Review
Nov 9, 2017, 6:12pm

5 Resepi Makan Tengahari Yang Menambat Selera Keluarga


Anda pasti pernah mendengar petua orang – orang lama di mana cara untuk menambat hati suami adalah memberikannya perut yang penuh. Memasak adalah tugas yang diberikan kepada wanita sejak zaman dahulukala lagi. Namun kini, ramai juga lelaki yang telah mengambil tugas memasak dan tidak kurang juga chef – chef yang popular seperti chef Gordon Ramsay dan juga chef Wan yang mempelopori bidang masakan dan mencari rezeki menggunakan bakat mereka.

dapur-panas

Sekarang ini, masakan yang baik dan perut yang penuh bukan sahaja menambat hati para suami, malah ia menambat hati semua orang termasuk keluarga anda dan juga anak – anak. Bukan mudah untuk menambat hati keluarga dengan masakan yang berbeza dan juga sedap. Kadang – kadang anda juga tidak sempat memasak dan ini menyebabkan masakan anda menjadi kurang enak dan jika anda betul – betul sibuk, anda dan keluarga akan membuat keputusan untuk makan di luar.

5 Resepi Makan Tengahari Yang Menambat Selera Keluarga

resepi-masakan-tengahari

Anda pasti kekeringan idea untuk memasak sekiranya anda perlu memasak setiap hari untuk keluarga anda dan ini menyebabkan anda mengulang resepi yang sama untuk keluarga anda. Mahu mencuba resepi yang lain, anda pula tidak tahu memasak resepi yang lain dan makanan yang sama akan membosankan anda dan keluarga untuk makan. Jadi, saya akan kongsikan lima resepi makan tengahari yang pasti mudah dan akan menambat selera anda serta keluarga.

#1. Kari Ikan Atau Udang

kari-udang-ikan

Kari ikan ataupun udang adalah resepi yang sesuai bagi keluarga anda yang menggemari makanan laut dan mahukan sedikit pedas di dalam makanan mereka. Kari ikan atau udang ini boleh dimakan bersama nasi yang panas serta ulam – ulaman seperti pegaga untuk menambahkan lagi selera keluarga anda. Kari ikan atau udang ini pasti akan mendapat permintaan keluarga anda untuk anda memasaknya semula.

Resepi Kari Ikan Atau Udang

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali
  2. Tumis bawang merah (dihiris), bawang putih (dihiris), halba campur, dan daun kari. Tunggu hingga naik aroma dan kekuningan.
  3. Masukkan serbuk Kari Ikan dan Udang (yang telah dibancuh dengan air) ke dalam kuali. Tunggu sehingga pecah minyak dengan menggunakan api yang sederhana.
  4. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan santan kelapa atau susu cair. Tunggu sehingga mendidih.
  6. Kecilkan api kemudian masukkan 500g ikan atau udang.
  7. Kari ikan atau udang sedia untuk dimakan.

resepi-kari-ikan-udang

#2. Kari Daging Atau Ayam

resepi-kari-ayam-daging

Resepi yang mudah ini sesuai untuk anda yang menggemari ayam dan juga daging kerana masakan kari adalah mudah dan juga enak untuk dinikmati bersama keluarga. Jika dihidangkan ketika panas, pasti ada yang akan menambah nasi kerana kari ayam atau daging ini akan menambat selera anda.

Resepi Kari Ayam atau Daging

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
  2. Tumis bawang merah (dihiris), bawang putih (dihiris), halia (dihiris), bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun kari. Tunggu hingga naik aroma dan kekuningan.
  3. Masukkan Serbuk Kari Daging dan Ayam (yang telah dibancuh dengan air) ke dalam kuali. Kecilkan api kemudian masukkan 500g daging atau ayam. Masukkan asam keping. Tunggu sehingga pecah minyak dan daging atau ayam empuk (untuk mengelak daripada hangit masakan hendaklah dikacau).
  4. Masukkan santan kelapa atau susu cair. Setelah mendidih masukkan garam secukup rasa.
  5. Kari Daging atau Ayam sedia untuk dimakan.

kari-daging-sedap

#3. Kurma Ayam Atau Daging

resepi-kurma-ayam

Masakan kurma adalah sedikit berlainan dari masakan kari di mana ia lebih berlemak dan tidak pedas seperti kari ataupun sambal. Tekstur kurma daging atau ayam adalah berlemak dan sesuai dimakan sesisi keluarga termasuk kanak – kanak dan juga sesiapa yang tidak gemarkan makanan pedas.

Resepi Kurma Daging Atau Ayam

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
  2. Tumis bawang merah (dihiris), bawang putih (dihiris), halia (dihiris), halia (dihiris) bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, dan buah pelaga. Tunggu hingga naik aroma dan kekuningan.
  3. Masukkan Serbuk Kurma Ayam dan Daging (yang telah dibancuh dengan air) ke dalam kuali. Kecilkan api kemudian masukkan 500g daging atau ayam. Masukkan asam keping. Tunggu sehingga pecah minyak dan daging atau ayam empuk (untuk mengelak daripada hangit masakan hendaklah dikacau).
  4. Masukkan santan kelapa atau susu cair. Setelah mendidih masukkan garam secukup rasa.
  5. Kurma Ayam atau Daging sedia untuk dimakan.

resepi-masakan-ayam-daging-kurma

#4. Tomyam Campur

resepi-masakan-tomyam

Tomyam campur adalah masakan yang berasal dari Thailand dan ia mempunyai campuran rasa pedas dan masam. Masakan tomyam ini boleh diubah mengikut citarasa anda dan juga keluarga dalam mendapatkan rasa yang terbaik.

Resepi Tomyam Campur

  1. Ambil satu periuk dan masukkan 1 sudu minyak masak
  2. Tumis bawang putih yang sudah diketuk sehingga kekuningan dan wangi
  3. Masukkan air
  4. Masukkan perencah tomyam setengah paket
  5. Masukkan serai dan tunggu sehingga mendidih
  6. Apabila sudah mendidih, masukkan kiub ayam untuk menambah perasa
  7. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih lagi kemudian masukkan ayam
  8. Apabila warna ayam sudah bertukar, masukkan pula gula & garam
  9. Masukkan cuka / perahan limau kasturi / limau nipis dan semua daun limau purut
  10. Kemudian, masukkan hirisan bawang holland dan masukkan udang
  11. Masukkan sayur – sayuran kecuali tomato
  12. Masakkan sekejap sayur dan masukkan tomato, terus tutup api.

cara-masak-tomyam-sedap

#5. Ayam Goreng Tempura

ayam-goreng-tempura

Resepi yang amat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk anda menyediakannya. Resepi ini boleh digunakan untuk dimakan bersama nasi ataupun sebagai snek untuk anda cicah bersama sos kegemaran anda.

Resepi Ayam Goreng Tempura

  1. Bancuh tepung tempura dalam 4 sudu besar dengan sedikit air.
  2. Bancuhan biar pekat sedikit dan jangan terlalu cair.
  3. Kemudian, celup ayam yang dibersihkan ke dalam bancuhan tepung tadi dan ketepikan.
  4. Ambil bekas lain dan campurkan tepung tempura, rempah dan garam. Gaul rata.
  5. Ambil ayam gaul dengan tepung ni sekali lagi.
  6. Goreng dgn api yang perlahan hingga ayam masak.

ayam-goreng-tempura-sedap

Produk Aween Penambah Perisa Pilihan Ramai

Produk Aween merupakan produk yang mengeluarkan pelbagai penambah perisa untuk menyedapkan lagi masakan anda di samping menceriakan hati anda dan juga keluarga. Ia dijamin halal dan juga sedap untuk anda berkongsi bersama orang yang tersayang.

rempah-kari-aween

Resepi produk Aween bercitarasa utara ini telahpun bertapak sejak dari tahun 1983 lagi dan mempunyai 3 sijil iaitu sijil halal dari JAKIM, sijil 1 Malaysia Best dari FAMA dan juga MESTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Produk dihasilkan oleh Aween Food Processing adalah :

  1. Perencah Nasi Briyani
  2. Perencah Sup
  3. Serbuk Kari Daging dan Ayam
  4. Serbuk Kari Ikan dan Udang
  5. Serbuk Kari Ikan Kering, Udang dan Ketam
  6. Serbuk Kari Masak Merah
  7. Serbuk Kurma
  8. Halba Campur
  9. Minuman Cocoa Aween
  10. Perencah Ayam Goreng
  11. Perencah BBQ
  12. Perencah Masak Hitam
  13. Perencah Masakan
  14. Perencah Tomyam
  15. Perkakas Menumis Kari Ayam dan Daging
  16. Perkakas Menumis Kari Ikan
  17. Serbuk Cili
  18. Serbuk Cili Kasar
  19. Serbuk Kunyit
  20. Tepung Beras
  21. Perencah Nasi Daging
  22. Perencah Nasi Tomato
  23. Perencah Perasa Ayam
  24. Perencah Perasa Kari
  25. Perencah Perasa Udang
  26. Sup Bunjut
  27. Tepung Tempura

variasi-produk-aween-food-processing

Sebab – Sebab Anda Perlu Memilih Produk Aween Sebagai Penambah Perisa Anda

Produk Aween mempunyai pelbagai jenis penambah perisa dan juga minuman cocoa yang dibuat sendiri. Jadi, akan saya senaraikan sebab – sebab anda patut memilih produk Aween sebagai penambah perisa pilihan anda;

1. Disahkan Halal Oleh Jakim

aween curry

Produk – produk yang mempunyai jenama Aween yang merupakan produk Muslim telah mempunyai sijil Halal yang diberikan oleh JAKIM dan setiap jenis produk mempunyai sijil Halal yang tersendiri. Jadi, anda tidak perlu ragu – ragu akan status Halal produk Aween ini dan anda boleh menggunakannya di dalam setiap masakan anda tanpa perlu berasa risau. Produk Aween yang halal ini boleh dimakan oleh semua orang dan juga seisi keluarga.

2. Dibuktikan Selamat Untuk Dimakan

billboard-produk-aween

Produk Aween yang mempunyai pelbagai jenis perencah dan juga perisa ini telah terbukti selamat untuk dimakan dengan sijil MESTI yang diperolehi dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk Aween selamat dimakan untuk semua orang termasuk kanak – kanak kerana ia bukan sahaja enak untuk dimakan, tetapi juga selamat untuk diambil oleh seisi keluarga tanpa memerlukan anda berfikir untuk memasak masakan yang berbeza untuk keluarga anda.

3. Tiada Bahan Kimia Yang Merbahaya

produk-aween-rempah-asli

Bahan – bahan yang terdapat di dalam Produk Aween adalah bahan asli iaitu rempah dan juga tepung. Ianya adalah produk yang tidak menggunakan sebarang bahan yang merbahaya ataupun bahan pengawet dan perisa yang tidak dibenarkan untuk dimakan oleh anda dan juga orang yang tersayang.

Apa Kata Pelanggan Produk Aween?

Produk Aween mempunyai pelanggan yang menyukai produknya dan mereka telah memberikan testimoni – testimoni yang baik untuk produk ini. Ia menunjukkan bahawa produk Aween telahpun mendapat tempat di hati para pelanggan mereka.

testimoni-pengguna-kari-aween-1

testimoni-pengguna-kari-aween-2

testimoni-pengguna-kari-aween-3

testimoni-pengguna-kari-aween-4

Dapatkan Produk Aween Sekarang!

Tambahkan perisa di dalam makanan anda dan rasai sendiri kelainan dan keenakan produk Aween yang bercitarasa utara ini. Anda boleh menghubungi produk Aween dan dapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini seperti berikut;

rempah-rempah-kari-aween

 

Jom order Rempah Kari Aween SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

KAR 10, Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan, 06250 Alor Setar Kedah.

   
Jom order Rempah Kari Aween SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom order Rempah Kari Aween SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: