Motivasi
Jan 1, 2015, 1:07pm

2015 Tahun Usaha dan Buktikan


  •  
  •  
  •  
  •  

Abang JK (Dibaca Abang Jejaka Kacak) bukan seorang yang suka menulis Azamnya di ruangan maya. Bagi Abang JK, azam adalah perkara yang buat kita tergedik-gedik dan pulun dengan apa cara asalkan boleh capai dan biar kita sendiri sahaja yang tahu. Orang lain jangan tahu ! Abang tak suka..

Hariz

Hariz

Ya ! 2015 adalah tahun untuk berusaha dan buktikan kepada diri anda, keluarga anda, makcik jiran sebelah dan kepada orang yang anda sayang. Jangan sembang saja lebat habuk pun tarak Ridhauddin !

InshaAllah impian saya sudah saya tuliskan di dalam laptop dan inshaAllah akan saya tuliskan lebih banyak di atas kertas dan lekat di mana tempat yang saya boleh nampak dan ingat selalu.

Adakah anda sudah mempunyai impian yang besar bagi tahun 2015? Jika ya, adakah anda sudah tuliskan impian anda di dalam kertas? Jika belum sila lakukan sekarang dan terus Berusaha dan Buktikan.

Ingat Ridhauddin !

2015 akan sama macam 2014, 2013 & tahun-tahun sebelumnya kalau tak bertindak langsung tapi setakat pung pang pung pang azam kat laman sosial.

Abang, akan kotakan !

Abang, akan kotakan !

ProfHariz : Tunggu abang ya MDPSF untuk Menyimpan Dalam Masa 5 Bulan RM20,000  :*