Review
Dec 15, 2017, 8:00am

5 Idea Hari Jadi Untuk Isteri dan Suami


Hari jadi adalah hari yang amat penting untuk seseorang dan ia telahpun disambut sejak dari zaman dahulukala lagi. Ketika hari ini disambut, mereka akan diberikan hadiah, memotong kek dan juga pelbagai kejutan dari rakan dan juga keluarga dan ia akan memberikan perasaan gembira kepada orang yang menyambut hari kelahiran tersebut. Dengan melangkah ke angka umur yang berbeza pada hari tersebut, pasti mereka mahu menyambutnya secara istimewa kerana ia telahpun menjadi tradisi untuk menyambut hari kelahiran dengan penuh meriah.

idea-sambut-hari-jadi

Bagi anda yang telahpun mendirikan rumah tangga, anda pasti tidak mahu melupakan tarikh penting bagi suami ataupun isteri anda. Ketika hari jadi pasangan anda menjelang, pasti anda akan pening kepala memikirkan idea untuk menyambut hari jadi mereka dan memberikan kejutan yang istimewa agar mereka berasa gembira pada hari kelahiran mereka yang hanya disambut setahun sekali. Anda juga perlu memikirkan hadiah dan juga tempat untuk menyambut hari jadi pasangan anda agar semuanya kelihatan sempurna.

5 Idea Hari Jadi Untuk Suami dan Isteri

saya akan berikan 5 idea untuk hari jadi suami atau isteri anda ntuk menyelamatkan anda daripada pening kepala memikirkan semua perkara. Jom lihat idea –idea tersebut!

#1. Pakej Percutian

hadiah-pakej-percutian

Siapa yang tidak sukakan pakej percutian sama ada di dalam mahupun di luar negara, bukan? Pasti orang tersayang anda akan berasa gembira sekiranya anda memberikan hadiah yang membolehkan dia mengurangkan stress di tempat kerja mereka. Pasangan anda pasti berasa amat bersyukur dengan hadiah yang anda berikan kepada dia tidak kira suami ataupun isteri. Kalau boleh, berikan pakej percutian yang telah lama beliau idamkan seperti pergi ke pulau ataupun kota raya yang sibuk untuk membeli – belah.

hadiah-pakej-percutian-1

Apa yang anda boleh buat adalah dengan menempah tiket perjalanan pergi dan balik serta hotel untuk didiami oleh anda serta pasangan. Selain itu, anda juga boleh menyediakan pelbagai brosur untuk pasangan anda lihat serta belikan mereka tiket ke taman tema ataupun tempat yang berbayar. Jika anda tidak boleh memberikan pakej percutian ke luar negara, pakej percutian di dalam negara juga adalah menarik kerana negara kita juga menawarkan pelbagai tempat – tempat serta pulau yang menarik.

#2. Upah Suprise Planner

surprise-birthday-party-idea

Team pembuat kejutan / surprise planner adalah team yang dapat membantu anda menguruskan idea hari jadi untuk anda serta pasangan anda. Cara ini adalah amat efektif bagi anda yang tidak mempunyai masa untuk menguruskan kejutan bagi pasangan anda. Kebanyakan surprise planner akan memberikan kejutan bagi pasangan anda dengan menyediakan makan malam romantik di hotel – hotel dan juga memberikan pelbagai jenis bunga untuk pasangan anda. Dekorasi untuk tempat kejutan anda juga akan diuruskan jadi anda hanya perlu menyediakan duit untuk team pembuat kejutan ini.

#3. Kejutan ‘But Kereta’

kejutan-boot-kereta

Hari jadi yang disambut secara romantis pasti akan menggamit memori pasangan anda. Boleh senyum setahun tau kalau dibuat dengan betul. Sekiranya anda mahukan sambutan hari jadi secara romantis, anda boleh menghias but kereta anda dan letakkan hadiah yang disediakan untuk suami atau isteri anda. Lebih elok lagi jika anda sediakan juga bunga dan teddy bear untuk mereka. Kemudian, masukkan belon – belon helium di dalam but kereta sehingga penuh.

Jangan ikat sebarang pemberat kepada belon helium tersebut supaya belon tersebut dapat terbang apabila mereka membuka but kereta. Pastikan anda tidak menghias bahagian dalam ataupun luar kereta supaya mereka tidak sedar akan kejutan yang mahu dibuat. Anda boleh lekatkan nota di bahagian stereng seperti ‘BUKA BUT KERETA SEKARANG, ADA BOM!’ agar mereka membuka but kereta tersebut.

#4. Hadiahkan Barangan Yang Diingini

hadiah-birthday-benda-yang-diingini

Ini memerlukan anda untuk lebih peka dengan keinginan suami ataupun isteri anda. Anda perlu mendengar dan melihat gerak geri mereka dan amati perkara yang mereka suka lakukan ataupun barang yang diperhatikan ketika di pusat membeli – belah. Jika isteri anda telah lama melihat beg tangan berjenama Coach, maka belikan dia beg tangan tersebut ketika hari jadi beliau. Sekiranya beliau meminati buku – buku yang beliau belum mampu beli, dapatkan buku daripada penulis kegemaran beliau.

Jika suami anda seorang peminat muzik, maka dapatkan tiket konsert band kegemaran beliau. Sekiranya suami andaadalah peminat gadget, anda boleh belikan beliau gadget – gadget terkini seperti tablet, virtual reality box, ataupun jenama telefon bimbit yang terbaru. Dapatkan suami anda set gaming yang canggih yang dilengkapi dengan cd game yang terbaru. Pasti pasangan anda lebih menyayangi anda kerana anda peka dengan keinginan mereka.

#5. Hadiah Yang Unik dan Custom Made

hadiah-custommade

Hadiah yang dibuat sendiri ataupun unik adalah hadiah yang paling disukai oleh pasangan anda. Hal ini kerana, hadiah yang dibuat sendiri mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada hadiah yang dibeli di kedai. Apa yang anda boleh berikan kepada pasangan anda termasuklah cincin ataupun rantai yang diukir nama pasangan masing – masing, cawan kaca yang menyatakan tarikh – tarikh penting untuk anda serta pasangan, ataupun barangan – barangan yang mempunyai nilai sentimental kepada anda serta pasangan ketika anda bercinta suatu ketika dahulu.

Mukamacaron | Lukiskan Wajah Insan Kesayangan Anda Di Atas Kek Gulung

mukamakron-1

Jika anda mahukan sesuatu yang unik dan lebih istimewa untuk suami ataupun isteri anda. Anda boleh dapatkan kek gulung istimewa daripada owner facebook dan instagram mukamacaron ni. Apa yang istimewa tentang mukamacaron? Kedai ini menyediakan kek gulung yang dilukis wajah sesiapa sahaja yag anda mahukan. Beliau mampu melukis wajah sebanyak tiga orang di dalam satu kek gulung jadi anda boleh lukis wajah anda dan pasangan anda di atas kek gulung tersebut.

contoh-kek-gulung-macaron

Pasangan anda pasti terkejut ketika menerima kek yang dilukis oleh Puan Aishah ni. Bukan selalu nak jumpa owner kek yang boleh lukis muka orang kan? Beliau bertapak di Alor Setar, Kedah dan telah mula berniaga sejak tahun 2015 lagi dan beliau mampu menyiapkan 3 – 6 biji kek sehari dan dipos pada hari yang sama. Mukamacaron juga membuat kek setiap hari ahad sehingga rabu dan setiap kek dibuat sendiri jadi kualiti kek adalah sama.

Anda boleh dapatkan kek gulung Mukamacaron dengan harga RM 65 (SM) / RM 70 (SS) termasuk kos postage.

Kenapa Anda Perlu Memilih Mukamacaron Untuk Hari Jadi Pasangan Anda?

idea-kek-birthday-mukamacaron

Kek – kek yang dibuat oleh Mukamacaron adalah dibuat sendiri dan unik. Anda boleh lihat sebab – sebab anda perlu memilih kek istimewa daripada Mukamacaron untuk anda dan juga pasangan seperti di bawah;

1. Hadiah Yang Unik Untuk Pasangan Anda

hadiah-kek-mukamacaron-unik

Hadiah hari jadi yang dibuat sendiri akan membolehkan pasangan anda lebih menghargai hadiah yang diberikan. Semua orang pasti menyukai hadiah yang diciptakan khas untuk mereka sendiri. Lebih manis lagi jika anda juga terlibat di dalam hadiah tersebut. Jika anda dapat melukis wajah anda dan pasangan di dalam kek gulung khas oleh Mukamacaron, pasangan anda pasti akan menyukai kek gulung istimewa ini dan ia dapat menjadikan hari jadi pasangan anda lebih diingati.

2. Lukisan Yang Kreatif Oleh Mukamacaron

hasil-kek-mukamacaron-menarik

Puan Aisyah ataupun owner kepada Mukamacaron ini adalah seorang penjualyang telah berpengalaman dengan melukis muka sejak tahun 2015 lagi. Lukisan – lukisan yang dihasilkan oleh beliau adalah amat cantik dan juga kreatif. Ia berbentuk karikatur dan lukisan yang dihasilkan di atas kek gulung adalah sebanyak tiga orang sekaligus. Beliau juga mampu menghasilkan corak – corak realistik seperti corak harimau bintang dan juga lukisan – lukisan kartun popular. Anda hanya perlu memberikan corak dan wajah kepada beliau dan beliau boleh tunaikan permintaan anda.

3. Kek Yang Sedap dan Tahan Lama

kek-muka-macaron-tahan-lama

Kek yang dibuat sebagai kek gulung menggunakan kek span yang dibuat sendiri oleh owner Mukamacaron. Beliau membuat kek span yang mempunyai terkstur yang amat lembut dan enak dimakan. Bau kek yang dibuat juga amat harum dan mampu meningkatkan selera anda dan juga pasangan. Jadi, beliau bukan sahaja berbakat di dalam bidang melukis, malah beliau juga mampu menghasilkan kek yang berkualiti tinggi. Anda boleh memilih filling yang disediakan iaitu creamy vanilla dan juga filling chocolate spread. Pastikan anda tahu filling kegemaran pasangan anda ya!

kek-mukamacaron-pasangan

Mukamacaron juga menyediakan kek buah yang mempunyai kombinasi rasa enak serta mampu menyentuh deria rasa anda. Kek gulung yang dibuat juga tahan lama iaitu selama tiga atau empat hari di dalam suhu bilik dan tahan selama sebulan jika diletakkan di dalam peti sejuk. Jadi bolehlah anda simpan jika rasa sayang untuk menyentuh kek istimewa ini.

4. Tempahan Yang Cepat Dan Efektif

penghantaran-kek-selamat

Walaupun Puan Aishah bekerja sendirian dan melukis wajah dan membakar kek tanpa bantuan sesiapa, beliau mampu menyiapkan 3 – 6 biji kek pada hari yang sama bergantung kepada permintaan dan kualiti kek adalah yang terbaik. Selain mampu bekerja dengan pantas, kek yang siap dibuat juga akan dipos pada hari yang sama dan anda anda boleh mendapatkannya dengan cepat. Jadi, jangan risau sekiranya anda hampir terlupa dengan hari istimewa pasangan anda kerana Mukamacaron mampu membuat hadiah yang paling bermakna untuk pasangan anda.

Testimoni Pelanggan Kek Dari Mukamacaron

Sejak dari munculnya Mukamacaron di dalam dunia perniagaan, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan kek – kek yang telah dihasilkan oleh Mukamacaron. Mereka juga amat terpesona dengan kebolehan puan Aishah melukis di atas kek gulung dengan cantik dan tepat. Jom lihat testimoni para pelanggan puan Aishah seperti di bawah;

testimoni-kek-macaron

Anda boleh hadiahkan kek ini kepada ibu bapa anda juga! Cantik kan kek ni?

testimoni-kek-macaron-2

Kek sampai tepat pada masanya. Kan dah cakap Mukamacaron ni efektif.

testimoni-kek-mukamacaron-3

Rasa kek yang teramat sedap pasti menambat selera anda dan juga pasangan.

Dapatkan Kek Gulung Istimewa Untuk Hari Jadi Pasangan Anda Sekarang!

Jika anda mahukan pasangan anda gembira dengan hadiah yang diberikan, anda boleh menempah kek daripada puan Aishah (Mukamacaron) ini. Pasti anda akan menerima senyuman lebar dari pasangan anda. Untuk menempah, anda boleh menghubungi puan Aishah seperti berikut;

 

Jom Dapatkan Kek Gulung Istimewa Untuk Hari Jadi Pasangan Anda SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Home based, Alor Setar, Kedah.

   
Jom Dapatkan Kek Gulung Istimewa Untuk Hari Jadi Pasangan Anda SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan Kek Gulung Istimewa Untuk Hari Jadi Pasangan Anda SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: