Insurans
May 2, 2018, 9:41am

10 Mitos Perlindungan Kad Perubatan Yang Mesti Diperbetulkan


  •  
  •  
  •  
  •  

Apa itu kad perubatan ataupun dengan terma yang lebih dikenali iaitu “medical card”? Kad perubatan adalah kad yang memberi kemudahan dan jaminan untuk anda mendapatkan rawatan yang terbaik di hospital swasta mahupun di hospital kerajaan. Memiliki kad perubatan itu sama pentingnya dengan memiliki insurans kenderaan. Sekiranya anda mampu untuk menyimpan wang sendiri untuk membeli perubatan sendiri, mengapa tidak untuk kad perubatan?

katil Kad perubatan

Fungsi kad perubatan adalah sebagai perlindungan buat anda dan ahli keluarga anda sekiranya anda mempunyai masalah untuk membayar bil hospital yang mahal harganya. Melalui kad perubatan, anda mampu mendapatkan rawatan yang selesa, pantas dan efisien.

Terdapat pelbagai mitos apabila perlindungan kad perubatan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap kad perubatan ini. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menghilangkan persepsi negatif terhadap perlindungan kad perubatan. Mewujudkan akaun perlindungan kad perubatan adalah tindakan yang bjiak buat anda yang betul-betul inginkan kesejahteraan hidup pada masa hadapan kelak.

Ramai orang mempunyai kurang kesedaran terhadap betapa pentingnya perlindungan kad perubatan ini. Mari kita lihat 10 mitos yang sering disalah ertikan oleh rakyat Malaysia.

great Kad perubatan
  1. KAD PERUBATAN DENGAN SIMPANAN ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA KAD PERUBATAN DENGAN KAD PERUBATAN “STAND ALONE”

Tiada istilah kad perubatan yang lebih baik cuma lebih sesuai. Ini adalah kerana setiap kad perubatan mempunyai kelebihan masing-masing. Tambahan pula, setiap kad perubatan juga memiliki polisi yang berbeza-beza. Jadi, ia bergantung kepada mana-mana individu yang ingin mempunyai perlindungan kad perubatan yang bersesuaian dengan pilihan mereka. Selain itu, kad perubatan yang ditawarkan mempunyai pelbagai variasi yang bersesuaian dengan citarasa setiap individu. Sekiranya anda musykil dan masih tidak dapat melakukan keputusan, jangan risau terdapat perunding yang akan membantu anda untuk membuat keputusan yang bijak bersesuaian dengan kondisi kewangan anda. Kad perubatan merupakan alternatif yang bijak buat rakyat Malaysia yang inginkan perlindungan dari segi kesihatan. Jadi tidak perlu membandingkan tiap kad perubatan dan pilih sahaja pelan yang sesuai dengan kondisi dan bajet anda.

kanak Kad perubatan
  1. ADA KAD PERUBATAN, TAK PERLU KE HOSPITAL KERAJAAN

Fungsi sesebuah hospital adalah untuk memberi kemudahan kepada orang yang sakit untuk menerima rawatan. Tidak dinafikan ramai yang lebih suka memilih hospital swasta kerana mereka lebih selesa untuk menerima rawatan disitu. Tetapi, hal ini menjadi tidak adil buat orang yang lebih menyukai menerima rawatan di hospital kerajaan. Semua perkara ini salah sama sekali. Tiada polisi atau mana-mana undang-undang yang menyatakan sekiranya ada kad perubatan, tidak perlu ke hospital kerajaan. Hak memilih adalah di tangan masing-masing. Sekiranya seseorang individu itu lebih suka hospital kerajaan, maka kad perubatan juga boleh digunakan di hospital kerajaan. Ramai orang yang berpendapat bahawa kad perubatan ini hanya boleh dan khas digunakan di hospital swasta sahaja. Anggapan ini adalah tidak benar sama sekali. Jika tidak suka hospital swasta, kita ada opsyen lain.Sekadar peringatan buat semua individu bahawa bukan semua perlindungan plan adalah perlindungan kad perubatan secara total. Ramai yang masih keliru bahawa tanggungan adalah 100% berdasarkan kad perubatan.Jadi, pihak individu itu tidak perlu membayar apa-apa. Itu adalah salah sama sekali.

tulis Kad perubatan 
  1. KAD PERUBATAN TIDAK PERLU BUAT ANAK-ANAK MUDA

Ini merupakan antara mitos-mitos yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Ramai orang bila sudah lanjut usianya,baru mencari kad perubatan untuk dijadikan insurans hidup. Tindakan ini salah sama sekali kerana kita tidak tahu bila kita akan jatuh sakit. Selain itu, kanak-kanak harus diberi perlindungan lebih kerana pada usia yang muda, “antibody” mereka masih lemah. Jadi mereka lebih mudah untuk dijangkiti penyakit. Buat pasangan yang baru berkahwin dan mempunyai bayi atau anak yang masih kecil, anda perlu melanggan perlindungan kad perubatan buat mereka mulai sekarang supaya masa hadapan kelak mereka tidak akan mempunyai sebarang masalah.Buat mereka yang mempercayai mitos bahawa pada usia muda tidak perlukan kad perubatan adalah salah sama sekali.

Claim Kad perubatan 
  1. KAD PERUBATAN SUSAH UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN

Perlindungan kad perubatan tidak susah untuk dituntut sekiranya setiap klausa, terma dan syarat dipatuhi. Hal ini terjadi selalunya daripada pihak pelanggan yang menyorok dan menipu mengenai sejarah tuntutan mereka. Sebagai contoh, kemalangan yang disengajakan, tuntutan palsu terhadap kemalangan atau kecederaan yang tidak pernah berlaku, kemalangan akibat tergelincir atau terjatuh yang disengajakan, mengenakan bayaran ke atas pemeriksaan perubatan yang tidak diberikan dan banyak lagi. Hal-hal seperti ini akan menjadikan tuntutan anda tidak lulus. Namun sekiranya setiap polisi dipatuhi, maka proses tuntutan pun akan menjadi pantas dan akan ditangani secara efisien. Maka, proses tuntutan dan pampasan pun akan berjalan dengan lancar.

Duit Kad perubatan 
  1. PERLINDUNGAN KAD PERUBATAN TERLALU MAHAL

Terdapat pelbagai jenis kad perubatan yang ditawarkan. Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk bijak mencari kad perubatan yang kena dengan bajet anda. Ia berdasarkan keperluan kewangan. Yang penting ialah perlindungan dan bajet yang sesuai dengan keperluan. Mulakan daripada sekarang kebiasaan menyimpan wang untuk perlindungan anda dan keluarga. Alasan mahal sentiasa dijadikan alasan individu yang mementingkan diri dan tidak memikirkan kesan jangka masa panjang apa kad perubatan mampu lakukan terhadap kehidupan anda. Anda boleh mula menyimpan gaji anda sedikit demi sedikit untuk melanggan kad perubatan ini dan dapatkan perlindungan sepanjang hayat.

kad insurans Kad perubatan
  1. PILIH PERLINDUNGAN KAD PERUBATAN YANG BERJENAMA SAHAJA

Ini adalah mitos yang mengarut. Kad perubatan tidak seharusnya dibandingkan dengan cara anda membeli belah kerana perlindungan kad perubatan ini mempunya kebaikan jangka masa yang panjang. Setiap jenama mempunyai polisi yang berbeza bersesuaian dengan keadaan wang anda. Setiap fungsi kad perubatan adalah sama sahaja iaitu untuk memberi jaminan kepada individu yang menghadapi musibah dari segi kesihatan. Tambahan pula, kad perubatan yang berjenama tidak menjamin keberkesanan sesuatu perlindungan. Tidak dinafikan terdapat beberapa kad perubatan yang berjenama terkenal namun kita harus mengubah cara pemikiran kita bahawa setiap kad perubatan yang ditawarkan itu berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing.

 dompet kosong Kad perubatan
  1. PEMBAZIRAN BERLAKU SEKIRANYA TIDAK BERLAKU SEBARANG MUSIBAH

Sediakan payung sebelum hujan merupakan peribahasa yang sangat sesuai untuk menerangkan mitos ini. Tidak akan berlaku sebarang pembaziran sekiranya anda membeli perlindungan kad perubatan ini kerana adalah sangat mustahil buat seorang manusia untuk tidak jatuh sakit. Apatah lagi sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada ketentuan Tuhan iaitu meninggal dunia. Maka dengan itu, isu pembaziran ini tidak seharusnya dipertikaikan kerana ini adalah demi masa hadapan kita bersama. Pembaziran adalah suatu ungkapan yang tidak wajar digunakan sekiranya terdetik di dalam hati anda untuk mengambil berat mengenai kesihatan anda. Ungkapan mementingkan diri adalah lebih sesuai untuk keadaan ini kerana anda memilih untuk mengabaikan perlindungan kad perubatan yang telah ditawarkan kepada anda.

kaunter Kad perubatan
  1. MENGANGGAP PERLINDUNGAN KAD PERUBATAN INI HANYA PERLU DILANGGAN SEKADAR “ADA” TANPA USUL PERIKSA

Ramai yang beranggapan sekiranya kita melanggan kad perubatan, kita biarkan syarikat itu melakukan segalanya. Sepatutnya, individu yang melanggan itu juga harus turut mengetahui perkembangan perlindungan kad perubatan mereka. Kad perubatan bukanlah sebarang perlindungan yang dilanggan tanpa mengetahui apa kebaikannya pada masa hadapan. Kad perubatan ini juga perlu diteliti sebagai perancangan kewangan pada masa hadapan.Sebagai contoh yang mudah, sekiranya anda berjumpa dengan perunding atau agen yang mengendalikan perlindungan kad perubatan kepada anda, pastikan anda bertanyakan soalan atau menyemak polisi yang ditawarkan kepada anda. Ini adalah kerana setiap polisi yang ditawarkan adalah berbeza mengikut syarikat atau pelan-pelan yang sedia ada. Perlindungan kad perubatan yang ditawarkan haruslah kena dengan bajet anda supaya tidak berlaku sebarang perselisihan faham antara dua pihak sekiranya persetujuan tidak dapat dicapai. Anda mempunyai hak yang sepenuhnya untuk memilih.

scam Kad perubatan
  1. PERLINDUNGAN KAD PERUBATAN INI ADALAH PENIPUAN SEMATA-MATA

Tidak dinafikan memang banyak kes penipuan yang viral di media sosial yang menyebabkan ramai orang takut untuk melanggan kad perubatan. Hakikatnya, kad perubatan merupakan suatu jaminan untuk membantu anda untuk menguruskan kewangan sebenarnya. Antara contohnya ialah kemalangan, kematian dan hal kesihatan. Adalah salah sama sekali jika perlindungan kad perubatan dianggap sebagai penipuan sedangkan apa yang cuba dicapai oleh pihak perlindungan kad perubatan ialah untuk membantu meringankan beban anda dan memudahkan urusan anda kelak. Terdapat lima perkara yang anda perlu semak sekiranya anda ragu-ragu dengan status agen atau perunding kad perubatan ini. Ianya adalah dari segi “coverage” atau liputan. Adakah tahunan atau seumur hidup. Seterusnya adakah ia “co-payment” atau “full-payment” Maksudnya adalah peratusan yang perlu ditanggung sendiri. Pembaharuan kad perubatan. Adakah secara tahunan atau seumur hidup. Daripada segi polisi pun harus diambil kira sama ada ubah atau tetap. Akhir sekali, harga hospital dan wad. Kita harus menjadi realistic sama ada jumlah liputan tersebut tahan inflasi.

tunjuk Kad perubatan
  1. SIMPAN WANG PERLINDUNGAN DALAM BANK LEBIH BAIK DARIPADA MELANGGAN PERLINDUNGAN KAD PERUBATAN

 

Akhir sekali, mitos yang ternyata salah iaitu anda yakin bahawa anda mampu menyimpan wang sendiri untuk memberi jaminan bahawa anda dapat menanggung segala musibah pada masa hadapan kelak. Hakikatnya, anda risau bahawa melanggan perlindungan kad perubatan adalah suatu pembaziran dan penipuan. Anda tidak perlu risau akan hal ini kerana melanggan perlindungan kad perubatan ini adalah berbentuk pelaburan yang positif bukannya negatif.Adalah salah bagi seseorang tidak merancangan kewangan mereka pada masa hadapan kerana tindakan ini dipanggil mementingkan diri. Yakinkah anda dapat menyimpan wang anda secara konsisten sekiranya anda ingin simpan wang perlindungan dalam bank daripada melaburkan kepada kad perubatan? Persoalan ini sentiasa diajukan kepada individu yang tidak mahu ada kena mengena langsung dengan kad perubatan kerana mereka yakin akan terhadap diri sendiri dapat menabung. Tindakan ini bukanlah salah malah tindakan ini sebenarnya sangat bagus buat individu yang inginkan kebebasan untuk mengatur kewangan sendiri. Namun, langganan perlindungan kad perubatan ini akan dikendalikan oleh pihak yang lebih arif. Jadi, tidak salah untuk membiarkan mereka melakukan kerja mereka.

SOLUSI BUAT ANDA!

AXA eMedic Online Medical Card akan membantu anda untuk menyelesaikan bebanan anda. Memperkenalkan AXA eMedic, insurans perubatan dalam talian secara kendiri yang pertama di Malaysia yang dibuat khas untuk milenium, dari hanya RM32 sebulan! Hanya tunjukkan kad e-perubatan anda untuk kemasukan hospital tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan kecederaan.

affin Kad perubatan

Antara kelebihan AXA eMedic Online Card adalah, ia menanggung:

  • Untuk caj kemudahan bilik rawatan
  • Kos hospital dan pembedahan
  • Rawatan pesakit luar

Sila layari laman sesawang https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview untuk maklumat lebih lanjut.