Review
Jan 8, 2018, 4:03pm

7 Cara Atasi Anak Tidak Fokus Dalam Kelas


Kejayaan seorang insan yang bergelar anak merupakan impian setiap ibu bapa.  Tidak ada seorang pun ibu bapa di dunia ini yang ingin melihat kegagalan anaknya.  Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak dalam kehidupan seharian mereka.  Di sekolah pula, guru menjadi ibu bapa kepada pelajar-pelajar mereka.  Anak-anak perlu dibimbing dengan ilmu yang bermanfaat dan perlu diterapkan dengan sikap dan contoh yang baik.  Mereka umpama sehelai kain putih yang perlu dicorakkan.  Lalu, corak bagaimanakah akan guru lukiskan? Awas.  Harus diingatkan bahawa ibu bapa merupakan orang pertama yang mencorakkan dan membimbing anak-anak.  Guru adalah insan yang bertanggungjawab mengajar anak-anak dan membimbing mereka untuk menjadi seseorang yang berjaya kelak.

cara atasi anak tidak fokus 01

Langkah pertama untuk memastikan anak-anak berjaya adalah berdasarkan keputusan pelajaran di sekolahnya.   Justeru, ibu bapa dapat mengetahui dan mengukur sejauh mana kefahaman anak mereka terhadap sesuatu pelajaran.  Sesetengah keputusan anak-anak menunjukkan mereka memahami subjek yang diajarkan disekolah dan ada pula keputusan yang menunjukkan mereka tidak fokus sewaktu belajar.  Secara umumnya, jika kesalahan bagi soalan yang sukar dalam sesebuah peperiksaan berlaku, ianya mungkin disebabkan anak-anak tidak fokus semasa menjawab soalan. Tetapi sekiranya kesalahan bagi soalan yang amat mudah dijawab berlaku, 100% adalah disebabkan anak-anak benar-benar tidak memahami apa yang dipelajarinya.  Lebih tepat lagi adalah kerana anak-anak tidak fokus ketika belajar di dalam kelas.  

cara atasi anak tidak fokus 11

Terdapat banyak sebab mengapa anak-anak tidak fokus ketika belajar didalam kelas.  Antaranya adalah disebabkan faktor fizikal, mental dan emosi.  Faktor fizikal adalah seperti suasana tempat belajar diganggu oleh pencemaran bunyi seperti bunyi kenderaan, telefon, televisyen dan sebagainya manakala faktor mental pula berkait rapat dengan dalaman.  Anak-anak akan berasa bosan dan tepu sekiranya melakukan perkara yang sama setiap hari.  Bayangkan jika hari-hari dia ke sekolah dan mendengar apa yang diceloteh oleh gurunya, kemungkinan besar dia akan berasa sangat jemu.  Oleh itu, guru perlu menjadikan proses \pengajaran dan pembelajaran kreatif dan menarik supaya dapat diterima anak-anak.  Selain itu, gangguan emosi sering terjadi apabila perasaan mereka terganggu.  Faktornya adalah kemungkinan mereka dimarahi guru, dicabar rakan-rakan, dibandingkan antara satu sama lain dan macam-macam lagi.  Oleh itu, mereka tidak akan ada semangat dan mereka akan mudah hilang fokus ketika di dalam kelas.

Cara Atasi Anak Tidak Fokus Dalam Kelas

cara atasi anak tidak fokus 12

Terdapat banyak tips dan cara-cara atasi anak tidak fokus dalam kelas yang boleh dijadikan panduan dan contoh bagi para ibubapa diluar sana.  Ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini memandangkan ibu bapa dan guru merupakan ‘role model’ ataupun idola bagi anak-anak.

1. Kerjasama Dan Hubungan Antara Murid Dan Guru

 cara-atasi-anak-tidak-fokus-13

Cara atasi anak tidak fokus dalam kelas adalah dengan memperbaiki hubungan anak dengan guru.  Hubungan seorang guru dengan anak muridnya perlulah akrab dan terbuka.  Hal ini kerana apabila seorang anak mempunyai silaturrahim yang baik bersama guru, anak akan menimbulkan rasa minat dan akan menyenangi gurunya.  Justeru ia akan membuatkan anak memberi perhatian didalam kelas kerana anak akan mendengar cakap dan fokus kepada gurunya.  Selain itu, minat terhadap guru atau cara yang digunakan oleh guru dalam mengajar dapat mengatasi masalah anak yang tidak fokus dalam kelas.  Sebagai contoh, anak akan menganggap guru sebagai rakannya sekiranya dia menyukai dan bekerjasama dengan guru tersebut.  Justeru, adalah amat mudah  anak memberi perhatian ketika berada didalam kelas.

2. Komunikasi Dua Hala

cara atasi anak tidak fokus 14

Komunikasi dua hala amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.   Cara atasi anak tidak fokus dalam kelas juga adalah dengan menerapkan komunikasi dua hala di dalam kelas. Komunikasi dua hala bermaksud interaksi atau komunikasi daripada dua pihak iaitu disamping guru mengajar, anak perlulah berinteraksi untuk mengelakkan tidak fokus dan untuk lebih memahami sesuatu pelajaran tersebut.  Interaksi anak yang dimaksudkan adalah dari segi bertanya soalan, memberikan pendapat dan sesi soal jawab soalan.  Dengan adanya komunikasi dua hala, masalah tidak fokus dalam kelas dapat diatasi.  

3. Tunjukkan Sikap Positif

cara atasi anak tidak fokus 15

Cara atasi anak tidak fokus dalam kelas juga adalah dengan menerapkan sikap positif kepada anak.  Sikap positif yang dimaksudkan adalah seperti membuat kerja rumah dan kerja-kerja lain yang mempunyai kebaikan dan faedah.  Sikap positif menjanjikan ketenangan buat semua kerana mempunyai nilai-nilai murni dan nilai sivik.  Anak akan lebih cenderung mengikut apa yang ibubapa atau guru tunjukkan dan lakukan.  Sikap positif juga boleh ditonjolkan ketika berada di dalam kelas iaitu dengan cara memberikan sepenuh perhatian kepada guru yang tengah mengajar, mengangkat tangan untuk bertanya soalan, tidak bercakap ketika guru mengajar dan lain-lain lagi.

4. Penghargaan Dan Pujian

cara atasi anak tidak fokus 16

Psikologi menjelaskan bahawa 99% pelajar akan lebih cenderung untuk mengikuti dan memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran dikelas sekiranya usaha dan tindakan mereka dihargai. Penghargaan sangat penting untuk meraikan mereka yang berjaya.  Lebih jelas lagi, penghargaan juga amat penting untuk memotivasikan anak-anak dan meningkatkan usaha mereka dalam bidang pelajaran.  Memuji adalah salah satu jenis tanda penghargaan yang tidak perlukan apa-apa kos dan sepatutnya dilakukan sejak anak-anak masih kecil lagi.  Bukan anak-anak saja, malah anda dapat lihat sesebuah organisasi sentiasa memberi ganjaran atau penghargaan kepada pekerja-pekerja mereka.  Itu juga adalah untuk menaikkan semangat dan motivasi mereka dalam bekerja.  Sesebuah organisasi sering dilihat memberi latihan percuma kepada pekerja, menghadiahkan percutian ke luar negara dan sebagainya.  Contoh yang paling mudah untuk atasi anak tidak fokus didalam kelas adalah pihak guru boleh melakukan aktiviti bertanya soalan dan menghadiahkan makanan ringan atau coklat kepada anak-anak yang dapat jawab soalan tersebut.  Oleh itu, mereka akan memberi sepenuh perhatian dan fokus dalam kelas supaya dapat menjawab soalan yang disoal setiap hari.

5. Memberi Gambaran Dan Impian Kepada Anak

cara atasi anak tidak fokus 17

Ibu bapa dan guru bertanggungjawab sebagai penasihat dan pakar motivasi kepada anak-anak.  Fokus pada subjek pelajaran sahaja tidak mencukupi sekiranya tiada motivasi atau keyakinan diri bagi setiap pelajar.  Matlamat yang tidak jelas menjadikan cita-cita dan impian mereka akan kabur dan tidak dicapai.  Ibu bapa dan guru perlu membuka mata anak-anak dengan memberi gambaran, idea dan impian kepada mereka.  Gambaran besar yang jelas seperti menggambarkan cita-cita mereka setelah tamat belajar atau mendorong mereka untuk berfikir siapakah mereka pada 10 tahun yang akan datang dan bagaimanakah cara yang harus mereka lakukan untuk kecapinya.  Anak-anak yang diajar mata pelajaran sivik juga akan lebih memahami matlamat mereka kerana mereka telah diajar dan dibimbing untuk mengorak langkah perjalanan mereka sebagai suatu impian yang perlu dicatatkan supaya lebih mudah dan ingat.

6. Keadaan Tempat Atau Suasana Belajar Yang Selesa

cara atasi anak tidak fokus 18

Cara atasi anak tidak fokus dalam kelas juga adalah dengan memastikan keadaan tempat belajar anak sentiasa selesa.  Selesa bermaksud disenangi.  Tempat belajar perlulah sentiasa bersih, aman dan tiada gangguan masalah-masalah fizikal seperti lampu rosak menyebabkan terpaksa belajar dalam gelap, masalah gangguan bunyi dan sebagainya.  Peralatan yang digunakan seperti kerusi, meja dan lain-lain lagi haruslah berada dalam keadaan yang baik.  Sekiranya kerosakan berlaku, ia akan memberi kesan buruk kepada anak dan mengganggu pembelajarannya.  Cuba bayangkan, mereka tidak dapat fokus dalam kelas sekiranya kerusi rosak dan sentiasa bergoyang-goyang.  Sudah tentu anak lebih fokus kepada kerusi rosak yang diduduknya itu.  Oleh hal yang sedemikian, pihak guru perlulah menyemak semula peralatan-peralatan sekolah sebelum diberikan kepada pelajar.  Tidak cukup dengan itu, pihak guru juga perlu memastikan agar pelajar berasa selesa dengan rakan-rakan disebelah mereka.  Dewasa ini, gejala sosial seperti kes buli di kawasan sekolah banyak berlaku.  Kebanyakan daripada mereka yang terlibat menunjukkan keputusan yang sangat teruk dan membimbangkan.  Bagi mengelakkan hal demikian, anak-anak perlu dijauhkan dari gejala yang tidak sihat ini supaya mereka akan  fokus dalam kelas dan duduk belajar dalam keadaan yang selesa tanpa ada gangguan mental dan fizikal dari apa-apa unsur pun.

7. Berikan Nutrisi Yang Hebat

cara atasi anak tidak fokus 19

Walaupun tidak ada apa-apa gangguan fizikal kepada anak-anak, mereka masih kelihatan tidak fokus dalam kelas.  Puas ibu dan ayah memikirkan apakah jalan terbaik dan rahsia terbaik untuk mengatasi masalah anak tidak fokus dalam kelas.  Cara atasi anak tidak fokus dalam kelas juga adalah dengan memberikan nutrisi yang hebat dan diyakini.  Nutrisi yang hebat adalah supplement atau makanan tambahan yang berfungsi untuk mengembalikan fokus anak terhadap pelajaran, menjadikan anak lebih aktif untuk belajar, memberi tenaga sepanjang hari, memudahkan anak untuk menghafal dan memahami pelajaran dan lain-lain lagi.  Cara atasi anak tidak fokus ini jarang diguna pakai oleh masyarakat dulu kala.  Pada zaman era globalisasi yang moden ini, cara ini yang paling berkesan dan telah menjadi pilihan ramai ibu bapa kerana mereka yakin dan percaya bahawa pemakanan yang baik akan menjadikan kehidupan yang baik untuk anak-anak.  

Magic Multi Booster (MMB) Atasi Anak Tidak Fokus Dalam Kelas

cara atasi anak tidak fokus 02

MAGIC MULTI BOOSTER (MMB) mampu memberi tenaga kepada anak-anak sepanjang hari.  Apabila anak bertenaga, mereka akan lebih fokus dalam kelas dan mudah belajar.  Apa yang dipelajari akan mudah difahami, mudah diingati, malah mudah juga untuk mereka menghafal.  Biar betul?  Ya.  Guru dan ibu bapa juga akan terkejut mendapati mereka menjadi sangat kreatif dan mempunyai minda yang cerdik!  Hebat sekali kerana keyakinan mereka akan terserlah setelah mendapat khasiat Magic Multi Booster ini.  

Seronoknya jika melihat anak gembira dan bertenaga disekolah dan apabila pulang dari sekolah.  Jika badan lemah dan lesu, bagaimana hendak fokus dalam kelas?  Magic Multi Booster inilah yang membuatkan mereka berubah menjadi seorang yang sangat bertenaga dan aktif, justeru mereka akan lebih fokus didalam kelas.  Ibu bapa juga tidak perlu risau ketika di ambang peperiksaan anak-anak kerana Magic Multi Booster yang dihasilkan sepenuhnya daripada makanan sunnah ini mampu mengatasi masalah anak dalam pembelajaran.  Sewaktu minggu peperiksaan, pastikan anak-anak mendapat khasiat dan zat nutrisi yang secukup dengan makanan tambahan ini untuk memudahkan mereka menduduki peperiksaan dengan baik.

cara atasi anak tidak fokus 07

MMB ini juga merupakan produk satu keluarga dimana ia juga sesuai digunakan oleh ibu hamil kerana ia menaikkan hemoglobin (HB) dalam darah.  Kesannya sangat pantas! Minum-minum, HB terus naik. Ibu berpantang boleh meminumnya untuk menaikkan tenaga dan minum setiap hari selama 44 hari memberi kesan cantik dan sihat semula.  Disamping meningkatkan penghasilan susu ibu dengan lebih banyak, MMB juga memberi kesan kepada anak berusia 2 tahun ke atas sehigga dewasa kerana ia memberi tenaga dan menjadikan kesihatan yang optimum.  Fungsi MMB dalam memberi tenaga tidak dapat dinafikan lagi.  Ramai pekerja yang bekerja shift malam menjadikan MBB ini sebagai kewajipan mereka dalam kehidupan seharian untuk menjadikan diri mereka produktif.  

Testimoni Magic Multi Booster

cara atasi anak tidak fokus 01

“Anak saya semakin bijak & senang bangun dari tidur”

cara atasi anak tidak fokus 04cara atasi anak tidak fokus 03

Cara atasi anak tidak fokus dalam kelas adalah dengan mengamalkan MMB pada waktu pagi dan petang.  Larutan 1 sudu atau 2 sudu MBB didalam segelas air suam atau sejuk perlu diminum setiap hari.  Setelah minum, tenaga akan bertambah dan anak akan terus fokus mengenai apa yang dilakukannya.

Dapatkan Magic Multi Booster dari DSS Empire Hari Ini | Harga Cuma RM39 Sahaja

cara atasi anak tidak fokus 20

Cepat! Jangan tunggu lagi, bertindaklah sekarang untuk masa depan yang hebat dan gemilang! Produk hebat ini boleh didapati daripada agent dan stokis di Malaysia dengan harganya yang serendah RM39 sahaja.  Sangat berbaloi jika dibandingkan dengan manfaatnya yang hebat itu.  Untuk menjadi agen dan stokis, anda boleh hubungi 013-7097786.  Selain itu, anda boleh layari laman media sosial seperti berikut:

Jom Order Sebotol Magic Multi Booster SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Order Sebotol Magic Multi Booster SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Order Sebotol Magic Multi Booster SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: