Umum
Dec 30, 2019, 9:08am

10 Tips Kumpul Duit Untuk Majlis Kahwin


tips kumpul duit untuk majlis kahwin

Gambar kredit AFK Event

Mendirikan rumahtangga merupakan salah satu matlamat setiap pasangan muda yang sedang bercinta.

Apabila tengok kawan-kawan satu sekolah, universiti mahupun di tempat kerja sudah mula mengirimkan kad jemputan, pasangan yang belum kahwin mesti perasaan untuk kahwin itu membuak-buak.

Maklumlah, nak kahwin nak kena tempah macam-macam seperti pelamin, jurugambar, baju kahwin, kad kahwin.. dan macam-macam lagi. Mesti terasa sangat banyak dan buntu bagaimana nak kumpul duit sebelum dapat melangsungkan majlis perkahwinan betul?

Jadi di sini insyaAllah kami kongsikan 10 tips kumpul duit untuk kahwin dan boleh bantu anda cukupkan perbelanjaan majlis nanti.

  1. KONGSI PERBELANJAAN DENGAN ADIL

Pertama-tama sekali bakal pasangan haruslah berbincang dan bahagi sama rata perbelanjaan yang bakal digunakan kedua belah pihak. Sekiranya jumlah amaun yang bakal digunakan ialah RM30,000 cuba bahagikan ikut kemampuan pihak masing-masing (contoh : RM15,000 seorang). Jadi boleh simpan dan kumpul ikut target sahaja.

  1. BUAT PART TIME JOB (GRAB DRIVER, FOOD DELIVERY)

Zaman ekonomi gig dan banyaknya perkhidmatan on-demand, anda boleh mendapatkan pekerjaan sementara sebagai part timer dan daftar sebagai Grab driver yang tidak memerlukan waktu kerja yang spesifik. Kerjanya juga fleksibel dan pulangannya juga lumayan. 

  1. KURANGKAN LOAN / TIDAK MENGAMBIL LOAN BUAT SEMENTARA WAKTU

Jangan mengambil loan baru dalam tempoh hendak berkahwin sama ada sudah mempunyai pinjaman bank (loan) yang sedia ada, atau belum ada apa-apa loan lagi. Tangguhkan hasrat untuk buat pinjaman bank sehingga anda selesai berkahwin. 

  1. SURVEY PAKEJ KAD KAHWIN, PELAMIN MURAH

Selain buat survey secara online, anda boleh pergi ke ekspo perkahwinan supaya boleh merasai sendiri kualiti. Ada juga vendor yang akan bagi promosi khas sempena ekspo sebegini. Cuba dapatkan pakej-pakej kad kahwin yang murah & berbaloi untuk majlis seperti kad kahwin, pelamin, baju pengantin, doorgifts dan lain-lain. Pastikan bajet anda right on track. 

  1. BUAT SENDIRI IKUT KEMAMPUAN (DIY)

Sekiranya mampu untuk membuat sendiri hal-hal persiapan kahwin seperti pelamin, kad dan doorgift, buat sendiri sahaja untuk kurangkan kos. Banyak idea-idea DIY boleh didapati secara online dan juga di Pinterest. Ingat, majlis yang berkat ialah majlis yang sederhana dan tidak membazir.

  1. SIMPAN SELAGI BOLEH

Simpan sebanyak yang mungkin sekiranya terdapat wang lebih atau pendapatan lebih dalam tempoh ini. Kurangkan semua perbelanjaan yang tidak munasabah dan membazir.

  1. LETAKKAN DUIT SIMPANAN DI TEMPAT YANG SUSAH DICAPAI

Apabila sudah mula menyimpan, letakkan semua simpanan untuk majlis di tempat yang paling susah dicapai. Contohnya di dalam pelaburan ASB (bagi yang bakal melangsungkan majlis dalam tempoh lebih dari 2 tahun), Tabung Haji dan lain-lain tempat yang dipercayai. 

Antara tips simpanan yang baik ialah pilih bank yang jauh dari rumah/pejabat anda, serta jangan mohon untuk perkhidmatan online banking. Ini untuk mengelakkan anda terambil duit secara tak sengaja.

  1. TETAPKAN TEMPOH TAMAT SIMPANAN

Belajar untuk tetapkan target akhir tempoh simpanan supaya dapat menyimpan dengan lebih efisyen. Contohnya RM10,000 pada bulan disember, anda harus mulakan menyimpan sebanyak RM834/sebulan bermula dari Januari.

  1. MULAKAN DARI SEKARANG

Kuatkan azam dan peringatkan diri setiap hari! Sekiranya anda bukan seorang penyimpan yang baik, mulakan memaksa diri dan cuba berdisiplin sebaik mungkin. Perkahwinan adalah majlis penting dalam hidup dan anda pasti mahukan majlis yang paling terbaik untuk anda dan pasangan.

  1. PERCAYA PADA KONSEP PUNCA REZEKI

Sekiranya kita percaya pada konsep berkahwin adalah punca salah satu rezeki dalam hidup, insyaAllah kita tidak akan rasa rugi dan bimbang apabila menyimpan. Kita juga akan percaya bahawa segala usaha yang kita lakukan sekarang pasti akan digantikan dengan rezeki yang bertambah-tambah pada masa akan datang.

Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam membuat simpanan untuk melangkah ke alam perkahwinan. 

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: