Kerjaya
Sep 14, 2017, 4:00am

5 Tips Lulus Exam Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera, Di sini saya ingin menerangkan 5 tips ringkas Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 berdasarkan pengalaman saya lulus pada kali pertama ketika menduduki peperiksaan exam online Kastam W41 suatu masa dahulu.

Saya kongsikan tips ini kerana saya bukan orang yang Genius tetapi saya telah berjaya menyusun beberapa strategi yang telah menyebabkan saya lulus Cemerlang dalam Exam ini disebalik kesibukan saya bekerja sebagai Jurutera di Kilang Flextronics (Bukit Minyak, P2). Tambahan pula saya langsung tidak sempat membaca atau study beberapa hari sebelum hari exam tersebut.

Berikut adalah tips-tips menjawab soalan dari saya sebagai rujukan tuan/puan untuk Pegawai Eksekutif Gred 41:

#Tips 1: Bersedia login 1 jam lebih awal sebelum memulakan exam online di depan komputer

Tips pertama ini adalah penting bagi setiap individu yang ingin memasuki portal laman web exam Pegawai Eksekutif Gred 41 atau peperiksaan kerajaan yang lain dengan selesa dan cepat. Hal ini kerana ketika sampai masa sebelum beberapa minit sebelum memulakan exam terdapat beribu-ribu (anggaran boleh mencecah ratusan ribu) trafik dari setiap komputer ingin masuk berpusu-pusu ke portal atau server peperiksaan SPA yang akan menyebabkan flooding visitor to client server (kebanjiran pelawat) yang sangat teruk.

Ini bergantung kepada nasib anda pada waktu itu sama ada Kerajaaan ada menaik taraf server-server atau website yang terlibat. Tetapi bagi saya, adalah lebih baik anda bersedia lebih awal untuk selamat.

Jika anda berlengah-lengah mahu login atau masuk ke dalam portal tersebut anda pasti akan mengalami pengalaman yang mengerikan iaitu Browser anda sama ada Chrome atau Internet Explorer anda boleh menjadi “Hang” atau berhenti berfungsi. Ini menyebabkan anda terlambat untuk memulakan sesi menjawab soalan pada masa yang ditetapkan. Sekaligus menyebabkan masa jadi pendek untuk anda menjawab semua soalan atau anda tidak dapat menjawab soalan pada sesi tersebut.

Sentiasa refresh browser anda beberapa minit sebelum memulakan exam bagi mendapat signal hijau bagi masa memulakan menjawab soalan exam.

#Tips 2: Skip soalan yang tidak mampu di jawab, jangan bazir masa

Jika anda tidak mampu atau tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan tepat, anda ragu-ragu dengan jawapan anda? Nah… inilah masa anda untuk skip soalan ke soalan yang berikut, tinggalkan soalan tersebut dengan segera. Keep in mind satu soalan anda boleh jawab dalam masa 2 minit atau 5 minit sahaja per soalan bergantung kepada masa yang diberikan ketika menjawab semua soalan.

Jangan bazir masa anda untuk satu soalan yang terlalu lama. Ia akan menyebabkan masa anda untuk menjawab soalan lain sangat terhad. Jesteru, ingatlah bahawa Masa adalah elemen terpenting dalam menjawab soalan  Exam Online Pegawai Eksekutif Gred 41!

Ada orang yang mendapat keputusan gagal menjawab soalan Exam Pegawai Eksekutif Gred 41 kerana Masa tidak cukup! Ya memang betul. Bukan kerana anda tidak pandai tapi oleh kerana masa yang tidak mencukupi untuk menjawap soalan.

Oleh itu, Saya tidak mahu anda menjadi mangsa kegagalan disebabkan oleh faktor Masa. Ingat “Masa adalah Emas” bak kata bidalan orang-orang tua Melayu terdahulu “masa adalah Pedang” bagi orang Arab dan “Time is Money” bak kata orang putih.

Anda boleh patah balik ke soalan-soalan yang ditinggalkan apabila anda telah habis menjawab semua soalan. Saya galakkan anda bahagi masa anda kepada 4 bahagian seperti berikut:

Masa Pertama: Jawab semua soalan yang tidak melibatkan pengiraan, tinggal soalan yang susah di jawab.

Masa Kedua: Buat soalan yang melibatkan Matematik dan Pengiraan.

Masa Ketiga: Patah balik ke soalan yang ditinggalkan- Usaha untuk jawab dengan cepat dan betul.

Masa Keempat: Masa Kecederaan. Buat semakan semua soalan telah dijawap.

#Tips 3: Guna Carian google dengan pantas

Bagi jawapan yang anda tidak yakin dan tidak tahu untuk menjawab saya syorkan anda membuat carian Google dengan pantas.

Mahu tahu cara teknik pantas mebuat carian Goole sambil menjawab soalan Kerajaan. Yerrr… saya lah antara orang yang telah menjawab hampir semua soalan peperiksaan dengan hanya menggunakan carian Google sahaja. Kemudian lulus.

Yalah mana sempat saya nak study tau baca balik mengenai Dasar-dasar kerajaan yang panjang lebar itu, Kuasa-kuasa eksekutif, Isu-Isu semasa, tak sempat baca Newspaper pun! Macam katak dibawah tempurung… asyik kerja sahaja… ish2… disebabkan saya sangat-sangat sibuk ketika bekerja suatu masa dahulu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Boss dan juga Client. Hmmmmmm…

Pertama, Anda harus tahu praktis cara switch Antara muka Windows dengan cepat. Oh ya versi Windows yang saya suggest ialah menggunakan Windows 7 kerana ianya konsisten dan laju.

Anda cuma perlu menekan butang Alt + Tab untuk switch antara Browser Laman Web Exam kerajaan Browser carian Google. Anda perlu asingkan browser untuk 2 laman web ini untuk tindakan yang pantas!

Boleh cuba sekarang Just tekan butang Alt + Tab.

Ya… ia kelihatan tips yang “Noob” tetapi bagi saya ianya sangat berkesan untuk carian google ynag pantas sambil menjawab soalan yang diberikan.

Kedua, dengan cepat dan pantas gunakan IQ anda dengan bijak, tentukan dengan cepat Keyword jawapan dan soalan yang anda mahu carikan.

Contoh; Seperti Keyword ini—> Dasar Penswastaan Negara, Sukan Sea 2017, Akta -Akta Parlimen, mungkin juga ” RUU 355″ dan sebagainya bergantung kepada jawapan yang diberikan.

Ketiga, Dengan cepat anda perlu memilih link-link yang anda rasakan yang mampu memberikan jawapan dengan tepat. Biasanya saya akan masuk laman web wikipedia atau pun laman web kerajaan untuk jawapan yang tepat.

Keempat, Mata anda perlu ligat dan pantas untuk melihat ke arah screen dan petikan jawapan dan hint yang betul.

Tetapi  tips ini hanya berkesan untuk soalan yang tidak melibatkan pengiraan Matematik melainkan jika anda ingin menyemak Formula-formula matematik dengan cepat! seperti Hukum Ohm, Statistik, Pencukaian, Insuran dan sebagainya.

Anda boleh Sediakan Pen dengan Kertas jika anda ingin mencatat  informasi yang anda dapat dari Google. Ingat! hanya perlu catit point yang penting sahaja kerana Masa itu sangat-sangat berharga! Tidak perlu catit dengan panjang lebar.

Mulakan latihan menggunakan tips carian google dari sekarang agar, anda biasa menggunakan tips ini dengan pantas dan berkesan untuk Exam Online Pegawai Eksekutif Gred 41.

#Tips 4: Banyakkan membaca untuk persediaan rapi

Tips ini adalah tips yang biasa di khabarkan oleh semua orang, Membaca adalah penting untuk persediaan yang mantap dan hebat. Bacalah apa pun mengenai informasi tentang kerajaan, isu-isu semasa.

Saya syorkan disini untuk membaca teks-teks ucapaan pemimpin kerajaan, anggota parlimen, dan juga sebagainya. Suratkhabar dan Teknologi terkini juga antara bidang yang suka ditanya dalam soalan Kerajaan. Banyakkan membaca buku-buku berkaitan kerajaan sepert ” Malaysia Kita”, Sejarah Malaysia, Perlembagaan Negara dan Perkara yang berkait rapat dengan kerajaan dan juga negara kita.

Dengan membaca anda tidak rugi kerana anda menggarap ilmu yang boleh diguna pakai ketika temuduga dan juga sampai ke akhir hayat.

Tidak dapat tidak jika anda sibuk pun, sama ada anda sebagai suri rumah yang sibuk dengan urusan mengurus anak-anak dan rumah tangga, ataupun sibuk dengan kerjaya di sektor swasta atau sibuk dengan perniagaan sbegai usahawan dan juga sibuk dnegan aktiviti dakwah masing-masing, anda mesti meluangkan waktu untuk pembacaan yang luas. Luangkan masa anda untuk membaca!

Bacalah walaupun satu muka surat setiap kali sebelum anda masuk tidur, minum kopi di waktu pagi ataupun sedang berehat pada waktu malam. Jadikan buku sebagai peneman setia anda. Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang membaca. Dengan pembacaan yang meluas pastikan anda berjaya lulus dalam Exam Online Pegawai Eksekutif Gred 41!

#Tips 5: Praktis contoh soalan yang mirip dengan soalan Exam.

Tips Terakhir dalam artikel ini ialah praktis menjawap soalan-soalan yang mirip kepada soalan exam kerjaaan. Ia bukan soalan ramalan, tetapi lebih mirip kepada soalan-soalan yang pernah dijawap sebelum ini.

Perlunya contoh soalan-soalan ini untuk memudahkan anda mendapat gambaran yang lebih luas disamping memudahkan anda untuk menjawap dan lulus di dalam Exam Online Pegawai Eksekutif Gred 41.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai tips-tips dan teknik menjawap soalan exam kerajaan dan panduan selanjutnya anda boleh send details anda atau send “ExamOnline” pada saya di Whattsapp seperti berikut:

Dapatkan Panduan Rujukan Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred

Adakah anda ingin membuat persediaan yang rapi dan menyeluruh supaya anda dapat menempuhi Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 dengan cemerlang? Adakan anda ingin mengetahu apakah format-format, contoh-contoh soalan serta bagaimana untuk menjawab soalan-soalan berikut semasa peperiksaan berlangung nanti?

Rujukan Peperiksaan Pegawai LHDN

Usah buang masa anda lagi untuk mencari jalan penyelesaiannya sekiranya anda belum menjumpainya lagi. Masa amat suntuk dan anda perlu bertindak sekarang. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 anda.

TEKAN LINK Profhariz.com/lhdn ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG !

Testimoni Pelajar Yang Prof Hariz Bantu Untuk Lulus Peperiksaan Online SPA

TEKAN LINK Profhariz.com/lhdn ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG !

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: