Insurans
May 2, 2018, 9:39am

11 Kepentingan Memiliki Insurans Hayat Untuk Diri Sendiri Dan Keluarga


  •  
  •  
  •  
  •  

Sebagai permulaan, polisi insurans hayat adalah satu kontrak antara syarikat insurans dan pemegang polisi iaitu anda, di mana pembayar akan membuat bayaran secara ansuran sama ada bayaran bulanan, setiap tiga bulan, dua kali setahun ataupun sekali setahun, dan ana akan mendapat pembayaran balik dalam bentuj sekaligus ataupun dalam bentuk manfaat selepas kematian kepada benefisiarinya selepas kematian pemegang polisi.

Insurans merupakan jaminan dengan membayar sejumlah wang kepada pemegang polisi atau penama sekiranya berlaku sesuatu musibah kepada pemegang polisi. Sebagai contoh, kematian. Perlindungan ini juga boleh ditawarkan dalam bentuk pelan takaful keluarga. Ia adalah sebuah pelan perlindungan untuk anda dan keluarga yang berlandaskan prinsip Syariah. Namun, apa itu insurans hayat?

Insurans hayat adalah insurans yang mampu membantu keluarga anda dari segi kewangan sekiranya anda dalam kesusahan. Selain itu, ahli keluarga anda ataupun waris anda layak menerima sejumlah wang daripada polisi anda jika anda meninggal dunia. Tambahan pula, anda juga layak menerima pampasan sekiranya anda mengalami kemalangan yang menyebabkan kecacatan kekal terhadap anda.

Mungkin ramai yang pernah mendengar kes di mana anak-anak kecik terpaksa berkerja demi menyara keluarganya akibat kematian ibu bapa. Situasi ini mungkin berlaku kerana tiada persediaan kewangan pada masa hadapan.

Namun, masih ada segelintir individu yang tidak memahami kebaikan yang anda dapat sekiranya anda memiliki insurans hayat ini. Jadi, terdapat 11 kepentingan memiliki insurans hayat untuk diri sendiri dan keluarga yang anda perlu tahu supaya anda mempunyai kesedaran bahawa ia akan membawa manfaat pada masa hadapan kelak.

   
  1. UNTUK MELINDUNGI PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN KELUARGA

Bagi kebanyakan keluarga, pendapatan sesebuah keluarga itu bergantung kepada si suami atau suami isteri yang bekerja. Pemberi nafkah merupakan sumber utama sesebuah keluarga dalam menjalani hidup mereka. Insurans hayat menawarkan jaminan yang cukup untuk pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan. Di samping itu, selalunya perbelanjaan dan pendapatan sesebuah keluarga tidak konsisten maka amat penting untuk anda merancang masa hadapan dan melanggan perlindungan insurans hayat buat diri anda dan keluarga yang tercinta. Tidak dinafikan perbelanjaan keluarga kadang-kadang mencecah ribuan ringgit kerana kemerosotan ekonomi negara. Namun, hal ini tidak patut dijadikan alasan untuk anda tidak merancang pelan kewangan anda dari sekarang. Jadi, untuk melindungi pendapatan dan perbelanjaan keluarga, insurans hayat adalah suatu jaminan yang harus anda miliki sebelum menginjak ke usia yang tua demi ahli keluarga.

  1. PERLINDUNGAN KEWANGAN SEKIRANYA DITIMPA MUSIBAH

Terdapat banyak definisi musibah yang boleh dibincangkan dalam hal ini. Namun, terdapat beberapa kes spesifik yang melibatkan kewangandan dari aspek perlindungan. Sebagai contoh, sekiranya pencari nafkah tidak mampu untuk memberi pendapatan kepada keluarganya lagi, jangan risau pihak insurans hayat akan memastikan keperluan keluarga tidak terjejas Tambahan pula, mendapatkan insurans hayat dengan premium yang berpatutan bermaksud anda seorang yang bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli keluarga. Sebagai contoh, kehilangan individu yang menjadi pencari rezeki utama dalam keluarga kita, jadi dimanakah harus kita mencari jalan penyelesaiannya? Oleh itu, dengan memiliki insurans hayat bermaksud anda individu yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan keluarga anda.

  1. SEBAGAI TABUNG PERSARAAN (SIMPANAN)

Seseorang individu itu selalunya tidak mampu untuk konsisten dalam penyimpanan wang mereka kerana terdapat banyak keperluan yang harus dibeli demi keluarga sendiri. Oleh itu, insurans hayat ini mampu menjadi sumber tabung persaraan pada hari tua nanti. Tambahan pula, terdapat pelbagai pelan insurans di pasaran yang menawarkan ciri-ciri simpanan yang sesuai dengan kehendak tuan badan. Ini supaya anda dapat menuntut simpanan anda sebaik sahaja polisi anda matang kelak. Anda harus bijak membuat keputusan dan mendengar penerangan tentang pulangan wang yang anda laburkan dariapada agen atau perunding syarikat insurans itusama ada pulangan itu dijamin atau tidak. Terdapat insurans yang menawarkan perlindungan dan simpanan pada masa yang sama. Jadilah pengguna yang bijak.

   
  1. SEBAGAI PELAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK KELAK

Pendidikan anak-anak tidak seharusnya diabaikan kerana mereka merupakan aset negara iaitu pemangkin masa hadapan Malaysia. Jika anda mempunyai anak, pastikan anda merancang pelan kehidupan anda dengan baik iaitu memiliki insurans hayat demi mereka. Terdapat banyak kes di mana anak-anak tidak dapat sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi kerana kekangan kewangan yang tidak dapat dielakkan.Oleh, itu dengan memiliki inusrans hayat adalah tindaka yang sangat bijak. Insurans hayat boleh dijadikan sebagai alternatif untuk tabung simpanan pendidikan mereka, terutamanya untuk pengajian tinggi. Seperti yang kita semua sedia maklum, kos pengajian terutamanya pada peringkat kolej matrikulasi dan universiti agak tinggi. Maka, dengan adanya insurans hayat yang menawarkan ciri simpanan yangakan berkembang seiring waktu, jadi sebaik sahaja anak anda meningkat dewasa, dana yang diperoleh akan bertambah. Bagi sesiapa yang masih ada keraguan bagaimana insurans hayat boleh dijadikan pelan pendidikan anak-anak, pihak perunding syarikat sentisaa ada untuk memberi panduan kepada anda.

  1. MELINDUNGI ASET SIMPANAN PADA MASA HADAPAN

Sekiranya anda memiliki insurans hayat untuk diri sendiri dan keluarga, anda tidak perlu lagi menggunakan atau menjual atau menggadaikan aset atau simpanan anda untuk melangsaikan sesuatu pembayaran. Tambahan pula, mereka yang mempunyai insurans hayat akan mempunyai dana tambahan selepas membayar kos pembayaran dengan tuntutan insurans. Perancangan yang teliti harus dilakukan oleh setiap individu supaya aset sentiasa terjaga dan dijamin selamat dengan memiliki insurans hayat. Ianya amat penting bagi seseorang individu sentiasa menyimpan asetnya demi kegunaan masa hadapan kelak. Jadi, akan menjadi suatu kerugian yang besar sekiranya aset dijual kerana tidak mampu untuk menanggung kos kehidupan seharian. Oleh itu, dengan memiliki insurans hayat ini akan membantu anda untuk mengelakkan daripada situasi yang tidak diingini seperti menjual atau menggadai barang seperti emas dan sebagainya.

   
  1. UNTUK MENANGGUNG KOS PENGEBUMIAN

Kos pengebumian bukanlah serendah yang disangkakan. Proses pengebumian mampu menelan sejumlah wang yang agak lumayan. Oleh itu, amat penting bagi anda bersedia dan mempunyai insurans hayat supaya ahli keluarga anda boleh menggunakan wang tersebut untuk menanggung kos pengebumian, tanpa perlu menggunakan wang simpanan ataupun membuat pinjaman. Proses pengebumian boleh menjadi agak rumit untuk dilakukan apatah lagi membayar kos nya. Jadi, dengan memiliki insurans hayat, syarikat yang bertanggungjawab akan membantu sehabis baik untuk meringan bebanan ahli keluarga anda yang lain.

  1. ALTERNATIF UNTUK MEMBAYAR HUTANG

Hutang boleh menjadi bebanan yang boleh memberi kesan kepada ahli keluarga kita. Oleh itu, anda harus sentiasa memikir akan hal masa hadapan. Tanggungan hutang seperti hutang kereta, rumah, pendidikan, pinjaman peribadi dan sebagainya mungkin akan dipindahkan kepada ahli keluarga anda sekiranya anda meninggal dunia. Insurans hayat boleh dijadikan jaminan untuk digunakan untuk melangsaikan hutang tersebut dan mengelakkan ahli keluarga anda dalam bebanan hutang anda dan kesusahan untuk membayarnya. Selain itu, pembayaran hutang juga boleh dilakukan secara berkala sekiranya anda mempunyai kesusahan untuk membayar hutang tersebut. Memiliki insurans hayat akan membantu anda dalam menyelesaikan hutang dengan lancar.

   
  1. MENGURANGKAN KADAR CUKAI

Cukai merupakan biaya yang dibayar oleh individu atau syarikat kepada pemerintah. Terdapat pelbagai jenis cukai yang harus dibayar oleh rakyat Malaysia. Antaranya ialah cukai pintu, cukai pendapatan, cukai tanah dan cukai jualan. Semua hal ini dapat difahami kerana terlalu banyak cukai yang harus dibayar oleh seseorang individu sehingga tidak mampu. Disinilah berfungsinya kepentingan memiliki insurans hayat iaitu mengurangkan kadar cukai. Bagaimana? Jika anda telah mula memfailkan cukai pendapatan, anda patut tahu insurans yang anda beli melayakkan anda untuk mendapat pengurangan cukai sehingga RM6, 000 setiap tahun. Ditambah dengan insentif pengurangan cukai yang lain, and boleh jimat hampir ribuan ringgit di masa hadapan. Jadilah pengguna yang bijak dan miliki insurans hayat untuk membantudiri anda supaya dipermudahkan urusan dalam mengendalikan cukai-cukai yang ada.

 
  1. DEMI KETENANGAN DIRI

Ketenangan diri disini bermaksud anda tidak perlu risau atau gentar lagi mengenai tanggungjawab anda terhadap ahli keluarga anda pada masa hadapan. Ini adalah kerana perlindungan insurans hayat akan cuba sedaya upaya untuk mempersediakan anda dan keluarga terhadap sebarang kemungkinan kelak. Walaupun jumlah wang yang dilaburkan mungkin sedikit namun ia mampu untuk membantu keluarga anda. Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak jenis pelan insurans hayat yang boleh anda dapati dan anda boleh membuat pilihan untuk memilih mana-mana pelan insurans yang bersesuaian dengan kondisi kewangan anda. Anda harus mengambil kira pelbagai perkara daripada aspek kewangan dan kebajikan keluarga. Sebagai contoh, adakah anda yakin bahawa ahli keluarga anda mampu membayar rutin atau perbelanjaan harian seperti sewa, pinjaman perumahan, makanan dan sebagainya? Bagaimana pula dengan matlamat kewangan anda dalam jangka masa yang panjang? Melalui insurans hayat, segala persoalan dan kemusykilan itu akan ditanggung beres.

  1. SEBAGAI PELAN PERUBATAN DAN KESIHATAN KELAK

Kesihatan dan perubatan merupakan salah satu faktor yang sangat dititikberatkan oleh individu yang menginginkan jaminan buat masa hadapan. Kos perubatan pada zaman sekarang pun semakin meningkat dek pembangunan negara yang kian mewah. Jadi, anda harus menjadi pengguna yang bijak dan memiliki insurans hayat bagi meringankan beban anda dalam menanggung kos perubatan yang mahal. Di samping itu, dengan memiliki insurans hayat, keluarga anda tidak perlu lagi risau mengenai penjanaan kesihatan yang boleh menelan kos hampir beribu.

  1. MELINDUNGI PERNIAGAAN KELUARGA

Perniagaan keluarga boleh menjadi isu yang sangat sensitif kerana ia melibatkan harta pusaka. Namun, apa lagi cara yang terbaik untuk melindungi perniagaan keluarga kalau bukan dengan memiliki insurans hayat. Sebagai contoh, sekiranya anda merupakan ahli perniagaan dan anda mengalami musibah ataupun meninggal dunia, perniagaan anda akan dilindungi dengan polisi-polisi yang telah dipersetujui oleh anda sendiri supaya aset dan kewangan anda terpelihara.

SOLUSI BUAT ANDA!

AXA eMedic Online Medical Card akan membantu anda untuk menyelesaikan bebanan anda. Memperkenalkan AXA eMedic, insurans perubatan dalam talian secara kendiri yang pertama di Malaysia yang dibuat khas untuk milenium, dari hanya RM32 sebulan! Hanya tunjukkan kad e-perubatan anda untuk kemasukan hospital tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan kecederaan.

Antara kelebihan AXA eMedic Online Card adalah, ia menanggung:

  • Untuk caj kemudahan bilik rawatan
  • Kos hospital dan pembedahan
  • Rawatan pesakit luar

Sila layari laman sesawang https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview untuk maklumat lebih lanjut.