Review
Jan 8, 2018, 5:56pm

10 Kriteria Penting Yang Anda Kena Tahu Bila Beli Rumah Untuk Pelaburan


Memiliki rumah sendiri adalah sesuatu yang amat menggembira dalam hidup seseorang. Bila sudah memiliki rumah idaman, mesti ada yang terfikir untuk beli rumah untuk pelaburan di masa hadapan. Untuk memiliki rumah untuk pelaburan banyak yang korang kena senaraikan sebelum memilikinya. Antaran duit pendahuluan, CCRIS lepas ke tak, loan sedia ada bayarannya lancar ataupun tidak dan sebagainya. Bila semuanya lancar boleh la korang bertindak mencari rumah jenis apa yang korang hendak jadika pelaburan itu.

Kriteria Penting Yang Anda Kena Tahu Bila Beli Rumah Untuk Pelaburan 09

Apa-apa pun jangan lupa duit pendahuluan diantara 10% – 15% perlu disediakan sebelum membuat tinjauan rumah-rumah yang ditawarkan. Nantikan rumah ke mana korang pun entah kemana. Nak beli rumah untuk pelaburan ini bukan mudah, banyak kriteria yang perlu korang ambik tahu. Nak tahu apa kriteria yang perlu korang ambik tahu sebelum membeli rumah pelaburan.

1. Buat Pemeriksaan Dalaman Unit Yang Korang Nak Beli Itu | Tips Beli Rumah Untuk Pelaburan

Kriteria Penting Yang Anda Kena Tahu Bila Beli Rumah Untuk Pelaburan 10

Ini antara checklist yang korang boleh buat untuk tujuan memeriksa setiap barang kat dalam rumah itu nanti:

  1. Periksa suis semua lampu dan kipas. Point elektrik (kalau boleh) pula, cuba periksa sama ada ia berfungsi dengan baik atau tak.
  2. Periksa air. Adakah air itu keruh dan berkarat? Atau bersih suci murni? Kita juga boleh kaji sekali tahap tekanan air sama ada ia laju atau perlahan. Yang beli unit high-rise, ini perkara wajib yang kita kena periksa.
  3. Periksa semua perkara kat dalam tandas. Pastikan tandas tak tersumbat dan boleh flush tanpa sebarang masalah.
  4. Periksa status hartanah sama ada ia leasehold atau freehold. Tengok berapa tahun tinggal (untuk unit leasehold).
  5. Tanya penjual atau ejen berapa maintenance fee.
  6. Dapatkan maklumat pasal sebarang hutang tertunggak yang ada, seperti bil air dan elektrik.
  7. Tombol pintu. Periksa sama ada ia masih berfungsi dengan elok atau tak.
  8. Sinki dapur. Tersumbat atau tak.
  9. Dinding yang retak (ini penting). Kalau ada, ambil gambar sebagai bukti. Takut-takut ia keretakan dalaman yang kritikal.
  10. Periksa tiles atau lantai yang pecah atau retak.
  11. Sebarang kebocoran kat bahagian dinding rumah. Kerosakan ini akan menelan kos baik pulih yang tinggi. Dan ingat ya, sentiasa ambil gambar sebagai bukti.

2. Buat Pemeriksaan Luaran Rumah Pula | Tips Beli Rumah Untuk Pelaburan

Kriteria Penting Yang Anda Kena Tahu Bila Beli Rumah Untuk Pelaburan 02

  1. Periksa kawasan sekitar rumah. Kalau dekat dengan kawasan kubur ke, tak banyak penyewa berani nak sewa..
  2. Jalan kat sekitar kawasan rumah. Ada jalan yang sesak tak? Kalau sesak sentiasa, itu tanda yang penduduk kat situ ramai. Peluang nak sewakan pun jadi tinggi.
  3. Tangga kawasan rumah. Kalau kotor, alamat pengurusan kat situ memang ke laut.
  4. Kawasan parking. Kalau satu unit boleh dapat 2 lot, lagi best.
  5. Kejiranan (ini amat penting). Kalau majoriti kaum lain, fikirkan balik untuk beli unit itu.

Kriteria Penting Yang Anda Kena Tahu Bila Beli Rumah Untuk Pelaburan 03

Tips 1:
Kalau ada sebarang kerosakan, kita boleh runding balik harga rumah dengan penjual. Ada rezeki, boleh kurangkan harga belian rumah itu dengan banyak (kalau banyak barang rosak teruk).


Tips 2:
Kalau korang jenis rajin, buat satu borang penilaian hartanah. Letak skala 1 (tak memuaskan) hingga skala 5 (amat memuaskan). Kat sini, kita boleh buat keputusan sama ada nak beli atau tak. 
Sebab apa kena buat benda ni? Kita boleh buat keputusan dengan cepat. Kalau tunggu lama-lama, ada potensi orang lain sambar dulu.

Tips 3:
Sentiasa peka dengan semua benda masa buat site viewing. Tambah pula kat kerosakan kecil. Kos baik pulih mungkin tak mahal sangat, tapi korang boleh dapat diskaun lebih daripada kos baik pulih itu. Untung penjimatan yang lumayan.

Kriteria-Penting-Yang-Anda-Kena-Tahu-Bila-Beli-Rumah-Untuk-Pelaburan-11

  1. Sentiasa periksa keadaan dalam dan luar rumah. Check semua suis dan palam eletrik, lampu, kipas, dan flush tandas. Tak lupa juga dengan aliran air kat dalam rumah.
  2. Tanya kat penjual (atau ejen) pasal maintenance fee, dan pastikan unit itu diselenggara dengan baik. Pastikan juga laluan ke kawasan itu juga tak ada sebarang sampah sarap yang sakitkan mata yang memandang.
  3. Senaraikan kerosakan hartanah yang ada. Kita boleh gunakan ini untuk minta turunkan harga jualan kat penjual atau ejen. Boleh kita dapatkan harga yang lebih baik dan dapatkan diskaun.

3. Cara Kira Kelayakan Pinjaman Vs Bajet | Tips Beli Rumah Untuk Pelaburan

Kriteria Penting Yang Anda Kena Tahu Bila Beli Rumah Untuk Pelaburan 01

Bila dahmasuk part loan ni banyak yang nak kena fikir.Sebagai orang Muslim adalah wajib kita mendapat loan yang islamik, bukan konvensional. Jika tak lulus dengan cara islamik, jangan pula try konvensional. Bukan darurat pun.Term loan ditukar kepada Islamic Financing ‘Pembiayaan Islam’

Bagaimana Bank Kira Kelayakan Loan Kita?

Ada beberapa kaedah atau perhatian bank dalam mengira kelayakan loan peminjam. Antaranya;

1. DSR ‘Debt Service Ratio’

Kriteria Penting Yang Anda Kena Tahu Bila Beli Rumah Untuk Pelaburan 12

Secara mudanya, perkiraan adalah (Semua komitmen + installment rumah yang mahu dibeli) / (Gaji Bersih) x 100%. Jumlah yang dapat hendaklah jangan lebih dari 70%. Ada sesetengah bank, lain syaratnya. Depend pada peraturan, promosi atau produk yang ditawarkan. Anda boleh minta bantu ejen hartanah untuk deal dengan banker.

2. CCRIS ‘Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat’ & CTOS

Kriteria Penting Yang Anda Kena Tahu Bila Beli Rumah Untuk Pelaburan 13

Untuk dapatkan Rekod CCRIS anda boleh walk-in terus ke Bank Negara atau buat semakan online. Boleh klik link ini CCRIS yang koyak rabak agak sukar untuk diluluskan loan. So kena hati-hati bila gunakan kad kredit atau dengan pembayaran loan dan ansuran telefon dsb. PTPTN juga kena check. Jangan diblacklistkan. Jangan pula ada rekod CTOS. Nanya.

3. Habit Menyimpan

Kriteria Penting Yang Anda Kena Tahu Bila Beli Rumah Untuk Pelaburan 14

Kita perlu ada sikap suka menyimpan. Sikap itu perlu ditunjukkan melalui bank statement atau penyata sokongan lain. Biasanya banker akan minta supporting document seperti Tabung Haji, ASB atau rekod simpanan lain.Perlu diingat, Baki terakhir dalam bank jangan kurang dari RM 100 sebelum masuk gaji baru. Kalau dah tinggal RM 50, bank anggap kita jenis yang tak suka menyimpan. Macam mana nak bayar loan!

4. Kos Yang Perlu Dibayar Untuk Beli Rumah | Tips Beli Rumah Untuk Pelaburan

Kriteria Penting Yang Anda Kena Tahu Bila Beli Rumah Untuk Pelaburan 05Part ini yang sakit sedikit, sebab kena kira kos untuk beli rumah. Kos ini kena keluar dari poket korang. Kering kontang la jawabnya nak membayar.

b) Tak mengapa. Tak rugi beli hartanah yang berkualiti. Jom kira apa kos yang perlu dibayar:

i) Perlu sediakan 10% depositKalau pandai ayat mengayat boleh kawtim dengan owner untuk keluarkan wang EPF dulu. Yang beli below market boleh dapat untung tapi ada risikonya iaitu mark-up loan. Yang penting owner tahu dan setuju.

Kriteria Penting Yang Anda Kena Tahu Bila Beli Rumah Untuk Pelaburan 15

ii) Legal fee – Kos untuk bayaran guaman iaitu legal fee untuk Sale and Purchase Agreement (SPA/SnP) dan Memorandum of Transfer (MoT) adalah dalam anggaran 3% – 5% dari harga jualan ‘selling price’. Banyak tu boleh diskaun.

5. Valuation Fee | Tips Beli Rumah Untuk Pelaburan

Kriteria-Penting-Yang-Anda-Kena-Tahu-Bila-Beli-Rumah-Untuk-Pelaburan-08

Kos penilaian rumah ditanggung oleh pembeli. Kos ini tak terlalu tinggi. Sangat rendah berbanding Legal fee. Jika hartanah bernilai RM 500,000 kos sekitar bawah RM 2000 sahaja. Dan ada sesetengah kes, dah dimasukkan ke dalam loan.

6. Market Value Vs Selling Price | Tips Beli Rumah Untuk Pelaburan

Kriteria-Penting-Yang-Anda-Kena-Tahu-Bila-Beli-Rumah-Untuk-Pelaburan-16

Market Value (MV) sesuatu hartanah ditentukan oleh Penilai Berdaftar (Registered Valuer) melalui seorang Penilai (Valuer). Lain valuer lain MV yang dapat. Sebab itu MV dikira sebagai range value. Seeloknya MV yang kita dapatkan hendaklah dari bank yang kita mahu mohon pinjaman. Atau boleh juga dengan Valuer Firm yang attach (panel) dengan bank yang mahu kita buat pinjaman. Bank hanya iktiraf value dari valuer yang menjadi panel bank sahaja. Seperti yang saya jelaskan tadi, MoF ditentukan oleh Market Value bukan Selling Price (Harga Jualan) atau Asking Price (Harga Permintaan) penjual. Bagi kes selling price melebihi market value ia dipanggil sebagai over market. Bermaksud pembeli kena topup dengan cash sebab loan diberikan lebih rendah dari selling price.Jika market value lebih tinggi dari selling price. Ia dipanggil sebagai below market. Yang ini sangat-sangat dicari oleh pembeli. Terutama zaman Buyer’s Market.

7. Perlu Ke Saya Gunakan Ejen Hartanah? | Tips Beli Rumah Untuk Pelaburan

Kriteria-Penting-Yang-Anda-Kena-Tahu-Bila-Beli-Rumah-Untuk-Pelaburan-17

Ramai yang takut nak guna khidmat ejen hartanah. Ada yang kadang-kadang alergik bila sebut ejen. Katanya harga rumah naik sebab ejen yang naikkan harga rumah. Ramai rupanya terkeliru antara Ejen Hartanah Berdaftar (REN) dengan Broker Haram.

Berbalik kepada tajuk asal Perlu Ke Saya Gunakan Ejen Untuk Beli Rumah? Jawapannya adalah, Ya. Sebabnya

  1. Pembeli tak perlu membayar walaupun 1 sen kepada ejen hartanah. Sekiranya penjual dah tetapkan pembayaran ejen hartanah.
  2. Ejen bukanlah kapitalis tapi seorang ikhlas nak bantu. Ejen bantu anda untuk berurusan dengan bank dan peguam hartanah.
  3. Jika owner dalam keadaan terdesak untuk menjual hartanah. Ejen akan nasihatkan untuk dijual dengan on market atau below market. Mengambil kira keadaan ekonomi semasa. So, dengan keadaan selling price yang rendah membantu pembeli untuk dapatkan rumah dengan mudah dan jimat.
  4. Sebelum pembeli nak viewing rumah, ejen akan buat filtration ‘tapis dulu’. Ejen akan tanya banyak benda berkenaan dengan kelayakan loan. So jangan malu jangan segan. Bagi sahaja maklumat kepada ejen. Ejen sebenarnya nak bantu agar pembeli tak rugi masa dan tak tersilap beli. Sila baca Panduan Jual Beli Rumah Dengan Ejen Hartanah.
  5. Booking yang dibayar adalah selamat. Sama ada loan anda lulus atau tidak lulus ia tetap selamat.
  6. Semasa viewing rumah ejen akan bantu anda untuk tunjukkan keadaan rumah. Jika ada kerosakan, ejen akan maklumkan kepada anda.

8. View Rumah & Tahu Kondisi Rumah | Tips Beli Rumah Untuk Pelaburan

Kriteria-Penting-Yang-Anda-Kena-Tahu-Bila-Beli-Rumah-Untuk-Pelaburan-18

Part ini sebenarnya jadi masalah selain daripada kes loan. Harga dah cantik dah. Loan rasanya dah lepas. Bila viewing. Berkecai hatiku. Rumah sangat teruk. Kos repair pula cecah puluh ribu. Tak berbaloi nak beli. Pastikan anda view rumah yang nak dibeli sebelum bayar booking. Jangan booking dahulu sebelum view rumah. Jika dah bayar booking, lepas tu tak berkenan. Dan nak minta refund. Memang tak boleh. Sebab owner ada hak untuk forfeit earnest deposit ‘booking’ anda. Seolah-olah korang main-main dan  tidak serius.

9. Dapatkan Maklumat | Tips Beli Rumah Untuk Pelaburan

Kriteria-Penting-Yang-Anda-Kena-Tahu-Bila-Beli-Rumah-Untuk-Pelaburan-19

Dengan hanya menggunakan jari semua maklumat kita boleh perolehi dengan cepat. Kita boleh melawati laman web atau blog yang menulis tentang pelaburan hartanah. Kita juga boleh dapatkan info dengan melawati laman web ataupun Facebook syarikat pemaju perumahan dan hartanah untuk mengetahui tentang projek semasa atau akan datang.

10. Analisa Maklumat Dan Buat Pilihan | Tips Beli Rumah Untuk Pelaburan

Kriteria-Penting-Yang-Anda-Kena-Tahu-Bila-Beli-Rumah-Untuk-Pelaburan-20

Hendak seribu daya, setelah kumpul semua maklumat kita perlu buat analisis dan tapis untuk memastikan maklumat yang diperolehi tu betul. Kebiasaanya, jika kita ingin membeli suatu barang, penilaian yang di buat berdasarkan jenama dan kualiti. Kita juga akan buat perbandingan tentang kelebihan dan kekurangan suatu produk atau perkhidmatan. Bagaimana pula dengan pelaburan hartanah? Apakah kriteria-kriteria yang perlu dipertimbangkan? Kita perlu fokus kepada 2 kriteria penting iaitu:

a. Harga

Kriteria-Penting-Yang-Anda-Kena-Tahu-Bila-Beli-Rumah-Untuk-Pelaburan-22

Pemilihan mestilah berdasarkan kemampuan seseorang. Ia akan menjadi komitmen bulanan kepada pelabur. Tahap pendapatan juga akan menentukan jenis hartanah yang mampu kita miliki dari segi keluasan dan jenis rumah. Kita juga perlu membuat semakan berapa banyak loan yang layak di terima untuk ansuran bulanan.

b. Lokasi

Kriteria-Penting-Yang-Anda-Kena-Tahu-Bila-Beli-Rumah-Untuk-Pelaburan-21

Lokasi juga adalah perkara yang perlu dipertimbangkan. Kita perlu memilih lokasi yang menarik, strategik dan selamat supaya nilainya akan semakin tinggi di masa hadapan. Jadi lebih menguntungkan bila ingin dijual nanti.

Sekiranya korang memerlukan seorang ejen hartanah untuk berbincang tentang urusan jual beli rumah, boleh menghubungi Sayyed Nawaz, Ejen Hartanah berdaftar di bawah Property Hub. 

Kriteria Penting Yang Anda Kena Tahu Bila Beli Rumah Untuk Pelaburan 07

Jom Bertanyakan Aspire Residence Di Cyberjaya SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Property Hub Sdn Bhd Block K-5-9, 10, & 11, No 2 Jalan Solaris Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

   
Jom Bertanyakan Aspire Residence Di Cyberjaya SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Bertanyakan Aspire Residence Di Cyberjaya SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: