Review
Feb 21, 2018, 11:41am

5 Perkara Wajib Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa Kepada Anak


Sudahkah anda bersedia menjadi ibu bapa? Kelahiran seorang bayi dalam sesebuah keluarga sangatlah memerlukan komitmen. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, sama ada baru atau sudah lama, pastinya kehadiran cahaya mata adalah saat yang sangat ditunggu-tunggu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak merancang atau yang sangat sayang dan kasihkan kanak-kanak.

Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa

Walau bagaimana pun, kehadiran cahaya mata menuntut komitmen yang bukan sedikit. Ia diperlukan sepanjang kehidupan, kerana andalah yang bakal menjaga dan mendidik anak-anak sehingga mereka dewasa. Ibu bapa perlu menyediakan kasih sayang, makanan, didikan agama, perlindungan, pendidikan, perhatian dan pelbagai keperluan lain bagi memastikan anak-anak membesar dengan baik.

cabaran menjadi ibu bapa masa kini

Cabaran Kepada Bakal Ibu Dan Bapa Pada Abad Ini Lebih Mencabar

Menjadi ibu bapa dan mendidik anak-anak bukanlah semudah yang disangka. Sementelah, membesarkan dan mendidik anak-anak pada zaman ini penuh dengan 1001 cabaran yang tersendiri. Ia memerlukan perhatian sepenuhnya serta menuntut kemahiran keibubapaan yang tinggi. Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa haruslah berusaha menjadi ibu bapa yang lebih bijak sebagai persediaan bagi menangani setiap persoalan, permasalahan mahupun mendepani kerenah anak-anak.

Cabaran Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa

5 Perkara Wajib Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa Kepada Anak Anda

Untuk menjadi ibu bapa yang hebat di mata anak-anak, anda perlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat agar anak-anak anda berasa selamat disamping anda malah anda haruslah mencorakkan peribadi mereka dengan ajaran yang betul agar mereka menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.

persediaan menjadi ibu bapa

1. Pastikan Keadaan Rumah Yang Selesa Diduduki

Rumah yang besar tidak menjanjikan kebahagian di dalamnya. Betul tak? Apa yang penting rumah yang kamu diami itu selesa dan menepati cita rasa walaupun bersaiz kecil. Memiliki rumah yang sempurna dan selesa memang menjadi keinginan serta impian semua orang apatah lagi mereka yang sudah berkeluarga. Kediaman yang lengkap de­ngan bekalan air, elektrik dan keperluan asas lain bukan sahaja dijadikan sebagai aset jangka panjang, malah yang lebih pen­ting melindungi ahli keluarga daripada berhujan dan panas.

Perkara Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa

Keselesaan penghuni rumah juga bergantung kepada saiz ruang rumah. Setiap ruang hendaklah digunakan dengan fungsinya yang betul. Penggunaan perabut diruang yang kecil hendaklah dikurangkan agar tidak kelihatan terlalu sempit dan padat. Pemilihan kemasan yang cantik sudah tentu menjadi pilihan penghuni rumah. Kemasan lantai juga haruslah bersifat tahan lasak, kukuh dan tidak licin. Hal ini dapat menjamin keselamatan penghuni terutamanya terhadapa kanak-kanak.

2. Pastikan Anda Menitikberatkan Soal Kebersihan Sejak Kecil

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan dengan mendidik mereka sejak kecil mengenai nilai kebersihan. Dewasa kini, terdapat segelintir ibu bapa yang tidak menitikberatkan tentang nilai kebersihan pada anak-anak mereka. Bahkan ada juga ibu bapa yang berasakan bahawa anak mereka sudah dewasa dan dapat membezakan antara kebersihan dan kekotoran. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita tidak tahu bila penyakit akan datang menyerang kita jika kebersihan tidak diamalkan.

Ciri-Ciri Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa

Disebabkan hal inilah ibu bapa perlu sedar bahawa kebersihan itu amat penting buat anak-anak bagi menjamin masa depan yang bersih, sihat dan harmoni. Seperti peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, ibu bapa perlu mengamalkan prinsip ini dan mendidik anak-anak mereka tentang kebersihan sejak kecil kerana apabila mereka ini sudah dewasa mereka akan menjadi lebih sukar untuk dididik. Tuntasnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka tentang kebersihan di usia muda supaya nilai ini menjadi salah satu prinsip dalam diri mereka.

3. Pastikan Rumah Anda Memiliki Ruang Udara Yang Bersih

Terfikirkah anda mengenai kualiti udara yang kita hirup di dalam bangunan setiap hari? Boleh dikatakan hampir 70 peratus daripada kehidupan dihabiskan dalam bangunan setiap hari bermula dari pejabat hingga ke rumah. Adakah kita yakin udara yang kita sedut di rumah atau dalam bangunan itu selamat kerana kita memang tidak nampak pencemarannya? Perlu ditekankan di sini, udara yang berbau harum belum tentu segar dan bersih

Rumah Anda Memiliki Ruang Udara Yang Bersih

Udara Yang Terperangkap Di Dalam Rumah Memudaratkan Kesihatan

Realitinya, terdapat banyak faktor pencemar di rumah yang jarang kita sedari. Asap pembakaran di sekeliling, pendingin hawa yang tidak diselenggara dengan baik, binaan rumah yang rosak, permainan lama, perabot yang disaluti bahan kimia atau cat, peralatan plastik, penyembur aerosol, pewangi bilik, racun perosak dan pencuci pakaian, masing-masing melepaskan pelbagai zarah kecil serta toksik ke udara. Keadaan mungkin bertambah teruk sekiranya tiada pengudaraan yang baik di dalam rumah. Suasana terkepung, tingkap sentiasa tertutup, susunan blok rumah yang padat dan rapat semuanya menghalang kemasukan udara tambahan dari luar yang dapat mengurangkan kepekatan udara kotor di dalam bilik. Keadaan ini jelas menyebabkan udara kotor tidak dapat ditolak kerana tiada peredaran udara keluar-masuk yang sempurna.

kesihatan anak terjejas dengan kualiti udara yang kotor

Penyakit Datang Punca Dari Ruang Udara Yang Tidak Sihat

Keperluan untuk mempunyai udara dalam rumah yang bersih lebih memuncak jika ada ahli keluarga yang menghidap asma atau terlantar sakit. Mereka perlukan pengudaraan yang bersih dan baik supaya sentiasa boleh berasa selesa. Bayangkan jika setiap hari anak anda menghidu udara yang tidak sihat dalam rumah secara berterusan, menurut Dr. Shukri seseorang boleh mengalami masalah di bahagian kulit seperti kegatalan, alahan dan sebagainya. Selain itu, ia juga menyebabkan kegatalan di bahagian mata, sinusitis (resdung), rangsangan asma, pening kepala dan tubuh menjadi lemah.

Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa Untuk Anak Lelaki

Penapis Udara Atau ‘Air Purifier’ Sebagai Alternatif Terbaik

Jadi, penyelesaian terbaik bagi masalah ini adalah dengan memiliki ‘air purifier’ seperti jenama Cuckoo. Fungsi utama penapis udara Cuckoo adalah untuk membersihkan udara yang terdapat di dalam rumah. Ini kerana udara yang berterbangan di udara terdedah kepada bakteria bakteri dan virus yang boleh mengancam kesihatan diri terutama terhadap kanak-kanak. Cuckoo membantu menyahkan bau-bau yang kurang menyenangkan seperti bau rokok, bau hapak, baiwan haiwan peliharaan dan sebagainya. Oleh itu, ruang udara di dalam rumah akan lebih nyaman, selamat dan selesa.

Udara Yang Bagaimana Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa

4. Pastikan Rumah Anda Memiliki Punca Air Yang Bersih

Berikutan kurangnya kesedaran dan pemahaman dalam kalangan ibu bapa, ramai yang membuat kesimpulan mudah, mengatakan kediaman mereka selamat dan bersih daripada pencemaran air. Sekiranya benar bersih, apa pula faktor pemicu kepada kemerosotan kesihatan anak-anak di rumah? Cuba lihat kembali adakah rumah anda memiliki punca air yang bersih?

Rumah Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa

Pencemaran air yang serius

Amalkan Minum Air Dari Penapis Air Berkualiti

Untuk contoh yang mudah, setiap rumah haruslah memiliki penapis air kerana air yang telah di tapis bersifat alkali. Kelebihan minum air alkali berupaya untuk menghilangkan keletihan, meningkatkan daya imunisasi. Memang betul, air alkali membekalan oksigen dalam air, kandungan molekul-molekul dalam airnya halus serta senang diserap oleh tubuh badan kita. Dalam erti kata yang mudah, mengantok dan keletihan pun boleh hilang. Sekarang, telah banyak penapis air berjenama telah jual di pasaran. Saya ambil contoh penapis air cuckoo yang berteknologi korea lebih mendapat sambutan di Malaysia.

Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa Untuk Makanan

Minum Pada Bila-Bila Masa Sahaja

Anda akan dapat bekalan air bersih untuk diminum di rumah anda pada bila-bila masa sahaja yang anda nak. Tak payah nak jerang air paip dulu, tunggu sejuk dan barulah boleh minum. Dan tak payah susah-susah angkut air mineral seminggu sekali, buang masa dan buat penat badan sahaja. Dengan mesin penapis air Cuckoo, bila-bila masa sahaja anda boleh minum air bersih tanpa rasa ragu-ragu.

Minuman Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa

Air Panas Tersedia 24 Jam, Memudahkan Ibu Bapa

Menjimatkan masa dan tenaga. Lebih-lebih lagi jika anda ada anak kecil yang selalu minum susu. Larat ke anda setiap kali bayi anda nak minum susu, anda kena panaskan air dulu, tambah pula dengan air suam barulah bayi anda dapat minum. Kalau sesekali mungkin larat, tapi kalau tiap-tiap malam kul 3,4 pagi larat ke? Dengan Cuckoo , air panas tersedia 24 jam. Anda ada duit apa salahnya tukarkan duit anda itu sedikit dengan masa rehat yg lebih lama.

Air Panas Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa

Servis Penukaran Filter Menjamin Keselamatan Air Di Rumah

Dari segi servis dan penukaran filter. Penapis air amat-amat memerlukan penjagaan yang berkala dari segi servis dan filter. Jika anda guna penapis air tetapi buat acuh tak acuh tentang penukaran filter, tidak ada gunanya juga bahkan air yang anda minum itu lebih bahaya sebab terkumpulnya bahan-bahan tercemar. Dengan Cuckoo, anda tidak perlu risau. Cuckoo sendiri akan jaga penapis air anda itu dari segi servis dan penukaran filter secara berkala.

Servis Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa

5. Pastikan Rumah Anda Memiliki Pressure Cooker

Nasi penting dalam kehidupan kita kerana ia merupakan makanan rutin orang Asia. Di mana-mana sahaja kita pergi pasti ada nasi. Nak masak nasi putih pun kena ada caranya, silap gaya nasi yang di masak boleh menjadi lembik atau terlalu keras. Dan kalau betul caranya, nasi tersebut tidak akan melekat, sedap dan berkhasiat.

Bagaimanan Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa

Memasak Pakai Periuk Nasi Biasa

Penggunaan periuk manual agak leceh dan teknikal sedikit kerana anda harus berhati-hati! Takut nasi yang dimasak akan hangit dek kerana lupa untuk melihat nasi yang dimasak di atas dapur. Sekiranya anda ingin menggunakan periuk manual, basuh beras terlebih dahulu dan kemudian letak air sebelum ditanak di atas api seperti biasa. Setelah mendidih dan membuak anda perlu mengacau seketika. Periuk nasi biasa boleh masak pelbagai tapi agak terhad bergantung pada menu masakan.

Langkah Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa

Memasak Pakai Periuk Nasi ‘Pressure Cooker’

Rekaan peralatan dapur yang berinovasi membantu kerja memasak menjadi lebih mudah, menjimatkan masa, sekali gus membolehkan ibu meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Periuk tekanan atau pressure cooker kini boleh digunakan bukan sahaja untuk memasak nasi malah boleh juga digunakan sebagai masakan lain. Istimewanya pressure cooker, kualiti makanan yang di masak lebih cepat dan sedap berbanding pakai periuk lain. Tambahan pula, masa memasak turut dapat disingkatkan. Jadi, para ibu dapat meluangkan lebih banyak masa melayan anak daripada memasak didapur.

Memasak Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa

Testimoni Pembeli Berpuas Hati Dengan Barangan Cuckoo Dan Pressure Cooker

Testimoni Persediaan Menjadi Ibu dan Bapa

Beli Penapis Air, Penapis Udara, Dan Pressure Cooker Termurah Di Pasaran

Sebagai ibu bapa, sudah semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Jika anda berminat untuk memiliki salah satu daripada barangan diatas sama ada penapis udara, penapis air atau pressure cooker, bolehlah dapatkan di nombor yang tertera di bawah:

Jom Dapatkan Produk Cuckoo SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Dapatkan Produk Cuckoo SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan Produk Cuckoo SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: