Review
Apr 21, 2018, 4:30pm

10 Tips Kenali Insurans Dan Policy Yang Betul Dan Sesuai Untuk Anda


  •  
  •  
  •  
  •  

Orang yang bijak dalam pengurusan kewangan mesti mempunyai skim perlindungan sama ada insurans atau takaful. Bagi orang Islam, sudah semestinya wajib mengambil takaful berbanding insurans. Walaupun skim perlindungan insurans atau takaful sangat penting, namun tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentingannya masih rendah.

tips kenali insurans dan policy yang betul

Selain itu, ramai antara kita tidak tahu, atau tidak ambil tahu bagaimana cara yang betul untuk mengenal pasti polisi insurans yang sesuai dengan kita. Yang boleh memberi perlindungan sewajarnya dari saat kini hingga ke masa depan.

10 Tips Kenali Insurans Dan Policy Yang Betul Dan Sesuai Untuk Anda

Berikut adalah tips yang saya ingin kongsi yang mungkin dapat membantu anda dalam memilih produk insurans yang sesuai dengan anda.

Tips #1 – Kenal Pasti Keperluan Jumlah Perlindungan

tips kenali insurans dan policy yang betul dan terjamin

Setiap orang mempunyai keperluan jumlah perlindungan yang berbeza. Berapakah jumlah perlindungan yang sepatutnya? Mengikut Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Life Insurance Association of Malaysia, LIAM), jumlah perlindungan yang disarankan untuk setiap individu adalah 10 kali ganda pendapatan tahunan. Jika pendapatan tahunan adalah RM 50,000, maka jumlah perlindungan yang disarankan adalah RM 500,000. Dengan jumlah perlindungan 10 kali ganda pendapatan tahunan, maka nanti jumlah pampasan yang diterima jika terjadi musibah dapat menampung perbelanjaan untuk tempoh 10 tahun; satu tempoh yang panjang sebelum dapat ‘pulih’ daripada musibah yang menimpa. Maka, jika ingin mendapatkan produk perlindungan insurans takaful terbaik, kenalah buat kira-kira dulu berapakah jumlah perlindungan yang diperlukan.

Tips #2 – Pilih Manfaat Atau Risiko Yang Ingin Dilindungi

tips kenali insurans dan policy yang betul dan manfaat yang lengkap

Apabila mendapatkan perlindungan insurans takaful terbaik, pastikan sekurang-kurangnya kesemua manfaat asas dapat dilindungi. Namun, apa yang perlu diketahui, mungkin tiada satu pelan pun yang boleh cover kesemua manfaat asas tersebut secara serentak dalam satu pelan. Contohnya, untuk melindungi aset, perlu ambil pelan insurans takaful am. Untuk manfaat kematian, kecacatan atau kelumpuhan dan kesihatan pula, perlu ambil pelan insurans takaful hayat dan keluarga. Untuk manfaat kesihatan bagi membayar caj rawatan dan hospital pula, perlu ambil pelan kad perubatan. Selepas dah kenal pasti manfaat-manfaat asas yang ingin dilindungi, bolehlah juga kenal pasti manfaat-manfaat tambahan lain seperti khairat kematian, badal haji, simpanan, pelaburan, spouse contributor, waive contributor dan pelbagai lagi manfaat (rider) tambahan lain.

Tips #3 – Fahami Ciri-ciri Pelan Yang Ingin Disertai

tips kenali  dan fahami insurans dan policy yang betul

Di Malaysia, ada banyak syarikat penyedia insurans takaful. Dan setiap syarikat pula, menawarkan pelbagai pelan perlindungan insurans takaful. Sebab itu kena dengar baik-baik penerangan daripada ejen insurans takaful supaya setiap ciri-ciri pelan yang dibentangkan dapat difahami. Jika faham ciri-ciri pelan, mudah nak pilih pelan perlindungan insurans takaful terbaik.

Tips #4 – Tentukan Jumlah Bayaran Yang Sanggup Dikeluarkan

tips kenali insurans dan policy yang betul yang mampu

Pelan perlindungan insurans takaful yang terbaik seharusnya adalah pelan yang mampu dibayar. Banyak faktor yang mempengaruhi harga sesuatu pelan perlindungan insurans takaful, antaranya umur, jumlah perlindungan, risiko dan manfaat dilindungi, status merokok dan status kesihatan. Untuk dapatkan jumlah perlindungan yang tinggi dan manfaat yang pelbagai, sudah semestinya bayaran juga akan tinggi.

Tips #5 – Dapatkan Bantuan Ejen Insurans Takaful

Usaha untuk mendapatkan pelan perlindungan insurans takaful terbaik sangat bergantung kepada bantuan ejen insurans takaful yang anda pilih. Sebaik-baiknya, dapatkan bantuan daripada ejen yang lebih bertindak sebagai penasihat kewangan, bukan sebagai jurujual semata-mata. Maksudnya, ejen tersebut mampu menasihati anda memilih manfaat perlindungan pada jumlah perlindungan yang diperlukan dan harga yang anda mampu milik, bukan sekadar ‘memaksa’ mengambil apa-apa pelan sebab beliau nak close sale. Ejen tersebut juga perlulah mampu menjawab pertanyaan anda dan menyediakan khidmat-selepas-jualan (after sale service) yang baik.

tips kenali insurans dan policy yang betul dan khidmat ejen takaful

Jangan pilih ejen yang hanya manis ketika nak mencarum, tapi hilang setelah itu. Bagaimana nak pilih ejen insurans takaful terbaik, terpulang kepada keselesaan anda. Mungkin anda selesa nak berurusan dengan ejen daripada saudara-mara atau rakan-rakan anda, mungkin juga anda lebih selesa berurusan dengan ejen yang anda tak kenal. Atau Mungkin anda lebih selesa dengan ejen senior yang dianggap lebih mahir berbanding ejen junior, atau mungkin anda yakin yang ejen junior akan memberikan perkhidmatan yang lebih bersungguh-sungguh berbanding ejen senior.

Tips #6 – Fahami Polisi Sebelum Melanggan

Anda mesti ingat, tujuan utama takaful adalah untuk perlindungan, bukan untuk simpanan. Walaupun bukan simpanan, duit yang anda carum tiap-tiap bulan beberapa peratus sahaja akan dimasukkan ke dalam tabung simpanan. Tabung simpanan ini boleh dikeluarkan pada tempoh yang matang ditambah keuntungan pelaburan.

tips kenali insurans dan policy yang betul dan baca dan fahami polisi

Jadi apabila anda mengambil takaful, semak betul-betul apa yang di cover dan apa yang tidak di cover. 90% mereka yang mengambil pelan takaful tidak menyemak pelan takaful mereka. Apabila berlaku musibah barulah nak marah-marah kepada agen dan syarikat takaful sebab tidak cover. Sedangkan kita sendiri tidak mengambil cakna terhadap polisi kita.

Tips #7 – Menilai Polisi Semasa Insurans Hayat / Takaful Keluarga Anda

Jika anda sudah mempunyai polisi insurans hayat / takaful keluarga, sebaiknya jangan membatalkannya sehingga anda menerima polisi yang baru. Anda mempunyai tempoh minimum untuk mengkaji semula polisi baru anda. Setiap kali anda memperbaharui polisi insurans / takaful, premium / sumbangan yang akan dicaj mungkin lebih tinggi. Anda boleh bertanya tentang kesan pada premium / sumbangan jika anda terus memperbaharui polisi.

tips kenali insurans dan policy yang betul dan menilai semula nilai perlindungan

Tanyakan juga, adakah anda akan kehilangan hak untuk memperbaharui polisi pada umur tertentu. Hal ini adalah untuk mengetahui apa yang akan terjadi sekiranya anda perlu menukar polisi. Buatlah keputusan yang terbaik. Anda tidak semestinya perlu membatalkan polisi semasa. Anda mungkin perlu menukar polisi bagi mendapatkan perlindungan dan faedah yang lebih sesuai untuk diri anda dan keluarga.

Tips #8 – Bandingkan Pelbagai Jenis Polisi Insurans / Takaful

tips kenali insurans dan policy yang betul - pilih dan banding

Sebelum anda membeli polisi, anda perlu membuat perbandingan polisi-polisi yang boleh memberi perlindungan terbaik mengikut bajet anda. Anda boleh mendapatkan maklumat daripada ejen yang berbeza, buat keputusan kenapa anda perlu memilih polisi mereka dan bukan yang lain. Dengan cara ini, anda belajar meneliti pelbagai jenis polisi insurans / takaful

Tips #9 – JANGAN Langgan Takaful Untuk Hibah Sahaja Tanpa Coverage Critical Illness

tips kenali insurans dan policy yang betul dan perlindungan penyakit critikal

Produk takaful untuk hibah sahaja, tidak membantu sekiranya berlaku penyakit kritikal sedangkan 70% kematian berpunca dari sakit kritikal. Jika sudah sign-up, boleh tambah coverage baru untuk sakit kritikal. Apabila langgan perlindungan insurans takaful, pastikan perlindungan-perlindungan asas diambil iaitu perlindungan kematian, kecacatan/kelumpuhan dan sakit kritikal. Perlindungan sakit kritikal adalah supaya pendapatan tidak terjejas apabila anda diserang sebarang penyakit yang disenaraikan. Pampasan yang diperoleh juga boleh membantu membiayai kos rawatan jika diperlukan.

Tips #10 –  Periksa Kesahihan Ejen Insurans Dan Keperluan Insurans / Takaful Anda

periksa kesahihan ejen takaful insurans

Sebelum membuat keputusan membeli insurans / takaful, anda perlu memastikan ejen tersebut berdaftar dengan syarikat insurans / pengendali takaful yang berkenaan. Berbincang dengan ejen insurans / takaful agar ejen tersebut boleh membantu anda menilai keperluan insurans / takaful anda dan memberikan anda maklumat mengenai polisi-polisi yang ditawarkan.

Jaminan Insurans Dan Takaful Terbaik Bersama AIA Public Takaful

tips kenali insurans dan policy yang betul dari AIA takaful

Semua orang mempunyai keperluan yang berbeza di pelbagai peringkat kehidupan. Kami komited untuk membantu anda memenuhi keperluan kewangan anda dan matlamat anda dengan pelbagai pelan takaful. Memilih pelan yang betul untuk mencapai matlamat kewangan anda, kami memerlukan objektif anda dan anda memerlukan nasihat pakar kami. kami sebagai ejen dan perancang kewangan yang berdedikasi akan membantu anda dalam merancang matlamat kewangan mengikut tahap kehidupan anda.

tips kenali insurans dan policy yang betul dan murah

Kehidupan sememangnya penuh dengan pancaroba, namun kita perlu terus berjuang demi mereka yang tersayang. AIA PUBLIC bercita-cita untuk menjadi rakan insurans hayat sebenar bagi pelanggan kami dengan membantu mereka  bersedia menghadapi ketidakpastian dalam hidup dan menjamin keperluan kewangan dan perlindungan mereka.

AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC) dimiliki secara bersama oleh AIA Co. Ltd. (AIA), Public Bank Berhad (PBB) dan Public Islamic Bank Berhad (sebuah anak syarikat milik penuh PBB). Diperbadankan pada 11 Mac 2011, AIA PUBLIC memanfaatkan kedudukan AIA dan Kumpulan PBB sebagai peneraju dengan rangkaian infrastruktur dan edaran yang kukuh dalam industri insurans dan perbankan untuk memacu pertumbuhan dan meningkatkan penembusan Takaful Keluarga dalam pasaran domestik. AIA PUBLIC beriltizam untuk menawarkan penyelesaian Syariah yang sesuai bagi memenuhi keperluan di sepanjang peringkat kehidupan pelanggan.

Pelan Kad Perubatan Keluarga Terbaik

tips kenali insurans dan policy yang betul dan pilihan AIA takaful adalah pilihan terbaik

Pelan kad perubatan A-Life Med Regular-i menawarkan pelan keluarga untuk 6 ahli keluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan 4 orang anak serendah RM340 sebulan.

Ini bermakna anda hanya membayar sekitar RM57.00 untuk setiap ahli keluarga. Setiap ahli keluarga akan memperoleh manfaat tersendiri tanpa perlu berkongsi dengan ahli keluarga yang lain.

Pilihan Beberapa Pelan Keluarga Mengikut Kesesuaian

Pelan kad perubatan A-Life Med Regular-i ini menawarkan beberapa pilihan pakej keluarga mengikut kesesuaian:

  • Individu

pelan kad perubatan individu AIA takaful
  • Suami + Isteri

pelan kad perubatan untuk pasangan
  • Suami + Isteri + 4 orang anak

pelan kad perubatan keluarga dan 4 orang anak
  • Suami atau isteri + 4 orang anak

pelan ibu bapa tunggal dan 4 orang anak

Kad Perubatan Tunggal (STAND ALONE)

Kad Perubatan A-Life Med Regular-i ini mempunyai pilihan untuk diambil tanpa perlu digabungkan dengan mana-mana pelan takaful hayat. Ini bermakna anda boleh mempunyai kad perubatan sahaja tanpa perlu memiliki pelan takaful lain.

kad perubatan tunggal

Kelebihan Medical Card AIA Public Takaful

Kad Perubatan AIA Takaful merupakan satu plan perlindungan perubatan lengkap yang flexible sesuai untuk individu yang mementingkan perlindungan komprehensif.

1. Kemasukan Hospital dengan kemudahan “Just Swipe”

kemudahan swipe sahaja kad perubatan

Proses kemasukan hospital dengan “Just Swipe” dan tidak perlu menunggu lama.

(Tertakluk kepada hospital yang mempunyai kaunter khas AIA)

2. Perlindungan Pilihan untuk Keluarga Anda

tips kenali insurans dan policy yang betul untuk keluarga

Seperti A-Medic, A-Life Med Regular-i mengekalkan pelan keluarga tanpa had. Pelan ini juga mendapat lebih kepada penjimatan kerana melindungi seisi keluarga dengan faedah tersendiri.

3. Tiada Ko-Takaful

tips kenali insurans dan policy yang betul untuk keluarga tanpa co-takaful

Bil rawatan akan dibayar mengikut jumlah Had Tahunan dan tiada ko-takaful seperti sebelum ini (A-Medic). Tiada ko-payment dikenakan jika anda upgrade bilik (sama seperti A-Medic).

4. Tiada Had Seumur Hidup

kad perubatan tanpa had seumur hidup

Satu-satunya pelan di Malaysia yang tiada had seumur hidup. Anda tidak perlu risau dengan kenaikan kos perubatan yang meningkat 15% setiap tahun.

5. Had Tahunan meningkat setiap 2 tahun

Satu lagi keistimewaan A-Life Med Regular-i ialah had tahunan akan meningkat 5% daripada had tahunan asal setiap 2 tahun untuk 20 tahun (Tertakluk kepada Terma & Syarat).

Testimoni Pelanggan

testimoni peserta AIA takaful testimoni peserta AIA takaful testimoni peserta AIA takaful testimoni peserta AIA takaful testimoni peserta AIA takaful

Sediakan Payung Sebelum Hujan!

Kita semua sedar akan kepentingan insurans dan takaful bagi perlindungan diri dan keluarga kita. Kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku kepada kita pada hari esok dan sewajarnya kita bersedia untuk menghadapi segala yang tidak diingini. Lindungi diri anda hari ini kerana penting bagi kita untuk melindungi diri sendiri dan keluarga dari perkara-perkara yang tidak diingini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari info di bawah ini.

ejen takaful AIA berdaftar

MUHSIN HANAFI | FINANCIAL ADVISOR AIA PUBLIC TAKAFUL Hubungi: Tekan untuk telefon (018-2402670) | Tekan untuk WhatsApp

Alamat: Suite No. 33-04, Level 33, Cap Suare Tower, 10 Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur