Ibu bapa merupakan tunjang dalam membentuk anak-anak menjadi insan yang berguna untuk masa hadapan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak dilahirkan umpama kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungajawab dalam mencorakkannya. Didikan awal amatlah penting bagi memastikan mereka mendapat pendidikan yang terbaik tidak kira di mana mereka berada. Ini adalah merupakan titik tolak kepada mereka untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Sudah kita tahu peranan ibu bapa amatlah penting dalam membentuk pelajar yang cemerlang. Mereka akan sentiasa memerlukan sokongan dan dorongan daripada orang sekeliling untuk meniti hari-hari mendatang sebagai seorang pelajar. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya tahu apa yang terbaik kepada mereka. Namun dapat jugak kita lihat ada di antara ibu bapa yang tidak cakna malah langsung tidak tahu mengambil tahu akan perihal anak-anak di rumah mahupun di sekolah.
Amat penting untuk para ibu bapa tahu tentang tips yang sesuai dalam menjadikan anak-anak sebagai pelajar yang cemerlang. Ibu bapa seharusnya membimbing mereka dalam setiap perkara agar dapat memastikan mereka sentiasa berada di jalan yang benar dan mampu bersaing secara sihat di dalam akademik mahupun kokurikulum.
Setiap tindakan anak-anak wajib dipantau dan berikut merupakan antara tips-tips pelajar cemerlang yang sewajarnya ibu bapa tahu dan fahami.
Perkara pertama adalah persekitaran yang kondusif amatlah penting dalam memastikan keberkesanan pembelajaran. Terdapat beberapa peringkat yang dapat dikaitkan dengan pengaruh persekitaran pembelajaran kepada motivasi pelajar iaitu daripada orang sekeliling seperti pengetua, ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakata setempat serta keadaan sekeliling itu sendiri atau keadaan di dalam kelas mahupun di rumah. Kejayaan dan kegagalan pelajar dipengaruhi oleh dorongan orang sekiling dan keadaan persekitaran.
Pemakanan memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan dan mencegah penyakit. Pemakanan yang baik mempengaruhi kesihatan tubuh badan sejak dari kecil lagi. Pelajar boleh terdedah kepada bahaya akibat daripada pemakanan yang tidak sihat dalam masa yang sama lebih mudah untuk mendapat pelbagai jenis penyakit. Jadi adalah amat penting sekali untuk kita awasi gaya pemakanan mereka agar dapat membendung daripada penyakit yang tak diingini.
Dengan pemakanan yang seimbang pelajar dapat mengelak daripada penyakit yang berbahaya dan sekaligus memudahkan lagi mereka untuk meneruskan pembelajaran tanpa gangguan masalah kesihatan.
Ada di kalangan mereka yang suka mengulang kaji pelajaran hingga lewat malam. Hal ini tidak sehaurnya dibiarkan berlarutan. Tidur amat penting bagi mereka dalam merehatkan badan dan juga minda. Pastikan mereka mendapat tidur yang cukup dan tidur lebih awal. Lebih baik galakkan mereka membuat ulangkaji di awal pagi walaupun hanya sekejap. Fakta menunjukkan bahawa pada waktu pagi adalah antara waktu yang paling sesuai untuk mengulang kaji kerana suasananya yag lebih aman serta fikiran di waktu pagi lebih tenang berbanding waktu lain. Tambahan pula, kebanyakan maklumat yang dibaca pada waktu pagi mampu diingati dalam tempoh yang lebih lama.
Bersedia lebih awal bermaksud membuat persediaan awal sebelum pembelajaran sebenar iaitu pembelajaran di dalam kelas. Ini akan membantu memberi permulaan yang baik serta dapat memberi tanggapan yang positif kepada guru. Lazimnya, pelajar yang mendapat keputusan yang baik akan dapat mengekal prestasi mereka dengan bantuan kaedah pembelajaran lebih awal. Hal ini kerana belajar awal ketika tiada sebarang tekanan tidak membuatkan mereka bosan.
Ini adalah salah satu faktor terpenting dalam pembelajaran kerana dengan berbuat baik kepada guru ilmu yang telah dipelajari akan menjadi lebih berkat. Selain itu, pembelajaran akan menjadi lebih mudah apabila hubungan yang baik di antara guru dan murid terjalin. Perbincangan bersama guru di dalam kelas turut akan menjadi lebih mudah selain pelajar dapat memahami sesuatu persoalan dengan lebih mendalam. Sekaligus membantu meningkatkan prestasi akademik.
Hubungan yang baik sesame keluarga juga adalah sangat diutamakan kerana keluargalah penyumbang serta pendorong utama kepada setiap perkara. Sebahagian besar daripada sikap serta perilaku pelajar adalah daripada didikan keluarga. Dan hubungan baik di antara ibu bapa dan pelajar menghalang perkara negative daripada mudah mempengaruhi mereka. Sebagai contoh ibu bapa tidak mudah melenting malahan mendidik dengan penuh sabar justeru para pelajar atau anak-anak akan merasa lebih disayangi serta dapat belajar dengan tenang.
Masa itu emas dan tidak seharusnya disia-siakan setiap detik yang berlalu itu. Sebaiknya haruslah diisi dengan perkara yang bermanfaat. Pelajar yang cemerlang tidak akan membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Sebaliknya, setiap masa yang terluang itu boleh dijadikan sebagai waktu tambahan untuk belajar serta mengulang kaji. Di sinilah ibu bapa boleh melakukan pemantauan serta memastikan mereka melakukan perkara yang berfaedah.
Setiap pelajar mempunyai waktu tersendiri untuk belajar. Walau bagaimanapun, ia juga penting untuk mereka tahu akan waktu-waktu yang paling sesuai untuk belajar seperti sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas membaca al-quran atau berzikir, selepas beriadah dan juga selepas berdoa. Waktu-waktu ini mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam membantu menjadikan pembelajaran lebih bermakna.
Membaca merupakan proses yang amat penting dalam menimba ilmu dan juga mendapatkan maklumat. Cara membaca yang betul dapat mengelakkan pelajar daripada mudah merasa bosan, mengantuk dan sebagainya. Jadi teknik adalah penyelesaiannya. Teknik-teknik yang berkesan ketika melakukan pembacaan adalah dengan duduk tegak dan benafas dengan betul, memberikan tumpuan terhadap pembacaan, gunakan jari telunjuk untuk membca dan menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan. Pelajar yang cemerlang membaca dengan teknik yang betul dan bukan hanya membaca secara membuta tuli.
Pelajar yang mengamalkan cara ulang kaji yang betul akan lebih mudah untuk memahami serta mendalami apa yang dipelajari. Tidak ramai yang minat untuk mengulang kaji pelajaran kerana malas dan menganggap ianya membosankan namun dengan cara yang betul, semua tanggapan tersebut dapat dielakkan.
Antara petua yang berkesan untuk mengulang kaji adalah:
Selain daripada mengawal pemakanan agar mendapat nutrisi yang mencukupi serta menggunakan cara pembelajaran yang berkesan, pengambilan makanan tambahan seperti suplemen juga merupakan salah satu penyumbang kepada kecemerlangan para pelajar. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada makanan ruji harian kerana belum tentu ia cukup untuk untuk tumbesaran serta minda mereka.
Antara suplemen yang bagus dalam membantu meningkatkan keupayaan minda adalah Int3tree. Int3tree merupakan produk suplemen untuk pelajar dan anak-anak yang berumur 3 – 22 tahun.
Ikuti keterangan produk di bawah:
Anak adalah permata hati bagi ibu ayah.Tetapi apabila anak-anak menunjukkan karenahnya yang mengada-ngada, sebenarnya ia bukanlah satu masalah yang besar!
Tindakan ibu ayah apabila anak bersifat mengada-ngada kadang kala akan cepat nak marah sehingga anak lagi menunjukkan perangai yang lebih buruk. Berikut antara tindakan yang boleh dilakukan yang dikongsikan oleh Ibu Farish dalam blognya.
Perasaan cemburu memang ada dalam diri manusia dan sukar dibendung. Tidak terkecuali kanak-kanak juga mempunyai perasaan cemburu. Kehadiran adik baru, membuatkannya berasa cemburu apabila dia merasakan dirinya tidak lagi disayangi oleh ibu dan ayah..
Perasaan cemburunya lebih membuak apabila perhatian yang diberikan pada adiknya melebihi dari dia. Disebabkan itu, dia akan merengek tanpa diketahui sebab munasabah.
Tindakan kita :
Luangkan masa dengannya dan ajak dia bermain bersama-sama.. Diwaktu ini, jangan lakukan perkara lain, hanya fokus kepadanya sahaja. Dengan cara ini, dia akan merasakan dirinya disayangi oleh ibu dan ayahnya.
Kebanyakan kanak-kanak pasti akan mengamuk tidak kira di mana jua sekiranya permintaannya tidak dituruti. Malahan, ada sesetengah akan berguling-guling dilantai walaupun sudah dipujuk.
Tindakan Kita :
Ibu atau ayah boleh cuba mengalih perhatian anak apabila ternampak tanda-tanda seperti dia akan mengamuk. Contohnya muka anak merah atau mula hendak menangis.
Tenang menghadapi kerenah anak dan elakkan daripada memarahi atau menjerit padanya kerana itu tidak membantu. Memberi pelukan dan ciuman amat membantu untuk menenangkannya.
Masalah memilih makanan ini juga sering dialami oleh ibu-ibu. Bermacam cara dibuat seperti menghidangkan pelbagai jenis makanan namun tetap tidak dapat nak pancing selera anak-anak.
Ada juga sesetengah daripadanya akan meminta ibunya memasak makanan yang dia inginkan, namun selepas dimasak dia langsung tidak menjamahnya. Kerenahnya ini memang boleh buatkan kita hilang kesabaran. Lebih memeranjatkan, mereka meminta kita membeli makanan ringan!
Tindakan Kita :
Kita perlu memastikan waktu makan berjalan dalam suasana yang menggembirakan terutamanya anak-anak. Disamping itu, disiplin waktu makan amat penting untuk mengajar mereka adab tertib ketika makan.
Ajak anak-anak makan bersama-sama anda. Hindarkan memberi snek diluar waktu makan, kerana itu juga menjadi punca mengapa mereka menolak waktu makan. Ini kerana mereka sudah kenyang dengan snek!
Kanak-kanak yang suka merajuk adalah kerana hati mereka yang kurang selesa. Mereka marah tidak diberikan perhatian dan mengalihkan marahnya pada merajuk.
Tindakan Kita :
Untuk memujuknya, biarkan dia seketika untuk dia redakan rasa tidak puas hatinya itu.. Kemudian barulah kita pergi kepadanya dan bertanyalah kepadanya dengan penuh kasih sayang sambil memeluknya, mengapa dia bersikap begitu.
Katakan padanya, kita amat menyayanginya dan berharap dia dapat menunjukkan sikap yang baik setiap masa.
Ramai juga ibubapa yang mengeluh tentang sikap anak mereka yang tidak mahu mengikut atau mendengar apa yang mereka perintahkan..
Setiap kali diminta untuk mengemas mainannya, jangan menyepahkan baran mainan, jangan menonton televisyen terlalu lama, namun ada sahaja alasan yang diberikan oleh anak-anak. Walaupun kita sudah beritahu itu adalah sikap yang tidak baik.
Tindakan Kita :
Biasakan diri kita untuk mendengar alasan anak, kemudian tanyakan kepadanya mengapa dia tidak mahu mengikuti perintah kita.
Jelaskan kepadanya mengapa dia harus mendengar nasihat kita dan bercakaplah dengan nada yang lembut tetapi tegas dengan menjelaskan bahawa kita tidak menyukai sikapnya yang tidak menghormati.
Sekarang ibu-ibu dan ayah-ayah sudah faham kan bagaimana kita mahu menangani masalah anak yang bersifat mengada-ngada ini? Yang penting, kita perlukan banyak kesabaran dalam menghadapi perangai anak-anak ini.
Boleh membantu anak – anak :
Telah mendapat award SUPERBRAND HEALTH PRODUCT, ASIA TOP GOLDEN PRODUCT.
Produk Pertama Di Malaysia berbentuk SACHET untuk umur 3-22 tahun untuk bantu perkembangan Minda dan IQ anak2.
Produk Pertama di Malaysia bukan memfokuskan IQ semata tapi EQ kerana sy percaya jika EQ OK maka IQ juga akan turut ok ( melambak da testimoni)
Tiada gula tambahan ye.
Kandungan bahan dark coklat mmg terbukti dan jika anda search dkt google banyak Universiti Dunia da lakukan kajian pada bahan ni.
Int3tree mengandungi Lutein FloraGlo yang mendapat Trade Mark dari US sebagai bahan terbaik.
Untuk mengetahui keterangan lebih lanjut, anda boleh layari laman sesawang yang tertera di bawah.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang