Review
Mar 2, 2018, 12:03pm

5 Cara Jana Pendapatan Pasif Dengan Keuntungan Yang Maksimum


Ramai yang inginkan pendapatan pasif serta keuntungan maksimum dalam kehidupan seharian. Pendapatan pasif adalah pendapatan yang berterusan walaupun anda tidak melakukan kerja-kerja atau hanya melakukan satu kerja dan sekali sahaja. Ia tidak sama seperti pendapatan aktif iaitu setiap kali anda bekerja, baru ada duit dan pendapatan buat anda.

Cara Jana Pendapatan Pasif

Menyedari hal ini, adalah lebih baik untuk anda berubah menjadi golongan yang berpendapatan pasif ataupun anda juga harus ada pendapatan sampingan yang pasif selain daripada keluar bekerja.  Pendapatan sampingan yang pasif kadang-kadang lebih tinggi daripada pendapatan aktif kita dan membuatkan kita mempunyai lebih banyak masa.  Bagaimanakah cara untuk menjana pendapatan pasif dengan keuntungan yang maksimum?

1. Bina Satu Laman Web Automatik Tempahan Pembelian untuk Perniagaan

Sekiranya anda seorang peniaga atau sukakan meniaga, anda perlu bertindak dengan lebih bijak iaitu dengan membina sebuah laman web tempahan pembelian secara automatik. Dengan laman web ini, anda tidak perlu mengambil order setiap masa serta mempromosikan produk anda setiap masa, konsep ini akan menjadikan orang terjumpa laman web anda akan terus yakin dengan ayat-ayat marketing anda dan terus melakukan pembelian tanpa perlu bertanya banyak. Esoknya, masuk lagi banyak sales walaupun anda sudah tidak buat apa-apa marketing lagi kerana web tempahan pembelian automatik sudah berjalan untuk anda.

Cara Jana Pendapatan Pasif dengan web perniagaan

2.  Affiliate

Affiliate adalah sesuatu yang sukar bagi anda yang tidak berapa familiar dengan marketing di internet.  Affiliate adalah cara yang anda boleh guna dalam mendapatkan keuntungan yang amat tinggi dan pasif. Anda hanya meletakkan sekali sahaja iklan dalam blog anda berkenaan dengan produk affiliate yang anda promosikan beserta dengan tajuk.  Dengan sistem affiliates yang lengkap, anda dapat melihat berapa ramai yang telah klik tetapi tidak membeli dan dari situlah anda boleh improve supaya sistem affiliate anda berjalan dengan sendiri lagi.

Cara Jana Pendapatan Pasif dengan affiliate

3.  Tender Makanan (Perantaraan)

Tak ramai yang tahu cara ini membolehkan yang  anda menjana pendapatan pasif secara maksimum sebagai seorang perantaraan tender makanan.  Pada peringkat awal, anda perlu mengumpul database dan memperkenalkan diri anda sebagai orang yang bertanggungjawab membawa masuk makanan ke stesen-stesen minyak, pejabat, hospital dan sebagainya.

Cara Jana Pendapatan Pasif dengan tender makanan

Sekiranya ada yang berminat untuk mengambil makanan untuk diletakkan di kilang, hospital dan sebagainya, anda boleh memilih mana-mana pembekal makanan yang murah dan harga secara borong untuk diletakkan di sana. Peranan anda hanya duduk rumah sahaja tetapi anda akan mendapat bahagian keuntungan anda dan memberi lebihnya kepada penghantar dan pembekal makanan.Kalau hari-hari pembekal makanan menghantar nasi lemak, kuih, sandwich dan beberapa jenis makanan lagi ke 6 stesyen sahaja, anda dah dapat untung pasif yang banyak dari situ.  Di Kuala Lumpur sahaja berapa banyak cawangan stesen minyak yang ada, ditambah pula pelbagai jenis menu!

4. Page Ramai Likers

Percaya atau tidak, page yang mempunyai ramai likers boleh menebalkan poket anda secara diam-diam.  Sedar dengan keperluan media sosial dalam mempromosikan perniagaan, ramai peniaga membayar upah bagi meletakkan iklan perniagaan mereka di page anda.

Cara Jana Pendapatan Pasif dengan page facebook

Anda tidak perlu mempromosikan dengan kerap kerana kebanyakkan daripada mereka sendiri yang akan mencari anda untuk minta perkhidmatan iklan.  Sebagai contoh, page siakap keli, pen merah dan sebagainya telah menjana sekitar 1K sehingga 2K unttuk satu iklan sahaja. Cuba anda bayangkan kalau sehari dah berpuluh-puluh iklan bagaimana?

5. Saham

Menjana pendapatan lumayan dengan saham amat mudah kerana anda tidak perlu melakukan apa-apa pun kerana ia bukanlah sesuatu bisnes tetapi adalah pelaburan. Apa yang perlu anda fahami tentang pelaburan adalah modal yang anda perlu keluarkan, tempoh masa matang, risiko yang perlu anda tanggung, kelebihan serta keburukan sesuatu saham dan macam-macam lagi. Lebih-lebih lagi sekarang terdapat pelbagai jenis saham di negara kita, anda harus berhati-hati supaya tidak terjebak dengan scam dan penipuan. Semakin besar jumlah bajet yang diletakkan, semakin  berisiko tinggi bagi anda untuk untung atau rugi.

Cara Jana Pendapatan Pasif dengan saham

Saham Dan Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Anda tidak perlu risau kerana saham adalah satu-satunya cara mudah bagi menjana pendapatan pasif sebenar dengan keuntungan yang sangat maksimum. Anda harus bijak dalam memilih saham yang terbaik, diyakini, halal serta selamat.  Kini, terdapat banyak saham yang halal, selamat serta berkonsep Islamik. Malah, kesemua pelaburan ini sangat hebat dan berkesan dalam memberi keuntungan yang maksimum kepada anda. Antaranya ialah Unit Trust Public Mutual, Hong Leong Preferred Life Program dan juga MS Dollar Financial.

Cara Jana Pendapatan Pasif saham dana terurus

Pelaburan Unit Trust Public Mutual

Unit trust adalah unit amanah yang sering disebutkan dalam pelaburan di Malaysia.  Ia sangat terkenal memandangkan terdapat 36 pengurus dana profesional seperti RHB, Public Mutual,  CIMB group, UOB AM dan lain-lain lagi.

Cara Jana Pendapatan Pasif dengan public mutual

Namun, Unit Trust Public Mutual telah menguruskan nilai aset terbanyak iaitu 62.1 Billion. Keuntungan pelabur adalah berdasarkan nilai aset yang dilaburkan sama ada naik harga atau tidak dan sekiranya meningkat, ia akan kira berdasarkan setiap satu unit trust.  Kehebatan Unit Trust Public Mutual ini adalah ia datang dalam konsep Islamik atau dikenali sebagai Fund Patuh Syariah.  Inilah yang membezakan Public Mutual dengan 36 pengurus dana yang lain.

Pilihan Kategori Fund Dan Kelas Aset Unit Trust Public Mutual

jenis public mutual fund

Sebelum memikirkan tentang keuntungan dan pendapatan anda, anda harus tahu tentang Fund terlebih dahulu. Terdapat beberapa jenis kategori atau kelas aset dalam Public Mutual Unit Trust dan setiap daripadanya mempunyai cara dan strategi pelaburannya yang tersendiri.  Ini adalah konsep Islamik patuh syariah.  Anda akan mendapat 10% kenaikan harga dan sejumlah dividen.

1. Equity Fund

Kategori jenis Equity sesuai dengan pelabur yang ingin mengembangkan modal masing-masing.  Ianya jenis yang berisiko tinggi dan juga memberikan pulangan yang tinggi. Seperti selalu disebut sebagai High Risk High Return.  Namun, ia tidaklah terlalu berisiko seperti saham lain dan forex. Terdapat banyak jenis equity fund seperti Equity Malaysia, Equity Global dan pelbagai lagi.  Sebagai contoh, Equity Malaysia menjadikan saham didagangkan di Syarikat bursa Malaysia seperti Axiata, Simdarby dan lain-lain lagi.

equity fund dengan public mutual

2. Equity Bond

Equity jenis ini selalunya berisiko rendah dan stabil yang selalu diadakan oleh kerajaan atau mana-mana organisasi.  Pelaburan jenis ini berkonsepkan modal kita dipinjam dan dibayar semula pada tempoh tertentu dengan jumlah keuntungan yang dipersetujui.   Anda akan mendapat kenaikan harga sebanyak 4%-6% setahun serta sejumlah dividen.

equity fund public mutual

3. Mixed Asset Fund

Mixed Asset Fund adalah Balanced fund yang lebih rendah risikonya berbanding equity.  Ia adalah gabungan equity dan money market atau bond. Ia memberikan peningkatan sebanyak 3% hingga 5% untuk setahun dan tidak berisiko.

mixed asset fund public mutual

Selain dari fund-fund ini, terdapat kategori bukan Islamic juga iaitu konvensional fund.  Namun, fund islamic lebih baik kerana mempunyai panel syariah masing-masing dan sentiasa dipantau dan diaudit.  Bukan itu sahaja, malah Public Mutual juga mempunyai Skim Persaraan Swasta yang sangat berbaloi untuk anda membuat simpanan.

Kelebihan Unit Trust Public Mutual

kelebihan saham public mutual

  • Syarikat Pelaburan Swasta No.1 di Malaysia
  • Pelaburan yang berlandaskan Syariah/Islamik dan patuh syariah
  • Boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa tetapi tidak digalakkan kerana tempoh matang adalah 3 tahun
  • Selamat dan diyakini kerana mempunyai pemegang Amanah atau trustee.
  • Boleh gunakan duit KWSP 20% daripada Akaun 1 untuk dipindahkan ke Public Mutual. Ia tidak akan hilang, malah bertambah
  • Sekiranya menggunakan KWSP, anda akan terima purata Dividen KWSP 5% + purata Dividen Public Mutual 15% = 20%.
  • Purata Pulangan/Dividen Public Mutual lebih tinggi berbanding simpanan tetap, ASB, KWSP dan lain-lain.

Hong Leong Assurance Program

Saham HLA

Program Hong Leong ini menjamin kehidupan lebih baik kepada anda.  Ia meliputih pelaburan yang membolehkan anda mendapat manfaat seperti kesihatan, perubatan, pembayaran dan pelbagai lagi sekiranya anda memenuhi kriteria program.  Hong Leong Assurance Program ini terbahagi kepada 3 iaitu HLA Evergain Plus, HLA Everlife Plus dan HLA Million Plus.  

HLA EverLife Plus

HLA EverLife Plus adalah pelan pelaburan premium yang memberikan simpanan kepada anda dalam masa yang sama melindungi anda dan keluarga daripada mengalami masalah kewangan dalam menyediakan kos rawatan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan.  Selain itu, HLA Everlife Plus juga membantu anda dari segi kewangan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh(TPD) atau hilang upaya usia lanjut (OAD).

HLA everlife plus

Dengan HLA Everlife Plus, anda akan menerima perlindungan dari segi kewangan dimana anda akan dibayar sekiranya berlaku kematian (sebelum berumur 100 tahun), TPD (sebelum umur 65 tahun) atau OAD (dari umur 65 hingga umur 100 tahun) atau mana berlaku yang pertama.  Selain itu, anda juga akan mendapat pulangan yang amat maksimum yang dijadikan sebagai simpanan  masa depan anda.  Semakin banyak bayaran premium yang anda buat, semakin banyak simpanan anda dihasilkan.

HLA Evergain Plus

HLA Evergain Plus ditubuhkan bagi membantu anda mempersiapkan diri untuk melalui perkara-perkara penting dalam hidup anda seperti hari persaraan, mendapat anak, memulakan perniagaan dan macam-macam lagi.  HLA Avergain Plus menyediakan perkhidmatan pelaburan yang memenuhi keperluan anda serta membantu anda menjana pendapatan yang amat untung.  HLA Evergain Plus juga merupakan salah satu pelan pelaburan yang membantu anda mengumpulkan aset pelaburan dengan perlindungan daripada risiko pasaran.  Anda juga diberi perlindungan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti eksiden, TPD, penyakit kritikan dan sebagainya.

HLA ever gain plus

Keuntungan yang anda akan dapat secara pasif dalam program ini adalah simpanan anda beserta unit bonus.  Anda dijamin mendapat unit tambahan dan peruntukan tambahan yang bertujuan meningkatkan simpanan anda.

HLA Million Plus

HLA Million Plus adalah untuk anda yang ingin mendapat perlindungan yang tidak tertandingi dan pelbagai dana pelaburan serta dapat membina warisan kepada keluarga anda.  Pelan ini juga merangkumi perlindungan kematian, Hilang Upaya Total dan Kekal (TPD), dan Hilang Umur Lama (OAD) selama 30 tahun.  Antara faedah yang anda akan terima adalah perlindungan tambahan iaitu 5% daripada Basic Basic Assured (BSA) setiap 5 tahun, sehingga maksimum 125% daripada BSA awal serta mendapat peningkatan tabungan.

HLA Million plus

MS Dollar Financial (Smart Saving Plan Program)

Selain dari Unit Trust Public Mutual dan Hong Leong Assurance Program, MS Dollar Financial merupakan satu program simpanan yang mudah dan bijak.  MS Dollar atau asalnya adalah Monspace Dollar yang berkaitan dengan Cryptocurrency ini adalah patuh syariah dan berkonsep Islamik. MS Dollar adalah keluaran baru selepas bitcoin.

Cara Jana Pendapatan Pasif dengan ms dollar

Sekiranya dulu, ramai yang telah menjana dengan Bitcoin sehingga harganya telah mencecah 18K untuk satu bitcoin pada zaman kini, bayangkan betapa beruntungnya sekiranya anda telah memilikinya dulu dengan serendah harga RM900 sahaja.  Sama seperti situasi itu, MS Dollar merupakan pelaburan yang baru iaitu crypto pertama keluaran syarikat di Malaysia yang telah dibawakan dari China.  Sekarang, anda boleh dapatkan crypto MS Dollar pertama anda secara banyak dan murah di Malaysia.  Cuba anda bayangkan pada beberapa tahun berikutnya, MS Dollar akan terkenal dan meningkat harganya, saat itu simpanan anda juga bakal meningkat dan berpeluang menjadi jutawan pasif!

Jom Jana Pendapatan Pasif Dengan Keuntungan Maksimum Segera!

Jika nak menjadi hebat, anda harus lakukan tindakan yang hebat dan luar biasa!  Membuat simpanan bersama Unit Trust Public Mutual, Hong Leong Assurance Program dan MS Dollar Financial Planning tidaklah sukar seperti yang anda bayangkan.  Kesemua pelan simpanan tersebut sangat menjanjikan pulangan yang berbaloi dan keuntungan yang maksimum kepada anda.

Cara Jana Pendapatan Pasif dengan saham

Jika hari ini anda belum mempunyai mana-mana simpanan seperti diatas, yakinlah bahawa salah satu pilihan yang anda buat untuk mula menyimpan di pelan simpanan di atas akan membawa anda kepada pendapatan pasif lagi untung pada masa akan datang.  Anda tidak perlu risau kerana anda boleh mendapatkan Financial Consultant yang akan membantu anda lebih mendalam lagi dalam simpanan ini.  Jom hubungi Financial Consultant anda!

Jom Jana Pendapatan Pasif Dengan Keuntungan Maksimum Segera SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Jana Pendapatan Pasif Dengan Keuntungan Maksimum Segera SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Jana Pendapatan Pasif Dengan Keuntungan Maksimum Segera SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: