Insurans
May 2, 2018, 9:42am

12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari


Tahukah anda, berdasarkan 10 kanser teratas yang paling umum menyerang masyarakat Malaysia, kanser perut berada di tangga ketujuh menyerang lelaki manakala di tangga yang kesepuluh menyerang wanita. Statistik mendedahkan golongan lelaki lebih ramai mendapat kanser perut mungkin kerana tabiat minum minuman keras dan merokok.

Perut 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

Di Malaysia sejak tahun 1997, sekitar 700 kes baru kanser perut dilaporkan. Sedekad kemudian, angka tersebut meningkat dua kali ganda iaitu sebanyak 1,400 kes. Daripada jumlah tersebut, setiap tahun sekurang-kurangnya 10 peratus penghidap kanser meninggaldunia. Peningkatan itu dikaitkan dengan kurangnya pengetahuan orang ramai terhadap tanda-tanda awal penyakit itu.

Seharusnya anda lebih peka dengan perubahan badan anda kerana kanser dapat dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal. Mari kita lihat 12 tanda kanser perut yang sering terjadi.

Sakit 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

SAKIT PERUT

Sekiranya anda mendapati anda sering sakit perut, ini mungkin tanda awal kepada kanser perut. Ramai yang ambil remeh terhadap perkara ini kerana menganggap sebagai sakit perut biasa. Anda harus segara berjumpa dengan doktor jika anda mengalami sakit perut secara berpanjangan.

tahi 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

 

NAJIS BERDARAH

Najis yang mempunyai darah boleh menjadi indikasi kepada kanser perut. Selain itu,sifat najis yang berubah-ubah bersama dengan kekerapannya. Sebagai contoh, pada bulan ini, hampir setiap hari anda mengalami cirit-birit dan pada bulan hadapan pula anda mengalami masalah sembelit.

kempis 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

KEMBUNG

Kembung yang kerap dan berpanjangan merupakan salah satu tanda utama untuk penyakit kanser perut. Selain itu, gejala ini ditambah dengan pembengkakan di bahagian abdomen, sakit di bahagian pinggul dan rasa kenyang.

kempis 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

HILANG BERAT YANG TAK DAPAT DIJELASKAN

Lebih 80% penghidap kanser kehilangan berat badan yang tak dapat dijelaskan misalnya kehilangan 10% dari berat badan asal dalam tempoh 6 bulan bukan disebabkan diet atau bersenam. Kehilangan berat secara drastic merupakan tand biasa jika anda menghadapi masalah kronik seperti kanser.

mata 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

KELETIHAN DAN LEMAH

Walaupun anda sudah mendapatkan rehat dan tidur yang cukup, sekiranya simptom ini dilihat tidak berkurang, anda perlu segera berjumpa doktor.

demam 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

DEMAM YANG KERAP

Demam adalah tanda badan kita sedang melawan bakteria dan jangkitan tetapi demam yang berpanjangan berkemungkinan petanda kepada kanser perut. Ramai individu mengambil ringan masalah ini dan hanya mengambil ubat yang dibeli di farmasi. Jika anda selalu demam, dapatkan pemeriksaan doctor untuk mendapatkan kepastian.

dada 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

PEDIH ULU HATI YANG KRONIK

Menurut jurnal dari Klinikal Gastroenterologi dan Hepatologi menerangkan bahawa pedih ulu hati disebabkan oleh keradangan tisu pada lapisan kerongkong yang menjadi indikasi bahawa badan anda diserang kanser.

batuk 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

KESUKARAN KETIKA MENELAN

Perasaan seolah-olah ada sesuatu yang terlekat di kerongkong, susah dan terasa pedih ketika menelan mungkin petanda awal badan anda mengalami perubahan yang disebabkan oleh pembengkak perut yang menekan salur oesophagus anda. Segera berjumpa dengan doctor jika anda mengalami masalah ini.

kuning 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

KUNING

Apabila mata putih dan kulit anda kelihatan kekuningan, ia mungkin merupakan simptom bagi kanser. Kanser sering mengganggu fungsi hati dan salur hempedu yang menyebabkan anda kekuningan. Oleh itu, anda hendaklah selalu memeriksa kuku dan mata sekiranya ada perubahan yang tidak normal.

pinggang 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

PEMBENGKAKAN PADA BAHAGIAN ABDOMEN

Jikalau anda mendapati ada pembengkakan di bahagian perut atau abdomen anda, ini mungkin salah satu tanda awal untuk kanser perut.

Bintik 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

KEMUNCULAN TAHI LALAT BARU ATAU BINTIK-BINTIK PADA KULIT

Perubahan pada kulit mungkin tidak mempunyai rasa sakit tetapi jika simptom ini kelihatan, anda dinasihatkan untuk ke pemeriksaan kanser.

 

Kuku 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

PERUBAHAN KUKU

Perubahan warna kuku turut menjadi salah satu tanda awal kanser. Sekiranya anda mendapati terdapat bintik hitam atau coklat di bawah kuku jari mungkin anda menghidapi kanser. Selain itu, warna kuku yang putih atau pucat juga menjadi indicator terhadap tahap kesihatan anda.

Ramai yang tidak sedar bahawa simptom-simptom diatas adalah tanda-tanda awal kanser perut kerana simptomnya sama dengan penyakit biasa.

Hanya satu cara saja untuk mengesan sama ada kesakitan tersebut disebabkan kanser atau tidak ialah dengan melakukan pemeriksaan endoskopi.

Kamera akan dimasukkan ke dalam perut bagi menjalani prosedur ini. Ia mampu mengesan ketumbuhan atau ulser dan bakteria di dalam perut. Jika seseorang itu memilih untuk merawat sendiri, maka dia akan terlepas peluang mengesan kanser pada tahap awal.

Kanser perut berkait rapat dengan pemakan. Oleh itu, kita seharusnya lebih berhati-hati dengan pilihan makanan dan mengamalkan diet yang sihat. Berikut merupakan jenis-jenis makanan yang boleh menjadi punca kanser perut.

Hotdog 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

DAGING PROSES

Daging proses seperti bacon dengan sosej mengandungi bahan pengawet kimia. Natrium nitrat dan natrium nitrit digunakan dalam proses pembuatan daging proses bagi memastikan daging kelihatan segar. Kedua-dua agen ini boleh mengakibatkan usus rosak dan banyak kanser lain.

Creamer 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

PEMANIS TIRUAN

Kajian terbaru dari Pihak Berkuasa Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) pula membuktikan pemanistiruan dalam air tin mengandungi aspartame, sucralose dan saccharin yang menyebabkan kanser!

sugar 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

GULA HALUS

Apabila kandungan gula tinggi dalamdarah, badan akan menghasilkan insulin. Kadar insulin yang tinggi menjadi punca peningkatan penghasilan sel kanser dalam badan. Oleh itu, kurangkan makanan dan minuman yang tinggi gula.

Selain itu, anda juga seharusnya

  • Elakkan makanan ringan, jeruk kering atau basah.
  • Elakkan cuka dan makanan pedas-pedas.

Meeting 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

KOS RAWATAN KANSER

Kos untuk complete cycle of Chemotherapy Non-Formulary Drug  adalah di antara RM 18,000 – RM 25,000 setiap pesakit. Surgical equipment untuk setiap pesakit adalah antara RM3,000 – RM7,000. 1 tahun stok  Enercal Plus Liquid boleh mencecah RM3,200.Ni belum termasuk kos-kos untuk Radiotherapy treatment, purchase of medication, patient travelling expenses, surgical equipments, non-formulary drugs, prosthesis and liquid nutritional food.

Duit 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

TAKUT KOS RAWATAN KANSER MAHAL? JOM SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.

Setiap orang mempunyai sel kanser di dalam badannya. persoalannya ialah samaada sel itu akan aktif atau tidak, cepat atau lambat. Terdapat lebih 208 jenis barah. Setiap tahun, 11 juta orang disahkan mengidap barah, 6 juta daripadanya meninggal dunia di seluruh dunia. Di Malaysia, 45,000 orang di disahkan menghidap kanser. Barah adalah pembunuh no. 2 selepas sakit jantung.

 

Insuran kesihatan merupakan satu pilihan bijak. Salah satu insuran kesihatan yang terbaik adalah Pelan AXA 200 Cancer Care. Pelan ini merupakan pelan yang khusus untuk penyakit kanser.

Affin 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

5 KELEBIHAN PELAN AXA 200 CANCER CARE

  1. DIJAMIN OLEH AXA AFFIN LIFE

Policy Street adalahsyarikatinsurans yang dijaminoleh AXA Affin Life dimana pembayaran untuk insurans yang anda pilih adalah dijamin dan mereka juga merupakan syarikat yang sah di sisi undang–undang. Jadi, anda pasti akan diberikan bayaran yang dijanjikan sekiranya anda disahkan menghadapi penyakit kanser.

  1. PENDAPAT DOKTOR PAKAR SECARA PERCUMA

Pam Darah 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

Sekiranya anda bakal menjalani rawatan untuk kanser yang dihidapi, anda akan menerima pendapat kedua daripada doktor ataupun doktor pakar sebelum anda menjalani pembedahan. Ini dapat memberikan anda peluang untuk membuat keputusan yang terbaik sebelum anda bertarung nyawa di bilik pembedahan.

  1. HARGA YANG BERPATUTAN

Produk AXA 200 Cancer Care merupakan produk yang tidak memerlukan komitmen bulanan yang tinggi dari anda. Dengan hanya RM45/ bulan, anda boleh menerima minimum RM 30,000 sekiranya anda didapati menghadapi penyakit kanser. Anda juga bakal menerima RM 6,000 setiap tahun untuk anda menjalani rawatan kanser.

  1. TIDAK MEMERLUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Anda tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mendapatkan perlindungan insurans daripada AXA 200 Cancer Care. Anda hanya perlu mendapatkan bantuan daripada team insurans Policy Street untuk mendapatkan wang yang boleh membantu anda untuk mendapatkan wang rawatan kanser.

Bangunan hospital 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

  1. PEMERIKSAAN KESIHATAN DI BEACON HOSPITAL

Jika anda tidak mampu menjalani pemeriksaan kesihatan, anda boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Beacon Hospital yang bernilai RM599 sekiranya anda mendaftar untuk AXA 200 Cancer Care. Jadi, anda boleh mendapatkan status tentang penyakit kanser anda dengan cepat dan efektif dan menjimatkan kos.

policy 12 Tanda Kanser Perut Dan Makanan Yang Patut Dihindari

HILANGKAN KERISAUAN ANDA DENGAN AXA 200 CANCER CARE BY POLICY STREET

Kami tahu masalah kewangan menghantui hidup para pesakit kanser. Jadi dengan adanya insurans dari Policy Street ini, pesakit kanser tidak perlu tertekan dengan bebanan kewangan untuk merawat penyakit ini. Sila layari maklumat di bawah berkaitand engan AXA 200 Cancer Care By Policy Street.

https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: