“ Aduh, kita nak pergi mana ya? Anak anak kita bukan boleh lama sikit, mudah bosan nanti then mulalah meragam.”
Pening bukan jika ibu bapa mempunyai kesukaran mengawal anak anak ketika keluar membeli belah atau makan di luar. Kadang kadang kita berfikir dua atau tiga kali untuk membatalkan aktiviti tersebut. Jangan begitu, kerana bila kita selalu bawa anak berjalan, ini akan membantu merangsang minda serta skil-skilnya yang lain seperti fizikal, emosi dan sosialnya. Mereka juga perlu melihat dunia luar bagi meransang dan membantu otak – otak serta tubuh badan mereka aktif.
Berikut adalah tempat dimana anda boleh bawa anak anak anda berjalan sambil sambil itu, anda juga boleh melakukan aktiviti anda seperti shopping mahupun berborak sambil minum.
District 21 adalah tarikan seisi keluarga yang sangat menarik dan mengujakan adrenaline. Dengan keluasan 70,000 kaki persegi, taman rekreasi ini terletak di dalam IOI City Mall, Putrajaya. Ia boleh dikatakan playground ala Fear Factor yang bukan saja menarik buat anak-anak, tetapi juga remaja, ibu bapa, atau sesiapa saja yang sukakan aktiviti lasak dimana ktiviti lasak cukup sinonim dengan kawasan hutan dan bukit-bukit yang dijadikan medan untuk penggemar setia sukan lasak menguji ketahanan mental dan fizikal mereka. Namun sekarang korang tak perlu ke hutan lagi sebab sebuah taman tema pengembaraaan, District 21 telah di buka di IOI City Mall Putrajaya. Antara halangan yang terdapat dalam District 21 termasuklah Go-Pedal, Pump Track, Power Station, Low Ropes, Launch Pad, The Maze, Free Fall, Sky Trail, Tubby Ride and Roller Glider. Kalau ibu bapa ada anak kecil, jangan risau kerana tetap ada kawasan khusus yang disediakan untuk anak kecil. Jadi, sementara menunggu abang dan kakak bermain di bahagian yang lebih mencabar, anda boleh bawa anak yang lebih kecil bermain di mini playground atau caraousel yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 12 tengahari – 8 malam
Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah: 10 pagi – 8 malam
Bagi yang kurang berminat dengan aktiviti lasak, anda boleh cuba meluncur ais di IOI City Mall. Anda dan anak anda pasti teruja dengan saljikan. Yela, negara kita mana ada saljikan. Jadi inilah tempatnya untuk anda dan anak anda merasai pengalaman tersebut. Gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik ini juga menyajikan persembahan dan pertandingan untuk anda menyaksikannya bersama keluarga. Selain itu, mereka juga membuka kelas secara rutin bagi anda yang ingin belajar meluncur dengan lebih serius. Jika anda atau anak-anak yang belum pandai meluncur, tidak perlu risau. Hal ini kerana Icescape Ice Rink turut menyediakan figurine penguin yang comel untuk membantu anda berpaut dan belajar meluncur. Besar ke tempat ini? Tempat ini sememangnya sangat besar! Ianya merupakan gelanggang luncur ais yang terbesar di Malaysia . Selain itu, gelanggang ini juga menjadi tempat persembahan & pertandingan luncur ais. Bawa anak-anak anda untuk mengalami keseronokan meluncur ais!
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 12 tengahari – 8 malam
Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah: 10 pagi – 8 malam
The Parenthood merupakan taman tema keluarga terbesar di Malaysia, The Parenthood ialah pusat setempat untuk semua peralatan bayi, anak kecil dan keluarga. Terdapat dua cawangan The Parenthood di Sunway Pyramid dan Sunway Putra Mall. The Parenthood juga mempunyai program pra-sekolah dan pilihan untuk membeli-belah, makan, salun dan barangan kesihatan di bawah satu bumbung. Ia sesuai untuk ibu bapa yang perlu membeli barangan keperluan anak dan dalam masa yang sama, anak-anak tidak bosan menunggu kerana mereka boleh mengisi masa bermain. Anak anda juga boleh ke The Parenthood Playland, satu gimnasium berkonsep hutan yang popular di kalangan kanak-kanak di bawah umur 12.
Waktu operasi:
Isnin – Ahad : 10 pagi – 10 malam
Setiap pagi Ahad, Publika akan menutup jalan dalam daripada trafik kenderaan untuk acara Wheelie Sundays. Di mana anda boleh datang dengan pakaian sukan berbasikal dan membawa basikal dua roda, rollerblades atau papan luncur. Jika anda tidak memiliki basikal, tidak mengapa, anda boleh sewa di sini. Keluarga, sahabat handai dan kanak-kanak boleh berbasikal dengan selamat di dalam kawasan Publika sebelum singgah ke pelbagai kafe dan restoran di sekitar.malah terdapat juga pelbagai kedai-kedai khusus untuk kanak-kanak di sini seperti Benbino, sebuah kafe mesra kanak-kanak dengan kawasan permainan di dalam kedai. Benbino mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada mereka yang selalu berkunjung ke Publika. Jika sebelum ini restoran Marmalade sering menjadi perhatian ibu bapa untuk membawa anak-anak makan dan bersantai, kini kemunculan Benbino merancakkan lagi persaingan sihat di kawasan tersebut. Selain itu, , di Punlika juga terdapat Little Spa Kingdom untuk sesi manjaan diri seperti spa, urut dan rias kuku bagi si kecil.
Waktu operasi:
Ahad : 7 pagi – 10 malam
Konsep bandar di dalam taman di Putrajaya terserlah dengan adanya Taman Botani Putrajaya. Terdapat lima kawasan bertema di taman ini. Anda dan keluarga boleh bersiar-siar di sekitar tasik yang cantik dan melihat lebih 700 spesis flora. Anda juga boleh membawa buku lukisan, pensel warna dan kerusi kecil untuk anak anda supaya si comel boleh melakar pelbagai tumbuh-tumbuhan yang dilihat sepanjang perjalanan. Moroccan Pavilion di sudut taman ini sangat sesuai untuk sesi bergambar dan terdapat juga maklumat asas tentang seni bina Maghribi. Bayaran masuk RM3 memberikan akses kepada seluruh 18,000 kaki pavilion yang dibina secara berperingkat oleh orang kampung dari Maghribi dan hasil itu dibawa masuk ke Malaysia dan ia dihimpunkan oleh pakar seni Maghribi.
Waktu operasi:
Setiap hari : 9 pagi – 6 petang
Bertempat di Bandar baru bangi, Tempat permainan kanak-kanak tertutup ini terletak di bersebelahan Tol Bangi dan KPTM. Kidz Bangi Indoor Playland yang mula beroperasi pada Ogos tahun lalu berkonsepkan taman permainan dalam bangunan. Terdapat pelbagai permainan yang terdapat disini. Antaranya gelongsor, trampolin, sudut kreativiti, tayangan filem, dan banyak lagi.
Destinasi ini memang sangat sesuai untuk ibu bapa untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama anak – anak mereka.
Kidz Bangi Indoor Playland menempatkan pelbagai jenis permainan yang sesuai untuk anak anak anda seperti;
Sebenarnya ramai ibu bapa tidak tahu bahawa bermain Gelongsor mampu Menguatkan otot dan tubuh anak anak anda.
Ada manfaat ke bagi anak anak main trampolin? Siapa kata tiada manfaat mestipun ianya seperti aktiviti melompat. Trampolin adalah salah satu alat untuk pertumbuhan kanak – kanak, melatih seluruh otot tubuh dan melatih sistem pernafasan mereka.
Banyak manfaatnya kepada anak – anak kita yang sedang belajar untuk menjadi kreatif. Antaranya mereka boleh mengembangkan bakat yang ada dalam diri mereka. Aktiviti yang sering dilakukan di Kidz Bangi Indoor Playland adalah aktiviti mewarna, melukis dan banyak lagi.
Selain daripada itu, Kidz Bangi Indoor Playland turut menyediakan tayangan filem yang boleh merangsang perkembangan otak anak – anak anda.
Hiasan Dekorasi di kawasan permainan ini yang berwarna warni, sudah pasti mampu membuat anak – anak anda kelihatan ceria dan teruja dengan kemeriahan suasana dalaman.
Bagi ibu yang bosan menunggu anak anak mereka bermain di Kidz Bangi Indoor Playland, pihak Kidz Bangi Indoor Playland juga menyediakan beberapa aktiviti untuk para ibu supaya tidak merasa bosan. Antara aktiviti yang disediakan adalah;
Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja atau perlu menghadiri beberapa majlis dan tetiba tiada orang mahu menjaga anak di rumah, jangan risau kerana Kidz Bangi Indoor Playland juga menyediakan perkhidmatan drop off. Jadi, Anda tidak perlu risau dan boleh tenang untuk hadiri majlis mahupun aktiviti lain.
Cuti sekolah hampir tiba, jika anda semua ingin tahu Kidz Bangi Indoor Playland sering kali mengadakan aktiviti sewaktu cuti sekolah. Baru – baru ini, pihak Kidz Bangi Indoor Playland telah menganjurkan aktiviti untuk ibu dan anak seperti indoor archery, Aerodance, Zumba, z artz, Simple and Safe Workshop Series All Hail to Kids dan banyak lagi.
Bayaran masuk di Kidz Bangi Indoor Playland adalah sangat murah dan berpatutan. Ibu bapa dikenakan berapa ringgit? Jangan khuatir, ibu bapa atau penjaga tidak perlu membayar apa – apa untuk mengawasi anak – anak anda.
Seperti tempat permainan yang lain, anda harus mengikuti syarat – syarat yang ditetapkan oleh pihak Kidz Bangi Indoor Playland agar nanti tidak menimbulkan sebarang masalah. Antara syarat yang anda wajib patuhi adalah;
Untuk maklumat lanjut tentang Kidz Bangi Indoor Playland boleh layari atau hubungi talian dibawah;
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang