Umum
Aug 27, 2012, 10:43pm

10 entri terbaik Denaihati


Ternyata penantian itu suatu penyeksaan ! Sejak daripada pukul 3 petang tadi menanti Apalah kejutan oleh Blogger Malaysia Denaihati nak umumkan. Ternyata ianya suatu kejutan yang agak besar iaitu Bonus Raya Aidilfitri 2012. Satu entri terbaik daripada kaca mata HATI Denaihati akan mendapat Bonus Raya RM200. Siapa taknak RM200 weh ?

Bonus Raya Aidilfitri 2012

Bila bercerita mengenai Blog Denaihati sudah semestinya tidak dapat lari daripada tagline iaitu Hidup Untuk Memberi ! Dan 10 Entri terbaik Denaihati pada pandangan PH adalah dibawah kategori Hidup Untuk Memberi. Kerana dari dulu lagi PH memang bercita-cita nak jadi orang kaya yang dermawan. MasyaAllah andai itu termakbul. Ayuh kita tengok kehidupan Denaihati apakah benar-benar memberi atau hanya manis di bibir.

 10 Entri Terbaik Denaihati


1. Sumbangan Untuk Keluarga Arwah Adik Faris Nur Daniel

Usaha meringankan beban keluarga arwah adik Faris Nur Daniel.

2. Dana Tanah Kebun Panti Asuhan Titian Ridho Ilahi

Jumlah Dana Terkumpul = 3,512 + 16,375 = RM19,992 !

3. Setiap Klik digandakan RM1

Usaha untuk membantu Panti Asuhan Titian Ridho Ilahi untuk mengumpul dana membeli tanah kebun. MasyaAllah sangat hebat !

4. Hidupkan Untuk Memberi

Amalan memberi mesti dijadikan sebahagian daripada kehidupan harian sebagaimana kita mengerjakan Solat Fardu 5 waktu sehari semalam. Berapa jumlah tidak penting tetapi IKHLAS. Hidupkan Untuk Memberi.

5. Rezeki yang tidak disangka-sangka

”Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui” Al-Baqarah : 261.

6. Wordless Wednesday 1 – Tabung Sumbangan Madrasah Al-Takwa

Hulurkan Tangan Ringkan Beban !

7. Hidup Untuk Memberi : Tabung Sumbangan Muslim Cambodia

Kata para Ulama “Memberi, menghadiah, bersedekah & berkorban demi Allah & Rasul, adalah punca kepada pembersihan hati dan pembentukkan wadah Ilmu (laduni)“

8. Sumbangan terkumpul untuk Tabung Saudara Megat

“Kita membina hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan”

9. Sedekah kunci KEJAYAAN dan KESELAMATAN

Firman Allah swt : “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbukan tujuh bulir; pada tiap-tiap bulir; seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunianya) lagi Maha mengatahui.” (Al-Baqarah, 261).

10. Hidup Untuk Memberi

Hidup Untuk Memberi

Orang Alim ada berkata bahawa sedekah yang paling afdal adalah sewaktu kita merasa kedekut dan merasa tidak cukup dengan kurniaan Allah berbanding ketika merasa tidak memerlukan wang ataupun ketika harta melimpah ruah.

MasyaAllah hebatnya gaya hidup Tuan Haji Amir Hassan ! Hidupnya Untuk Memberi. Aku sangat kagum dan Tuan Haji Amir Hassan lah idola aku dalam Dunia Blogging dan alam nyata ! Sebab saya sudah pernah bertemu Tuan Haji. Saya Kagum ! Semoga Allah merahmati dan mengurniakan tempat yang selayaknya sebagai ahli jannah Tuan Haji Amir Hassan !

Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: