Review
Jan 7, 2018, 11:31pm

5 Idea Makanan Tambahan Catering di Kelantan | Tempah Katering Aiskrim Di Kelantan


  •  
  •  
  •  
  •  

Majlis perkahwinan adalah hari di mana pasangan mempelai diraikan dan manjlis diadakan dan disambut dengan meriah. Seperti yang kita tahu hari perkahwinan memerlukan kita untuk menjemput ramai tetamu daripada pelbagai golongan dan peringkat umur. Dalam meraikan pasangan pengantin, ia juga amat penting untuk kita meraikan dan melayan para tetamu yang hadir. Dan ini sudah semestinya dengan menyediakan hidangan untuk dijamu sepanjang majlis berlangsung.

Katering Aiskrim di Kelantan 01

Pelbagai tips dapat digunanakan untuk memastikan majlis kekal meriah dan berjalan lancar. Namun begitu merancang bukanlah perkara yang mudah dan memerlukan usaha dan kerjasama daripada pelbagai pihak. Semua pasangan mengimpikan majlis yang gilang gemilang. Tidak dapat dinafikan setiap pasangan pasti ingin hari bahagia mereka disambut secara meriah dan diadakan besar-besaran dan sudah semestinya mengikut bajet tertentu. Ia adalah perkara biasa untuk sambutan yang diadakan sekali seumur hidup untuk setiap orang.

Katering Aiskrim di Kelantan 03

Namun begitu antara masalah yang sering membelengu adalah daripada segi kos dan bayaran yang diperlukan untuk menjayakannya. Tak perlu risau kerana terdapat banyak kaedah lain yang dapat digunakan bagi memastikan majlis yang diadakan berlku mengikut gaya yang diinginkan. Tidak mustahil untuk membuat majlis yang meriah dengan bajet yang bersesuaian jika betul caranya.

Kepada pasangan yang baru dan akan melansungkan perkahwinan saya ucapakan tahniah buat anda semua. Dengan berkahwin banyak perkara agama dapat dijaga. Amal kebaikan akan digandakan dan anda bakal menjadi ayah ataupun ibu kepada zuriat anda insyallah. Terdapat banyak konsep yang boleh digunakan untuk majlis perkahwinan.

Katering Aiskrim di Kelantan 02

Sekiranya anda ingin membuat majlis yang simple juga tidak menjadi masalah asalkan ada konsep. Majlis yang mahal-mahal di hotel sebenarnya adalah kerana kos konsep yang mereka ambil. Antara konsep yang seringkali dipilih untuk majlis tertentu adalah melayu asli night, Arabian night, English classic, moden, futuristic dan sebagainya. Namun apa yang ingin diketengahkan bukanlah konsep-konsep yang ada tetapi makanan tambahan yang boleh anda sajikan kepada tetamu anda sewaktu majlis tersebut. Terdapat pelbagai jenis makanan tambahan yang boleh anda pilih tidak kira majlis apa pun yang dianjurkan.

#1 Sate | Idea Makanan Tambahan Catering di Kelantan

Katering Aiskrim di Kelantan 05

Antara menu tambahan yang dapat disediakan ketika majlis perkahwinan adalah sate. Sate jarang sekali dilihat dihidangkan di majlis perkhawinan sebelum ini dan selalunya terdapat di majlis istimewa seperti majlis berbuka puasa atau makan malam. Sate kebiasaanya dihidangkan di hotel oleh katerer di hotel apabila kita mengambil sesuatu package untuk melakukan majlis di hotel pilihan. Namun tidak salah untuk kita menyediakan sate dan membuatkan para tetamu lebih teruja untuk makan di meja masing-masing. Percayalah, sate merupakan tarikan yang istimewa jika ada di majlis anda.  Ttapi sekarang tidak pelik lagi kerana ia seringkali menjadi pilihan utama untuk disediakan sebagai makanan tambahan di mana-mana majlis atau kenduri kahwin.

#2 Bubur Kacang dan bubur pulut hitam | Idea Makanan Tambahan Catering di Kelantan

Katering Aiskrim di Kelantan 04

Bubur kacang dan pulut hitam adalah antara menu kegemaran ramai yang seringkali kita jumpa di mana-mana majlis kenduri kendara. Amat sesuai dihidangkan tidak kira sama ada majlis diadakan didalam dewan mahupun di luar dewan. Jadi amat sesuai untuk anda pilih bubur kacang dan bubur pulut hitam kerana ia amat sesuai tidak kira untuk di makan di dalam kawasan tertutup atau terbuka. Rasa manis yang tidak terlalu manis serta gabungan pulut bagi bubur pulut hitam boleh menjadi sama ada sebagai pembuka selera sebelum menjamu selera atau pun pencuci mulut setelah menjamah lauk-pauk yang disediakan.

Katering Aiskrim di Kelantan 07

Ia boleh dikatakan sebagai makanan wajib ada di majlis atau kenduri kerana rata-rata kenduri kahwin yang dikunjungi semuanya akan menyediakan kedua-dua bubur ini. Bubur kacang dan bubur pulut hitam adalah antara pemanis mulut yang sangat digemari oleh semua golongan tidak kira dari yang muda hingga kepada golongan tua. Bubur kacang dan bubur pulut hitam sentias dihidangkan panas-panas di dalam periuk membuatkan ia sentiasa segar dan menyelerakan buat sesiapa yang memilihnya.

#3 Roti Jala | Idea Makanan Tambahan Catering di Kelantan

Roti jala mungkin juadah yang tidak begitu istimewa atau kurang popular di kalangan masyarakat Melayu terutama sebagai hidangan dalam kenduri-kendara berbanding masakan lain. Selain sate dan bubur, roti jala  juga boleh dianggap sebagai makanan ringan yang boleh menyerikan majlis perkahwinan anda dan mesra dengan perut tetamu. Roti jala tidak lengkap tanpa kuah kari. Jarang sekali roti jala dijadikan menu utama untuk dijamu kepada orang ramai dalam majlis-majlis keramaian atau kenduri-kendara.

Katering Aiskrim di Kelantan 06

Tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru. Pasti ramai yang akan meyukainya jika dapat manikmati roti jala selepas menjamu makanan berat seperti nasi dan lauk. Malah mereka juga boleh memilih untuk makan roti jalan sahaja jika tidak inginkan nasi dan lauk. Kita semua tahu bahawa bukan satu sahaja majlis atau kenduri  yang berlangsung pada hari yang sama. Mungkin mereka yang datang sudah pun menghadiri 2-3 majlis perkahwinan sebelumnya dan telah terlalu kenyang untuk mengambil makanan yang berat. Jadi roti jalan adalah pilihan yang tepat.  

#4 Variasi Kuih Tradisional | Idea Makanan Tambahan Catering di Kelantan

Perkataan yang paling sesuai digunakan untuk menggambarkan tradisi makanan di Malaysia adalah variasi. Malaysia terkenal sebagai salah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai budaya yang agak unik. Antaranya ialah budaya makanan. Gabungan makanan bagi kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada hidangan Malaysia.

Katering Aiskrim di Kelantan 09

Sebagai orang Melayu lebih-lebih lagi rakyat Malaysia, sudah pasti ada yang meyukai makanan atau kuih tradisional. Jika selalunya ada sedikit sahaja jenis kuih, apa kata anda tambahkan lagi variasi kuih yang ada dari segi warna, bentuk dan rasa. Dengan adanya lebih banyak pilihan, para tetamu tidak akan merasa jemu dan bosan kerana dapat menikmati pelbagai jenis juadah.

#5 Aiskrim | Idea Makanan Tambahan Catering di Kelantan

Selain daripada makanan di atas anda juga boleh menyediakan aiskrim sebagai makanan tambahan untuk majlis anda. Semestinya pemberian aiskrim secara percuma ini memang menjadi tarikan utama bila ada kenduri kahwin. Dari anak-anak sampailah kepada mak ayah, atuk nenek, pak cik mak cik akan mengerumuni tempat aiskrim percuma ni. Bila kerumun macam ni, mestilah sedapkan. Kalau tak sedap tak ada yang pergi ulang ambil aiskrim sampai dua tiga kali.

Katering Aiskrim di Kelantan 08

Berita baik untuk semua yang berada di Kelantan,kerana Catering An-Nas ada menyediakan catering aiskrim untuk majlis anda. Tidak kiralah apa jua konsep yang anda tetapkan mereka akan penuhi mengikut tema anda. Sebagai contoh, jika tema anda adalah Arabian Night, semua kelengkapan dan persiapan bermula daripada pakaian, make up, makanan, doorgift dan apa-apa yang termasu dalam tema akan cuba dipenuhi. Tak perlu beli barang mahal-mahal tapi akan dipastikan untuk mengikut semua konsep majlis anda. Dapat bayangkan tak bagaimana majlis anda nanti. Special kan.

Istimewa Pakej Katering Aiskrim Di Kelantan

Katering Aiskrim di Kelantan 12

Sebagai penganjur majlis sudah semsetinya kita mahukan yang terbaik untuk majlis yang bakal dilangsungkan tidak kira dari segi dalaman mahupun luaran. Jangan bimbang kerana pakej katering ini amat mementingkan kualiti serta memastikan yang terbaik untuk majlis anda. Dan yang paling penting adalah untuk melihat senyuman ceria serta kepuasan di wajah mereka tak kira yang manikmati juadah mahupun yang mneydiakan juadah tersebut. Kedua-duanya adalah sama penting.

Antara faktor-faktor penting yang diutamakan adalah seperti

  • Halal
  • Terjamin Kebersihan.
  • Di Uruskan Oleh Muslim & Bumiputra.
  • Sedap & Puas Hati.
  • Percuma 50 Kon Kecil.
  • Percuma Juruskop.
  • Percuma Transport.

Katering Aiskrim An-Nas Menyediakan Aiskrim Dan Cendol Untuk Majlis Atau Program Kenduri

Katering Aiskrim di Kelantan 11

Seperti katering-katering lain, mereka juga akan sentiasa membantu dalam melayan tetamu anda menikmati juadah yang mereka sediakan iaitu aiskrim beserta cendol. Anda hanya perlu nyatakan majlis apa yang akan anda adakan dan menetapkan jenis konsep yang akan digunakan untuk acara anda nanti.

  • Kenduri Kahwin.
  • Kenduri Kesyukuran & Doa selamat @ Tahlil
  • Birthday Party
  • Program Rasmi Kerajaan.
  • Majlis Perasmian
  • Majlis Hari Bersama Pelanggan
  • Majlis Perasmian
  • Hari Sukan Sekolah & Jabatan Kerajaan
  • Hari Kantin Sekolah-Sekolah
  • Majlis Persaraan
Katering Aiskrim di Kelantan 13

Testimoni Pelanggan Katering Aiskrim An-Nas | Katering Aiskrim di Kelantan

Sudah semestinya aiskrim yang disajikan oleh Katering Aiskrim An-Nas ini menjadi pilihan rakyat kelantan, khususnya di sekitar Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai. Lihat beberapa testimoni pelanggan kami di bawah.

Katering Aiskrim di Kelantan 14 Katering Aiskrim di Kelantan 15 Katering Aiskrim di Kelantan 16 Katering Aiskrim di Kelantan 17

Jom Tempah Katering Aiskrim An-Nas Khusus Untuk Warga Kelantan

Sekiranya anda ingin pakej katering aiskrim yang berpatutan dan ada ciri ciri di atas serta  pakej harga dan booking tarikh, boleh terus hubungi kami di maklumat yang tertera.

KATERING AISKRIM AN-NAS | TEMPAH KATERING AISKRIM DI KELANTAN

Hubungi: Tekan untuk telefon (012-6160230) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: @aiskrimkifayahbukitberuntung

Jom Tempah Katering Aiskrim An-Nas Khusus Untuk Warga Kelantan SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom Tempah Katering Aiskrim An-Nas Khusus Untuk Warga Kelantan SEKARANG!