Umum
Oct 20, 2010, 8:10pm

20102010


  •  
  •  
  •  
  •  

Assalamualaikum,

20102010 kembalinya aku disini untuk menulis dan cuba untuk menghidangkan juadah-juadah kepada pengujung profhariz.com.. Last entri saya iaitu pada 19.10.2010 pada pukul 5 pagi dengan entri Cuti-Cuti Cinta.. Kemudian saya tidak dapat lagi mengakses ke profhariz.com menggunakan pc saya.. Kemungkinan IP saya diblock oleh Ihosterz..

20102010

Setelah hampir 8jam saya masih tidak dapat masuk.. Maka saya mula contact dengan admin Ihosterz dan berharap beliau dapat membantu saya. Dan Alhamdullilah pada pukul 2pagi 20102010 saya sudah dapat mengakses ke blog saya dengan sempurna.. Dengan alasan triggering too many mod_security. Apa-apa pun jutaan terima kasih pada amirul. Kerana dapat membantu saya..

Pengalaman tidak dapat melihat blog hampir 18jam memang memeritkan.. Itulah yang saya boleh katakan.. Walaupun sejak kebelakangan ini mood berblog sudah berlari-lari ayam kerana kesibukkan masa meluangkan dengan kawan-kawan.. Saya pasti akan cuba jenguk dan tekan tombol pangkah di atas sebelah kanan.. Korang faham kan kat sini?

20102010 merupakan tarikh yang amat cantik jika dibandingkan dengan 10.10.2010 bagi pendapat peribadi saya.. Tarikh ini pasti ada sejarah buat korang semua kan? Mari kongsikan apa pengalaman dan sejarah yang ada pada 20102010.. Tak kiralah suka dan duka..

ProfHariz : Entri ini dicipta pada 2010 tahun 2010 dan dipublish pada 20:10