Negeri cantik, budaya menarik, itulah kata-kata yang digunakan untuk menggambarkan sebuah negeri yang terletak di pantai timur, Terengganu Darul Iman. Negeri ini bukan sahaja kaya dengan hasil laut, malahan ianya sebuah destinasi pelancongan yang cukup lengkap sekali pakejnya, berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Penyelidikan membuktikan bahawa makanan laut yang kaya dengan kandungan nutrien yang bermanfaat bagi kedua-dua dunia kesihatan atau Kecantikan selain membuktikan bahawa makanan laut juga kaya dengan kandungan omega 3, Vitamin A, B6, E, asid lemak, mineral dan protein juga. Di antara kelebihan makanan laut adalah;
Pabila menyebut sahaja makanan laut, pasti anda akan terbayangkan ikan, ketam, sotong, udang, kerang dan sebagainya. Tidak dinafikan, ramai yang menggemari makanan ini jika dimasak dengan pelbagai jenis resipi. Apa yang istimewanya, makanan ini merupakan hasil laut yang sedap dan senang dimasak dan ianya sesuai untuk seisi keluarga.
Bahan yang diperlukan ialah;
Cara memasak :
Untuk menyediakan udang goreng, gaulkan udang dengan sedikit tepung dan garam. Panaskan minyak, kemudian goreng udang hingga garing. Ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan pula daun kari, diikuti susu cair dan tepung jagung. Kacau hingga mendidih. Perasakan dengan garam. Tutup api dan tuangkan di atas udang goreng tadi. Sedia dihidangkan.
Bahan yang diperlukan ialah;
Cara memasak :
Sotong dimasukkan ke dalam kuali dan masakkan sekejap. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Hiris kasar daun ketumbar. Hiriskan bawang besar, cili merah, cili api, bunga kantan dan tomato. Sagat halus atau racik timun. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.
Bahan yang diperlukan ialah;
Cara memasak:
Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk. Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul. Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Panaskan minyak yang banyak,agak2 boleh tenggelamkan udang. Pegang bahagian ekor udang dan celup rata ke dalam bancuhan tepung. Bahagian ekor tidak perlu bersalut tepung. Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga ke perangan. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.
Bahan yang diperlukan ialah;
Cara memasak :
Blend Bawang besar, Bawang putih, Kunyit hidup, cili padi dan tumis sekali masukkan serai dan asam keping. Masukkan sedikit air dan ketam. Akhir sekali masukkan garam, gula, perencah hilal dan santan.
Bahan yang diperlukan ialah;
Cara memasak :
Tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga lumat. Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk yang telah dipanaskan. Tunggu hingga cili masak kemudian masukkan santan cair. Setelah mendidih, masukkan sedikit air jawa, santan pekat dan serai. Tunggu hingga mendidih sekali lagi, kemudian masukkan udang galah dan akhir sekali hirisan daun kunyit. Masukkan sedikit garam sebagai bahan perasa. Setelah masak, siap untuk dihidangkan dan dimakan
Bahan inti sumbat yang diperlukan ialah;
Cara memasak :
Campurkan semua bahan dan goreng hancur
Bahan sambal yang diperlukan ialah;
Cara memasak :
Sotong tadi disumbat dengan telur yang telah dimasak dan ditutup semula dengan kepala sotong dan dicucuk dengan pencungkil gigi. Kemudian tumiskan bawang yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak. Masukkan serbuk kari dan sos cili. Kemudian masukkan sotong yang telah disumbat dengan telur dan biar sampai mendidih. Masukkan gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa. Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat. Apabila sudah masak bolehlah di hidangkan
Bahan yang diperlukan ialah;
Cara memasak :
Masakkan santan bersama bahan kisar ke dalam periuk, kacau hingga mendidih. Masuk serai yang dititik bersama 1 asam keping. Bila sudah mendidih masuk siput sedut sedikit garam dan gula. Akhir sekali masukkan daun kesum dan hidangkan.
Bahan yang diperlukan ialah;
Bahan Tumis ;
Cara memasak :
Ikan di siang, potong, cuci dan toskan. Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bahan-bahan yang lain sehingga lumat. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau. Masukkan air, biarkan mendidih. Masukkan ikan dan kacau rata. Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan. Sekiranya sudah cukup rasa, matikan api dan angkat. Letak dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang. Sedia untuk di hidangkan.
Bahan yang diperlukan ialah;
Cara memasak :
Cuci ikan dengan cuka dan garam. Untuk menghilangkan bau hanyir pd ikan kukus dengan halia (kukus selama 20 minit). Buat sos dengan gula, sos ikan, jus limau, bawang putih, cili, dan akar ketumbar (gaul sebati). Hias dengan bawang putih, limau, daun ketumbar dan hidangkan.
Bahan yang diperlukan ialah;
Cara memasak :
Sotong dibersihkan dan dikelar. Kisar semua bahan (lada, bawang, buah keras dan serai). Masukkan sos tiram dan air asam jawa. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal. Masak lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air ,buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang sehingga masak. Jangan terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.
Bahan yang diperlukan ialah;
Cara memasak :
Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengan cili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa. Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.
Bahan yang diperlukan ialah;
Cara memasak :
Panaskan kuali dengan minyak untuk menggoreng. Ikan siakap dikelar dan digaul dengan garam dan kunyit serta tepung gandum. Goreng secara deep fry, bila warna ikan goreng bertukar keemasan, angkat dan letak ke tepi sementara untuk tos lebihan minyak goreng tadi. Keluarkan separuh dari minyak goreng ikan tadi. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili api, serai dan daun limau purut. Apabila bahan tumisan berbau wangi masukkan cili kisar dan biarkan garing sebentar. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Ketika ini, sos sudah menjadi pekat dan sekiranya anda gemar berkuah, boleh cairkan dengan memasukkan sedikit air. Kemudian, masukkan hirisan tomato dan nenas ke dalam sos tiga rasa tersebut. Kacau sebentar dan kemudian curahkan ke atas ikan siakap yg telah digoreng tadi. Siap untuk di hidang bersama nasi panas-panas.
Hobi anda makan makanan laut dan sedang mencari pembekal makanan laut di Terengganu untuk membuka perniagaan? Anda boleh menempah hasil laut dan sungai yang segar – segar di Ketam Lembut Terengganu.
Pembekal makanan laut dan sungai Ketam Lembut Terengganu menyediakan pelbagai jenis makanan laut seperti Udang Galah, Sotong, kerang, udang, dan sebagainya. Kualiti ia juga dijamin dan halal. Pembekal makanan laut dan sungai Ketam Lembut Terengganu bukan sahaja berkhidmat untuk pembeli Dari Terengganu sahaja tetapi juga memberi khidmat kepada seluruh Semenanjung Malaysia.
Berikut adalah di antara produk dan harga makanan laut dari Ketam Lembut Terengganu;
Live Alaskan King Crab- RM 350
Alaskan/Chile King Crab – RM185
Canadian Lobster – RM 145
Live Canadian/boston Lobster – RM 195
Mutiara Lobster – RM 90
Udang Galah – RM 60
French Crab – RM 60
Live French Crab – RM 95
Soft Shell Crab – RM 60
Baby Lobster / Lobster Air Tawar – RM 60
Ketam Nipah Segar [hidup] – RM 26 / RM 36 / RM 45 / RM 55
Ketam Nipah Segar [frozen] – RM 22 / RM 33 / RM 42 / RM 52
American Oyster – RM 40
Live American Oyster – RM 70
Telur Mayong – RM 50
Telur Tenggiri – RM 35
Telur Sotong – RM 30
Belangkas – RM 26
Penghantaran SELURUH semenanjung Malaysia. COD percuma di kawasan Kuala Terengganu dan Marang. Harga istimewa untuk belian borong dan pengusaha restoran.
“reliable service! recommended to all…thank you..” – Nurul Izatee Adam, Dungun
“Sedap dan mudah di makan! Ketam kulit lembut di sukai seisi keluarga .. we love it!!” – Ya Hana Na, Shah Alam
“Habis udang saya sorang je makan. Apa apa pun ketam lembut Terengganu ialah rekemen saya untuk kawan-kawan lain. Tengkiu pelbagaikan menu dekat Ganu ni..Tahniah” – Puan Fitriah, Manir
Ketam Lembut Terengganu sememangnya amat popular di Terengganu kerana segar dan murah. Jadi anda jangan lepaskan peluang ini. Anda mesti merasainya. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian di bawah ini.
KETAM LEMBUT TERENGGANU | PEMBEKAL HASIL LAUT SEGAR DAN MURAH
Hubungi: Tekan untuk telefon (0169868430) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Ketam Lembut Terengganu
Blog: www.ketamlembutterengganu.blogspot.my
Alamat:
Ketam Lembut Terengganu
Lot5772, Lorong Alamanda, Tmn Al-Amin Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang