Umum
Jun 4, 2012, 10:00pm

3 Minggu Lagi Di Bumi Melaka


Assalamualaikum dan salam rindu kepada semua pembaca blog.hariz

Rasanya sudah cukup lebar laman web blog.hariz ni kan ? Sebenarnya sebelum ni pun dah ramai yang komen ruang entri blog hariz kecil, banyak ruang kosong tepi, nampak macam tergantung dan macam-macam lagi. Terima kasih kepada saudara RozaniGhani yang membantu PH lebarkan theme cubismo ni. Dan ramai yang cadangkan untuk PH tukar theme baru bukannya PH tak nak tukar tapi perlukan masa yang lama nak tukar-tukar theme ni. InsyaAllah buat masa skrg PH masih kekal dengan theme cubismo dan dalam pembikinan untuk setting apa yang patut secara berperingkat bagi tampak lebih kemas dan ringan.

Pelajar ILP Selandar

Last entri yang PH update adalah Tahap Tekanan Darah Tinggi pada 30 Mei 2012 yang lalu, itupun curi-curi update. PH sudah mula breakfast dengan oat atas nasihat doktor. Hehehe. Dan sudah lama rasanya PH tidak berkunjung ke laman blog Top Komenter Blog.Hariz dan meninggalkan komen di blog Rakan Blogger. Bukannya mahu biarkan blog ini bersawang tanpa entri, tapi terbatas dari segi masa dan keadaan sekarang yang amat sibuk dengan persediaan peperiksaan Akhir semester yang akan berlangsung pada 11 June – 21 June 2012.

Kesibukan Seorang Pelajar

Seperti ramai yang sedia maklum PH akan menjalani Latihan Industri pada 16 Julai 2012 nanti. PH pun masih dalam dilema antara Kilang di Bukit Manyak atau Kedai Komputer di Megamall Pacific. InsyaAllah akan istikharoh minta petunjuk daripada Allah. 3 minggu lagi di bumi melaka insyaAllah 22 June 2012 PH akan check out dari Asrama Ilp Selandar dan kemungkinan besar pada 22 June 2012 PH akan ke ADTEC Batu Pahat untuk mengikuti Program Kecemerlangan Ko-Kurikulum Pelajar ILJTM Wilayah Selatan Tahun 2012 dan pada 24 June 2012 pula PH perlu bertolak ke Penang kerana pada 25hb ada temujanji di Penang jam 8 pagi masa untuk blog lagilah takde kan 🙁

Gambar ILP Selandar

Pada minggu ini PH perlu siapkan portfolio yang masih tertangguh dan perlu menduduki exam yang masih ada berbaki 1. Selain itu juga, Pada 8 June 2012 ini Kelas Sistem Komputer ILP Selandar akan mengadakan jamuan penutup yang akan di adakan di Restoran Klasik Terapung ( Tomyam Klasik ) Melaka. Memang super busy kan ? Sesungguhnya pada 3 minggu terakhir di bumi melaka ini PH akan cuba menciptakan sejarah yang seberapa banyak untuk dijadikan kenangan hidup. Eceh. hehehe

Minta maaf sesangat memang blog akan terabai sedikit tapi insyaAllah jika ada kelapangan dan sedikit ruang PH akan berkunjung ke blog rakan blogger dan mohon rakan-rakan doakan PH dipermudahkan segala urusan olehNya dan semoga berjaya dalam Peperiksaan Akhir Semester yang akan berlangsung pada minggu depan dan Allah berikan kesihatan yang baik pada PH. Terima Kasih.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: