Umum
Aug 12, 2016, 11:20am

12 Aug 2016, Genaplah 2 Tahun Pemergiaan Ibu Kesayangan & Syurga Arwah Bapa Saya


  •  
  •  
  •  
  •  

Bila teringatkan arwah TOK. Airmata pasti mengalir deras kerana sepanjang hayat beliau setelah pemergiaan arwah bapa saya pada september 1992. Pasti saya dan kembar yang dia selalu nak jumpa dan bersembang untuk cerita tentang segala kebaikkan arwah bapa saya.

bu Kesayangan & Syurga Arwah Bapa Saya

Beruntungnya arwah bapa saya. Sebab mempunyai IBU yang tidak pernah putus-putus mendoakan beliau dan saudara mara/adik beradik/anak-anak buah yang tidak henti-henti ceritakan segala kebaikkannya sepanjang hayat. (Semoga Allah rezekikan saya dan kembar segala kebaikkan yang arwah bapa saya miliki)

Demi Allah, semasa pemergiaan arwah TOK ini selepas solat isyak di hospital seberang jaya. Saya dan mama berada di sisi beliau sehinggalah akhir nafas beliau.

Dan sesungguhnya saya sangat bersyukur kepada Allah Azza Wajalla kerana daripada saat-saat terakhir IBU KESAYANGAN ARWAH BAPA SAYA ketika SAKARATUL MAUT, uruskan pengembumiaan, mandikan, kafakan, solatkan sehinggalah dikebumikan. Allah rezekikan saya untuk bersamanya dan uruskan semuanya sekali.

Sahabatku yang baik, sempena hari jumaat yang penuh barokah ini. InshaAllah mohon doakan IBU KESAYANGAN ARWAH ABAH SAYA Ramlah Binti Jusoh dilapangkan kuburnya, diterangkan jalannya dan diterima amal ibadahnya.

Allahumma Ameen Ya Allah.

PS : Kita semua bakal menyusul sahabat !