7 Aneka Masakan Sedap Negeri Johor di Shah Alam

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Terletak di selatan semenanjung Malaysia, Johor Darul Ta’zim merupakan negeri kelima terbesar dalam Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Selain itu, negeri Johor juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara. Seperti negeri – negeri lain yang ada di Malaysia, masing-masing ada adat, makanan tradisional, budaya dan macam-macam lagi termasuk jugak negeri Johor yang kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisional yang jarang ada di negeri – negeri yang lain. Kalau bercerita tentang masakan, sudah tentu terdapat pelbagai masakan sedap di negeri Johor, betul tak Bangsa Johor ?

masakan sedap di negeri johor 06

Masakan dan hidangan di Johor kebanyakannya dipengaruhi dari Arab dan kepulauan-kepulauan Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu unik dan begitu sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia. Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik dini biasanya boleh didapati dan adakalanya anak Johor sendiri tidak mengenalinya.

#1 Nasi Briyani Gam Antara Masakan Sedap Negeri Johor

masakan sedap di negeri johor 08

Menurut sejarah, makanan ini telah diperkenalkan oleh pedagang Parsi kepada orang India dan Pakistan yang berhijrah ke Tanah Melayu. Nama hidangan ini berasal dari bahasa Parsi, bery?(n) yang berarti goreng atau panggang. Nasi Biryani, Briyani atau Biriani (Beriani) adalah hidangan berupa Nasi Basmati (beras) yang dimasak bersama rempah – rempah, sayuran, atau daging. Antara bahan lain yang digunakan ialah minyak sapi, cokmar, daun selasih, daun pudina, halia, bawang, safron, daging lembu, ayam, kambing, ikan dan udang. Di Malaysia, hidangan ini disebut dengan tambahan kata nasi (Nasi Briyani, Nasi Briani, Nasi Beriani atau Nasi Minyak). Ia disajikan bersama hidangan rendang, minuman sirap bandung terutama semasa majlis-majlis perkahwinan komuniti orang Melayu Islam. Makanan tradisi Johor ini terkenal di daerah Muar dan Batu Pahat, Johor.

#2 Tempe Goreng Juga Antara Masakan Sedap Negeri Johor

masakan sedap di negeri johor 07

Tempe adalah makanan yang berasaskan kacang soya yang popular dalam kalangan masyarakat Jawa di Johor. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.

Proses pembuatan tempe bermula dengan kacang soya mentah yang dilembutkan atau dihancurkan. Kemudian ditambahkan bersama cuka dan sejenis kulat yang dipanggil Rhizopus Oligosporus. Kacang soya tersebut kemudiannya diratakan dalam lapisan nipis dan dibiarkan selama 24 jam pada suhu sekitar 30°C (86°F). Makanan ini biasanya digoreng dan dihidangkan bersama sajian yang lain seperti Pecal ayam atau ikan bilis.

#3 Nasi Ambeng Masakan Sedap Negeri Johor

masakan sedap di negeri johor 10

Nasi Ambeng adalah hidangan khas masyarakat Jawa yang berupa nasi putih di dalam Tampah (Dulang), dilapik dengan daun pisang bersama lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauk tersebut ialah perkedel, ikan asin goreng, rempeyek, sambal goreng, telur rebus, tempe goreng, urap, mi atau bihun goreng, opor ayam, kerisik dan serunding kelapa, kuih muih serta buah-buahan. Nasi ini dimasukkan ke dalam acuan atau besen sebelum dihidangkan. Dengan ini, nasi akan kenyal dan tidak mudah bertabur. Suatu ketika dahulu, makanan tradisi ini dihidang bukan bertujuan untuk terus dimakan, sekadar dijamah sedikit. Selebihnya, akan dibahagi sama rata kepada empat bahagian untuk dibungkus dan dibawa pulang oleh tetamu. Ia bertujuan memohon keberkatan rezeki yang diperoleh. Nasi Ambeng lebih enak dimakan dengan menggunakan tangan berbanding menggunakan sudu dan garfu. Kebiasanya, makanan tradisi ini dihidangkan semasa kenduri-kendara seperti kenduri Tahlil dan majlis keramaian. Penyajian Nasi Ambeng merupakan simbol penyatuan, perpaduan, keharmonian serta kebahagiaan masyarakat setempat. Hidangan ini terkenal di negeri Johor

#4 Laksa Johor Antara Masakan Sedap Negeri Johor

masakan sedap di negeri johor 09

Laksa Johor merupakan  makanan tradisi yang berasaskan bahan seperti spaghetti, ikan parang bakar, hirisan timun, bawang besar, hirisan daun kesum, daun selasih, perahan limau kasturi, taugeh, kacang panjang, lobak masin dan sambal belacan. Manakala kuah laksa pula menggunakan bahan seperti ikan parang bakar, santan pekat, bawang dan rempah-ratus.  Keunikan dan perbezaan Laksa Johor dengan laksa negeri lain terletak pada penggunaan spaghetti dan

kepekatan kuahnya. Suatu ketika dahulu, orang Johor menggunakan tangan untuk memakan Laksa Johor kerana dikatakan lebih enak dan dihidangkan semasa musim perayaan dan majlis-majlis tertentu.

#5 Burasak Antara Makanan Kegemeran Negeri Johor

masakan sedap di negeri johor 12

Menurut sejarah, Buras atau Burasak merupakan makanan tradisi masyarakat Bugis yang mula bertapak di Tanah Melayu sejak kurun ke-16 dari Kepulauan Sulawesi, Indonesia. Ia dikatakan menjadi pilihan pedagang Bugis sebagai bekalan semasa pelayaran kerana makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lama. Sajian ini berasaskan beras, santan, sedikit garam sebagai penambah perasa, daun pisang sebagai pembalut dan diikat menggunakan tali raffia. Kini, makanan tradisi ini merupakan salah satu dari juadah semasa musim perayaan dan dimakan bersama hidangan yang lain seperti Rendang Ayam. Burasak terkenal di Johor

#6 Air Katira Merupakan Air Wajib Bagi Negeri Johor

masakan sedap di negeri johor 11

Air ini sememangnya begitu popular di Johor. Air Kathira ni ada ‘isi-isi’nya seperti biji selasih, katira, kembang semangkuk dan sebagainya. Keistimewaan air katira adalah ia hanya dijual pada bulan puasa dan tahukah anda, amalan itu kerana pemilik asal resipi minuman itu dari Johor mewasiatkannya sedemikian.

#7 Mee Bandung Johor Mesti Anda Tahu kan?

masakan sedap di negeri johor 14

Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor, Malaysia.[1] Perkataan ‘bandung’ di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti ‘berganda’ atau ‘berkembar’ atau ‘berpasangan’ di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti ‘Sirap Bandung’ untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun ‘Rumah Berbandung’ untuk rumah berkembar.

Bagi Mee Bandung pula ia adalah masakan gandingan mi dan telur sahaja pada ketika dahulu ia digelar sedemikian, di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering; sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran sekarang. Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai Mee Bandung Muar yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah adalah diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah

Restoran Bisik Bisik Menyajikan Pelbagai Masakan Sedap Negeri Johor di Shah Alam

masakan sedap di negeri johor 13

Restoran Bisik Bisik ( di bawah naungan Mariza Rezeki Enterprise ) telah mula beroperasi semenjak tahun 2010 di Seksyen 7, Shah Alam. Bagi anak jati Negeri Johor, disini tentu sekali anda dapat melepaskan kerinduan pada kampung halaman anda. Hal ini demikian kerana pemiliknya memang berasal dari sana. Makanan di Restoran Bisik Bisik di yakini 100 peratus halal dan sedap sehingga membuatkan anda terasa bahawa anda sedang berada di Negeri Johor. Antara menu yang popular ialah mee bandung udang galah, asam pedas, laksa Johor, mee rebus, kacang pol dan macam-macam lagi. Minuman istimewa rakyat negeri Johor juga turut dihidangkan di restoran ini seperti air katira dan ais sirap bandung. Restoran ini mudah dijumpai kerana Ia berdekatan dengan Unisel. Naik atas bukit melalui Jalan Zirkon anda akan nampak papan tanda restoran ini di kawasan medan selera.

Restoran Bisik Bisik Shah Alam Menyajikan Pelbagai Menu dan Harga Yang Berpatutan Semuanya Asli Dari Negeri Johor

masakan sedap di johor 28

Jangan anda risau tentang harga. Apa yang dapat simpulkan, makanan di Restoran Bisik Bisik Shah Alam menyajikan makanan yang begitu enak sehingga menjilat jari dan sangat berbaloi serta harga yang berpatutan. Masih tak percaya dengan harga di makanan di Restoran Bisik Bisik Shah Alam ini? Tidak mengapa, dibawah ini adalah senarai harga makanan yang paling popular di makanan di Restoran Bisik Bisik Shah Alam.

Nasi Kambing Beracun 

Makan kambing bakar beracunn sampai lupa hati sudah diracuni oleh bisik bisik. Kambing yg diperap dengan rempah ratus dan kuah black pepper yg supper sedap !!! Meh ramai-ramai dapatkan racunn yg ada di kambing bakar beracunn.

masakan sedap di negeri johor 26

Laksa Johor

masakan sedap di negeri johor 15

Nasi Goreng Kambing Bakar

masakan sedap di negeri johor 27

Nasi Ambeng Johor

masakan sedap di negeri johor 18

Char kuey tiow

Ada udang di atas udang. Char kuey tiow BB memang membuat korang terliur. Pilihan di tangan anda. Char kuey tiow udang galah A , udang yg segar dr sungai sabah

masakan sedap di negeri johor 19

Mee Bandung Udang Galah

masakan sedap di negeri johor 20

Restoran Bisik-Bisik di Shah Alam Yang Sangat Mesra Pelanggan

Ke arah mewujudkan suasana mesra pelanggan kepada pengunjung di Restoran Bisik Bisik melalui layanan dan perkhidmatan yang cekap. Restoran ini memberi dan memastikan semua aktiviti operasi sentiasa di tahap cemerlang dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti.

masakan sedap di negeri johor 21

Bagi memastikan perjalanan operasi restoran ini berjalan lancar, kakitangan disediakan terdiri daripada pengurus bahagian operasi, bahagian perkhidmatan, bahagian dapur dan kakitangan-kakitangan lain seperti pelayan lelaki dan wanita, chef, juruwang dan lain-lain. Restoran Bisik Bisik menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan (COD) di sekitar Seksyen 6/7/8/9 Shah Alam bagi pembelian RM10 dan keatas.

masakan sedap di negeri johor 22

Perkhidmatan Katering Di Restoran Bisik Bisik Juga Ada

Selain menyajikan pelbagai juadah makanan lazat pada pengunjung di Restoran Bisik – Bisik, Mereka juga menawarkan pakej katering sesuai dengan pelbagai jenis majlis sama ada kecil ataupun berskala sederhana besar. Tenaga kerja mereka yang terlatih serta berpengalaman pasti dapat merealisasikan pelbagai keperluan katering untuk majlis anda. Servis katering kami termasuklah bagi majlis:

  • Majlis perkahwinan, majlis tunang dan majlis akad nikah
  • Majlis Korporat
  • Majlis Rumah Terbuka
  • Majlis Hari Jadi

masakan sedap di negeri johor 23

Rata-rata Pelanggan Disini Menyukai Masakan Di Restoran Bisik Bisik

masakan sedap di negeri johor 24

Jep,Ajak,Shahrol dan Sharif dari kumpulan Zero

masakan sedap di negeri johor 25

Syed Arriq anak kepada aktres cantik Linda Rafar

masakan sedap di negeri johor 01

Pelakon Zoey Rahman dengan Bella Dally

masakan sedap di negeri johor 02

Diana Amir semasa shooting JJCM 2012 bersama peminatnya

masakan sedap di negeri johor 04

Orang luar negara mencuba masakan di Restoran Bisik Bisik

Jom Cuba Masakan Sedap Negeri Johor di Shah Alam Ini Sekarang!

Kedai Masakan Sedap Negeri Johor di Shah Alam

Restoran Bisik Bisik | Restoran Ala Johor di Shah Alam

Hotline:
Hotline 1: Tekan untuk telefon ( 017-7317803) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2: Tekan untuk telefon ( 011-13644485) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 3: Tekan untuk telefon ( 011-10666803) | Tekan untuk WhatsApp
Pejabat: Tekan untuk telefon (03-55243356)

Facebook : @seleraJohordiShahAlam
Instagram: @bisik_bisik
Website : http://www.bisikbisik.com.my

Alamat Restoran Bisik Bisik
Restoran Bisik Bisik (Shah Alam)
No. 9&10 Jalan Zirkon B7/B,, Kompleks Anjung 7,
Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi :
Dibuka Setiap Hari (Isnin hingga Ahad)
12:30 tengahari hingga 11:00 malam

Daftar Percuma Untuk Telegram Channel Prof Hariz

Sertai Group Telegram Prof Hariz untuk dapatkan update dan info terkini mengenai Digital Marketing.

LANGGAN SEKARANG