Review
Jun 4, 2018, 12:34am

15 Jenis Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Wanita Yang Ramai Tak Tahu


Menjadi sihat dan cantik sememangnya menjadi impian semua wanita tidak mengira usia. Untuk menjadi sihat dan cantik sekaligus, adalah amat penting bagi wanita untuk menentukan apa yang mereka ambil sebagai makanan kerana kecantikan luaran dan kesihatan seorang wanita ditentukan oleh kesihatan dalamannya.

makanan terbaik untuk kesihatan wanita

Tahukah anda apakah makanan-makanan yang boleh menjadikan anda sihat? Mari kita lihat senarai di bawah dan tambahkan dalam menu makanan anda.

#1. Keju Parmesan Menguatkan Tulang

makanan terbaik untuk kesihatan wanita keju parmesan

Bagi penggemar keju, ada berita baik untuk anda. Keju sangat dikenali sebagai makanan yang kaya dengan Kalsium yang mampu menguatkan tulang. Bagi anda yang sedang meningkat usia, keju boleh boleh mencegah anda untuk mendapat penyakit Osteoporosis, penyakit tulang rapuh yang lazimnya dialami oleh orang yang berusia. Keju Parmesan adalah disarankan kerana Keju Parmesan mempunyai lebih Kalsium dalam satu hidangan berbanding keju lain.

#2. Epal Meningkatkan Imun Tubuh

makanan terbaik untuk kesihatan wanita epal

Selain daripada rasanya yang manis, epal mempunyai quercetin iaitu salah satu jenis anti-oksidan yang boleh meningkatkan ketahanan tubuh badan terhadap penyakit.

#3. Brokoli Melawan Kedutan

makanan terbaik untuk kesihatan wanita brokoli

Menurut Tammy Lakatos Shames, seorang ahli nutrisi dan dietetik daripada Amerika, hanya dengan satu cawan brokoli dapat membekalkan 100% kadar vitamin C yang mampu meningkatkan kolagen. Kolagen menjadikan kulit kita elastik dan seterusnya boleh melawan kedutan.

Brokoli juga dipenuhi dengan beta-karoten, yang mampu ditukarkan kepada Vitamin A dalam tubuh kita. Vitamin A ini membantu dalam penukaran sel kulit mati kepada sel hidup yang boleh membuatkan kulit nampak lebih muda dan bermaya.

#4. Kentang Penuh Karbohidrat

makanan terbaik untuk kesihatan wanita kentang

Kentang mengandungi resistant starch yang dapat membantu mengawal berat badan dengan melawan lemak dalam tubuh. Kentang juga mempunyai lebih potasium berbanding pisang yang dapat melawan sakit jantung dan mengawal tekanan darah.

#5. Bayam Penuh Garam Galian dan Vitamin

makanan terbaik untuk kesihatan wanita bayam

Bagi ibu-ibu yang mengandung, anda sangat digalakkan untuk mengambil bayam dalam manu anda kerana bayam mempunyai folate iaitu salah satu Vitamin B yang dapat mengelakkan kelahiran kecacatan kandungan. Malah, buat sesiapa yang sedang mengamalkan diet, secawan bayam membekalkan jumlah kalori yang sangat rendah iaitu hanyalah sebanyak  7kcal.

Tidak ketinggalan juga, bayam sangat kaya dengan vitamin K, kalsium dan magnesium yang mampu mengurangkan kadar pereputan tulang dalam tubuh.

#6. Dark Chocolate Mengurangkan Stress

makanan terbaik untuk kesihatan wanita coklat

Penyelidik daripada Eropah mendapati bahawa orang yang makan satu setengah auns coklat; kira-kira 200 kalori setiap hari selama dua minggu akan menghasilkan kurang hormon yang menyebabkan stres iaitu kortisol. Hormon kortisol ini turut dapat memberi kesan negatif kepada tubuh seperti meningkatkan tekanan darah dan sekiranya jumlah hormon ini didapati tinggi, ia dapat meningkatkan depresi, obesiti, penyakit jantung dan bermacam-macam lagi.

#7. Cendawan Dapat Melawan Kanser

makanan terbaik untuk kesihatan wanita cendawan

Kebanyakan kanser tidak mempunyai penawar. Oleh itu, sudah pastilah sangat penting untuk kita mencegahnya sebelum parah. Satu kajian menunjukkan bahawa wanita yang makan hanya satu pertiga auns cendawan (iaitu kira-kira satu cendawan butang) dapat mengurangkan sebanyak 64% risiko menghidapi kanser payudara. Kajian lain menunjukkan bahawa cendawan mengurangkan kesan aromatase, iaitu sejenis protein yang membantu menghasilkan estrogen – faktor utama dalam beberapa kanser payudara.

#8. Sardin Melawan Penyakit Jantung

makanan terbaik untuk kesihatan wanita sardin

Walaupun mempunyai bau yang agak kuat, sardin dapat membekalkan omega-3, yang mampu mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan risiko arteri tersumbat. Arteri merupakan salah satu pembuluh darah utama yang membekalkan darah beroksigen ke seluruh tubuh.

Selain itu, omega-3 juga membantu dalam perkembangan otak dan melicinkan peredaran darah dalam tubuh badan dengan mencegah pebuluh darah daripada tersumbat yang boleh mengakibatkan strok dan sakit jantung.

#9. Avokado Mengempiskan Perut

makanan terbaik untuk kesihatan wanita avocado

Avokado adalah kaya dengan lemak tak tepu tunggal yang tinggi, yang boleh membantu menurunkan berat badan, termasuklah bagi anda yang sukar untuk menurunkan berat badan.

#10. Cili Benggala Melindungi Mata

makanan terbaik untuk kesihatan wanita capsicum

Katarak dan kemerosotan penglihatan akibat penuaan merupakan antara faktor yang menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal. Namun begitu, bagi makanan yang kaya dengan lutein, zeaxanthin, dan vitamin C seperti cili benggala, dapat menajamkan penglihatan. Dengan satu cawan hirisan cili benggala merah, kuning dan oren dapat membekalkan dua kali ganda jumlah vitamin C yang diperlukan sehari.

#11. Oat Melembapkan Kulit

makanan terbaik untuk kesihatan wanita oat

Bagi yang inginkan kulit yang lembap dan nampak cantik, anda digalakkan untuk mengambil oat dalam hidangan anda. Oat boleh mengeluarkan sel-sel kulit mati dan bertindak sebagai pelembap semula jadi. Oat juga kaya dengan beta-glucan yang membentuk lapisan halus pada kulit anda. Ia dapat menembusi jauh ke dalam kulit dan menawarkan kelembapan yang sangat diperlukan.

#12. Kacang Soya Memutih Kulit

makanan terbaik untuk kesihatan wanita soya

Bagi yang menginginkan kulit putih dan melambatkan penuaan, mungkin anda boleh mencuba soya. Soya adalah makanan semulajadi yang terbaik untuk anti-penuaan kerana isoflavon bertindak sebagai phytoestrogen yang melawan penuaan. Selain itu, antioksidan yang terdapat di dalamnya membantu dalam mengekalkan kecantikan kulit tubuh. Anda bolehlah mencuba produk soya yang lain seperti tauhu atau susu soya untuk kulit lebih putih.

#13. Minyak Zaitun Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

makanan terbaik untuk kesihatan wanita minyak zaitun

Minyak zaitun kaya dengan asid oleik tidak tepu tunggal. Asid lemak ini dipercayai mempunyai banyak kesan yang bermanfaat, dan merupakan pilihan yang sihat untuk memasak. Ia menurunkan tekanan darah, melindungi zarah protein LDL daripada pengoksidaan yang mampu dapat mengakibatkan salurah darah tersumbat yang akan menjurus kepada sakit jantung.

#14. Pasta Meningkatkan Tenaga Tubuh

makanan terbaik untuk kesihatan wanita pasta

Pasta yang dimuat dengan vitamin B, yang membantu tubuh anda mengubah makanan menjadi tenaga. Dan tidak seperti produk bijirin diproses yang kekurangan serat, ia juga tiada kolesterol. Dengan kata lain, anda akan merasa puas dan kenyang dengan memakan pasta sahaja dan tidak perlu risau tentang kalori kerana pasta mempunyai kalori yang rendah.

#15. Kismis Meningkatkan Berat Badan

makanan terbaik untuk kesihatan wanita kismis

Bagi yang kekurangan berat badan ataupun yang gemar bersukan dan ke gym, anda bolehlah cuba mengambil kismis. Kismis membantu menaikkan berat badan dengan cara yang sihat kerana kismis penuh dengan fruktosa dan glukosa.

Airana Dreams – Untuk Wanita Kekal Sihat Dan Jelita

Airana Dreams merupakan jamu moden yang diperkaya dengan pelbagai jenis herba-herba terpilih untuk kesihatan luaran dan dalaman wanita. Airana Dreams berbeza dengan produk yang lain kerana ia mempunyai ekstrak buah-buahan dan juga membekalkan anda dengan vitamin C dan E yang mempunyai pelbagai kebaikan bagi tubuh. Airana Dreams sangat mementingkan kualiti produk dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

airana dream ketatkan dalaman wanita

Jamu Airana Dreams mampu menyelesaikan pelbagai masalah wanita selain membuatkan anda lebih:

  • Ketat
  • Lawa
  • Awet muda
  • Badan cantik
  • Disayang suami
  • Hendak makan Vitamin C dan E tapi mahal
  • Kurus
  • Lancar datang bulan
  • Menurunkan darah tinggi
  • Mengurangkan lapar
  • Meransang hubungan suami isteri
  • Mencegah kanser
  • Menghilangkan senggugut, jerawat, jeragat, keputihan dan bermacam-macam lagi!

Kebaikan Bahan-Bahan Dan Herba Yang Terdapat Di Dalam Airana Dreams

Airana Dreams dirumus khas dengan bahan-bahan seperti asam keping, akar serapat, pegaga, kacip fatimah, manjakani, mas cotek, bawang putih, halia, kunyit, madu lebah, badam, kurma, delima dan habbatussauda.

kebaikan airana dreams

Airana Dreams Mempunyai Vitamin C Dan Vitamin E Yang Banyak Kebaikan

airana dreams kaya vitamin C dan E

Airana Dreams, Lengkap Dengan Khasiat Habbatussauda

khasiat habbatus sauda dalam airana dreams

Tip Berkesan Pengambilan Airana Dreams

Bagi memastikan pengambilan Airana Dreams berkesan, ikutilah tip berikut:

tips mengamalkan airana dreams

Apa Kata Pengguna Yang Berjaya?

testimoni pelanggan airana dreams

Amalkan Airana Dreams Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran. Tempah Hari Ini Juga!

Airana Dreams telah banyak digunakan dan dipercayai oleh para wanita lebih-lebih lagi para isteri. Dengan khasiat yang dibekalkan oleh bahan-bahan yang terpilih, pengguna dapat merasakan perubahan apabila kulit terasa lebih lembap, badan terasa ringan, kurang keputihan, bertenaga dan yang paling penting, suami semakin sayang.

airana dreams untuk kesihatan wanita

Jadi, apa tunggu lagi? Jadikan tubuh lagi cantik dan sihat dengan mendapatkan Airana Dreams sekarang juga!

AIRANA DREAMS | KEKAL SIHAT DARA JELITA
Hubungi: Tekan untuk telefon (013-4568799) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Airana Anna
E-mel: airanadreams@yahoo.com

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: