Review
Apr 21, 2018, 3:28pm

10 Tempat Menarik di Singapore Dan Perkara Boleh dan Tak Boleh Anda Kena Tahu


Singapura merupakan salah satu lokasi percutian yang sangat sesuai dan ideal kepada anda yang suka melancong dan meneroka seluruh kawasan yang ada di Singapura. Singapura merupakan negara pulau yang kecil hanya memiliki luas wilayah 697 KM2, berhampiran dengan Malaysia dan bersempadan dengan negeri Johor, Malaysia. Singapura merupakan sebuah negara maju yang terletak di Asia Tenggara dan mempunyai peranan penting dalam perdagangan.

tempat menarik di singapore yang wajib dikunjungi

Walaupun ia hanyalah sebuah negara yang sangat kecil, keseronokan yang ditawarkan oleh Kota Singa ini begitu banyak sekali dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur,  di samping lengkap dengan teknologi canggih seperti teknologi 4 Dimensi, teater mekanikal, pameran interaktif dan banyak lagi yang mustahil dilupakan kalau dah dirasai. Tapi, jangan ingat semuanya mahal dan berbayar di sini, tarikan yang percuma juga banyak ditawarkan di negara maju ini. Tak kisah mahal, murah ataupun percuma, semuanya memang wow di Singapura! Nak tahu ke mana anda mesti pergi kalau dah sampai ke Singapura? Teruskan membaca senarai tempat menarik di Singapore ini.

10 Tempat Menarik di Singapore

Antara tempat menarik yang wajib ada pergi bila bercuti di Singapore adalah;

1. Universal Studios Singapore

USS tempat menarik di singapore

Antara yang best dekat sini adalah roller coaster Revenge of the Mummy, Sesame Street Spaghetti Space Chase, Transformer the Ride 3D, roller coaster mini Enchanted Airways, Madagascar: A Crate Adventure, Jurassic Park Rapids Adventure dan banyak lagilah! Untuk pengetahuan anda juga, roller coaster Battle Star Galactica yang terdapat di Universal Studios Singapore ini merupakan roller coaster yang tertinggi di dunia.

2. Singapore Philatelic Museum

Singapore philatelic museum tempat menarik di singapore

Setem? Mungkin ramai yang dah tak kenal apa itu setem, apa fungsinya dalam dunia serba canggih ni. Tapi, inilah dia satu ciptaan pada abad ke-19 untuk manusia berkomunikasi dari jauh dengan menggunakan surat. Biasanya pada kertas bersaiz kecil (setem) ini akan menunjukkan karya lukisan yang mencerminkan budaya, sejarah dan peristiwa penting sesebuah negara yang mengeluarkannya. Jadi, bayangkanlah betapa penting sekali nilai antik yang dibawa oleh sehelai setem itu. Kalau anda ke Singapore Philatelic Museum, anda akan dapat melihat pameran pelbagai jenis setem yang bukan sahaja dari Singapura, malahan dari pelbagai negara lain yang wujud seawal tahun 1830-an hinggalah sekarang. Bukan itu sahaja, anda sekeluarga juga boleh mendapatkan setem yang direka sendiri di muzium ini.

3. Jurong Bird Park

jurong bird park tempat menarik di singapore

Bagi anak-anak kecil, melihat haiwan yang terbang tinggi dengan lebih dekat ini pasti akan menjadi memori yang indah dan menyeronokkan bagi mereka. Bukan sikit burung yang ada di sini, tapi 8000 ekor burung daripada 600 spesies burung yang boleh anda lihat di Jurong Bird Park. Burung-burung yang terdapat di sini didatangkan dari pelbagai negara di Asia Tenggara, Eropah, Amerika Selatan hinggalah ke Afrika, senang cerita, hampir seluruh pelusuk dunia. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Jurong Bird Park adalah memberi burung-burung ini makan, termasuklah burung penguin yang ada di sini. Selain itu, kalau anak-anak anda memang betul-betul minat dengan burung, mereka boleh menyertai aktiviti camping bersama penguin dan burung-burung lain, nak tahu bila aktiviti ini diadakan, anda boleh mendapatkan maklumat tambahan dari pihak taman

4. Singapore Zoo

singapore zoo tempat menarik di singapore

Pencinta binatang mesti tak nak lepas dari melawati zoo kalau bercuti di mana-mana pun kan. Dengan keluasan 26 hektar, Singapore Zoo menempatkan lebih daripada 300 spesies mamalia, reptilia dan burung. Singapore Zoo menempatkan haiwan-haiwannya di dalam 11 zon yang berbeza seperti Reptile Garden, Fragile Forest, Wild Africa dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, anda sekeluarga juga boleh melihat pertunjukan haiwan yang sering diadakan di sini seperti Elephants at Work and Play Show, Animal Friends Show dan bermacam lagi. Untuk memberikan pengalaman yang lagi menyeronokkan untuk anak-anak anda, anda boleh mendaftarkan mereka dengan Kidzranger Tour yang mana anak-anak yang berusia dari 5 ke 12 tahun dapat merasa pengalaman menjadi penjaga zoo dengan aktiviti seperti memberi makan dan menjaga haiwan-haiwan comel.

5. Singapore Night Safari

singapore night safari tempat menarik di singapore

Bersebelahan sahaja dengan Singapore Zoo adalah zoo untuk haiwan nokturnal yang pertama di dunia. Nokturnal adalah haiwan yang berjaga pada waktu malam tidak seperti majoriti haiwan yang lain. Di sini anda dapat melihat lebih daripada 2500 ekor haiwan daripada 130 spesies.

Kalau anda ke Singapore Night Safari ini, anda boleh memilih untuk menerokai hidupan nokturnal ini  sama ada dengan berjalan kaki ataupun dengan menaiki tram safari yang disediakan. Bukan sikit untuk dilihat ya, dengan tram safari pun masa yang diambil adalah dalam 40 minit. Antara zon yang terdapat di sini adalah Himalayan Foothills, Indo Malayan Region, Asian Riverine Forest, Burmesse Hillside, Equatorial Africa, Indian Subcontinent dan Nepalese River Valley.

6. Marina Bay Sands

marina bay sand tempat menarik di singapore

Marina Bay Sands ini dibangunkan oleh Las Vegas Sands dengan kos yang termahal di dunia iaitu S$8 bilion! Lengkap dengan hotel, 2 pusat membeli-belah, 2 teater dan lain-lain lagi. Apa yang menarik untuk para pelancong di Marina Bay Sands ini adalah panorama sekitarnya yang sangat indah terutamanya pada waktu malam kerana kedudukannya di tepi air ditambah lagi dengan pertunjukan cahaya laser.

7. Sentosa 4D Adventureland

sentosa 4d adventureland tempat menarik di singapore

Antara keseronokan yang boleh anda rasai di sini adalah anda dapat bersama dengan watak lain yang ada di dalam filem fantasi Journey 2: The Mysterious Island menerokai hutan, gunung dan kawasan misteri yang lain, memang real pengalamannya. Selain itu, anda juga boleh merasai simulasi pergerakan roller coaster dengan aktiviti Extreme Log Ride yang membawa anda ke Himalamazon dan lain-lain lagi.

8. Bugis Street

Bugis street tempat menarik di singapore

Di sini anda boleh temui bermacam barang dari pakaian, cenderamata, kosmetik hinggalah ke gajet, semuanya ada di sini. Mana taknya, ada lebih daripada 800 gerai di sini, memang tak habis jalan kalau sehari. Untuk datang ke Bugis Street ni senang saja sebab ia terletak hanya beberapa tapak sahaja dari stesen MRT Bugis.

9. MINT Museum of Toys

mint museum of toys tempat menarik di singapore

Bukan anak-anak anda je yang seronok di MINT Museum of Toys ni, anda pun pasti turut sama apabila melihat bermacam permainan vintaj yang dipamerkan di sini. Bukan sikit permainan yang ada di sini, tapi lebih daripada 50,000 ribu kesemuanya, mesti ada yang membawa nostalgia untuk siapa pun yang melawat. Yang menariknya lagi, ada juga permainan yang telah berusia lebih daripada seabad dipamerkan di sini. Permainan-permainan vintaj ini didatangkan dari lebih daripada 40 buah negara. MINT Museum of Toys juga merupakan satu-satunya muzium permainan dengan koleksi yang terbesar di Asia Tenggara.

10. Snow City

snow city tempat menarik di singapore

Sejuknya bukan main sebaik anda masuk ke Snow City ini, sebab itulah kena pakai pakaian yang sesuai kalau berniat nak datang ke sini. Dah dapat peluang dikelilingi salji ni berseronoklah anda sekeluarga sepuas hati, bila lagi nak dapat peluang ni kan. Inilah masanya untuk anda berangan seperti Princess Elsa, nak bina orang salji, nak meluncur ski, snowboard semuanya boleh dibuat. Tunggu apa lagi?

Perkara – Perkara Yang Boleh Dan Tidak Boleh Anda Lakukan Di Singapura

Bagi mengelakkan diri anda daripada masuk lokap di Singapore, ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu.

1. Gula-Gula Getah

perkara tidak boleh dilakukan di singapore makan gula gula getah

Membeli atau membawa gula-gula getah dari luar apatah lagi meludah keluar adalah di larang sama sekali. Jika ditangkap anda boleh dikenakan denda sebanyak SGD 500 (RM 1500++) ke atas pengguna atau denda sehingga SGD 100,000 (RM 300,000) ke atas penjual. Gula-gula getah hanya boleh digunakan untuk rawatan sahaja dan surat rawatan wajib dibawa sekali.

2. Tandas

siram tandas di singapore

Pastikan siram mangkuk tandas selepas menggunakannya. Jika ditangkap, anda akan didenda sebanyak SGD 150 (RM 450++).

3. Video Lucah Atau Berbogel

dilarang menonton cerita lucah di singapore

Tengok video lucah atau berbogel adalah satu kesalahan walaupun anda bersendirian di rumah sendiri. Kadar denda juga tinggi iaitu SGD 2,000 (RM 6,000++) atau di penjara sehingga 3 bulan jika disabit kesalahan.

4. Sampah

dilarang membuang sampah merata rata

Membuang sampah merata-rata akan dikenakan denda sebanyak SGD 1,000 (RM 3,000++) walaupun sampah tu sekecil ibu jari. Jika tak jumpa tong sampah, sila jadikan poket anda sebagai tong sampah sementara jika tak mahu duit melayang.

5. Kaki

dilarang meletak kaki di atas meja

Peranan kaki juga sensitif kerana boleh menyingung perasaan orang sekeliling yang terlihat walaupun anda tidak sengaja. Jadi anda perlu elakkan meletak kaki anda di kerusi atau pun meja untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini terjadi. Walau bagaimana pun kesalahan ini tidak dikenakan denda.

6. MRT

dilarang makan minum dalam mrt

Anda tidak dibenarkan sama sekali makan atau minum di dalam MRT walaupun makanan ringan sekalipun. Jika tidak anda akan didenda sehingga SGD 500 (RM 1500++) jika sabit kesalahan.

7. WiFi

dilarang mencuri wifi

Pastikan anda tidak menggunakan sambungan wifi tanpa mengetahui siapakah kepunyaannya. Ini kerana menggunakan sambungan wifi sesuka hati di anggap satu kesalahan besar dan boleh dikenakan denda sehingga SGD 10,000 (RM 30,000++) atau di penjara tidak melebihi 3 tahun di bawah akta penyalahgunaan komputer.

8. Merokok

dilarang merokok di tempat awam

Merokok di tempat awam akan di denda sebanyak SGD 200 (RM 600++) walaupun di tempat itu tiada tanda larangan merokok.

9. Grafiti

dilarang melukis graffiti di singapore

Menyembur atau melukis di mana-mana dinding dikira satu kesalahan berat walaupun sedikit. Bukan setakat denda atau di penjara, malah anda mungkin akan dipukul akibat perbuatan ini. Jadi gunakanlah seni grafiti anda itu di tempat yang berpatutan.

10. Dadah

singapore bebas dadah

Jika anda seorang penagih tegar, lupakan untuk pergi ke Singapore. Untuk memasuki negara ini diperlukan sistem badan bersih dari dadah dan akan di semak sebaik sahaja anda sampai ke sana. Anda boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan melibatkan dadah.

11. Meludah

dilarang meludah di tempat awam singapore

Anda juga tahu bukan meludah pada tempat yang tidak sesuai bukanlah satu sifat yang baik tetapi jika perbuatan ini dilakukan di Singapore, anda pasti akan terima padahnya. Jika ditangkap, anda akan dikenakan denda sehingga SGD 1,000 (RM 3,000++) dan diberikan tamparan percuma di muka.

Sewa Kereta Bersama Pemandu Murah Dan Berbaloi

MYChauffeuR Adventure Sdn. Bhd. adalah syarikat pengangkutan limo yang berpusat di Johor Bahru yang menyediakan pemindahan silang sempadan antara 3 negara (Singapura, Malaysia, Thailand). Kami menawarkan perkhidmatan kereta sewa sekali pemandu dengan harga berpatutan. Semua pemandu kami dilatih untuk menjadi pemandu yang cekap dan penjaga yang sangat baik.

chaffeur service murah di singapore

Pemandu kami bukan sahaja akan memandu anda ke mana anda ingin pergi tetapi mereka akan mengambil berat dalam memastikan anda selesa dan baik sepanjang perjalanan anda. Harga yang kami tawarkan termasuk Minyak, Toll, Professional Driver, Keadaan kereta yang sangat baik dan Air Mineral Percuma untuk setiap penumpang.

Jenis Kereta Yang Ditawarkan

Terdapat 3 jenis kenderaan yang ditawarkan, antaranya adalah sedan, Hyundai starex dan Toyota Vellfire.

kenderaan sewa murah di singapore

1. Kereta Sedan (4 seater)

Kereta sedan ini telah menjadi kereta yang amat diminati ramai kerana ia sesuai untuk membawa keluarga yang kecil, dengan menawarkan tempat duduk yang selesa untuk seisi keluarga dan juga antara kereta yang jimat minyak. Sesuai untuk dibawa bershopping.

kereta sedan murah di singapore

2. Hyundai Starex (10 seater)

Hyundai Starex merupakan MPV yang mampu memberikan keselesaan kepada pemandu dan juga penumpang dengan menawarkan ruang duduk yang luas dan selesa serta pemanduannya yang mantap dan lancar.

sewa mpv murah di singapore

3. Toyota Vellfire (6 seater)

Anda inginkan keselesaan yang optimum? Toyota Vellfire ini menjadi pilihan anda. Tentu ramai yang sudah tahu dengan jenama Vellfire yang tidak ragu-ragu lagi menawarkan ruang duduk yang amat luas dan spacious. Walaupun mahal tetapi anda akan terjamin dengan pengalaman pemanduan yang amat selesa.

chaffeur vellfire di singapore

Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan MYChauffeuR Adventure

  • Perjalanan dengan ketenangan fikiran sebagai pemandu kami dilatih di Pemanduan Berhemah.
  • Disokong oleh pasukan perkhidmatan pelanggan yang berdedikasi dan terlatih dan berpengalaman pemandu untuk memastikan anda perjalanan yang lebih lancar dan selesa.

elak sakit kepala jem di singapore

Apa Kata Pelanggan MYChauffeuR Adventure Sdn. Bhd.?

Ramai antara pelanggan yang menggunakan perkhidmatan MYChauffeuR Adventure sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

testimoni pelanggan chaffeur service singapore testimoni pelanggan chaffeur service singapore testimoni pelanggan chaffeur service singapore testimoni pelanggan chaffeur service singapore

Dapatkan Kereta Sewa Bersama Pemandu Sekarang!

Anda tidak perlu bersusah payah dan runsing untuk mencari-cari kereta sewa bersama pemandu yang murah di tempat yang lain kerana MYChauffeuR Adventure Sdn. Bhd. sentiasa menyediakan perkhidmatan yang terbaik seperti yang anda mahukan. Buatlah tempahan segera supaya dapat memudahkan urusan perjalanan anda. Hubungi MYChauffeuR Adventure Sdn. Bhd. untuk tempahan kereta sewa anda. Untuk membuat tempahan dan mendapatkan maklumat lanjut , anda boleh hubungi dengan pihak MYChauffeuR Adventure Sdn. Bhd. menerusi saluran berikut.

servis kereta sewa murah di singapore

MYCHAUFFEUR ADVENTURE | KERETA SEWA BERSAMA PEMANDU
Hotline 1: Tekan untuk telefon (013-7740074) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (+6591212712) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: @mychauffeur125

Lokasi Perkhidmatan: Malaysia, Johor Bahru, Melaka, Singapore

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: