Review
Mar 14, 2018, 4:33pm

10 Tips Penjagaan Kereta, Jimat Minyak dan Tambah Pickup


Eh kereta u ni kereta lama kan? Masih cantik dan gagah ye? Pandai u jaga”. Ya, ini antara ayat yang selalu kita dengar bila kita menggunakan kereta lama tetapi masih cantik dan elok serta prestasinya masih gagah dijalan raya.. Bagaimana dengan kita sendiri pula? Tahukah menjaga kereta? Atau hanya tahu bawa sahaja. Hehe.

Tips Penjagaan Kereta, Jimat Minyak dan Tambah Pickup

Sepertimana yang kita sedia maklum, pada hari ini boleh dikatakan kebanyakan daripada kita mempunyai kereta sendiri.. Pendek kata, kereta merupakan sesuatu yang wajib ada dalam kehidupan kita dan bagi sesetengah orang menganggap kereta sebagai satu aset penting untuk keperluan seharian. Tidak kiralah sama ada kereta tersebut kereta lama mahupun kereta baru. Boleh dikatakan kereta adalah pelengkap bagi kehidupan kita pada hari ini.

Ramai yang mempunyai kereta sendiri tetapi tidak ramai yang tahu tentang penjagaan kereta yang betul.. Betul tak? Tahukah anda bahawa penjagaan kereta amat penting bagi memastikan kereta sentiasa berada dalam keadaan baik disamping mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari berlaku.. Jadi, kita harus mengambil tahu tentang penjagaan kereta yang betul bukan hanya sekadar tahu mengisi minyak dan mencuci kereta sahaja.

Tips Penjagaan Kereta, Jimat Minyak dan Tambah Pickup

Sekiranya penjagaan dan penyelenggaraan kereta dilakukan dengan tidak betul, ini boleh mengakibatkan kerosakan pada kereta yang mungkin akan memerlukan anda mengeluarkan kos baikpulih yang tinggi. Jadi, kali ini saya ingin kongsikan 10 tips penjagaan kereta yang terpenting untuk anda bagi memastikan jangka hayat kereta anda lebih lama..

Tips Penjagaan Kereta, Jimat Minyak dan Tambah Pickup

1. Tayar

tips penjagaan tayar kereta

Tayar merupakan salah satu yang terpenting yang ada pada kereta.. Masakan kereta boleh bergerak sekiranya tiada tayar. Betul tak? Haha.. Ok, perkara pertama yang perlu anda titik beratkan tentang tayar adalah anda perlu pastikan tekanan udara pada tayar anda mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kilang. Tekanan udara yang tidak tepat boleh menyebabkan tayar anda mudah retak dan pecah.  

Selain itu, permukaan tayar anda akan haus lebih cepat. Anda boleh mengukur tahap kehausan tayar anda dengan melihat tanda di bahagian tengah bunga tayar tersebut. Pastikan bunga pada tayar tidak kurang dari tanda sukat yang telah ditetapkan pada tayar. Jika lebih daripada tanda tersebut bermakna tayar tersebut tidak lagi selamat untuk digunakan. Anda perlu menukar tayar tersebut dengan segera. Anda perlu memeriksa tayar anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.

2. Minyak Enjin 

tips penjagaan minyak enjin kereta

Minyak enjin juga perlu dijaga bagi memastikan pemanduan kereta anda senyap dan perjalanan jauh lebih lancar. Minyak enjin perlu ditukar mengikut tempoh masa penggunaan atau jumlah jarak perjalanan. Minyak enjin jenis semi-sintetik boleh digunakan sehingga 5,000 km atau 3 bulan manakala minyak sintetik penuh boleh digunakan sehingga 10,000 km atau 6 bulan.

Jangan biarkan minyak tersebut di dalam enjin kereta melebihi had yang ditetapkan kerana ini boleh meninggalkan keladak yang akan melekat dan menebal pada bahagian dalam enjin. Ini boleh menyebabkan pelbagai masalah lain dan kerosakan kritikal pada enjin. Anda juga boleh mengetahui sukatan atau kelikatan minyak enjin melalui penyukat minyak enjin atau lebih dikenali sebagai “dipstick”. Anda juga disyorkan untuk menukar penapis minyak (oil filter) setiap kali anda menukar minyak enjin.

3. Palam Pencucuh (Spark Plug)

tips penjagaan palam pencucuh

Palam Pencucuh perlu ditukar selepas 20,000 km perjalanan. Sungguhpun begitu, anda masih boleh menggunakannya sehingga 30,000 hingga 40,000 km tidak menjadi masalah. Tetapi jika melebihi 40,000 km, elektrod di dalam palam pencucuh akan menipis, menyebabkan cucuhan api di dalam silinder enjin tidak lengkap atau lemah. Enjin kereta akan terasa seperti “semput”, kerana kehilangan kuasa daripada salah satu silinder.

4. Bateri

tips penjagaan bateri kereta

Terdapat dua jenis bateri iaitu sel kering dan sel basah. Anda boleh mengenalpasti jenis bateri kereta anda dengan melihat pada permukaannya. Jika sel basah, bateri tersebut akan mempunyai penutup di tempat untuk mengisi air bateri, manakala sel kering pula adalah sebaliknya.

Bagi sel basah anda perlu sering membuat pengisian semula air bateri dalam tempoh 2 tahun. Jika bateri sel basah menjadi kering, bateri tersebut akan kehilangan cas selepas hanya 6 bulan. Jangka hayat bateri kereta kebiasaannya 18 bulan hingga 2 tahun namun ada juga bateri yang mampu bertahan lebih lama sehingga 4 tahun tetapi harganya agak tinggi berbanding bateri lain. Jika kereta anda sukar untuk dihidupkan, ini mungkin berpunca daripada bateri kereta anda telah rosak dan kehilangan cas.

5. Penapis Udara

tips penjagaan penapis kereta

Penapis udara kereta perlu ditukar setiap 20,000km bagi melancar penapisan penyedutan udara luar masuk ke injection. Tetapi anda juga boleh mendapatkan penapis udara yang tidak perlu diservis, sebagai contoh penapis udara berjenama K&N.

6. Cecair Transmisi Automatik (ATF)

tips penjagaan minyak cecair ATF

Cecair ini hanya digunakan pada kereta bertransmisi automatik. Kebiasannya, panduan kereta anda akan mencadangkan cecair ini ditukar selepas 20,000km, namun boleh ditukar selepas 30,000km jika ingin berjimat. Sekiranya penukaran ini diabaikan sehingga melebihi 30,000km, kerosakan kritikal boleh berlaku pada kotak gear, menyebabkan perbelanjaan besar.

7. Minyak Gear

tips penjagaan minyak gear kereta

Bagi mereka yang menggunakan transmisi manual, anda tidak memerlukan ATF tetapi sebaliknya hanya memerlukan minyak gear. Minyak ini boleh ditukar setiap 60,000km perjalanan.

8. Penyejuk Radiator

tips penjagaan radiator penyejuk kereta

Penyejuk Radiator anda boleh dapatkan dengan harga hanya RM8 – RM15 sahaja untuk sebotol. Selalunya penyejuk radiator ini berwarna hijau. Ianya boleh ditukar setiap 60,000km sekali. Penggunaan coolant berbanding air biasa akan menjadikan enjin lebih lambat panas dan juga tak mudah mendidih. Jika boleh, anda juga boleh mengosongkan tangki radiator semasa menukar coolant (Radiator flush).

9. Timing Belt

tips penjagaan timing belt kereta

Terdapat beberapa jenis timing belt di dalam kereta anda yang perlu anda beri perhatian. Anda perlu memastikan timing belt kereta anda tidak haus dan longgar. Jika timing belt longgar ia akan mengakibatkan bunyi nyaring pada bahagian enjin. Servis timing belt anda jika keadaan ini berlaku.

10. Brek

tips penjagaan brek kereta

Anda perlu memeriksa brake disc serta lapisan brake disc setiap 15000 km. Anda perlu memeriksa lebih kerap jika brek anda tiba-tiba mula memekik atau mengeluarkan bunyi atau tarik ke satu sisi.

Jika lapisan pad kelihatan menipis hingga hampir pada backing plate, pad perlu diganti.Kadar kehausan ketebalan pelapik brake pad yang dibenarkan adalah tidak kurang 2 milimeter (mm). Sekiranya ketebalan pelapik brek kurang 2 mm, hujung klip akan bergesel menyentuh brake disc dan bunyi akan kedengaran menandakan paras minimum penggunaan brake pad dan ia harus ditukar dengan segera.

Jika tidak, pelbagai masalah akan timbul apa yang kita panggil secondary defect. Antaranya brake disc akan mengalami kesan calar yang sangat banyak, brake disc akan hangit (terbakar) meninggalkan kesan hitam kebiruan dan ini akan menyebabkan less effectiveness of braking system.

Dr.Omboh Bantu Kereta Jimat Minyak Dan Tambah Pickup Meluncur Di Jalan Raya

Jika kereta anda semput, makan petrol dan kurang pickup apa yang harus anda lakukan? Ya, ini adalah 3 masalah utama yang menghantui pemandu kereta pada hari ini.. Kos pembaikan di bengkel pula boleh menjangkau ribuan ringgit. Jangan bimbang, Dr.Omboh boleh membantu anda.. Kereta jimat minyak dan tambah pickup meluncur di jalan raya..

Tahukah anda?

injector yang kotor akan mengurangkan efficiency kereta

Fuel Injector adalah satu komponen dalam sistem bahan api yang amat penting. Fungsinya adalah untuk menyemburkan bahan api kedalam silinder untuk dinyalakan oleh Spark Plug. Jika semburan ini halus, pembakaran yang terhasil adalah sempurna dan ini akan memberikan kuasa sepenuhnya.

Injector yang kotor dan tersumbat akan menyemburkan bahan api secara kasar. Ini akan menyebabkan pembakaran tidak sempurna dan akan meyebabkan masalah semput, underpower dan kehilangan pickup. Penggunaan Bahan api juga akan meningkat dan pembentukan keladak karbon akan berlaku.

Dr.Omboh adalah jalan penyelesaiannya.. Produk ini diformulasikan untuk membersihkan injector yang tersumbat dan kotor dan ia terbukti berkesan.

Dr Omboh membantu kereta jimat minyak

Apa Itu Dr.Omboh?

Dr.Omboh diformulasi daripada Polyetheramine dan telah terbukti secara saintifik untuk membersihkan injector. Ia selamat digunakan oleh semua jenis kenderaan termasuk kenderaan diesel dan juga enjin rotary. Ia digunakan untuk meningkatkan lagi prestasi bahan api. Ia juga digunakan untuk membersihkan Karburetor/Injector dari dalam tanpa perlu ke bengkel. Dr.Omboh juga melincirkan bahagian atas silinder. Bahan ini diimport dari USA dan dibotolkan semula di Malaysia serta diberi jenama localized.

dr omboh atasi masalah pick dan makan minyak

Kelebihan Dr.Omboh

1. Peningkatan Kuasa Enjin

Dr. Omboh akan membersihkan injector dan menegembalikan kuasa enjin anda. Anda akan merasakan ledakan kuasa sepertimana dahulu ketika kereta anda masih baharu.

2. Pemanduan Lebih lancar

Tidak ada lagi enjin mati tiba-tiba dan kereta semput. Injector yang bersih akan memastikan bahan api disembur sempurna dan enjin anda akan terasa lebih lancar.

3. Lebih Penjimatan

Pembakaran bahan api yang lebih efisyen  memberikan anda lebih penjimatan dan juga Fuel Economy. Anda tidak perlu risau lagi kenaikan harga petrol setiap minggu.

kebaikan dr omboh untuk kereta jimat minyak

Kebaikan Dr.Omboh

Pengguna yang telah menggunakan Dr.Omboh menyatakan perubahan seperti berikut :-

  • Pikap bertambah baik  
  • Enjin Lebih Lancar dan Smooth
  • Enjin tak semput dan bergegar  
  • Lebih mudah untuk Start time pagi  
  • Fuel Economy meningkat – sehingga 30%
  • Lebih cepat memotong
  • Kelajuan Maksima bertambah  
  • Kelajuan Maksima dicapai walaupun dengan buka Aircond
  • Pergerakan kereta lebih lancar.

Bagaimana Dr.Omboh Berfungsi?

bagaimana Dr. Omboh berfungsi mencuci injector

Ia perlu dicampurkan dalam petrol/diesel dengan nisbah 50ml:40L. Campuran ini akan melalui fuel line dan injector. Ia akan membersihkan partikel keladak pada kepala injector. Partikel ini akan bercampur dengan petrol dan terbakar sekali dan keluar bersama asap. Partikel yang besar akan melekat di dinding silinder dan keluar bersama-sama minyak enjin.

Adakah Dr.Omboh Memberikan Kesan Sampingan Kepada Kereta?

Dr. Omboh cecair bantu kereta jimat minyak

Bahan ini telah digunakan selama 20 tahun dan ianya terbukti tiada kesan sampingan pada kereta. Akan tetapi perlu diingatkan ia akan membersihkan karbon pada sensor, manifold dan komponen lain. Jika karbon terlalu banyak, ia tidak akan berupaya untuk mengeluarkan semua karbon.

1 dalam 500 kereta pelanggan yang mempunyai karbon terlalu banyak akan mengalami masalah semput. Anda perlu menghabiskan ketiga-tiga botol Dr.Omboh dan jika kereta anda masih semput, bawa kereta anda ke bengkel untuk dapatkan servis throttle body, sensor dan manifold kerana terlalu banyak karbon.

Dr.Omboh boleh digunakan selepas servis tersebut dilakukan. Dr.Omboh hanya mencuci, ia tidak akan dapat membaiki injector yang telah rosak. Jika tiada perubahan selepas menggunakan Dr.Omboh, kemungkinan injector rosak dan perlu diganti.

Cara Penggunaan Dr.Omboh

Cara penggunaannya sangatlah mudah.. Anda boleh merujuk gambar dibawah untuk cara penggunaan Dr.Omboh ini..

cara penggunaan Dr. Omboh

Testimoni Pengguna Dr.Omboh

testimoni pengguna Dr. Omboh testimoni pengguna Dr. Omboh testimoni pengguna Dr. Omboh

Dapatkan Dr.Omboh Sekarang Untuk Jimat Minyak Dan Tambah Pickup Kereta Anda

Dengan Dr.Omboh anda dapat jimat minyak dan menambah pickup kereta anda pada kelajuan yang maksima.. Perjalanan jauh juga dijamin lebih lancar.. Jadi, apa tunggu lagi jom dapatkan Dr.Omboh sekarang untuk berikan yang terbaik untuk kereta anda.

Harga Dr.Omboh (50ml)
RM60/set – 3 botol – (Semenanjung Malaysia)
RM65/set – 3 botol – (Sabah/Sarawak)

dr omboh terbaik untuk bagi kereta pickup laju

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut tentang Dr.Omboh, anda boleh menghubungi melalui WhatsApp atau melayari :

 

Jom Order Dr. Omboh Untuk Kereta SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Order Dr. Omboh Untuk Kereta SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Order Dr. Omboh Untuk Kereta SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: