Insurans
May 2, 2018, 9:38am

11 Tanda Kanser Ovari Terhadap Wanita


  •  
  •  
  •  
  •  

Tahukah anda, di Malaysia, sudah ada kes kanser rahim  dikesan pada usia seawal 26 tahun. Kanser Rahim atau ovari sering dikaitkan dengan wanita yang berusia, namun baru-baruini, kanser ovari telah dikesan pada wanita muda.

Walau bagaimanapun, kanser ovari yang dikesan di peringkat awal dan dirawat peratusan untuk pulih sangat cerah. Dalam hal ini wanita perlu mengetahui tanda-tanda awal kanser yang sering kali dikaitkan sebagai pembunuh senyap wanita.

Ini kerana di peringkat awal, kanser ovari jarang menyebabkan apa-apa gejala kalau ada pun ia sering disalah anggap sebagai masalah biasa walhal sebenarnya cukup berbahaya. Oleh itu, wanita seharusnya peka dengan perubahan yang terjadi di tubuh badan anda dengan mengenal pasti symptom dan tanda awal kanser ovari.

Anda kurang pasti dengan simptom awal kanser ovari? Jom baca artikel di bawah.

  1. HAID TIDAK TERATUR DAN BANYAK

Bagi yang belum menopaus, ambil perhatian sekiranya haid tiba-tiba keluar secara banyak dan berterusan. Perkara ini disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon secara normal kerana aktivitinya yang terganggu.

Aliran haid berat ini juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit lain seperti fibroid atau polyp di uterus. Pendarahan teruk juga boleh berlaku selepas melakukan hubungan intim ataupun sudah menopaus.

  1. PENDARAHAN DI ANTARA KITARAN HAID

Pendarahan yang berlaku di pertengahan kitar haid boleh berlaku selama beberapa hari. Ada juga wanita yang mengalami gejala kesakitan disertai dengan pendarahan tersebut..Jika masalah ini berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi dua hari), wanita tersebut perlu dirujuk kepada doktor.

  1. PERUT TIDAK SELESA

Selain itu, sistem penghadaman juga turut terkesan kerana posisinya yang agak dekat dengan ovary. Perutakan terasa mudah kenyang dan kembung.

Sesetengah wanita mudah terasa loya dan mudah terkena sembelit. Jika perkara ini berlanjutan lebih dari tiga minggu, dapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya.

  1. PENDARAHAN SELEPAS MENOPAUS

Antaranya simptom yang paling jelas, terutamanya selepas menopaus adalah berlakunya pendarahan. Kebiasaannya wanita mengambil mudah apabila selepas menopaus, mereka didatangi haid semula.

Sepatutnya wanita perlu membuat pemeriksaan sekiranya ia berlaku agar doktor dapat mengesahkan sama ada ia penyakitserius. Apabila dibiarkan dan tidak mendapatkan sebarang rawatan, sel kanser boleh merebak ketahap 4.

  1. KERAP MEMBUANG AIR KECIL

Anda mendapati sejak akhir-akhir ini anda terlalu kerap buang air kecil? Bukan sahaja selalu, malah sakit seperti rasa ketat dan pedih. Jangan berasa malu untuk mendapatkan nasihat doktor jika perkara ini berlarutan lebih dua minggu.

Walau bagaimanapun, tanda kanser ovari ini menyerupai juga beberapa penyakit lain yang kurang serius dan boleh dirawat dengan mudah.

  1. SAKIT SEAKAN SENGGUGUT

Selain sakit perut kembung, sakit di sekitar pelvis seakan senggugut  ketika haid juga adalah antara tanda kanser ovari. Sakit ini mungkin sebiasa sakit senggugut atau mungkin lebih teruk sehingga perlu berbaring dan ambil ubat tahan sakit.

Dapatkan nasihat pakar sekiranya sakit pelvis berlarutan walaupun selepas haid atau pada bila-bila masa.

  1. PERUBAHAN BERAT BADAN SECARA DRASTIK

Jika selama ini kita bertubuh agak gempal dan turun berat badan tanpa senaman atau kawalan pemakanan, dapatkan rawatan segera terutamanya bila turun berat badan secara drastik.

Mengubah corak pemakanan kepada yang lebih sihat dan rutin senaman dapat mengurangkan risikokanser

  1. MUDAH LETIH

Walaupun sudah berehat lama, tetap berasa letih. Nafas menjadi singkat dan jantung berdegup lebih laju walaupun tidak melakukan aktiviti berat. Selama ini tidak pernah pula selesu ini.

Seperti yang dijelaskan oleh sumber laman web kesihatan, hal ini disebabkan oleh seldarah merah yang berkurangan berbanding sel darah putih. Kondisi inilah yang dinamakan anemia dan sering berlaku pada pesakit kanser.

  1. PERUBAHAN SELERA MAKAN

Perubahan habit makan yang ketara seperti kurang selera makan atau cepat berasa kenyang juga merupakan salah satu simptom awal kanser ovari.

Sekiranya terjadi untuk satu tempoh yang panjang (3 minggu), dapatkan nasihat dari doktor anda.

  1. LENDIRAN DAN KEPUTIHAN BERLEBIHAN

Mengalami lendir yang keluar daripada faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan merupakan suatu yang lazim buat wanita. Walau bagaimanapun, jika ia keluar secara tidak terkawal, ia mungkin menjadi simptom awal kepada  keabnormalan yang berlaku pada rahim anda.

  1. PENDARAHAN SELEPAS HUBUNGAN SEKS

Pendarahan dan kesakitan luar biasa selepas melakukan hubungan intim merupakan salah satu tanda awal kanser ovari. Perkara ini sudah semestinya akan menjejaskan hubungan dengan pasangan anda. Sekiranya anda menghadapi simptom sebegini anda harus segera berjumpa dengan doktor.

Sekiranya anda memiliki tanda-tanda awal seperti di atas, anda seharusnya segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dengan segera. Kanser masih boleh dirawat sepenuhnya jika dikesan pada peringkat awal.

KOS RAWATAN KANSER

Kos untuk complete cycle of Chemotherapy Non-Formulary Drug  adalah di antara RM 18,000 – RM 25,000 setiap pesakit. Surgical equipment untuk setiap pesakit adalah antara RM3,000 – RM7,000. 1 tahun stok  Enercal Plus Liquid boleh mencecah RM3,200. Ni belum termasuk kos-kos untuk Radiotherapy treatment, purchase of medication, patient travelling expenses, surgical equipments, non-formulary drugs, prosthesis and liquid nutritional food.

TAKUT KOS RAWATAN KANSER MAHAL? JOM SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.

Setiap orang mempunyai sel kanser di dalam badannya. persoalannya ialah sama ada sel itu akan aktif atau tidak, cepat atau lambat. Terdapat lebih 208 jenis barah. Setiap tahun, 11juta orang disahkan mengidap barah, 6 juta daripadanya meninggal dunia di seluruh dunia. Di Malaysia, 45,000 orang di disahkan menghidap kanser. Barah adalah pembunuh no. 2 selepas sakit jantung.

Insuran kesihatan merupakan satu pilihan bijak. Salah satu insuran kesihatan yang terbaik adalah Pelan AXA 200 Cancer Care. Pelan ini merupakan pelan yang khusus untuk penyakit kanser.

 

5 KELEBIHAN PELAN AXA 200 CANCER CARE

  1. DIJAMIN OLEH AXA AFFIN LIFE

Policy Street adalah syarikat insurans yang dijamin oleh AXA Affin Life dimana pembayaran untuk insurans yang anda pilih adalah dijamin dan mereka juga merupakan syarikat yang sah di sisi undang – undang. Jadi, anda pasti akan diberikan bayaran yang dijanjikan sekiranya anda disahkan menghadapi penyakit kanser.

  1. PENDAPAT DOKTOR PAKAR SECARA PERCUMA

Sekiranya anda bakal menjalani rawatan untuk kanser yang dihidapi, anda akan menerima pendapat kedua daripada doktor atau pun doktor pakar sebelum anda menjalani pembedahan. Ini dapat memberikan anda peluang untuk membuat keputusan yang terbaik sebelum anda bertarung nyawa di bilik pembedahan.

  1. HARGA YANG BERPATUTAN

Produk AXA 200 Cancer Care merupakan produk yang tidak memerlukan komitmen bulanan yang tinggi dari anda. Dengan hanya RM45/ bulan, anda boleh menerima minimum RM 30,000 sekiranya anda didapati menghadapi penyakit kanser. Anda juga bakal menerima RM 6,000 setiap tahun untuk anda menjalani rawatan kanser.

  1. TIDAK MEMERLUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Anda tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mendapatkan perlindungan insurans daripada AXA 200 Cancer Care. Anda hanya perlu mendapatkan bantuan daripada team insurans Policy Street untuk mendapat kan wang yang boleh membantu anda untuk mendapatkan wang rawatan kanser.

  1. PEMERIKSAAN KESIHATAN DI BEACON HOSPITAL

Jika anda tidak mampu menjalani pemeriksaan kesihatan, anda boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Beacon Hospital yang bernilai RM599 sekiranya anda mendaftar untuk AXA 200 Cancer Care. Jadi, anda boleh mendapatkan status tentang penyakit kanser anda dengan cepat dan efektif dan menjimatkan kos.

HILANGKAN KERISAUAN ANDA DENGAN AXA 200 CANCER CARE BY POLICY STREET

Kami tahu masalah kewangan menghantui hidup para pesakit kanser. Jadi dengan adanya insurans dari Policy Street ini, pesakit kanser tidak perlu tertekan dengan bebanan kewangan untuk merawat penyakit ini. Sila layari maklumat di bawah berkaitan dengan AXA 200 Cancer Care By Policy Street.

https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview