. Ibu menyusu pasti akan lebih mudah untuk memberikan susu badan kepada bayi mereka dengan kuantiti susu yang cukup.

Cara Kuruskan Badan Dengan Mudah 3

Testimoni Pengguna Kopi Ronggeng

Berikut adalah testimoni positif yang ditinggalkan oleh para pengamal Kopi Ronggeng. Ramai yang jatuh cinta dengan keberkesanan kopi ini. Anda bila lagi?

Cara Kuruskan Badan Kos Efektif 1 Cara Kuruskan Badan Kos Efektif 5 Cara Kuruskan Badan Kos Efektif 4 Cara Kuruskan Badan Dengan Minuman Yang Sedap 2  

Kopi Ronggeng – Kuruskan Badan Dengan Berkesan Hotline : Tekan untuk telefon (01110522736) | Tekan untuk WhatsApp Website: http://kopironggeng.com/

Alamat: No. 64, Jalan Saujana 6, Taman Saujana Permai, Melaka.