Review
Mar 1, 2018, 9:18pm

5 Cara Mudah Menabung Paling Berkesan


Sejak kecil lagi, kita selalu diajar untuk menabung. Menabung bukanlah semata-mata untuk kecemasan dan penggunaan sekiranya tiada duit, tetapi menabung juga adalah untuk simpanan hari tua. Jika dilihat dari konteks yang berbeza, terdapat dua jenis tabungan yang selalu dibayangkan oleh anda semua iaitu menabung dalam bekas tabung dan juga menabung dengan menyimpan duit di dalam akaun bank. Walau mana-mana pun, paling penting sekali adalah konsisten dan berterusan. Menabung tidak boleh berhenti di tengah jalan. Ramai orang yang gagal menabung kerana tidak berterusan dan duit tabungan pula sentiasa dikeluarkan oleh diguna.

5 cara mudah menabung paling berkesan

5 Cara Mudah Menabung Paling Berkesan

Mahukah anda mempunyai duit tabungan yang mencecah 5 angka? mustahil kan? Tapi ia akan berlaku sekiranya anda menabung dengan cara yang berkesan. Bagaimanakah cara mudah menabung yang paling berkesan?

1. Simpan Secara Menyeluruh Atau Random (Tabung Duit)

Setiap rumah wajib mempunyai tabung. Lagi banyak tabung lagi bagus. Kalau boleh tabung biar saiz besar sikit dan boleh campur duit syiling dengan duit kertas. Sebab tabung yang besar itulah yang kita jadikannya sebagai tabung menyeluruh dan random di mana apa-apa sahaja duit kita nak simpan, boleh letakkan dalam tabung tu.

cara mudah menabung dengan tabung menyeluruh

Pernah tak dekat rumah anda duit syiling merata-rata, di atas televisyen, di bawah katil, dalam poket seluar jeans, atas almari, bawah kusyen, dalam bekas mainan anak dan pelbagai lagi tempat? Tipulah kalau tak ada. Kalau tak ada tu maksudnya rumah anda memang betul-betul kemas. Duit-duit syiling atau kertas yang dijumpai itulah diletakkan dalam tabung menyeluruh. Bukan itu sahaja, balik daripada pasar atau mana-mana, duit pecah semua tu terus masukkan dalam tabung ini juga. Kalau RM12 baki, letakkan semua dalam tabung tu. Sekiranya anda konsisten melakukan simpanan tabung secara menyeluruh ini, dalam masa 3 minggu sahaja, anda boleh mendapat RM300 sehingga RM500.

2. Simpan Harian Dan Mingguan (Akaun Bank)

Berbeza dengan simpanan secara menyeluruh dan random tadi, ini pula adalah simpanan harian dan mingguan yang terus masuk ke dalam akaun bank. Setiap kali dapat gaji, anda harus memperuntukkannya terus untuk disimpan. Selalunya, ramai yang cadangkan 10% dari gaji harus disimpan. Ya, mengikut gaji anda, 10% perlu disimpan. Tetapi bagi anda yang bekerja sebagai freelance atau mempunyai pendapatan sampingan, anda boleh terus membuat simpanan setiap minggu selepas mendapat bayaran.

 

cara mudah menabung dengan tabung khas

Nak simpan dimana? Inilah sebab pentingnya anda perlu mempunyai lebih daripada 2 akaun. Akaun gaji jangan dicampurkan dengan akaun simpanan, sebaliknya buat satu akaun simpanan yang khas untuk menyimpan duit yang diasingkan bagi tabung sahaja. Sama juga macam konsep KWSP, ada akaun satu dan akaun dua. Dengan melakukan cara ini, akaun duit tabung anda akan meningkat sentiasa. Tapi jangan pula dikeluarkan untuk berjoli dan bersuka ria.

3. Tabung Niaga

Tabung niaga ini pula adalah untuk mereka yang sentiasa mencari peluang untuk menambahkan duit atau menjual barang-barang atau membuat perkhidmatan yang mendatangkan wang. Sebagai contoh, anda yang membuat perkhidmatan menaip dokumen di rumah, menulis cerpen atau menjual barang-barang terpakai di laman web seperti carousell.com, duriana atau shopee, bayaran daripada perniagaan itu dimasukkan ke dalam akaun simpanan.

cara mudah menabung dengan tabung niaga

Bermakna 100% daripada untung perniagaan kecil-kecilan anda dijadikan simpanan. Bukannya duit untuk shopping mekap, beg tangan, rantai, tengok wayang dan sebagainya. Dengan mengikuti cara ini, mungkin anda akan rasa tidak mempunyai banyak wang tetapi simpanan anda akan bertambah dan anda dapat menabung dengan berkesan.

4. Pinjaman ASB

Rugi kalau tak buat simpanan ASB dari muda lagi. Sepatutnya selepas dapat kerja terus buat simpanan ASB ini. Buat loan ASB! Pinjaman ASB bukanlah bermaksud kita nak pinjam duit atau apa tetapi kita menyimpan setiap bulan untuk dividen tahunan dan pulangan yang mendatang pada tempoh masa yang kita pilih sendiri. Sebagai contoh, tiap-tiap bulan kita menyimpan RM200 untuk pinjaman ASB sebanyak RM30,000. Jadi tiap-tiap tahun dividen yang kita terima adalah dikira berdasarkan kadar dan amaun yang kita buat iaitu RM30,000.

cara mudah menabung dengan simpanan pinjaman asb

Sekiranya menyimpan dalam akaun ASB buku biru biasa sahaja, dividen tahunan akan dikira berdasarkan kadar dan amaun yang kita simpan dalam akaun asb itu sahaja. Sebagai contoh, 7% x 30,000 dan 7% x 2000 yang mana jumlahnya lebih banyak. Mestilah yang 30,000 kan. Itulah kiraan dividen bagi pinjaman ASB yang harus kita lakukan. Berbaloi-baloi. Kalau nak mudah dan tak nak ada komitmen untuk bayar secara bulanan, simpan terus untuk setahun atau jangan keluarkan dividen, malah dividen itu boleh digunakan untuk membayar untuk bulan-bulan tahun seterusnya sehinggalah pada tahun akhir, anda akan terima RM30,000 beserta dividen anda pada tahun itu. Nak bayar bulan-bulan boleh buat potongan gaji sekiranya anda berminat, lagi mudah nak menyimpan kan!

5. Simpanan EPF

Simpanan EPF atau KWSP adalah simpanan persaraan anda ataupun untuk hari tua. Sekiranya anda mencari simpanan untuk jangka masa yang panjang, EPF adalah tempat yang betul kerana simpanan ini amat mudah jika dibuat berdasarkan potongan gaji anda. Anda tidak akan terasa beban untuk keluarkan wang dan pergi menyimpan. Dengan simpanan dari KWSP, anda akan mendapat manfaat persaraan dan dividen. Malah, bantuan hilang upaya dan bantuan kematian juga akan diberikan kepada waris atau penjaga ahli KWSP sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.

cara mudah menabung dengan kwsp

Simpanan EPF ini sangat disyorkan dan semua pekerjaan di Malaysia ini mewajibkan simpanan EPF dalam disumbangkan sebagai simpanan jangka panjang mereka. Walaupun golongan peniaga tidak wajib menyimpan melalui majikan tetapi mereka juga boleh menyimpan sendiri di akaun KWSP mereka untuk masa hadapan dan juga pencen.

Kelima-lima cara menabung berkesan boleh anda ikuti dan anda boleh tengok hasilnya dalam masa seminggu atau sebulan. Paling penting sekali adalah anda perlu konsisten menabung setiap bulan supaya lebih efektif. Tak cukup lagi, kini terdapat satu simpanan yang amat berkesan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan fokus kepada simpanan jangka panjang dan merupakan skim simpanan persaraan yang terdiri dari sistem yang sangat efektif.

Private Retirement Scheme (PRS) Terbaik Dari CIMB

private retirement scheme dengan cimb

Dewasa ini, sering kita mendengar tentang PRS iaitu Private Retirement Scheme atau Skim Pelaburan Persaraan. Wujudnya PRS ini adalah untuk membantu seluruh rakyat Malaysia dalam menggunakan platform atau cara untuk anda menambah dana persaraan dengan teratur dan terkawal. CIMB bank adalah salah satu penyedia PRS yang berkaliber dan berpengalaman dalam bidang simpanan, aset dan pengurusan. CIMB juga memastikan PRS disediakan dalam konsep Islamik ertinya patuh syariah. Dari segi kelayakannya pula, tidak kira anda bekerja sendiri atau bekerja dengan majikan, anda juga layak menambah dana persaraan anda bersama PRS dengan syarat anda berumur 18 tahun ke atas.

Mereka Yang Perlu Sertai PRS

anda wajib menyimpan di PRS

Adakah anda salah seorang daripada mereka yang perlu sertai PRS? Jika anda benar-benar ingin mempunyai simpanan yang banyak dengan cara yang mudah dan tidak membebankan, anda sangat layak sertai PRS. Semua daripada anda yang mempunyai ciri-ciri ini boleh sertai PRS.

  • Kakitangan swasta dan freelance yang bekerja sendiri dan ingin simpanan lebih banyak dan berbaloi
  • Golongan peniaga yang ingin simpanan jangka masa panjang
  • Ahli perniagaan yang ingin elakkan dari duit dibekukan sekiranya bankrupt
  • Belia muda 18 tahun ke atas yang berfikiran jauh
  • Majikan yang ingin lebih untung dan taknak bayar cukai
  • Pekerja asing di Malaysia yang ingin untung dan kurangkan cukai
  • Anda yang sentiasa berfikir bagaimana nak menyimpan dengan cara paling berkesan dan terlalu untung
  • Kakitangan kerajaan yang ingin simpanan besar berganda iaitu simpanan selain KWSP
  • Penganggur yang tidak bekerja
  • Pejalar Institusi Tinggi awam dan swasta

Bagi anda yang benar-benar inginkan simpanan yang banyak untuk hari tua, PRS membantu anda menambah dana kehidupan anda sebagai individu yang mempunyai simpanan. Dengan cara penyimpanan yang sangat fleksibel ini, anda juga boleh menyimpan pada bila-bila masa. Sebagai contoh, bulan 1 anda letakkan RM100 dalam simpanan, bulan kedua anda letak RM600 kerana dapat bonus lebih, bulan 3 pula anda tidak simpan, pun tidak menjadi masalah kerana cara simpanan anda sangat fleksibel (tetapi tidak digalakkan) dan lebih baik anda menyimpan tiap-tiap bulan.

Ciri-Ciri Private Retirement Scheme (PRS)

  • Dikawal oleh Securities Commission Malaysia
  • Ditadbir oleh Private Pension Administrator
  • Langkah inisiatif bagi Capital Market Master Plan 2
  • Sebuah platform pelaburan gaya hidup anda
  • Kawalan penuh ke atas pelaburan
  • Sebagai simpanan tambahan selain EPF.
  • Pelaburan fleksibel
  • Aset PRS dikendalikan di bawah Pemegang Amanah Skim Bebas dan lebih selamat
  • Mempunyai 2 caruman

ciri ciri prs oleh cimb

Konsep Dan Dana Private Retirement Scheme (PRS)

Setelah anda mendaftar dan sampai masa untuk melabur, anda boleh meletakkan beberapa amaun yang anda ingin simpan secara bulanan. Seperti EPF, Skim persaraan ini terdiri daripada Sub Akaun A dan B. Sub Akaun A boleh dikeluarkan sebanyak 70% setelah anda bersara manakala sub akaun B pula boleh dikeluarkan 30% darinya tetapi hanya setahun sekali.

konsep prs oleh bank cimb

CIMB-Principal PRS Plus ataupun CIMB Islamic PRS Plus menawarkan dana-dana untuk pilihan anda. Anda juga boleh membuat caruman kepada lebih daripada satu dana dari kedua-dua skim. Pilihan-pilihan dari PRS adalah akaun boleh diurus sendiri (Let Me Do It ) atau diurus oleh Fund manager (Do It). Anda boleh memilih dana-dana persaraan berdasarkan matlamat dan keperluan anda selepas bersara nanti serta faktor usia. Terdapat 3 dana persaraan iaitu dana pertumbuhan, dana sederhana dan juga dana konservatif.

dana fund untuk cimb prs

  • Dana Pertumbuhan¬†sesuai bagi anda yang berumur 29-39 tahun. Namun, ia terdedah dengan risiko saham, mata wang, kadar faedah dan lain-lain lagi.
  • Dana Sederhana pula adalah bagi mereka yang berumur antara 40-50 tahun dan memiliki maksimum ekuiti sebanyak 60%.
  • Dana Konservatif adalah dana yang sesuai dengan pelabur yang melebihi 50 tahun dan ke atas. Untuk dana ini, pelaburan di luar Malaysia adalah tidak dibenarkan.

jenis jenis kelompok pencarum prs cimb

Bagi anda yang ingin menguruskan sendiri (Do It) dana persaraan anda, anda juga boleh lakukannya dengan berkesan.

Kelebihan Private Retirement Scheme (PRS)

1. Pelepasan Cukai Individu Sebanyak RM3000.00.

Anda boleh mendapatkan perlepasan cukai sebanyak RM3000 dengan hanya membuat pelaburan ke akaun PRS anda untuk simpanan anda. Anda akan lebih jimat dan secara automatiknya anda dapat menyimpan dengan berkesan.

pencarum prs mendapat mengecualian cukai

2. Menerima Insentif Percuma RM1000

Sekiranya anda berumur 30 Tahun ke bawah, anda akan menerima INSENTIF PERCUMA RM1000 untuk anda! Maksudnya anda menyimpan RM1000 sahaja, pihak kerajaan akan memasukkan RM1000 lagi dalam akaun simpanan anda secara percuma.

insentif untuk pencarum muda

3. Pilihan Dana Persaraan

Anda boleh memilih sendiri jenis market atau dana persaraan yang anda minati berdasarkan risk profiling pelabur. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di Cimb Booklets yang anda boleh dapatkan di laman website Cimb Malaysia.

pilihan dana persaraan prs

4. Manfaat Majikan

Sebagai majikan, anda layak untuk mendapat potongan cukai melebihi kadar berkanun untuk caruman KWSP, iaitu sehingga 19%. Ia juga dapat menampung kekurangan dana persaraan yang sediada di dalam KWSP.

manfaat majikan untuk pekerja mencarum PRS

5. Pilihan Pembiayaan

Kaedah penyimpanan ini akan lebih berkesan kerana anda boleh memilih untuk membuat pembayaran melalui potongan gaji atau selainnya juga.

pilihan pembiayaan untuk simpanan prs

6. Pembiayaan Fleksibel

Anda boleh membuat simpanan bila-bila masa dan tidak terhad dengan umur. Lebih awal anda mulakan, lebih hebat kesannya untuk jangka masa panjang nanti.

pinjaman flexible untuk pencarum prs

Sebab Perlunya Private Retirement Scheme dan Jom Sertai Segera!

Dengan satu simpanan seperti KWSP, ia takkan cukup. Mengikut fakta, 68% daripada ahli KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000. Bayangkan sekiranya keluaran RM50,000, adakah ia cukup untuk menampung kos perubatan, pengajian anak dan sebagainya? Itu baru untuk keperluan, bagaimana pula dengan simpanan anda pada hari tua. Semestinya anda juga mahukan kebebasan dan freedom. Sekali sekala mesti nak pergi bercuti, jalan-jalan dan sebagainya kan.

menyimpan bersama prs di cimb sekarang

Selain itu, harga makanan semakin lama semakin mahal, tabung bulong di rumah pun tak cukup duit! Anda nak menyimpan tapi duit pun cukup-cukup. Takkan anda nak downgrade kan gadget anda pada zaman yang semakin canggih ini? Terdapat banyak lagi sebab-sebab kenapa anda perlu sertai Private Retirement Scheme ini! Jom sertai sekarang!

Jom Menyimpan Dengan PRS CIMB SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Menyimpan Dengan PRS CIMB SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Menyimpan Dengan PRS CIMB SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: