Review
Feb 19, 2018, 11:58am

10 Senarai Makanan Sedap Di Kuala Lumpur


  •  
  •  
  •  
  •  
 Alang-alang mengunjungi Kuala Lumpur, mesti teringin nak makan makanan yang sedap-sedap di sini.  Apatah lagi tengah lapar dan perut berkeroncong.  Penduduk Kuala Lumpur seperti anda juga pasti tahu apakah makanan sedap yang menjadi kegemaran penduduk Kuala Lumpur yang merupakan kaki makan ini!  Terdapat banyak makanan sedap di Kuala Lumpur yang anda boleh cuba.
makanan sedap di kuala lumpur

1. Ikan Bakar Seri Menanti Jalan Bellamy

Sekiranya anda seorang penggemar ikan bakar, destinasi yang anda wajib kunjungi adalah Ikan Bakar Seri Menanti yang bertapak di Jalan Bellamy atau belakang istana lama. Menu yang dijual disini lebih kepada nasi putih dan lauk pauk. Namun, keutamaannya adalah ikan bakar seperti ikan pari, ikan jenahak, ikan keli, ikan kembung, ikan talapia dan sotong bakar. Makanan jenis bakar ini sedap dimakan bersama air asam dan sambal belacan. Tengahari adalah waktu kemuncak ramainya pelanggan yang akan datang menikmati hidangan tengahari disini. Kelazatan dan kepelbagaian menu lauk Ikan Bakar Seri Menanti sangat terkenal dan menjadi tarikan.  Anda wajib berkunjung disini.

ikan bakar makanan sedap di kuala lumpur yang wajib anda cuba

2. Nasi Ayam Hainan Taman Melawati

Anda juga boleh dapatkan nasi ayam hainan di Taman Melawati Kuala Lumpur.  Untuk pengetahuan anda, kedai nasi ayam hainan yang amat sedap ini tidak lekang dengan pelanggan setiap hari.  Kuah sambalnya yang pekat dan kicap ayam yang sangat menyelerakan menjadi rahsia kelazatan nasi ayam hainan ini.  Perniagaan nasi ayam legend yang menggunakan resepi tradisional ini dimiliki oleh seorang China muslim.  Keenakan nasi ayam ini memang sangat terkenal di Taman Melawati dan anda patut rasa.

nasi ayam hainan makanan sedap di kuala lumpur

3. Nasi Arab Hadramawt

Restoran Hadramwat di Jalan Ampang terkenal dengan Nasi Arabnya yang lengkap dan enak dihidangkan bersama ayam dan kuahnya. Ia juga dikenali sebagai nasi arab mandy. Untuk pengetahuan anda, makanan Yaman merupakan jenis masakan utama yang disediakan di Restoran Hadramawt ini. Selain ayam, anda juga boleh mendapatkan menu seperti lamb stick, ayam, daging dan lain-lain lagi. Konsep makan beramai-ramai bersama keluarga amat berbaloi dan menyeronokkan disini.

nasi arab hadramawt makanan sedap di kuala lumpur

4. Teochew Cendol Tesko Ampang

Teochew Cendol merupakan cendol yang disajikan berupa style utara. Cendol yang berada di lot kedai Teochew Chendol di Tesko Ampang ini merupakan hidangan yang pernah disajikan beberapa tahun yang lalu di gerainya yang terletak di Pulau Pinang. Bagi memperingat kenangan dan mengimbas semula sejarah, Teochew cendol ini telah bertapak di tesco Ampang. Cendol yang pekat dengan santan dan gula ini amat lazat dan benar-benar segar. Ia merupakan makanan yang sangat sedap dan istimewa di Kuala Lumpur. Anda boleh menikmatinya pada waktu malam, siang ataupun petang.

cendol sedap tesco makanan sedap di kuala lumpur

5. Ikan bakar Lorong Masjid Jamek

Makanan berat berupa nasi putih dan ikan bakar ini menjadi bualan ramai rakan-rakan pejabat saya pada suatu ketika dahulu. Ikan bakar yang terdiri daripada ikan pari, ikan cencaru, ikan tilapia dan sebagainya ini boleh dimakan bersama nasi dan pelbagai jenis lauk pilihan lagi yang dijual di situ. Ikan bakar disini menjadi rebutan dan permintaan pelanggan setiap hari. Ia dimakan bersama air asam ataupun sambal belacan. Di tengah-tengoh lorong Masjid Jamek, kedai makanan yang tersergam ini dengan menawarkan pelbagai jenis makanan dan seakan-akan syurga makanan bagi mereka yang baru ataupun yang telah lama datang ke sini.

ikan bakar masjid india makanan sedap di kuala lumpur

6. Steamboat Downtown Cheras

Steamboat yang terdapat di area Downtown Cheras yang dijual dengan konsep bayaran berdasarkan cucuk makanan merupakan salah satu makanan yang sangat sedap di Kuala Lumpur. Anda boleh memilih mana-mana jenis steamboat yang anda suka seperti makanan laut, makanan berasaskan ikan, ketam, udang, ayam, sayur dan sebagainya. Bagi memudahkan pihak anda, anda dijemput untuk menikmati steamboat ini secara makan di gerai dan juga boleh membungkusnya untuk dimakan bersama keluarga anda. Makan di gerai lebih selesa kerana anda dapat menikmati angin malam yang tenang dan sejuk.

steamboat downtown cheras makanan sedap di kuala lumpur

7. Kuah Sup Island Gombak

Kuah sup island di kawasan Gombak ini sangat terkenal dengan makanan berasaskan sup. Antara menu yang disediakan adalah bihun sup, sup tulang, sup daging, mee sup dan sebagainya. Namun, kesemua makanan yang berasaskan sup sangat sedap dan terbaik di Kuala Lumpur ini menjadi kegemaran masyarakat setempat. Kelebihan sup island ini adalah ia merupakan sup yang pekat dan tidak sama seperti di kedai-kedai lain yang tawar dan lebih ajinomoto.

kuah sup island gombak makanan sedap di kuala lumpur

8.  Shell Out Gombak

Pastikan anda tidak akan ketinggalan untuk menikmati kesedapan shell out Gombak yang menjadi hidangan barat bagi anda yang sukakan makanan ala barat. Shell out di Restoran Shell Out @ Patin Tempoyak yang terkenal di Gombak ini sangat mengeyangkan dan lengkap dengan pelbagai inti masakan seperti udang, kerang, lala, ketam dan sebagainya. Keenakan Shell Out ini sangat cukup rasa dengan rasa sweet sour, blackpaper, panas dan pedas dan lain-lain lagi.

shell out gombak makanan sedap di kuala lumpur

9. Nasi Royale Ampang

Nasi royale ampang ini juga terkenal sebagai nasi lemak royale ampang yang berasal daripada kedah. Ia merupakan makanan kegemaran sultan kedah. Tekstur hidangan ini adalah nasi yang bewarna kuning yang sedap dan lauk ayam hitam. Anda juga boleh memilih lauk- pauk yang anda mahukan. Ianya sangat puas dan kenyang dimakan.

nasi lemak royale makanan sedap di kuala lumpur

10. Satay Bongsu Warisan

Pernahkah anda mencuba satay bongsu? Satay bongsu terkenal dengan kuah kacangnya yang amat sedap dan daging sataynya yang lembut, besar dan sedap. Satay ayam dan daging disini amat istimewa dan boleh dimakan oleh orang tua, kanak-kanak dam semua lapisan masyarakat kerana ia tidak liat dan keras. Tambahan pula, kuah kacangnya sangat enak dibuat mengikut “Ramuan Rempah Asli Istimewa Sejak 1951”. Ia merupakan warisan tradisi zaman berzaman serta kuah satay yang legend abad ini.

satay bongsu makanan sedap di kuala lumpur

Satay Bongsu Warisan Kuala Lumpur

Anda yang menetap di Kuala Lumpur wajib datang ke sini kerana keenakan kuah sataynya tidak terdapat di mana-mana kedai satay. Kuah satay ramuan rempah asli ini sangat tradisional dan dibuat daripada gabungan rempah-rempah yang mempunyai pelbagai zat dan khasiat.  Cuba anda bayangkan, daging satay dicicah dengan kuah kacang yang pekat, enak dan hebat ini dimakan begitu sahaja dengan hirisan bawang dan timun sebagai penampah rasa atau pelengkap aroma dan rasa satay. Pastinya amat menyelerakan dan kena dengan citarasa anda. Selain satay ayam dan daging, nasi impit juga disediakan sebagai menu tambahan untuk anda.  Nasi impit yang dipotong tebal dimakan dengan kuah kacang satay. Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak dan bagi mereka yang inginkan makanan ringan. Perniagaan Satay Bongsu Warisan ini dimiliki oleh Ahlul Badr Resources. 

satay bongsu antara makanan sedap di kuala lumpur

Satay Bongsu Warisan Untuk Tempahan

Satay Bongsu Warisan juga bersedia untuk menerima tempahan satay. Sekiranya anda perlukan satay atau menu sampingan seperti satay dan nasi impit untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis hari lahir, pertunangan, pernikahan, perkahwinan atau apa sahaja majlis keraian termasuklah mesyuarat di pejabat dan sebagainya, Satay Bongsu Warisan tidak pernah menghampakan anda. Selain majlis-majlis, sekiranya anda perlukan perkhidmatan dan satay bongsu warisan untuk hari kenduri juga disediakan. Satay Bongsu Warisan memberikan perkhidmatan yang cepat, mesra dan harga yang berpatutan.

tempahan satay sedap di kuala lumpur

Sebab Anda Perlu Makan Satay Bongsu Warisan PPR Hiliran Ampang Kuala Lumpur

Anda patut merasai Satay Bongsu Warisan yang menjadi bualan para pengunjung dan masyarakat setempat ini. Keunikan dan perbezaan rasa dan teksturnya dengan satay-satay lain di luar sana menjadi tarikan gerai satay bongsu warisan ini. Terdapat banyak sebab kenapa anda perlu rasa Satay Bongsu Warisan yang diperkatakan ini. 

satay bongsu yang diperap lama sebelum di bakar
  • Satay yang tebal, besar dan enak dimakan
  • Kuah kacang enak dan pekat dimakan dengan satay dan nasi impit
  • Kawasan gerai yang strategik dan mudah dicari
  • Kawasan yang mudah parking
  • Harga yang berpatutan dan berbaloi dengan tekstur makanannya
  • Perkhidmatan yang cepat dan pantas
  • Perkhidmatan yang mesra pelanggan
  • Dibuka untuk tempahan majlis-majlis dan kenduri
  • Kuah kacang yang diformulasi dengan Ramuan Rempah Asli Istimewa Sejak 1951.
  • Gerai yang bersih dari segi meja makan dan tempat masakan
  • Sesuai untuk makan bersama keluarga besar, rakan-rakan dan sesiapa sahaja
  • Dagingnya sangat lembut dan empuk

Harga Satay Bongsu Warisan

Harga satay ayam dan daging dijual pada harga yang sama iaitu RM1 untuk setiap cucuk. Ia sangat berpatutan dan berbaloi dengan isi dagingnya yang tebal dan besar serta empuk dan lembut itu. Dagingnya tidak liat dan mudah dimakan oleh sesiapa sahaja. Sekali anda mencubanya, pasti akan nak lagi dan bertambah-tambah. Anda juga boleh menempahnya pada bila-bila untuk dimakan dimana sahaja.

harga satay bongsu cuma RM1 satu cucuk sangat berbaloi

Lokasi Dan Waktu Gerai Satay Bongsu Warisan Dibuka

Gerai Satay Bongsu Warisan ini bertempat di PPR Hiliran Ampang. Sangat mudah untuk anda temuinya kerana ia berada di tepi Jalan (bersebelahan dengan MRR2). Selain mempunyai kawasan yang strategik, anda dapat merasai udara malam yang nyaman dan makan dengan selesa di gerai satay bongsu warisan. Gerai satay bongsu warisan ini beroperasi pada setiap hari kecuali khamis pada jam 5.30pm-11.30pm. Anda yang merupakan penggemar satay wajib mencuba kelazatan satay dan kuah kacang bongsu warisan ini.

lokasi satay bongsu makanan sedap di kuala lumpur

Jom Makan Di Gerai Satay Bongsu Warisan

Makanan sedap dan lazat di Kuala Lumpur yang mudah didapati ini amat-amat disyorkan. Sekiranya anda ingin untuk menikmati satay, anda boleh berkunjung ke gerai Satay Bongsu Warisan setiap minggu dan bila-bila masa sahaja untuk merasakan keenakannya yang tidak dapat dilupakan. Jom makan di Gerai Satay Bongsu Warisan!

gerai satay bongsu yang menjadi pilihan warga Kuala Lumpur

Testimoni Mereka Yang Telah Berkunjung ke Satay Bongsu Warisan

Anda boleh lihat testimoni dan apa kata mereka yang telah berkunjung ke Satay Bongsu Warisan dan telah menikmati kelazatannya. Ia sangat berbaloi dan menjadi kesukaan mereka semua dan telah mendapat rating 5 bintang.

testimoni satay bongsu ppr hiliran ampang

Jom Serbu Gerai Satay Bongsu Hiliran Ampang Malam Ni!

Kalau anda sudah tak sabar merasai kelembutan daging satay yang diperap dengan rempah terpilih dan juga kepedasan sambal kuah kacang warisan tradisi, jemputlah datang ke Gerai Satay Bongsu yang terletak di Bandar Hilir Ampang. Boleh saje search dengan carian PPR Hiliran Ampang dan sangat mudah nak jumpa tempat ni. Yang mana nak tempah tu, boleh klik nombor telefon dibawah untuk whatsApp atau telefon ye.

satay bongsu warisan

 GERAI SATAY BONGSU WARISAN |  MAKANAN SEDAP DI KUALA LUMPUR

Hubungi: Tekan untuk telefon (019-2571879) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: @SatayBongsu

Lokasi: Bandar Hilir Ampang, Kuala Lumpur (Boleh Waze atau Maps)