Review
Dec 17, 2017, 12:10pm

12 Tempat Menarik di Pulau Pangkor


Rasanya dah lama tak pergi bercuti.. Teringin merehatkan diri bercuti di dalam Malaysia.. Yelah, nak bercuti luar Malaysia memerlukan belanja yang besar.. Dengan ekonomi sekarang yang agak merundum, tak mungkin mampu bercuti keluar negara.. Tetapi bercuti didalam negara pun best juga sebenarnya.. Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi dontohnya Pulau Pangkor.. Di sana terdapat banyak tempat menarik yang boleh kita lawati..

welcome-to-pangkor-island

Pulau Pangkor merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga kerana terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan boleh dilakukan di sana.. Ia adalah lokasi percutian yang tepat untuk anda yang ingin berehat dengan menghirup udara yang segar sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti jungle trekking, bird-watching, berkemah, snorkeling, banana boat dan lain-lain kerana alam semulajadi di sana terpelihara dengan baik..

Mesti anda tertanya-tanya tentang asal-usul nama ‘Pulau Pangkor’ kan.. Ok, kalau anda nak tahu, nama Pulau Pangkor itu datangnya daripada bahasa Thailand iaitu “Pang Ko” yang bermaksud pulau yang cantik.. Sesuai dengan maksudnya kerana pulau pangkor memang indah dan cantik untuk dilawati.. Jadi, tak perlu lagi anda nak teragak-agak untuk merancang percutian anda ke Pulau Pangkor kerana disana anda akan mencipta moment-moment yang indah untuk diabadikan..

keindahan-pulau-pangkor

Di Pulau Pangkor juga terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati.. Tempat-tempat menarik ini juga menjadi salah satu daya tarikan pelancong-pelancong untuk berkujung ke Pulau Pangkor.. Mungkin ada dikalangan anda yang tidak pernah tahu akan kewujudan tempat-tempat menarik ini di Pulau Pangkor kan.. Jadi, di sini saya senarikan 10 tempat menarik di Pulau Pangkor yang pasti membuatkan anda rasa teruja sekaligus ingin bercuti disana..

10 Tempat Menarik Yang Boleh Anda Kunjungi Jika Ke Pulau Pangkor

1. Pantai Teluk Nipah

Pantai Teluk Nipah terletak kira-kira 5km dari Jeti Pulau Pangkor dan berhadapan dengan Pulau Giam. Pantai ini merupakan sebuah pantai yang popular di Pulau Pangkor dan menjadi tumpuan pelancong tempatan serta luar negara..

pantai-teluk-nipah

Di Pantai Teluk Nipah anda boleh melakukan pelbagai aktiviti air yang ada ditawarkan di pantai tersebut.. Keseronokan bersama keluarga pasti terasa bila melakukan aktiviti air bersama-sama.. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan dan anda perlulah bijak untuk memilih pakej yang menawarkan harga lebih murah disamping boleh berjimat cermat..

pantai-teluk-nipah-2

Jika anda bercuti pada musim cuti persekolahan, tempat ini agak sedikit padat dan meriah dengan adanya ramai pengunjung… Almaklumlahkan, bila cuti sekolah ramai ibubapa yang akan bawa anak-anak mereka bercuti untuk luangkan masa bersama setelah penah bekerja dan menelaah pelajaran.. Bila dah melakukan pelbagai aktiviti air bersama-sama, perut pasti cepat terasa lapar kan.. Anda tak perlu risau, kerana di sekitar pantai ini terdapat gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman untuk anda nikmati ketika perut lapar..

2. Pantai Pasir Bogak

Pantai Pasir Bogak terletak kira-kira 5 km dari Pekan Pangkor dan terletak kira-kira 200 meter dari kawasan peranginan terdekat. Apa yang menariknya tentang Pantai Pasir Bogak ini disepanjang garisan pantai terdapat bentukkan batu yang unik menjadikan pantai ini berbeza daripada pantai-pantai lain di Pulau Pangkor. Perjalanan ke pantai ini memakan masa lebih kurang 15 minit dari Jeti Pulau Pangkor..

Pantai Pasir Bogak

Di sini juga pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan seperti berkelah, berkhemah, berbasikal, mandi-manda dan sebagainya… Terdapat juga pelbagai aktiviti sukan air untuk keluarga.. Pantai Pasir Bogak merupakan lokasi terbaik untuk melhat pemandangan indah waktu senja Pulau Pangkor.

Di sepanjang pantai ini terdapat banyak gerai-gerai menjual makanan yang boleh anda beli dan meja-meja juga disediakan di sepanjang pantai untuk anda duduk sambil menikmati hidangan bersama keluarga sambil melihat panorama indah Pantai Pasir Bogak. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan di pantai ini adalah seperti menaiki bot sambil melihat pemandangan disamping mencuba aktiviti menjala ikan bersama keluarga.. Wahh pasti seronokkan.. Bukan senang untuk merasai pengalaman menjala seperti ini..

3. Pantai Pangkor Laut

Keindahan pandai di Pangkor Laut menjadi daya tarikan pelancong untuk berkunjung ke sana.. Tidak kira sama ada pelancong asing mahupun pelancong tempatan.. Pemandangan pantainya sangat cantik dan mendamaikan..

Pantai Pangkor Laut

Pangkor Laut merupakan salah satu destinasi pelancongan yang agak eksklusif dan popular dikalangan pelancong asing dan juga golongan yang ‘berkemampuan’ di Malaysia.. Untuk ke Pangkor Laut, anda boleh menaiki feri dari jeti Marina Island

  4. Pulau Giam

Pulau Giam terletak kira-kira 5km dari Pekan Pangkor, bersebelahan dengan Pulau Mentagor dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Untuk ke Pulau GIam, anda boleh menaiki bot daripada Pulau Nipah.. Untuk pengalaman yang lebih ekstrem dan menyeronokkan, anda boleh juga berkayak kesana.. Pasti ianya akan memberikan pengalaman yang berbeza kepada anda..

Pulau Giam

Pulau Giam ini terkenal dengan aktiviti snorkeling dan mempunyai air yang jernih dan cantik sangat sesuai untuk merlakukan aktiviti tersebut. Para pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman melihat sendiri pelbagai spesis ikan dan batu karang di dasar laut dengan bersnorkeling..

5. Teluk Segadas

teluk-segadas-pangkor

Jika anda menyukai alam semulajadi, anda bolehlah ke Teluk Segadas dimana anda boleh menyertai aktiviti menjelajah hutan.. Teluk Segadas mempunyai pemandangan yang indah dan lokasinya agak tersorok berbanding tempat lain.. Ianya terletak di selatan Pulau Pangkor. Untuk ke teluk ini, anda perlu menaiki teksi dari jeti Pulau Pangkor ke Kampung Gedung dan seterusnya anda perlu berjungle trekking untuk sampai kesana yang memakan masa selama 20 minit untuk sampai ke teluk ini..

Kebiasaanya, program perkhemahan banyak dilakukan di Teluk Segadas ini kerana tempat ini sangat sesuai untuk berkhemah dan lebih santai.

6.  Kota Belanda

Kota Belanda merupakan salah satu tempat menarik di Pulau Pangkor yang mesti dikunjungi.. Kota Belanda adalah sebuah tempat bersejarah peninggalan Belanda.. Salah satu tarikan utama Pulau Pangkor adalah binaan ini dimana sebenarnya adalah sisa-sisa dan batu asas kepada kota tua yang berusia 300 tahun yang dibina oleh belanda pada tahun 1670.

Kota Belanda-2

Terletak di Teluk Gedung, kota ini pernah menjadi kubu belanda bagi menahan serangan lanun dan masyarakat melayu tempatan. Ia terabai setelah berjaya diserang oleh wira tempatan, Panglima Kulub dan pengikut-pengikutnya. Pada tahun 1973, pihak Muzium Negara mengambilalih segala urusan pembaikansemula kota ini..

Bila dilihat daripada rentetan sejarah ini, bermakna Pulau Pangkor mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri dalam sejarah negeri Perak. Jadi, bolehlah anda membawa anak-anak anda ke tempat ini supaya mereka mengenali sejarah yang ada di Pulau Pangkor..

7. Fu Lin Kong Temple

Fu Lin Kong Temple

Fu Lin Kong Temple ini menyerupai dinding besar China tetapi dalam versi yang lebih kecil.. Terdapat pelbagai jenis patung Buddha di sini dan kolam-kolam di sekitarnya.. Ramai pelancong luar mahupun tempatan akan membuat permintaan mereka di kuil ini kerana mengikut kepercayaan mereka, ia akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Lawatan anda ke Pulau Pangkor pastinya tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke sini..

8. Batu Bersurat

Bukan Negeri Terengganu sahaja ye ada batu bersurat tetapi di Pulau Pangkor juga ada batu bersurat.. Batu bersurat ini dikenali sebagai ‘Tiger Rock’ disebabkan oleh ukiran yang terdapat pada batu ini.. Batu bersurat ini terletak hanya 100 meter daripada Kota Belanda dan berukuran kira-kira 10.7 meter panjang, 4.6 meter lebar dan 4.3 meter tinggi..

Batu Bersurat pangkor

Ukiran yang terdapat di batu ini menunjukkan seekor harimau membawa lari seorang kanak-kanak. Mengikut kepercayaan orang ramai, batu ini digunakan untuk mengingati peristiwa di mana seorang kanak-kanak telah dimakan seekor binatang buas dan terdapat pelbagai versi lain lagi tentang kisah di sebalik gambar ini. Jadi, jika anda ke Pulau Pangkor anda bolehlah datang ke sini untuk melihat sendiri keunikan batu bersurat ini..

9. Tortoise Hill

Tortoise Hill merupakan bukit yang tertinggi di Pulau Pangkor. Jika anda mendaki bukit ini anda akan dapat menikmati pemandangan indah sekeliling Pulau Pangkor yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau dan juga boleh melihat selat melaka di kejauhan.. Anda juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking untuk sampai ke puncak.. Tentu ianya lebih menyeronokkan..

Tortoise Hill

Di sini juga anda boleh melihat sendiri bermacam-macam jenis flora dan fauna yang menarik seperti orkid-orkid yang mungkin anda tidak pernah lihat sebelum ini dan jarang dijumpai di tempat-tempat lain.. Terdapat juga burung-burung yang terdiri daripada pelbagai warna seperti burung enggang dan banyak lagi..

10. Masjid Terapung Pulau Pangkor

Kebiasannya kita dengar Masjid Terapung di Terengganu.. Tetapi kali ni saya nak perkenalkan kepada anda semua Masjid Terapung di Pulau Pangkor yang menjadi salah satu tempat menarik yang harus dilawati jika ke Pulau Pangkor.. Ianya mempunyai daya tarikan yang  tersendiri dengan dekorasi yang unik dan menarik membuatkan masjid ini kelihatan sangat indah..

Masjid Terapung Pulau Pangkor

Masjid ini mula dibina pada 07 Mac 2014, Masjid Terapung Pulau Pangkor ini dinamakan dengan nama Masjid Al-Badr 1000 selawat merupakan inspirasi daripada Menteri Besar Perak. Ia diberi nama 1000 selawat kerana terdapat kaligrafi 1000 selawat di dinding masjid.. Manakala kos pembinaan masjid ini mencecah RM11.6 juta dan siap sepenuhnya pada tahun 2016.

11. Lumut Waterfront

Lumut Waterfront ini terletak tidak jauh dari Pantai Teluk Batik.. Disini terletaknya Jeti Lumut, Bazaar Lumut, Pusat Kraft Lumut dan banyak lagi.. Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini.. Di sepanjang Waterfront ini anda dapat melihat keindahan pantai dan jeti yang sentiasa sibuk dengan feri dan bot-bot nelayan. Jika anda datang awal pagi kesini, anda berpeluang menikmati pemandangan matahari naik yang sangat indah.

Lumut waterfront

Di Lumut Waterfornt ini juga terdapat banyak gerai-gerai dan restoran-restoran yang boleh anda pilih untuk menjamu selera..Waktu operasinya adalah setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga jam 8.30 malam..

12. Pangkor Fish Satay Factory (Hai Seng Hin)

Pangkor Fish Satay Factory

Terdapat beberapa buah perkampungan nelayan di sekitar bahagian timur pulau ini dimana anda boleh menyelami dan belajar bagaimana industri ini dilakukan.. Manakala bandarnya pula terletak di sekitar kawasan ini dimana anda boleh melawat kedai makanan laut kering, menikmati makanan tempatan dan juga membeli berangan cenderahati.

Jika anda ingin membeli makanan hasil laut yang fresh-fresh, anda boleh ke Kilang Hai Seng Hin atau lebih dikenali dengan nama Pangkor Fish Satay Factory yang terletak di Sungai Pinang Kecil. Di kilang ini anda boleh melihat pelbagai jenis hasil laut seperti ikan, sotong dan lain-lain ada dijual disini.. Ikan Bilis Mata Biru merupakan hasil laut yang paling popular di Pulau Pangkor dan jika ke Pangkor tidak sah kalau tak membawa pulang ikan bilis mata biru ini sebagai buah tangan.

penginapan-hotel-di-pangkor

Ternyatalah banyak tempat menarik di pulau pangkor yang boleh anda lawati jika bercuti ke sana.. Tetapi, tempat penginapan bagaimana pula? Kalau nak bercuti dalam tempoh yang lama, anda harus pandai memilih pakej penginapan yang lebih murah agar perbelanjaan dapat di kurangkan dan boleh digunakan untuk tujuan yang lain.. Betul tak? Jadi, disini saya ingin mengesyorkan kepada anda beberapa pakej penginapan yang murah tetapi bertaraf 5 bintang..

Pangkor Chalet & Hotel Tempat Penginapan Paling Murah Bertaraf 5 Bintang

Jika anda datang ke Pulau Pangkor anda boleh menempah penginapan anda di Pangkor Chalet & Hotel kerana mereka menawarkan pelbagai pakej penginapan yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan citarasa anda.. Harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding ditempat lain dan tempat penginapan yang disediakan juga sangat selesa..

Pangkor Chalet & Hotel

Beberapa pakej penginapan ditawarkan oleh Pangkor Chalet & Hotel. Antaranya ialah seperti Family Group Package, Student Package, Family Package, Economy Package, Adventure Package, Fun Package, Course Package dan juga Romantic Package..

Family Group Package merupakan pakej yang paling banyak di tempah oleh pengunjung-pengunjung Pulau Pangkor.. Jom kita lihat apa yang ditawarkan dibawah pakej ini..

Family Group Package

Pakej ini merupakan pakej yang paling banyak menerima tempahan.. Jika anda datang bercuti bersama keluarga yang besar, anda bolehlah mengambil pakej ini.. Pakej ini sesuai untuk bilangan keluarga 20 orang dewasa dan keatas.. Jom kita lihat detail Family Group Package ini..

family-package-pangkor

Pangkor Group Family Day (Minimum 20 Dewasa)

Untuk 2 Hari 1 Malam, pakej ini termasuk :-

  • To & Fro Ferry Trans Dari Lumut ke Jeti Pangkor
  • To & Fro Van Taxi Trans dari Jetty Pangkor ke tempat Penginapan
  • 1 Malam Penginapan
  • 1 x Set @ Sarapan secara Buffet
  • 1 x Set @ Buffet @ Makan Malam BBQ dengan Karaoke PA Sistem (percuma)
  • 1 x Island Tour By Land (2 jam)
  • 1 x Percuma 05 Beach Games yang telah disusun (Beach Games ini hanya untuk minimum 20 orang dewasa)
  • Minuman percuma semasa Beach Games dijalankan

Untuk 3 Hari 2 Malam pula, pakej adalah termasuk :-

  • To & Fro Ferry Trans Dari Lumut ke Jeti Pangkor
  • To & Fro Van Taxi Trans dari Jetty Pangkor ke tempat Penginapan
  • 2 Malam Penginapan
  • 2 x Set @ Sarapan secara Buffet
  • 1 x Set @ Makan Tengahari secara Buffet
  • 1 x Set @ Makan Malam secara Buffet
    1 x Set @ Buffet @ Makan Malam BBQ dengan Karaoke PA Sistem (percuma)
  • 1 x Island Tour By Land (2 jam)
    1 x Percuma 05 Beach Games yang telah disusun (Beach Games ini hanya untuk minimum 20 orang dewasa)
  • Minuman percuma semasa Beach Games dijalankan

Terdapat beberapa chalet dan hotel yang ditawarkan bagi pakej di atas. Antaranya ialah :-

Teluk Nipah Moderate Chalet

Jika anda memilih untuk menginap di Teluk Nipah Moderate Chalet, anda akan menikmati beberapa keistimewaan antaranya ialah untuk ke pantai, anda hanya perlu berjalan kaki yang memakan masa cuma 2 minit sahaja dari tempat penginapan.. Chalet ini menyediakan aircond dan bilik mandi dengan pancuran mandian panas dan sejuk.. Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa anda dengan menonton siaran Astro bersama keluarga..

Teluk Nipah Moderate Chalet

Jika anda mengambil pakej 2 hari 1 malam (Normal Weekend dan School Holiday), harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

RM 145.00 Nett setiap orang
RM 80.00 Nett setiap kanak-kanak (4-11 tahun)

Manakala untuk 3 hari 2 malam (Normal Weekend dan School Holiday) pula, anda boleh menikmati penginapan anda dengan harga serendah :-

RM 235.00 Nett setiap orang
RM 120.00 Nett setiap kanak-kanak (4-11 tahun)

Pangkor Bay View Resort

Pangkor Bay View Resort juga berhampiran dengan pantai yang memakan masa 2 minit sahaja untuk sampai ke pantai.. Resort ini menyediakan Kolam Renang untuk anda dan keluarga mandi manda.. Ia juga dilengkapi dengan aircond sepenuhnya serta bilik mandi dengan pancuran mandian panas dan sejuk.. TV Astro juga disediakan untuk anda meluangkan masa bersama keluarga sambil menonton..

Pangkor Bay View Resort

Jika anda mengambil pakej 2 hari 1 malam (Normal Weekend dan School Holiday), harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

RM 185.00 Nett setiap orang
RM 95.00 Nett setiap kanak-kanak (4-11 tahun)

Manakala untuk 3 hari 2 malam (Normal Weekend dan School Holiday) pula, anda boleh menikmati penginapan anda dengan harga serendah :-

RM 295.00 Nett setiap orang
RM 145.00 Nett setiap kanak-kanak (4-11 tahun)

Pangkor Coral Bay Resort

Resort ini bertaraf 3 bintang yang dilengkapi dengan kolam renang, aircond, bilik mandi, tab mandi, karaoke lounge dan juga SPA.. Jika anda ingin bermain di tepi pantai atau mandi pantai, anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke pantai yang memakan masa 3 minit sahaja dari tempat penginapan anda.. Tidak lengkap sekiranya bercuti jika tidak berkelah di tepi pantai kan..

Pangkor Coral Bay Resort

Jika anda mengambil pakej 2 hari 1 malam (Normal Weekend dan School Holiday), harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

RM 205.00 Nett setiap orang
RM 105.00 Nett setiap kanak-kanak (4-11 tahun)

Manakala untuk 3 hari 2 malam (Normal Weekend dan School Holiday) pula, anda boleh menikmati penginapan anda dengan harga serendah :-

RM 335.00 Nett setiap orang
RM 170.00 Nett setiap kanak-kanak (4-11 tahun)

Puteri Bayu Beach Resort

Puteri Bayu Beach Resort ini juga bertaraf 3 bintang (seaside resort) yang terdiri daripada hotel dan chalet.. Dilengkapi dengan kemudahan kolam renang, aircond sepenuhnya, bilik mandi yang selesa, karaoke lounge, SPA dan juga TV Astro..

Puteri Bayu Beach Resort-2

Jika anda mengambil pakej 2 hari 1 malam (Normal Weekend dan School Holiday), harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

Bilik Hotel

RM 190.00 Nett setiap orang
RM 100.00 Nett setiap kanak-kanak (4-11 tahun)

Chalet Villa

RM 225.00 Nett setiap orang
RM 115.00 Nett setiap kanak-kanak (4-11 tahun)

Manakala untuk 3 hari 2 malam (Normal Weekend dan School Holiday) pula, anda boleh menikmati penginapan anda dengan harga serendah :-

Bilik Hotel

RM 335.00 Nett setiap orang
RM 170.00 Nett setiap kanak-kanak (4-11 tahun)

Chalet Villa

RM 408.00 Nett setiap orang
RM 208.00 Nett setiap kanak-kanak (4-11 tahun)

Pangkor Sandy Beach Resort

Pangkor Sandy Beach Resort merupakan resort yang berhadapan dengan pantai dan bertaraf 3 bintang.. Anda boleh menikmati pemandangan yang indah bila berada di bilik penginapan. Dilengkapi dengan kemudahan kolam renang, aircond sepenuhnya, bilik mandi dan juga TV Astro untuk anda bersantai bersama keluarga..

Pangkor Sandy Beach Resort

Jika anda mengambil pakej 2 hari 1 malam (Normal Weekend dan School Holiday), harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

RM 245.00 Nett setiap orang
RM 125.00 Nett setiap kanak-kanak (4-11 tahun)

Manakala untuk 3 hari 2 malam (Normal Weekend dan School Holiday) pula, anda boleh menikmati penginapan anda dengan harga serendah :-

RM 375.00 Nett setiap orang
RM 190.00 Nett setiap kanak-kanak (4-11 tahun)

Selain Family Group Package ini, pakej lain yang juga mendapat sambutan hangat adalah Student Package dan Romantic Package.. Bagi pelajar-pelajar yang datang secara berkumpulan bolehlah menempah Student pakej kerana terdapat banyak keistimewaan yang ditawarkan.. Begitu juga dengan Romantic pakej, bagi yang inginkan bulan madunya dalam suasana romantik, boleh cuba abadikan saat berbulan madu anda dengan mengambil pakej Romantik di Pangkor Chalet & Hotel ini.. Pastinya momen indah dapat anda rakamkan bersama yang tersayang..

pakej-romantik

Nampaknya bulan Disember semakin hampir dan musim cuti sekolah akan tiba.. Jadi, rancanglah percutian anda dan keluarga untuk ke Pulau Pangkor.. Dengan pakej murah yang disediakan oleh Pangkor Chalet & Hotel ini, pasti percutian anda menjadi lebih menyeronokkan..

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

 

Jom Ke Pulau Pangkor SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

No 5 Rumah Murah 32300 Pangkor, Perak, Malaysia

   
Jom Ke Pulau Pangkor SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Ke Pulau Pangkor SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: