Review
Mar 6, 2018, 12:42pm

10 Kepentingan Air Bersih Terhadap Kesihatan Anda Sekeluarga


  •  
  •  
  •  
  •  

Adakah anda tahu bahawa berat badan anda terdiri daripada kira-kira 60 peratus air?  Tubuh anda menggunakan air dalam menggerakkan dan memberi fungsi semua sel, organ dan tisu untuk mengawal suhu dan mengekalkan fungsi tubuh yang lain.

kepentingan air bersih terhadap kesihatan

Air memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Ia merupakan elemen penting dalam tubuh kita. Oleh itu, menurut kajian yang pernah dilakukan University Of Edinburgh, kajian menyatakan “tanpa makanan, manusia mampu hidup selama lapan minggu tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa 3 hari.”  Manusia tidak akan mampu bertahan hidup lebih lama tanpa air.

10 Kepentingan Air Bersih Terhadap Kesihatan Anda Sekeluarga

kepentingan air bersih terhadap kesihatan diri

Tubuh anda juga akan kehilangan air melalui pernafasan, berpeluh dan pencernaan. Demikian itu, penting untuk penghidratan semula iaitu dengan meminum air ataupun memakan makanan yang mengandungi air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Begitu pentingnya air terhadap kesihatan anda kerana ia merangkumi seluruh aspek didalam tubuh.  Justeru itu, memilih air yang bersih lagi selamat adalah sangat penting. Dewasa ini, kebanyakkan penyakit adalah berpunca daripada bawaan air. Terdapat banyak lagi kepentingan air bersih terhadap kesihatan anda sekeluarga.

1. Membantu Proses Pencernaan

kepentingan air bersih terhadap kesihatan dalam proses pencernaan

Air amatlah penting dalam proses pencernaan.  Pencernaan bermula dengan air liur, asasnya adalah air. Pencernaan bergantung pada enzim yang didapati dalam air liur untuk membantu memecahkan makanan dan cecair serta membubarkan mineral dan nutrien lain. Pencernaan yang betul menjadikan mineral dan nutrien lebih mudah dicapai oleh tubuh.  Selain itu, air juga diperlukan untuk membantu anda mencerna serat larut. Dengan bantuan air, serat ini mudah larut dan memberi manfaat kepada kesihatan usus anda dengan menghasilkan najis yang lembut. Ia dapat mengelakkan sembelit malah kalori akan mengalami proses pembakaran kalori yang juga berjalan dengan lancar.

2. Membuang Buangan Dan Mengelak Penyakit

kurang air boleh sebabkan sembelit

Anda dan keluarga perlu memastikan air yang diminum di rumah berada dalam keadaan bersih kerana air-air ini akan memberi kesan dalam sistem pembuangan dan sekiranya gagal, masalah sakit perut dan penyakit lain akan timbul.  Pengambilan air yang bersih membolehkan tubuh anda membuang buangan melalui peluh, kencing dan membuang air besar. Sekiranya air tidak bersih, anda sekeluarga bukan sahaja mendapat penyakit, malah masalah kencing kotor akan berlaku dalam kalangan keluarga.  Tidak semua ahli keluarga mempunyai antibodi yang kuat.

3. Melindungi Tisu, Tulang Belakang Dan Sendi

kepentingan air bersih terhadap kesihatan sendi

Air tidak sekadar menghilangkan dahaga dan mengawal suhu badan anda.  Ia juga memelihara dan melindungi tisu-tisu di dalam badan anda sekeluarga.  Apabila anda sekeluarga meminum air bersih, secara automatiknya tidak akan ada masalah penyakit tisu, tulang belakang ataupun sendi yang disebabkan oleh tulang rapuh atau air kotor.  Di samping itu, air bersih membantu melindungi saraf tunjang dan bertindak sebagai pelincir untuk sendi anda. Cuba anda bayangkan sekiranya air yang diminum berada ditahap pH asid, tulang akan mudah rapuh dan mendapat penyakit. Oleh itu, air bersih amat penting kerana tanpa air yang bersih, segala masalah akan mudah terkena pada anda sekeluarga.

4. Mengelakkan Dehidrasi Dan Menyembuhkan Penyakit

kepentingan air bersih terhadap kesihatan dan elakkan dehidrasi

Tubuh anda kehilangan banyak air apabila melakukan senaman yang kuat, berpeluh pada suhu tinggi dan terkena penyakit yang menyebabkan cirit-birit ataupun demam.  Jika anda kehilangan air atas sebab-sebab ini, penting untuk anda meningkatkan pengambilan air yang bersih supaya anda dapat memulihkan tahap penghidratan semulajadi badan anda.  Sekiranya anda masih lagi tidak pulih atau masih lagi alami penyakit yang sama dalam tempoh yang lama, ia adalah kerana air yang anda gunakan selama ini bukanlah air bersih.

5. Metabolisme Dan Tenaga Untuk Rutin Harian

kepentingan air bersih terhadap kesihatan dan tingkatkan metabolisma

Air dapat mengurangkan kalori yang berlebihan di dalam badan. Dengan pengambilan air bersih, ia dapat membantu membakar lemak dengan meningkatkan metabolisme. Proses ini dikenali sebagai resting energy expenditure, di mana tubuh akan tetap membakar kalori walaupun tubuh anda tidak melakukan sebarang aktiviti.  Ini berlaku kerana proses metabolisme telah meningkat. Malah, dalam masa yang sama, anda sekeluarga memerlukan tenaga untuk menjalani rutin harian.

6. Menjaga Kesihatan Kulit Sebagai Mandian Dan Minuman

kepentingan air bersih terhadap kesihatan dan menyejukkan badan

Air digunakan oleh anda dan keluarga untuk mandi dan ia akan mempengaruhi kesihatan kulit anda.  Khasiat nutrisi dan mineral di dalam air yang bersih juga mampu menjaga kulit anda agar kelihatan lebih segar dan sihat.  Ia juga dapat merawat masalah kulit seperti jerawat, blackhead dan lain-lain. Apabila kulit anda selalu kerap dehidrasi, ia akan menjadi kering malah garis-garis halus dan kedutan akan lebih ketara. Dengan pengambilan air bersih, sel-sel kulit akan lebih sihat dan menjadikan muka anda kelihatan awet muda dan cantik.  

7. Mencegah Kanser

kepentingan air bersih terhadap kesihatan dan mencegah kanser

Air yang bersih dapat membantu melindungi organ-organ penting terutamanya pundi kencing, dan tisu payudara yang dikhuatiri terdedah dengan kanser.  Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Klinik Onkologi mendedahkan bahawa pengambilan air berkait rapat dengan setiap jenis kanser. Ini bermakna, lebih banyak air yang diminum seseorang lebih kurang cenderung mendapatkan kanser. Tetapi ramai juga pesakit kanser yang suka meminum air banyak, jelas bahawa kanser juga berlaku kerana air yang diminum adalah tidak bersih dan mempunyai pelbagai molecules didalamnya. Ini sangat penting bagi anda sekeluarga supaya meminum air yang bersih dan mengelakkan diri daripada penyakit kanser.

8. Mengelakkan Penyakit Batuk Dan Alahan Dari Bayi Dan Anak Anda

kepentingan air bersih terhadap kesihatan dan atasi alahan bayi

Jika bayi dan anak-anak kecil sering mengalami alahan dan batuk-batuk, salahsatu puncanya juga adalah daripada air yang tidak bersih.  Sama ada air untuk mandi atau minum, ia akan memberi kesan kepada anda sekeluarga terutamanya bayi dan kanak-kanak.

9. Mengurangkan Migrain Dan Pening Kepala

kepentingan air bersih terhadap kesihatan migrain

Migrain dan pening juga boleh jadi kerana air yang diminum tidak bersih dan segar.  Kebanyakan daripada anda yang mengalami migrain juga perlu menyemak semula sumber air dan makanan yang diambil setiap hari.  Air yang diminum akan dibawa ke seluruh tubuh termasuk otak, malah ia akan diserap untuk mendapatkan khasiat serta melancarkan perjalanan darah ke otak.  Air yang kotor menjadikan anda sekeluarga berisiko terdedah dengan sakit migrain dan pening kepala.

10. Membantu Mengekalkan Keseimbangan Tahap Cecair Dalam Badan

kepentingan air bersih terhadap kesihatan organ dalam badan

Secara fakta, tubuh kita terdiri daripada 60% air.  Fungsi cecair dalam badan adalah untuk pencernaan, penyerapan, peredaran, pengangkutan nutrien dan penyelenggaraan suhu badan.  Seorang professor perubatan di Universiti Stanford telah mendapati bahawa “Melalui kelenjar pituitari posterior, otak anda berkomunikasi dengan buah pinggang anda dan memberitahu berapa banyak air yang dikeluarkan sebagai air kencing atau tahan untuk simpanan”. Dan apabila anda kekurangan air dalam badan ,otak akan memicu mekanisme haus badan.  Air yang berkualiti dan bersih amat penting bagi melancarkan mekanismes haus badan.

Kangen Water Air Bersih Sedunia

kangen water penapis air bersih

Kangen water adalah air yang telah di ionkan dengan proses elektrolisis dan sangat kaya dengan pelbagai mineral, paling bersih dan sangat baik untuk kesihatan.  Kangen water ini dicipta khas daripada Syarikat Kangen Water yang bertaraf antarabangsa dimana kebanyakan negara telah mengenalinya dengan temanya iaitu “Change your water, Change your life”.  Slogan yang membawa maksud anda boleh mengubah hidup anda sekiranya membuat perubahan terhadap air yang anda gunakan. Air yang dimaksudkan adalah air Kangen Water yang merupakan air terbaik didunia.  Ia merupakan air yang sangat berkesan untuk proses dehidrasi, menyegarkan, menyihatkan tubuh badan serta menjimatkan wang anda dalam masa yang sama memberikan yang terbaik untuk anda. Air Kangen Water didatangkan dengan mesin akali kangen water di mana ia boleh dijadikan sumber air minuman di rumah anda.  Selain itu, banyak lagi fungsi kangen water yang anda boleh gunakan dan amalkan dalam kehidupan anda sekeluarga.

Khasiat Kangen Water Untuk Anda Dan Keluarga

kebaikan air kangen water
  • Anti oksidan

Kangen water bersifat anti oksidan dimana ia mempunyai khasiat dalam melambatkan proses penuaan seseorang dan menjadi seperti awet muda.  Anti oksidan adalah sifat semulajadi bagi sebahagian produk yang dihasilkan oleh sumber semulajadi, namun berbeza dengan kangen water. Ia dihasilkan oleh proses elektrolisasi dan antioksidannya sangat kuat berbanding dengan air-air lain. 

khasiat air bersih dari penapis air kangen
  • Saiz Molekul yang Kecil

Untuk pengetahuan anda, semua penapis air mepunyai air-air yang mengandungi kelompok-kelompok molekul, namun tidak semua molekul adalah saiz yang sama.  Saiz molekul kangen water lebih kecil dan merupakan kelompok micro. Dengan saiz yang sangat kecil, ia menjalani proses penapisan yang sangat berkualiti serta memberi dehidrasi kepada badan 6 kali lebih lagi daripada air lain yang biasa digunakan.  Kulit dan badan anda akan mudah menyerap segala zat dan khasiatnya dengan lebih mudah lagi.

air kangen bersifat anti oksidan
  • Alkali

Kangen water bersifat alkali tanpa asid.  Kita semua tidak tahu apakah air masak yang kita minum ini alkali atau asid. Kita dan keluarga kita juga sudah banyak mengambil makanan berasid tanpa kita sedari seperti makanan ringan, air bikarbonat dan sebagainya. Fungsi alkali adalah untuk meneutralkan asid dan menyihatkan tubuh badan.

air kangen water bersifat alkali

Khasiat Kangen Water

Terdapat pelbagai khasiat Kangen Water dalam konteks kehidupan anda dan keluarga anda.   Antaranya ialah khasiat untuk kulit wajah, tumbuh-tumbuhan dan juga masakan.

kebaikan air kangen water untuk keluarga

1. Kulit Wajah Dan Kesihatan Tubuh Badan

Ia telah terbukti berkesan.  Bagi mereka yang menggunakan Kangen water, minum air kangen water membuatkan tekak anda berasa sangat selesa dan sedap.  Air alkali yang neutral dan sihat ini menjadikan kulit wajah anda dapat dirawat walaupun rosak atau mengalami apapun masalah kulit.  Ia dapat menyelesaikan masalah jerawat, kulit berminyak, kulit rosak dan sebagainya. Kangen water menjadikan kulit anda awet muda. Selain itu, badan dan kesihatan anda juga akan menyingkirkan segala toksin yang tidak diperlukan serta menjadikan anda lebih sihat dan cantik.

air kangen mencantikkan wajah

2. Tumbuh-Tumbuhan

Air Beauty Kangen Water juga berfungsi menyegarkan tumbuh-tumbuhan dengan menyiramnya.  Air beralkali ini mampu membekalkan nutrient dan vitamin kepada tumbuh-tumbuhan untuk lebih bertumbuh dengan cantik, mekar, kembang dan sempurna.

air kangen water menyegarkan tumbuh tumbuhan

3. Kecantikan Dan Makanan

 Mekap artis dari Hollywood mencadangkan bahawa Kangen Water digunakan di semua industri seperti kecantikan dan makanan.  Sebagai contoh, air kangen water boleh digunakan untuk memasak air atau makanan. Air alkali dapat membunuh bakteria dan lebih baik berganda-ganda daripada air biasa.

air kangen water untuk mencantikkan wajah

Jenis Mesin Kangen Water

Terdapat banyak jenis mesin Kangen Water yang boleh dipasang di rumah anda.  Semuanya mempunyai struktur dan rupa yang berbeza namun yang pasti semuanya merupakan penapis air yang sangat hebat dan terbaik di dunia.

jenis jenis mesin penapis air kangen water

Terdapat 5 jenis Kangen Water yang anda boleh temui di mesin penapis air kangen water.

  • Strong Kangen Water – Membasuh kotoran tanpa guna sabun seperti membasuh buah dan sayur.  
  • Kangen Drinking Water – Diminum untuk menyeimbangkan pH tubuh badan. Juga sesuai untuk memasak
  • Clean Water – Sesuai untuk perubatan dan juga untuk bayi.
  • Beauty Water – Sesuai untuk mencuci kulit muka untuk kecantikan , rambut, tanamanan dan juga mencuci
  • Kangen Strong Acidic Water – Membasuh luka, jerawat, kulit gatal dan pelbagai penyakit.
5 jenis air dari mesin kangen water

Ramai yang telah gunakan Kangen Water termasuklah Bill Gates yang telah memasang 16 mesin SD501 didalam 25 bilik tidur rumahnya.  Kangen water sudah terbukti memberi kesan terhadap semua anggota badan seperti mata menjadi lebih cerah, kuku dan rambut yang cantik, kulit wajah yang lembab dan segar dan pelbagai lagi kehebatan Kangen water.  Anda juga harus dapatkan mesin penapis air kangen water dengan segera untuk kesihatan anda dan keluarga anda. Jom “change your water, change your life”!

antara pengguna kangen water

Testimoni Mereka Yang Telah Menggunakan Kangen Water

Beauty Kangen Water telah banyak digunakan oleh mereka yang mahukan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.  Dengan mendapatkan minuman air alkali berkhasiat ini, mereka telah berjaya transform diri mereka menjadi luar biasa!

testimoni pengguna air kangen water yang lebih sihat dan cantik

KANGEN WATER | AIR BERSIH TERHADAP KESIHATAN ANDA SEKELUARGA Hubungi: Leeza: Tekan untuk telefon (016-2224656) | Tekan untuk WhatsApp Email: ahmadfaisal9897@gmail.com

Jom pasang mesin Kangen Water SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom pasang mesin Kangen Water SEKARANG!