Review
Apr 30, 2020, 3:58pm

5 Cadangan Tempat Makan Best Dengan Menu Yang Superb Di Malaysia


Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap. Tempat makan kat Malaysia ni bersepah dan semuanya menawarkan menu yang menarik. Maka tak hairanlah kenapa pelancong luar boleh jatuh cinta dengan makanan yang ada di negara Malaysia yang kita cintai ini.

Jika hendak disenaraikan cadangan tempat makan best, rasanya sampai esok pagi tak akan habis. Betapa banyaknya tempat makan best yang ada! Akan tetapi, setiap orang pasti ada tempat makan pilihan yang agak special. Maka di sini akan dikongsikan 5 tempat makan dengan menu yang superb untuk di cuba.

#1 – Nasi Lemak Ayam Goreng @ Village Park Restaurant

Tengah cari tempat yang best untuk makan nasi lemak? Anda dah boleh berhenti mencari dah sebab nasi lemak ayam goreng dekat Village Park Restaurant ini memang terbaik sampai tak boleh nak cerita betapa powernya rasa nasi lemak ayam goreng.

Lebih-lebih lagi kalau nak cerita pasal ayam goreng dia yang bersaiz besar. Memang susah lah nak jumpa nasi lemak yang ada ayam goreng yang saiz dia sebesar Village Park Restaurant ini sediakan. Selain itu, sambalnya juga selalu mendapat komen-komen yang positif daripada para pelanggan.

ALAMAT:
5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

#2 – Maggi Ketam Claypot @ Restoran Chilli’s Crab Seafood

Jika anda tiba-tiba rasa nak makan maggi ketam yang confirm puas, anda boleh cuba menu maggi ketam yang disediakan oleh Restoran Chillie’s Crab. Maggi Ketam Claypot di sini adalah salah satu menu yang paling istimewa dan selalu dipesan oleh kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke sini.

Selalunya menu ni akan dipesan untuk dimakan oleh 2 ke 3 orang makan. Ketam yang digunakan dipastikan segar untuk menjaga kualiti makanan. Selain daripada itu, kuah untuk menu maggi ketam ini juga boleh tahan sedap juga. Memang terangkatlah kalau kena penangan Maggi Ketam Claypot ni.

ALAMAT:
26-1 jalan pju 5/9, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya.

#3 – Nasi Lamb Kabsa @ Nasi Arab Ta’if

Tekak melayu berangan nak makan menu Arabic? Haa.. apa kata kalau anda pujuk tekak tu untuk mencuba menu arab yang memang agak popular ni. Nasi Lamb Kabsa namanya dengan jumlah kuantiti nasi yang sangat banyak. Bahkan tersangat-sangat banyak ni. Memang confirm terlebih kenyang lepas makan Nasi Lamb Kabsa.

Tu baru cerita bab nasi, belum masuk menu kambingnya yang sedap tu lagi. Isi kambing yang ditawarkan juga boleh tahan banyak. Memang puas dan sedap tambah pula bila dicecah dengan sos istimewa yang akan disediakan bersama dengan menu ni. Selain itu, kuahnya pun agak banyak. Ternyata menu ini tidak mengecewakan. Para penggemar daging kambing patut mencuba.

ALAMAT:
No.43, Jalan PJU5/20E, Seksyen 11

#4 – Laksa Johor @ D’Timer Cafe

Kalau sebut je laksa Johor mesti ramai penggemar-penggemarnya yang dah berair mulut sekarang ni sebab memang tak boleh nak menafikan kesedapan menu ni kan? Tambah-tambah pula kuah di yang membezakan juadah ini dengan jenis-jenis laksa yang lain.

D’Timer Cafe menyediakan laksa Johor yang dapat memuaskan hati. Macam yang dikatakan tadi, laksa Johor ni memang special dengan kuah dia dan D’Timer Cafe, diorang masih dapat mengekalkan rasa kuah yang dimasak dengan cukup serba-serbi, pekat dan sangat padu.

Isi dan kuahnya juga sangat banyak hingga seakan dah nak melimpah. Memang confirm anda tak akan pelawa member sebelah kalau dapat laksa Johor yang sedap macam ni.

ALAMAT:
44G, Jalan SS 21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

#5 – Sizzling Peanut Brownie @ 3 Bags Full

Untuk anda yang kaki ambil gambar makanan, menu ni memang kena dengan anda disebabkan hiasan yang digunakan. Lihat sendirilah menu Sizzling Peanut Brownie yang menarik dan sangat menyelerakan.

Selain dari segi rupa, Sizzling Peanut Brownie ini juga mendapat banyak pujian daripada pelanggan kerana rasanya yang memang memuaskan hati para pelanggan yang telah pernah mencubanya.

Bahan yang digunakan juga adalah berasaskan manisan seperti ais krim, kek dan lain-lain. Memang sesuai untuk dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut.

ALAMAT:

38A-1 Jalan PJU 5/10, Dataran Sunway, Kota Damansara 47810 Petaling Jaya

Tak Boleh Keluar Tak Mengapa, Masih Boleh Dapat Menu Sedap Dengan Servis FoodPanda

Waktu PKP ni, jangan cuba-cuba hendak keluar rumah tanpa sebab. Walaupun tahap teringin nak makan sedap sekalipun, tolong jangan jadikan ianya satu alasan. Keselamatan tetap diutamakan lagi-lagi untuk covid 19 yang melibatkan semua orang. Jadi kita jangan bersikap penting diri dalam soal ini.

Menyentuh soal makanan sedap, boleh saja order online dengan guna khidmat delivery Malaysia. Salah satu daripadanya adalah FoodPanda.

Download aplikasi FoodPanda ke handphone masing-masing kemudian boleh order apa saja makanan yang diinginkan. Apa yang lebih bagusnya lagi, pihak FoodPanda turut menekankan servis penghantaran secara contactless delivery di mana rider akan meletakkan makanan pada jarak yang selamat untuk menjaga jaraknya dengan anda.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

hide

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor