Review
Jan 8, 2018, 10:46am

13 Idea Cenderamata Terbaik Sebagai Corporate Gift


Sedar tidak sedar kita sudah masuk ke tahun 2018. Pelbagai aktiviti sudah mula dirancang untuk tahun baru nanti.. Jika di pejabat-pejabat sudah mula membuat perancangan untuk membeli cenderamata yang baru untuk dijadikan sebagai corporate gift bagi persediaan program-program yang akan diadakan nanti.. Pelbagai jenis cenderamata terbaik yang ada dipasaran yang boleh dijadikan sebagai corporate gift.

cenderamata terbaik 01

Corporate Gift ini merujuk kepada hadiah unik dan eksklusif dan secara amnya membawa nilai yang lebih tinggi daripada hadiah yang biasa.. Lebih tepat tentang corporate gift ini berkemungkinan akan menjadi satu produk promosi, cenderamata, memori atau buah tangan.. Sekiranya ia digunakan sebagai cenderamata bagi tanda penghargaan kepada pelanggan, kakitangan atau pihak berkepentingan yang lain, ia juga diistilahkan sebagai Corporate gift atau cenderamata syarikat.

Pemberian cenderamata sebagai corporate gift ini juga dapat menjalin hubungan yang erat di antara sesebuah syarikat dan pelanggan mereka. Oleh itu, pemberian hadiah ini merupakan satu peranan yang penting bagi sesebuah syarikat dalam menjaga hubungan dengan pelanggannya.

cenderamata terbaik 09

Terdapat pelbagai jenis cenderamata yang boleh dijadikan sebagai hadiah korporat untuk kegunaan majlis di pejabat.. Kesesuaiannya adalah bergantung kepada jenis majlis yang dianjurkan.. Jadi, kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua 13 idea cenderamata terbaik yang boleh dijadikan sebagai corporate gift..

Staff seronok dapat penghargaan, pada masa yang sama syarikat akan lebih berdaya maju kerana menerima motivasi tinggi melalui penghargaan sebegini.

cenderamata terbaik 10

Sebenarnya, cenderahati perlu sesuai dengan majlis, tempat dan juga watak penerima. Walaupun backpack boleh diberikan kepada semua orang tetapi adalah tidak munasabah backpack tadika diberikan semasa annual dinner syarikat. Untuk pelajar tadika, sangat bersesuaian.

Jadi, perlu ada kesesuaian bergantung kepada jenis majlis yang dianjurkan.

13 Idea Cenderamata Terbaik Sebagai Corporate Gift

Sekiranya anda sedang buntu memikirkan apakah cenderamata terbaik untuk ditempah bagi syarikat anda pada tahun ini, apa kata lihat perkongsian dari kami mengenai idea cenderamata terbaik yang boleh dijadikan pillihan untuk anda nanti.

1. Payung | Idea Cenderamata Terbaik Sebagai Corporate Gift

cenderamata terbaik 11

Payung merupakan cenderamata yang besar dan kelihatan sangat eksklusif dan premium.. Pemilihan payung sebagai cenderamata amatlah baik kerana ia banyak kelebihan terutamanya sangat berguna bila tiba musim hujan.. Kebiasaannya syarikat-syarikat korporat lebih suka menggunakan payung sebagai cenderamata korporat kerana pelanggan pasti akan selalu menggunakannya bagi melindungi diri mereka dari hujan dan panas terik.

Selain itu, kepelbagaian pilihan dan reka bentuk payung adalah antara sebab utama dipilih sebagai barangan promosi syarikat – syarikat korporat besar untuk diberikan kepada klien mereka. Payung yang ditempah khas boleh disesuaikan dengan pelbagai pilihan warna dan bentuk mengikut citarasa klien. Tidak kurang juga, payung ready made juga mempunyai pelbagai pilihan. Terdapat pilihan payung seperti payung golf, payung boleh lipat, payung sports dan pelbagai lagi. Pasti ramai yang gembira bila mendapat cenderamata dalam bentuk payung.. Jadi, pastikan payung berada dalam list cenderamata syarikat anda..

2. Mug | Idea Cenderamata Terbaik Sebagai Corporate Gift

cenderamata terbaik 12

Mug merupakan cenderamata yang menjadi pilihan kebanyakan syarikat… Ini kerana mungkin sentimental value yang ada pada mug itu sendiri membuatkan mug menjadi pilihan ramai.. Bukan sahaja boleh dihadiahkan kepada tetamu yang datang tetapi juga boleh dibuat hadiah sempena hari kelahiran staff sendiri sebagai satu penghargaan kepada mereka.. Secara tidak langsung, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan semasa staff.. Mug juga boleh dipilih dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna.. Hanya perlu dicetak dan menjadi hadiah yang paling istimewa buat pelanggan..

3. 2 In 1 Metal Pen Set | Idea Cenderamata Terbaik Sebagai Corporate Gift

cenderamata terbaik 26

Metal pen tidak sama dengan plastik pen kerana metal (besi) lebih berat dan semestinya lebih eksklusif. Ianya sangat sesuai untuk dijadikan hadiah korporat kerana mempunyai indentitinya tersendiri.. Kini telah disediakan metal pen 3 dalam 1 atau 2 dalam 1.. Contohnya, USB, pen dan laser pointer atau pen dan metal key holder.. Ianya pasti lebih menarik kerana didatangkan sebagai sebatang pen.

Manfaat utama USB Pen & Laser Pointer pula adalah kepada staff yang membuat kerja menggunakan komputer seperti perbentangan (presentation), kira-kira menggunakan Microsoft Excel dan juga laporan. USB dapat menyimpan data sehingga 8GB, pointer untuk menunjuk data dan pen untuk menulis nota. Tiga manfaat hanya dalam sebatang pen.

4. Botol Air | Idea Cenderamata Terbaik Sebagai Corporate Gift

cenderamata terbaik 30

Botol air juga boleh dijadikan cenderamata korporat.. Bukan botol biasa-biasa tetapi botol yang berwarna warni dan cantik bentuknya.. Jika botol air dijadikan cenderamata, ianya sangat berguna kepada si penerima untuk mengisi air bagi kegunaan dimana sahaja.. Jadi, idea menjadikan botol air sebagai cenderamata korporat sangat tepat..

Anda boleh memilih bentuk yang sesuai dan praktikal.. Ianya didatangkan dalam pelbagai warna yang menarik untuk di pilih..

5. Food Container | Idea Cenderamata Terbaik Sebagai Corporate Gift

cenderamata terbaik 31

Jika bajet anda lebih, apa kata jadikan food container ini sebagai cenderamata korporat syarikat anda.. Sekurang-kurangnya ianya boleh digunakan bila perlu bukan semata-mata disimpan sebagai hiasan.. Ianya juga didatangkan dalam pelbagai bentuk dan saiz.. Jika bajet anda besar, bolehlah memilih food container yang lebih besar dan jika bajet anda kecil, memadai dengan food container bersaiz kecil.. Semuanya bergantung kepada bajet anda sendiri..

6. Thermo Mug | Idea Cenderamata Terbaik Sebagai Corporate Gift

cenderamata terbaik 28

Thermo mug juga merupakan salah satu idea terbaik sebagai hadiah korporat yang anda boleh pilih… Selain reka bentuknya yang cantik, ia juga pelbagai guna.. Dengan thermo mug ni, kita boleh mengisi air panas atau sejuk bagi mengekalkan suhunya dalam tempoh yang lama.. Anda boleh memilih thermo mug dalam pelbagai bentuk dan warna dengan dihiasi logo syarikat anda sendiri menjadikan ianya sebagai salah satu bentuk promosi syarikat yang baik..

7. Memo Pad | Idea Cenderamata Terbaik Sebagai Corporate Gift

cenderamata terbaik 29

Memo pad memang selalu digunakan sebagai cenderamata korporat.. Kenapa? Ya kerana memo pad ini mempunyai kepentingannya tersendiri… Bila bekerja, harus kena ada memo pad bagi memudahkan urusan kita mencatat sesuatu yang penting.. Dengan adanya hadiah sebegini, sudah pasti kerja jadi mudah kerana ianya dilengkapi dengan pen, memo pad dan sticky note kecil..

Selain itu, bentuknya agak menarik dan comel.. Mungkin juga ada yang menerimanya lalu disimpan sahaja kerana rasa sayang untuk menggunakannya dek kerana kecomelannya yang melampau.. Haha!!

8. PU Organizer | Idea Cenderamata Terbaik Sebagai Corporate Gift

cenderamata terbaik 23

PU Organizer merupakan cenderamata korporat yang ditunggu-tunggu terutamanya apabila menjelang tahun baru.. Siapa yang tak nak kan PU Organizer ni.. Sebuah buku yang boleh dicatat macam-macam didalamnya.. Lebih senang dipanggil diary.. Setiap awal tahun, pasti kita akan tertunggu-tunggu kalau ada yang ingin hadiahkan kita PU Organizer ni.. Betul tak? Jadi, pilihan untuk menjadikan PU Organizer ni sebagai cenderamata korporat sangat dialu-alukan..

Selain ianya sangat berguna kepada kita, PU Organizer ini juga merupakan sesuatu yang teramat penting bagi merangka perjalanan kerja kita kerana di dalamnya tercatat pelbagai hal penting tentang kerja malah tentang kehidupan kita seharian juga.. Senang kata, ianya adalah sebuah jadual perjalanan hidup kita..

9. Metal Key Holder | Idea Cenderamata Terbaik Sebagai Corporate Gift

cenderamata terbaik 19

Metal Key Holder juga sering menjadi pilihan syarikat-syarikat korporat sebagai cenderamata.. Kepelbagaian reka bentuk metal key holder yang ada di pasaran menjadikannya amat sesuai untuk dijadikan cenderamata korporat, perkahwinan, hadiah harijadi, door gift untuk majlis korporat dan sebagainya.

Reka bentuk metal key holder pada masa dahulunya amat ringkas. Tujuan utama metal key holder pada masa tersebut semata-mata untuk menggantung kunci. Sasaran pengguna juga tertumpu kepada isi rumah. Pada hari ini, pasaran untuk metal key holder telah menjadi semakin besar. Antara faktor yang mempengaruhi pertambahan tersebut ialah terdapatnya banyak rekaan baru yang bersesuaian untuk majlis tertentu dan harga jualan untuk metal key holder yang semakin murah.

10. Eco Notepad | Idea Cenderamata Terbaik Sebagai Corporate Gift

cenderamata terbaik 17

Satu lagi idea cenderamata terbaik untuk anda ialah Eco Notepad.. Sama juga seperti Memo pad, ia didatangkan sekali dengan pen menjadikan hadiah ini lengkap.. Kebiasaannya hadiah ini diberikan semasa seminar, ceramah dan sebagainya bagi memudahkan para hadirin yang hadir mencatat sesuatu yang penting..

Anda boleh memilih sama ada ingin menempah hanya kertas kosong sahaja didalamnya atau kertas yang bergaris.. Anda juga boleh memilih untuk menentukan sendiri kulit buku dari jenis mana yang anda inginkan.. Ianya didatangkan dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna.. Materialnya juga berbeza-beza..

11. Jute Bag | Idea Cenderamata Terbaik Sebagai Corporate Gift

cenderamata terbaik 24

Jute bag.. Saya pasti anda pernah menerimanya sebagai cenderamata kan.. Dimana-mana pasti ada saja yang menggunakan Jute bag ini.. Materialnya agak bagus berbanding bag yang lain.. Jute bag hadir dengan pelbagai warna dan bentuk.. Anda boleh memilih sama ada ingin jute bag bertali keras atau bertali biasa.. Saiznya juga anda boleh buat pilihan sendiri..

13. Drawstring Bag | Idea Cenderamata Terbaik Sebagai Corporate Gift

cenderamata terbaik 27

Drawstring bag ini agak berbeza sedikit dari bag yang lain kerana ianya mempunyai tali untuk menjerut bahagian atasnya.. Ia juga boleh digalas tidak seperti beg yang lain.. Banyak sebenarnya hadiah korporat berbentuk beg.. Antaranya jute bag, drawstring bag, felt bag, paper bag, woven bag dan sebagainya.. Dengan pelbagai pilihan bag yang ada, anda boleh tentukan sendiri apa yang sesuai dengan syarikat anda.. Tapi ingat, bag sangat penting untuk dijadikan hadiah korporat kerana kegunaannya untuk mengisi barang.

13. Non Woven Bag | Idea Cenderamata Terbaik Sebagai Corporate Gift

cenderamata terbaik 25

Akhir sekali, non woven bag adalah antara yang paling popular sebagai cenderamata korporat kerana dimana-mana syarikat pasti menggunakannya untuk mengisi hadiah lain sebagai cenderamata.. Jadi, secara tak langsung ianya sangat penting.. Woven bag ini didatangkan dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna.. Anda boleh pilih bentuk apa yang anda inginkan.. Ada yang mempunyai slot didepan dan ada juga yang simple.. Warnanya juga ceria-ceria dan terang.. Pilihan ditangan anda.. Jadi, terpulang kepada anda untuk memilihnya..

Sebab-Sebab Kenapa Sesebuah Syarikat Itu Perlukan Cenderamata Korporat

Cenderahati korporat untuk sesebuah syarikat merupakan salah satu perkara yang sangat perlu dan penting. Tidak kiralah walau hanya sekadar sehelai t-shirt, sebatang pen, payung mahupun seunit beg plastik. Semuanya mempunyai nilai dan matlamat tertentu. Pelaburan kepada cenderahati korporat adalah untuk memberikan lebih keuntungan dari segi pelanggan kepada syarikat dan juga sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Jadi, disini saya ingin kongsikan 3 sebab kenapa sesebuah syarikat perlukan cenderahati korporat:

1.  Agen Pemasaran Bergerak

cenderamata terbaik 32

Ini adalah sebab utama syarikat perlukan cenderahati korporat. Bayangkan sebatang pen yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dilihat penggunanya. Biasanya pen diberi sebagai hadiah kepada pelanggan. Tujuannya untuk sentiasa diingati oleh pelanggan setiap kali menggunakan pen tersebut.

Sama juga halnya dengan payung. Sesebuah syarikat yang menempah payung pasti mahukan payung tersebut digunakan setiap masa terutamanya waktu hujan. Payung akan dicetak dengan logo dan nama syarikat. Apabila dibuka akan terpampang nama syarikat dan secara tidak langsung menjadi perhatian orang awam yang melihatnnya.

2. Kesedaran Pada Jenama

cenderamata terbaik 33

Apabila ada logo atau nama syarikat pada cenderahati korporat dan pada masa yang sama kerap dilihat, jenama syarikat akan sentiasa diingati. Contohnya baju jenama tertentu yang dicetak dengan logo. Pengguna yang memakai baju tersebut akan dilihat oleh khalayak ramai.

Berapa ramai yang lihat? Sudah tentu lebih daripada seorang. Lebih ramai yang lihat, lebih tinggi kesedaran pada jenama anda. Oleh sebab itu, jenama-jenama terkemuka akan mencetak t-shirt untuk dijadikan cenderahati kepada pelanggan mereka. Orang akan cepat teringat perkara yang sering dilihat contohnya seperti iklan yang ditayang di televisyen.

3. Penghargaan Kepada Pelanggan Sedia ada

 

cenderamata terbaik 06

Pelanggan adalah nadi utama perniagaan. Tanpa mereka yang membeli barangan atau servis, tiada perniagaan. Tiada perniagaan bermakna tiada duit yang masuk. Jadi, cenderahati korporat amat sesuai diberikan kepada pelanggan sedia ada sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka pada perniagaan kita.

Namun, jangan memberikan hadiah untuk mengharapkan sesuatu. Itu namanya rasuah. Tidak baik dan sangat tidak boleh. Jadi, niat kena betul. Berilah dengan seikhlas hati. Pelanggan suka, kita seronok dan dua-dua dapat manfaat.

4. Tarikan Kepada Pelanggan Baru

cenderamata terbaik 07

Anda pernah menerima cenderamata percuma daripada booth agen insuran? Atau sebatang pen? Ataupun buku nota? Pasti ada tertera logo syarikat di cenderamata tersebut kan? Itu bertujuan untuk menarik perhatian kita pada barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Di samping itu, untuk membuang rasa takut dan gementar pada perniagaan mereka. Maka, mereka memberi hadiah percuma sebagai tanda kenal supaya kita dapat cepat selesa dengan perkhidmatan ditawarkan.

Dr. Hadiah Menawarkan Pelbagai Jenis Cenderamata Terbaik Sebagai Corporate Gift

cenderamata terbaik 36

Dr. Hadiah yang bertapak di Serdang Jaya, Seri Kembangan ini merupakan sebuah syarikat pembekal cenderamata terbaik sebagai hadiah korporat.. Mereka menawarkan pelbagai jenis hadiah korporat yang terdiri daripada Woven bag, pan, notepad, mug, lunch box, pendrive, payung dan sebagainya.. Mereka juga akan sentiasa memastikan anda memilih hadiah yang tepat untuk acara dan majlis anda..

Mereka juga merupakan pembekal Woven Bag  (terus dari kilang) secara borong pada harga yang rendah, tempahan paling minima dan paling penting berkualiti.. Woven bag sangat sesuai untuk dijadikan cenderamata dan boleh dicetakkan logo.. Untuk tempahan yang paling minimum adalah serendah 100 unit mengikut jenis beg.. Penghantaran juga adalah keseluruh Malaysia..

Kegunaan Non-Woven Bag

cenderamata terbaik 37

  • Untuk promosikan jenama produk, logo
  • Untuk majlis keraian seperti majlsi hari jadi, perkahwinan, hari anugerah atau kecemerlangan
  • Sesuai untuk kelab, pertubuhan dan badan-badan NGO
  • Untuk program-program sekolah, universiti, organisasi (konvo, kerja amal)
  • Sebagai hadiah atau cenderamata

Ciri-Ciri Non-Woven Bag Di Dr. Hadiah

cenderamata terbaik 38

  • Tahan lama
  • Pelbagai pilihan warna
  • 100% reusable dan ecofriendly
  • Sangat ringan
  • Senang dibawa kemana-mana

Dr. Hadiah juga menawarkan perkhidmatan percetakan cenderahati seperti bag series, eco product, pen, oem set, keychain, stationary, mug, layard, umbrella, towel, trophy dan t-shirt.

Tempah Sekarang Cenderamata Korporat Anda Di Dr. Hadiah Untuk Harga Lebih Rendah

Pemberian hadiah korporat pasti adalah satu pelaburan yang sesuai bagi syarikat untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih mereka dalam dunia perniagaan yang mencabar. Pemberian hadiah premium juga merupakan strategi pemasaran yang penting untuk mewujudkan kesedaran jenama. Ia adalah satu keperluan dalam perniagaan. Jadi, tempahlah sekarang juga cenderamata korporat anda di Dr. Hadiah untuk mendapatkan harga lebih rendah berbanding di tempat lain dengan kualiti yang lebih bagus.

cenderamata terbaik 08

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut, sila layari :

Jom buat Tempahan Cenderamata Korporat SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom buat Tempahan Cenderamata Korporat SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom buat Tempahan Cenderamata Korporat SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: