Review
Jan 5, 2018, 3:05pm

10 Tempat Menarik di Indonesia dan Pakej Percutian Murah di Indonesia


Adakah anda pernah bercuti di Indonesia? Jika tidak , anda masih belum menikmati percutian yang sebenar-benarnya. Indonesia adalah syurga pelancongan yang terkenal di rantau Asia. Terdapat lebih dari 100 tempat menarik di Indonesia sebenarnya. Dengan keluasan hampir dua juta kilometer persegi dan menduduki tangga ke 14 dalam ranking negara terluas di dunia , Indonesia mempunyai pelbagai khazanah alam dan tempat pelancongan yang sangat menarik.  Beribu-ribu pelancong datang melancong di Indonesia setiap tahun dek kerana kepelbagaian tarikan pelancong yang ada di Indonesia sama ada tarikan moden atau tarikan sejarah.

Tempat Menarik di Indonesia 01

 

Antara jenis-jenis tarikan pelancong yang menarik di Indonesia adalah tempat-tempat bersejarah , kepelbagaian makanan tradisi , kaum dan budaya. Selain itu , Indonesia juga terkenal sebagai syurga membeli-belah kerana banyak tempat membeli belah dibina di Indonesia.

Tidak kira anda mahu membeli barang keperluan , cenderamata , pakaian , perhiasan dan alat kemas yang berkualiti tinggi , semua itu akan ada di pusat beli-belah atau pasar borong tempatan di Indonesia. Jika anda tidak bertujuan untuk membeli-belah dan hanya ingin menikmati udara segar dan merehatkan minda anda , anda boleh melawat flora dan fauna di Indonesia.

Tempat Menarik di Indonesia 02

 

Pelbagai hidupan liar boleh dijumpai di Asia Tenggara sahaja dapat dijumpai di Indonesia. Manakala jika anda lebih menyukai suasana percutian yang meriah dan tiupan bayu laut yang menyegarkan , anda boleh melawat Bali. Majoriti penduduk dunia tahu akan Bali dan akan memilih antara destinasi pilihan mereka yang teratas sekiranya mereka ingin melancong.

Bagaimana Nak Melancong Dengan Efektif ? | Tempat Menarik di Indonesia

Sebagai rakyat Malaysia , kita agak bertuah kerana bahasa Indonesia hampir sama dengan bahasa Malaysia jadi tiada masalah komunikasi akan berlaku di antara pelancong negara kita dengan rakyat Indonesia. Ini memudahkan kita untuk melawat tempat-tempat menarik di Indonesia . Kita hanya perlu bertanya mengenai destinasi kita untuk sampai ke tempat tersebut.

5 tempat menarik di indonesia untuk lebih efektif

Tetapi sebelum memulakan pelancongan kita , kita perlulah rancang dengan teliti dahulu supaya tiada masa akan dibazir dan pelancongan kita lebih bermakna dan menarik. Perancangan yang rapi juga akan memastikan tiada pembaziran dari segi wang akan berlaku dan anda tidak mudah ditipu oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan cara mudah dengan menipu pelancong yang kurang pengetahuan mengenai Indonesia. Jadi , apa kata anda jimatkan usaha dan masa anda dengan menggunakan pakej pelancongan dari PT Jalan Jalan Yuk Tour & Travel.

PT Jalan Jalan Yuk Tour & Travel | Tempat Menarik di Indonesia

5 tempat menarik di indonesia pt travel agency

PT Jalan Jalan Yuk Tour & Travel adalah syarikat pelancongan yang berpengkalan di Indonesia. Siapa yang lebih layak merancang pelancongan anda di Indonesia berbanding dengan rakyat Indonesia sendiri. Mereka mampu merancang seluruh pelancongan anda dari awal sehingga akhir. Hal ini terbukti dengan pelbagai komen positif yang diberikan oleh pengguna PT Jalan Jalan Yuk Tour & Travel sepanjang penubuhannya pada Ogos 2015 sehingga sekarang.

Pemilik syarikat ini juga menetap di Malaysia dan memudahkan anda untuk menghubungi agen ini. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam mengendalikan pelancong sebelum membuka syarikat sendiri pada Ogos 2015.

Tempat Menarik di Indonesia 03

 

Pelbagai lapisan masyarakat telah menggunakan khidmat mereka ketika bercuti di Indonesia. Dengan keyakinan bahawa mereka mampu menyediakan pakej percutian yang murah dan eksklusif untuk setiap pelanggan mereka , mereka berjaya menambat hati ramai orang untuk terus menggunakan khidmat mereka. Mereka menumpukan khidmat pakej mereka di kawasan sekitar Medan , Bandung , Bali dan Lombok.  Selain itu , pakej yang ditawarkan mereka juga merangkumi dari perseorangan sehingga ke kumpulan yang besar.

Setakat ini, mereka telah mengendalikan kumpulan sehingga 100 orang daripada salah satu syarikat swasta di Malaysia.

Apa Pakej Yang Ditawarkan oleh PT Jalan Jalan Yuk Tour & Travel | Tempat Menarik di Indonesia

PT Jalan Jalan Yuk Tour & Travel menyediakan sepuluh destinasi percutian yang di mana setiap destinasi mempunyai dari dua hingga empat pakej percutian. Anda boleh memilih memilih destinasi pelancongan anda sebelum memilih pakej percutian yang anda kehendaki. Perkara yang seterusnya akan diuruskan sendiri oleh PT Jalan Jalan Yuk Tour & Travel. Untuk memudahkan anda , mari saya senaraikan pakej percutian yang ada bersama sedikit penerangan mengenai pakej tersebut.

Anda juga boleh “customize” itinerari anda sendiri mengikut pilihan destinasi pelancongan yang anda mahukan.

Tempat Menarik di Indonesia 04

 

Tempat Menarik di Indonesia
#1. Jelajah Medan

Antara aktiviti yang ada di dalam pakej ini ada menaiki kuda di Berastagi , memetik strawberi atau limau yang segar di kebun di Berastagi , menaiki feri ke Pulau Samosir , menikmati keindahan alam semulajadi di Gunung Berapi Sinabung dan Sibayak dan banyak lagi. Jelajah Medan mempunyai 2 jenis pakej iaitu :

  • Pakej 3 hari 2 malam Tasik Toba Medan
  • Pakej 4 hari 3 malam Tasik Toba Medan

Tempat-Menarik-di-Indonesia-05 Tempat Menarik di Indonesia 06

 

Tempat Menarik di Indonesia
#2. Jelajah Bandar Aceh

Walaupun Aceh pernah dimusnahkan tsunami , setelah lebih satu dekad berlalu , Aceh berjaya kembali teguh membangun. Kini terdapat banyak tempat yang menarik di Aceh. Antaranya , muzium Aceh , makam diraja , melawat perkampungan nelayan dan menikmati keindahan pantai di Pantai Lampu’uk  atau Pantai Lhoknga . Selain itu , anda juga boleh melawat sendiri penempatan mangsa tsunami atau membeli belah di Pasar Aceh atau Pasar Peunayong. Untuk Jelajah Bandar Aceh , 2 pakej juga turut disediakan :

  • Pakej 3 hari 2 malam Bandar Aceh
  • Pakej 4 hari 3 malam Bandar Aceh

Tempat Menarik di Indonesia 07 Tempat Menarik di Indonesia 08 Tempat Menarik di Indonesia 09

Tempat Menarik di Indonesia
#3. Jelajah Bandung

Siapa lagi yang tidak pernah dengar tentang Bandung? Bandar yang ke-3 terbesar di Indonesia ini menyimpan pelbagai kisah menarik tersendiri. Antara aktiviti menarik di Bandung adalah melawat Tangkuban Perahu ( gunung berapi aktif ) , membeli-belah di tempat yang terkenal seperti Pasar Terapung di Lembang , Rumah Mode atau Pasar Baru dan merasai sendiri keunikan Dusun Bambu dan Kampung Daun. Semasa anda melawat gunung berapi , anda juga berpeluang menikmati kolam air panas di situ. 2 pakej Jelajah Bandung adalah :

  • Pakej 3 hari 2 malam Bandung
  • Pakej 4 hari 3 malam Bandung

Tempat Menarik di Indonesia 10 Tempat Menarik di Indonesia 11 Tempat Menarik di Indonesia 12

Tempat Menarik di Indonesia
#4. Jelajah Surabaya

Surabaya adalah nama yang tidak asing lagi di kalangan pelancong tempatan atau luar negara. Dengan identiti sebagai bandar ke-2 terbesar di Indonesia , pelbagai tarikan pelancong boleh didapati di situ. Antaranya , Muzium Sempoerna , Muzium Kapal Selam Tentera Laut , menaiki jip ke puncak Gunung Penanjakan , mendaki 254 anak tangga di Gunung Bromo serta menyaksikan matahari terbit di Gunung Bromo, dan melawat Apple Garden , Air Terjun Coban Rondo dan pusat pembuatan barangan kulit di Tanggulangin . Anda juga boleh pergi ke Taman Safari untuk melihat secara dekat hidupan liar. Jelajah mempunyai 3 pakej iaitu :

  • Pakej 3 hari 2 malam Surabaya – Bromo
  • Pakej 4 hari 3 malam Surabaya – Bromo – Malang
  • Pakej 4 hari 3 malam Surabaya Wali Lima

Tempat Menarik di Indonesia 13 Tempat Menarik di Indonesia 14 Tempat Menarik di Indonesia 15

Tempat Menarik di Indonesia
#5. Jelajah Bali

Bali merupakan sebuah pulau dan pada masa yang sama adalah sebuah daerah di Indonesia. Oleh kerana keindahan Bali , pelbagai filem dan drama menggunakan Bali sebagai lokasi perfileman sekaligus mengangkat nama Bali di mata dunia. Disebabkan itu , Bali menjadi tarikan utama di Indonesia. Bali terkenal dengan budaya timurnya , tarian tradisional ataupun moden ,ukiran , lukisan , barangan kulit , barangan kemas , dan muzik yang pelbagai. Bali termasuk dalam kawasan ‘Coral Triangle’ , sebuah kawasan yang mempunyai kepelbagaian hidupan laut yang terbesar. Berikut adalah pakej percutian yang disediakan dalam Jelajah Bali :

  • Pakej 3 hari 2 malam Bali
  • Pakej 4 hari 3 malam Bali
  • Pakej 4 hari 3 malam Bali Lovina

Tempat Menarik di Indonesia 16 Tempat Menarik di Indonesia 175 tempat menarik di indonesia trip bali

Tempat Menarik di Indonesia
#6. Jelajah Lombok

Lombok merupakan kepulauan yang terkenal di Indonesia. Lokasinya terletak berhampiran dengan Bali dan berkongsi nilai kebudayaan yang hampir sama. Lombok juga dikelilingi beberapa pulau kecil yang menarik. Antara aktiviti yang menarik di dalam Jelajah Lombok adalah memberi makan ikan yang jinak di laut atau melawat taman burung , taman laut dan kawasan batu karang . Jika anda lebih berminat dengan flora dan fauna , anda juga boleh melawat dan meneroka hutan hujan tropika dari Air Terjun Sendang Gila sehingga Air Terjun Tiu Kelep. Pasti minda dan badan anda akan merasa lebih segar dengan menghirup udara segar di dalam hutan hujan tropika tersebut. Antara pakej yang ada di dalam Jelajah Lombok adalah :

  • Pakej 3 hari 2 malam Lombok
  • Pakej 4 hari 3 malam Lombok
  • Pakej 4 hari 3 malam Lombok
  • Pakej 5 hari 4 malam Lombok

Tempat Menarik di Indonesia 18

Tempat Menarik di Indonesia 19

Tempat Menarik di Indonesia
#7. Jelajah Yogyakarta

Yogyakarta merupakan sebuah bandar yang penuh dengan warisan sejarah di Indonesia. Yogyakarta adalah pusat seni dan budaya Jawa seperti batik Jawa , muzik , tembikar dan wayang patung. Kuil Borobodur dan Kuil Prambanan mungkin adalah kuil yang paling ikonik di Indonesia. Oleh kerana warisan sejarah yang banyak dan penting , Yogyakarta disenaraikan sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh UNESCO pada 1991. Di Yogyakarta , anda mampu melihat dengan dekat keunikan dan kemegahan seni bina dan sejarah Indonesia. Selain itu , anda juga boleh melihat dengan dekat gunung berapi yang aktif iaitu Gunung Berapi Merapi.  Jelajah Yogyakarta mempunyai 3 jenis pakej seperti :

  • Pakej 3 hari 2 malam Yogyakarta – Merapi – Borobudur
  • Pakej 4 hari 3 malam Yogyakarta – Merapi – Dieng – Borobodur
  • Pakej 4 hari 3 malam Yogyakarta Ada Apa Dengan Cinta ( AADC )

Tempat Menarik di Indonesia 20 Tempat Menarik di Indonesia 21 Tempat Menarik di Indonesia 22

Tempat Menarik di Indonesia
#8. Jelajah Palembang

Palembang antara bandar yang terbesar selepas Medan dan merupakan ibu bandar selatan Sumatera di Indonesia. Mercu tanda yang terkenal di Palembang adalah seperti Jambatan Ampera dan Sungai Musi. Sungai Musi membahagi bandar Palembang kepada dua di mana bahagian utara sungai tersebut dikenali sebagai Seberang Ilir dan bahagian selatan dikenali sebagai Seberang Ulu. Seberang Ilir dijadikan pusat pembangunan ekonomi manakala Seberang Ulu dijadikan sebagai pusat politik Palembang. Anda boleh menikmati keindahan Sungai Musi dengan menaiki bot sambil menikmati makanan tempatan , melawat Muzium Taman Purbakala Kerajaan Sriwijaya  dan melihat pelbagai warisan tradisional di Palembang. Jelajah Palembang mempunyai hanya satu pakej :

  • Pakej 3 hari 2 malam Palembang

Tempat Menarik di Indonesia 23 Tempat Menarik di Indonesia 24 Tempat Menarik di Indonesia 25

Tempat Menarik di Indonesia
#9. Jelajah Pekan Baru

Pekan Baru adalah ibu bandar Riau , sebuah pulau di Sumatera. Ia terletak di persisiran Sungai Siak yang mengalir ke Selat Melaka . Oleh itu , ia menjadi tumpuan sebagai salah satu pelabuhan yang terkenal di Selat Melaka. Di Pekan Baru , anda boleh melawat Balai Dang Merdu , Masjid Agung , Istana Siak , Makam Sultan , Masjid Agung An-Nur , Jembatan Tengku Agung Sultanah Latifah , Muzium Riau , Bangunan Budaya Riau ataupun membeli-belah di Pasar Bawah dan Pusat Membeli-belah Matahari. Anda boleh memilih salah satu antara dua pakej yang terdapat di dalam Jelajah Pekan Baru iaitu :

  • Pakej 3 hari 2 malam Pekan Baru
  • Pakej 4 hari 3 malam Pekan Baru – Siak

Tempat Menarik di Indonesia 26 Tempat Menarik di Indonesia 27

Tempat Menarik di Indonesia
#10. Jelajah Labuan Bojo ( Pulau Komodo )

Pulau Komodo adalah salah satu daripada 17 508 yang membentuk Indonesia. Pulau ini unik kerana menjadi habitat biawak Komodo , spesis biawak yang terbesar di dunia. Di pulau tersebut , anda boleh melakukan aktiviti snorkeling , belayar secara “live on board” ke pulau – pulau sekitar flores dan melihat sendiri ribuan kelawar buah terbang keluar dari habitat mereka , melihat secara dekat biawak Komodo dan beberapa lagi jenis hidupan yang unik di Pulau Komodo , berenang dan berehat di Pantai Merah dan Pantai Bidadari dan menikamati siulan burung ketika meneroka Pulau Komodo . Anda boleh menikmati semua ini dengan menggunakan salah satu daripada pakej yang ada dalam Jelajah Labuan Bojo :

  • Pakej 4 hari 3 malam Komodo
  • Pakej 5 hari 4 malam Komodo

Tempat Menarik di Indonesia 28 Tempat Menarik di Indonesia 29 Tempat Menarik di Indonesia 30

Jadi itulah pakej yang disediakan PT Jalan Jalan Yuk Tour & Travel untuk pelanggan mereka. Banyak bukan ? saya pun mengalami kesukaran untuk memilih pakej yang saya mahukan. Kalau tak cukup satu mungkin saya akan mengambil beberapa pakej sekaligus. Tidak mustahil bukan?

Boleh Percaya Ke PT Jalan Jalan Yuk Tour & Travel | Tempat Menarik di Indonesia

Setakat ini tiada lagi reaksi negatif sepanjang penubuhan PT Jalan Jalan Yuk Tour & Travel. Mereka adalah syarikat pelancongan yang profesional . Tidak mungkin mereka akan melakukan perkara  yang akan merosakkan reputasi yang telah mereka bina dengan penuh kesukaran dan kepayahan selama beberapa tahun ini dengan menipu pelanggan mereka atau memberi servis yang kurang memuaskan. Untuk penambahan , sekiranya anda datang seorang diri ke Indonesia tanpa syarikat pelancongan , PT Jalan Jalan Yuk Tour & Travel juga boleh menyediakan khidmat pengangkutan untuk anda. Harganya murah dan berpatutan. Kualiti mereka juga berada di taraf antarabangsa. Anda pasti rasa berbaloi menggunakan servis mereka.

5 tempat menarik di indonesia travel and tours

Tunggu Apa Lagi. Lawati Tempat Menarik di Indonesia dengan PT Jalan Jalan Yuk Tour & Travel

Tiada lagi sebab untuk anda menunggu. Bawalah keluarga anda pergi bercuti di Indonesia dan merehatkan badan dan minda anda. Peluang seperti ini jarang berlaku di mana anda hanya perlu membayar untuk pakej yang anda mahukan dan tidak perlu melakukan apa-apa . Hanya tunggu dan nikmati kenikamatan melancong yang maksimum.

Hubungi pihak PT Jalan Jalan Yuk Tour & Travel sekarang dan langgan pakej yang anda mahukan sekarang dengan menggunakan maklumat yang saya berikan di bawah. Anda pasti tidak akan menyesal. Selamat bercuti dan bergembira bersama keluarga. Sekian dari saya.

Jom Buat Tempahan Pakej Pelancongan Ke Indonesia SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Jln. Perwira No 104 B 28912 Bagan Siapiapi, Riau Indonesia

   
Jom Buat Tempahan Pakej Pelancongan Ke Indonesia SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Buat Tempahan Pakej Pelancongan Ke Indonesia SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: