Review
Sep 30, 2020, 10:09am

3000++ Soalan Latih Tubi Percuma Untuk Tahun 1 – Tahun 6


Bayangkan, anak anda yang berumur 7 baru belajar matematik topik penambahan pada pukul 8 pagi hari Selasa di sekolah. Namun, pada pukul 8 pagi hari Rabu, anak anda sudah lupa topik yang baru dipelajarinya 24 jam yang lepas. Jadi apa perlu kita buat?

soalan latih tubi untuk sekolah rendah

Inilah sebab latih tubi diwujudkan. Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Latih tubi menggunakan teknik ulangan iaitu mengulang kembali subjek yang dipelajari menerusi latihan berterusan.

Selain itu, tujuan ulangkaji juga adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan kefahaman tentang sesuatu topik.
  • Menguatkan daya ingatan ( memindahkan ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang)
  • Menambahkan penguasaan semua topik yang telah dipelajari.
  • Menambahkan maklumat, kemahiran, dan pengalaman baru
  • Sebagai persiapan peperiksaan.

Kita perlu faham ulangkaji bukan sahaja satu proses yang hanya dilakukan menerusi latihan yang diberikan oleh guru di dalam kelas sahaja, kita juga boleh menglangkaji menerusi pelbagai medium contohnya;

  • Nota guru di kelas.
  • Buku teks/rujukan.
  • Nota ringkas yang disediakan sendiri
  • Latihan /tugasan yang diberikan oleh guru.
  • Laporan amali/projek/lawatan akademik
  • Soalan-soalan peperiksaan lepas
  • Bahan tambahan dari surat khabar, majalah, radio, TV dan internet.

pembelajaran atas talian untuk sekolah rendah_1

Namun teknik ulangkaji ini kadang kala boleh jadi membosankan jika dilakukan secara berterusan. Kaedah ini boleh menjejaskan tumpuan murid-murid berkeperluan khas, lebih-lebih lagi murid khas bermasalah pembelajaran. Oleh itu, untuk mengelak kebosanan dan kurangnya konsentrasi murid, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan seperti:

  • mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu, iaitu siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu berkaitan dengan kemahiran, markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang terlibat.
  • bagi murid yang kurang daya saing, kaedah latih tubi boleh dijalankan dengan cara memegang peralatan dan menyebutnya, dari aspek nama peralatan tersebut, fungsi, cara penggunaan, cara menyimpan, cara untuk menggelakkan diri dari kecederaan akibat penggunaan peralatan dan sebagainya.
  • Bagi murid yang masih berada di awal bangku persekolahan, teknik ulang kaji dengan menggunakan material berwarna warni dan berunsur permainan amat digalakkan kerana mereka lebih cenderung bermain di usia ini.

Oleh sebab ini juga pihak UjiMinda MY menyediakan platform ulangkaji percuma buat murid berumur 7-12 tahun. Sebanyak 3000 ++ soalan latih tubi dalam pelbagai subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik disediakan di website UjiMinda MY. UjiMinda MY turut menyediakan soalan UPSR untuk kegunaan ramai. Ibu bapa tidak perlu risau kerana soalan yang disediakan menepati sillibus sedia ada mengikut tahap pelajar dan dikaji sebelum dimasukkan ke dalam website UjiMinda MY.

ujiminda-latih-tubi

Penggunaan “interface” atau paparan yang mudah difahami semua di samping bilangan soalan yang sedikit untuk setiap set iaitu 10 soalan per set mengelakkan dari rasa bosan murid turut ditekankan oleh UjiMinda MY. Ibu bapa juga tidak perlu risau akan pembayaran kerana UjiMinda MY juga tidak memerlukan sebarang pendaftaran dan juga pembayaran. Yang paling best, bila murid menjawab, markah yang diperolehi akan dipaparkan “on the spot” dan murid juga boleh mengkaji soalan yang mereka lemah. Oleh itu mereka boleh focus kepada bahagian yang mereka rasa lemah sahaja. Bagus kan?!

Penggunaan di atas talian menjadikan UjiMinda MY platform versatile yang boleh digunakan di apa jua peranti yang wujud di pasaran sekarang. UjiMinda MY bebas digunakan di tablet, komputer, telefon bimbit mahupun Smart TV. Oleh itu tiada batasan untuk murid mengulang kaji pelajaran pada masa ini. Di samping musim penularan COVID 19 ini, ulangkaji amatlah penting kerana murid tidak dapat pergi ke sekolah untuk menelaah pelajaran. Tugas mengajar diserahkan kepada ibu bapa.

Jom apa tunggu lagi, cepat layari website UjiMinda MY untuk mengasah minda anak anda. Kalau dah percuma kenapa nak bayar?

Website : https://www.ujiminda.com/

Dapatkan Lebih 3000+ soalan latih tubi untuk anak anda.

Ianya PERCUMA sahaja. Layari www.ujiminda.com untuk mula!

Ujiminda MY

Portal Latihan Sekolah Rendah PERCUMA secara Atas Talian

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Putrajaya Malaysia

   
Dapatkan Lebih 3000+ soalan latih tubi untuk anak anda.

Ianya PERCUMA sahaja. Layari www.ujiminda.com untuk mula!

Call Whatsapp Layari Website

Dapatkan Lebih 3000+ soalan latih tubi untuk anak anda.

Ianya PERCUMA sahaja. Layari www.ujiminda.com untuk mula!