Review
Jan 7, 2018, 12:24pm

11 Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Secara Semulajadi


Jerawat merupakan musuh utama kepada semua orang termasuk lelaki dan wanita. Jerawat akan mula timbul sekiranya anda telah mengalami fasa akil baligh ketika anda berada di usia remaja. Anda juga akan mengalami perubahan tubuh badan dan pelbagai lagi perubahan ketika anda berada di dalam fasa ini. Jerawat juga akan meninggalkan parut yang sukar ditanggalkan sekiranya anda memicitnya ketika ia belum masak dan juga mengganggunya ketika ia berada di dalam fasa yang awal. Jerawat yang timbul dari whitehead dan kemerahan juga akan meninggalkan parut meskipun anda tidak mengganggunya.

petua hilangkan parut jerawat

Parut jerawat bukan sahaja akan membuatkan wajah anda kelihatan kusam, malah ia juga boleh menyebabkan anda tidak yakin dengan diri anda sendiri. Parut – parut jerawat selalunya sangat degil dan menyebabkan anda sering bertukar produk sehingga anda berputus asa untuk mencuba produk – produk yang lain. Jenis – jenis parut jerawat seperti parut yang hitam dan berlubang adalah yang paling sukar ditanggalkan. Oleh itu, saya akan berkongsi 11 petua untuk menghilangkan parut jerawat dan memberikan anda kulit wajah yang licin.

11 Petua Hilangkan Parut Jerawat Yang Degil Dengan Menggunakan Bahan Semulajadi

nak hilangkan parut jerawat dengan cepat

Petua Hilangkan Parut Jerawat

1. Menggunakan Aloe Vera Ataupun Lidah Buaya

Aloe Vera ataupun lebih dikenali dengan nama lidah buaya adalah salah satu tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat yang membolehkan anda menggunakannya untuk pelbagai masalah terutamanya di bahagian wajah. Ia mempunyai vitamin – vitamin semulajadi seperti vitamin A dan juga vitamin E yang membolehkan ia merawat wajah anda sekiranya anda mempunyai parut yang degil. Vitamin E juga membantu untuk melindungi wajah anda daripada sinaran UV yang merbahaya dan membolehkan kulit anda menjadi lebih cerah.

nak hilangkan parut jerawat dengan cepat dengan aloe vera

Gunakan dengan mematahkan aloe vera dan letakkan lendirnya yang tidak berwarna (transparent) ke wajah anda. Anda juga boleh mendapatkan gel aloe vera yang berada di farmasi berdekatan anda.

nak hilangkan parut jerawat dengan cepat dengan aloe vera 2

2. Timun Segar Ataupun Jus Timun

nak hilangkan parut jerawat dengan cepat dengan timun batang

Parut jerawat anda juga dapat dipudarkan dengan menggunakan timun. Hal ini kerana timun mempunyai Vitamin A dan juga vitamin C serta magnesium yang mampu memberikan kelebihan untuk kulit anda dan juga memudarkan parut jerawat yang degil. Anda boleh menggunakan timun yang telah dipotong dan letakkan timun tersebut ke bahagian parut anda. Biarkan selama 30 minit dan bilas wajah anda. Timun mempunyai kandungan air yang sangat tinggi dan ia boleh memberikan kesegaran kepada wajah anda serta menyembuhkan dan melembapkan kulit wajah anda.

3. Madu

nak hilangkan parut jerawat dengan cepat dengan madu

Madu adalah pelembap semulajadi yang sentiasa digunakan oleh ramai peminat kecantikan. Khasiat madu telahpun diketahui sejak zaman dahulukala lagi dan ia juga termasuk dalam petua orang tua – tua sekiranya anda mahukan kulit wajah yang cantik dan licin. Madu bukan sahaja boleh memudarkan parut jerawat, tetapi ia juga boleh memberikan kulit wajah yang bersinar. Apa yang anda boleh lakukan ialah anda boleh meletakkan madu di bahagian parut jerawat anda dan gosokkan wajah anda dengan lembut. Biarkan selama beberapa minit ataupun tunggu sehingga madu tersebut kering dan bilas seperti biasa.

4. Lemon

nak hilangkan parut jerawat dengan cepat dengan lemon

Lemon yang mempunyai asid alfa hidroksil yang tinggi membolehkan ia meransang pertumbuhan kulit wajah yang baharu dan setrerusnya mengurangkan parut jerawat. Ia juga mempunyai kadar vitamin C yang tinggi dan membolehkan anda mempunyai kulit yang cerah. Namun begitu, anda perlu berhati – hati ketika menggunakan lemon kerana ia adalah phototoxic dan menyebabkan pigmentasi kepada kulit anda sekiranya anda terdedah dengan cahaya matahari. Ketika waktu malam, campurkan jus lemon dengan sedikit air dan sapukan kepada wajah anda dan bilas selepas 30 minit.

5. Olive Oil @ Minyak Zaitun

nak hilangkan parut jerawat dengan cepat dengan minyak zaitun

Minyak zaitun telahpun diketahui umum tentang khasiatnya jika anda menggunakan ia untuk memasak. Minyak zaitun juga boleh memberikan kesan awet muda dan juga wajah yang bersinar ketika anda menggunakannya. Sapukan minyak zaitun ke wajah anda oleskan lebih minyak terutamanya kepada bahagian yang berparut. Penggunaan minyak zaitun yang konsisten bukan sahaja membolehkan parut jerawat anda pudar, malah wajah anda juga akan kelihatan lebih berseri.

6. Asam Jawa

hilangkan parut jerawat super cepat

Asam jawa juga adalah salah satu bahan yang digunakan di dalam masakan dan boleh memberikan khasiat yang baik kepada wajah anda dan membantu memudarkan parut jerawat. Anda boleh melakukannya dengan mengambil sedikit asam jawa dan bancuhkan dengan air masak. Pastikan ia tidak terlalu cair dan mempunyai konsistensi seperti pes. Sapukan pes tersebut ke bahagian yang berparut dan biarkan selama 30 minit. Bilas seperti biasa dan bersihkan wajah anda dengan pencuci muka.

7. Ubi Kentang

hilangkan parut jerawat dengan ubi kentang

Ubi kentang juga mempunyai pelbagai vitamin dan mineral yang tidak ramai tahu akan khasiatnya. Kanji yang boleh ditemui di dalam ubi kentang berupaya membantu menghaluskan kulit wajah anda. Caranya ialah dengan menghiris ubi kentang tersebut dan tempekkan kepada kulit muka. Gunakan hirisan yang lebih tebal untuk bahagian yang berparut dan biarkan sekurang – kurangnya 15 minit untuk membolehkan kulit anda menyerap khasiat ubi kentang dan bilas wajah anda.

8. Bedak Sejuk & Kulit Kayu Manis

hilangkan parut jerawat dengan kayu manis

Bedak sejuk adalah benda yang digunakan oleh orang zaman dahulukala untuk mendapatkan kulit wajah yang licin dan berseri. Anda juga boleh menggunakan bedak sejuk untuk menghilangkan parut jerawat dan dapatkan kulit wajah yang cantik dan bersinar. Jika anda mempunyai parut yang degil, anda boleh campurkan kulit kayu manis dan bedak sejuk. Caranya ialah tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur dan berserbuk dan campurkan bersama bedak sejuk. Jadikan ia pes dan sapukan ke wajah anda dan biarkan semalaman.

9. Air Tebu

hilangkan parut jerawat dengan air tebu

Air tebu mempunyai asid glycolic yang juga mempunyai perkara yang sama seperti buah lemon. Ia boleh menghilangkan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel yang baru. Ini membolehkan parut jerawat anda pudar dengan lebih cepat. Caranya ialah dengan mencampurkan dua bahagian air tebu ke satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dan letakkan moisturizer ke wajah anda.

10. Tomato

hilangkan parut jerawat dengan tomato

Buah tomato mempunyai pelbagai kelebihan untuk mengembalikan kecantikan wajah anda terutamanya untuk mencerahkan kulit anda dan mendapatkan wajah yang berseri dan licin. Ia mempunyai kadar vitamin A yang tinggi di mana ia boleh merawat wajah anda dan menggalakkan pertumbuhan sel yang baru. Anda boleh potong buah tomato kepada dua bahagian dan bekukan ia. Sapu tomato yang beku ke wajah anda dan guna sehingga ia lumat. Bilas wajah anda dengan bersih.

11. Daun Sirih Muda

hilangkan parut jerawat dengan sireh

Jika anda mahu menghilangkan parut jerawat di wajah anda dengan lebih cara yang lebih murah, anda boleh meletakkan daun sirih muda di wajah anda kerana ia dapat membantu menghilangkan parut jerawat dan juga mengembalikan seri wajah anda. Caranya ialah dengan menumbuk sepuluh helai daun sirih muda dan tempelkan pada muka. Lebihkan menempel dibahagian yang berparut dan biarkan sehingga kering. Cuci wajah anda dan letakkan moisturizer dan amalkan sebanyak tiga kali seminggu.

Pudarkan Parut Jerawat Degil dengan Q – Tomato Collagen

hilangkan parut jerawat dengan q-tomato collagen

Q – Tomato Collagen merupakan supplemen kulit 5 dalam 1 yang diperkaya dengan ramuan utama iaitu ekstrak tomato. Buah tomato mempunyai kandungan vitamin A, vitamin C dan vitamin K yang sangat tinggi dan boleh memberikan khasiat kepada wajah anda. Ia boleh meransang pertumbuhan sel baharu dan boleh mengurangkan jerawat beserta parut jerawat, mengurangkan minyak serta mengimbangi minyak dan air yang ada pada kulit anda dan memberikan kelembapan secara semulajadi.

hilangkan parut jerawat dengan q-tomato collagen 2

Selain dari itu, Q – Tomato Collagen juga mempunyai ekstrak epal hijau dan lemon. Ekstrak epal hijau membantu meningkatkan oksigen di dalam darah dan melindungi kulit daripada pendetoksan dalaman badan. Manakala, ekstrak lemon yang mempunyai Vitamin C dan asam sitrat menjadikan kulit lebih berseri dan bebas parut serta jeragat. Kesemua bahan yang digunakan oleh Q- Tomato Collagen adalah berasal dari bahan semulajadi dan ia boleh memberikan and kulit wajah yang licin dan sempurna.

Kelebihan Menggunakan Q – Tomato Collagen Untuk Hilangkan Parut Jerawat

#1. Senang Untuk Digunakan

hilangkan parut jerawat dengan q-tomato collagen 3

Q – Tomato Collagen merupakan tablet kunyah campuran di mana anda tidak perlu membancuh ataupun menelan tablet ini. Anda hanya perlu mengunyah tablet tersebut dan minum air secara mencukupi dengan tubuh badan anda. Tablet ini akan diresap ke dalam badan anda dan ia akan memberikan khasiat kepada kulit wajah anda.

#2. Memudarkan Parut Jerawat

hilangkan parut jerawat dengan q-tomato collagen 4

Bahan utama yang digunakan oleh Q – Tomato Collagen adalah ekstrak tomato, epal hijau dan juga lemon. Bahan – bahan ini merupakan bahan yang boleh meransang pertumbuhan sel kulit baharu dan menanggalkan sel kulit mati sekaligus menjadikan ia efektif untuk memudarkan parut jerawat yang degil terutamanya yang berlubang dan juga hitam.

#3. Mencerahkan Kulit Dan Menambahkan Seri Wajah

hilangkan parut jerawat dengan q-tomato collagen 5

Khasiat ekstrak tomato dan juga lemon mempunyai vitamin C di mana ia merupakan vitamin yang penting dalam membantu mencerahkan kulit. Kulit wajah dan tubuh badan juga akan menjadi cerah dan sekata. Anda tidak perlu risau lagi akan kulit wajah dan tubuh badan yang tidak sekata kerana Q – Tomato Collagen mampu membantu untuk memberikan kecerahan yang sempurna. Supplemen ini juga boleh melembapkan kulit anda dan anda akan kelihatan berseri dengan Q – Tomato Collagen.

#4. Mengecutkan Jerawat

hilangkan parut jerawat dengan q-tomato collagen 6

Jika anda merupakan seseorang yang mudah tumbuh jerawat dan sukar untuk menghilangkan jerawat tersebut di atas wajah anda, anda boleh menggunakan Q – Tomato Collagen sebagai supplemen pilihan anda dan ia boleh membantu mengecutkan jerawat – jerawat yang tumbuh di bahagian wajah dan kulit anda akan tampil licin dan berseri.

Apa Kata Pengguna Q – Tomato Collagen Untuk Hilangkan Parut Jerawat

Anda boleh melihat testimoni –testimoni yang diberikan oleh pengguna Q – Tomato Collagen di bawah dan anda pasti akan tertarik untuk membeli Q – Tomato Collagen untuk diri anda sendiri;

hilangkan parut jerawat dengan q-tomato testimoni 1

Produk yang bagus mesti ada yang mahu promote, Q – Tomato Collagen memang terbukti berkesan

hilangkan parut jerawat dengan q-tomato testimoni 2

Jerawat semakin kecut dengan Q – Tomato Collagen

hilangkan parut jerawat dengan q-tomato testimoni 3

Yang paling best haruslah keberkesanan Q – Tomato Collagen dalam menghilangkan parut.

Miliki Wajah Yang Licin dan Berseri dan Hilangkan Parut Jerawat Sekarang

hilangkan parut jerawat dengan q-tomato tempah

Amalkan tablet kunyah Q – Tomato Collagen sekarang dan alami perubahan untuk kulit wajah yang licin dan berseri. Anda boleh mendapatkan Q –Tomato Collagen dengan menghubungi media sosial berikut.

 

Miliki Wajah Yang Licin dan Berseri dan Hilangkan Parut Jerawat SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Qaseh Zahraa Enterprise 68100 Batu Caves, Selangor No. 74, Jalan 3, Centre Point Batu Caves,

   
Miliki Wajah Yang Licin dan Berseri dan Hilangkan Parut Jerawat SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Miliki Wajah Yang Licin dan Berseri dan Hilangkan Parut Jerawat SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: