Review
Jan 8, 2018, 11:55pm

10 Cara Muka Glowing dan Tips Makeup Natural dan Ringkas


Wajah yang cantik dan bersinar (muka glowing gitu!) adalah idaman bagi setiap wanita kerana ia dapat memberikan anda keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai dan juga dapat membuatkan anda rasa lebih selesa dengan diri anda sendiri. Impian ini menyebabkan pelbagai wanita menggunakan pelbagai produk yang berada di pasaran yang menjanjikan kecantikan kepada kaum wanita. Namun begitu, anda perlu bijak dalam menggunakan produk – produk tersebut agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

Muka glowing 08

Sebenarnya, anda tidak perlu bersusah – payah untuk mendapatkan wajah yang bersinar dan juga licin. Hal ini kerana, terdapat pelbagai jenis makeup yang dapat memberikan anda kesan wajah yang licin dan juga kesan glowing. Anda hanya perlu belajar dan mengetahui tips – tips makeup yang dapat memberikan kesan yang natural kepada kulit wajah anda agar ia dapat membuatkan anda lebih yakin dengan diri anda sendiri. Di bawah adalah 10 tips untuk anda mendapatkan wajah yang glowing dengan menggunakan teknik makeup natural.

Muka glowing 10

10 Tips Makeup Natural Dan Ringkas Untuk Wajah Kelihatan Glowing

Muka glowing 09

Makeup yang natural akan memberikan anda kulit wajah yang kelihatan lebih glowing dan kelihatan seperti anda tidak mengenakan sebarang makeup pada wajah anda. Jadi, anda boleh mengaplikasikan tips – tips makeup yang bakal diberikan di bawah agar wajah anda menjadi lebih berseri.

1) Penggunaan Rutin Penjagaan Wajah Yang Betul | Cara Muka Glowing dan Tips Makeup Natural dan Ringkas

Muka glowing 12

Jika anda mahukan wajah yang lebih bersih dan licin, anda perlu memastikan bahawa anda mengikuti langkah penjagaan wajah yang betul. Kalau boleh, jangan melangkau apa – apa bahagian skincare dan gunakan satu set untuk kesan yang lebih baik. Penjagaan wajah yang betul adalah bermula dari cleanser, toner, serum dan juga krim. Ia akan membantu memberikan anda wajah yang lebih licin dan sempurna ketika anda mengenakan makeup. Ini akan membuang segala sisa – sisa kotoran yang berkumpul di wajah anda.

2) Makeup Base | Cara Muka Glowing dan Tips Makeup Natural dan Ringkas

Muka glowing 11

Makeup base ataupun primer adalah salah satu tips yang digunakan oleh ramai peminat – peminat makeup yang mahu membuatkan makeup anda tahan lebih lama. Penggunaan primer boleh memberikan anda kesan makeup yang kelihatan lebih natural dan tidak bercapuk disebabkan oleh peluh dan sebagainya. Ia juga boleh melindungi kulit anda daripada makeup – makeup yang mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan kulit anda serta membantu kulit anda untuk kelihatan rata ketika anda menggunakan makeup.

3) Concealer | Cara Muka Glowing dan Tips Makeup Natural dan Ringkas

Muka glowing 14

Untuk anda yang menghadapi masalah di bahagian mata seperti masalah dark circle atau kulit bawah mata kelihatan berkedut, anda dinasihatkan untuk menggunakan concealer untuk membantu menutup dark circle yang berada di sekeliling mata anda agar kulit anda kelihatan sekata dan juga makeup anda tampak lebih natural dan serasi dengan kulit anda. Concealer juga boleh membantu anda untuk memberikan kesan eyeshadow tahan lebih lama agar anda dapat menggayakan makeup anda sepanjang hari.

4) Foundation | Cara Muka Glowing dan Tips Makeup Natural dan Ringkas

Muka glowing 13

Setelah anda mengenakan makeup base and concealer, anda juga perlu mengenakan foundation ke atas kulit anda agar ia dapat membantu memudarkan bintik – bintik hitam yang muncul di atas kulit. Anda juga boleh menggunakan foundation sebagai bedak asas yang dapat memberikan kesan kulit yang sekata ketika anda mengenakan makeup. Pastikan anda memilih foundation yang betul dan juga sesuai dengan tona kulit anda supaya kulit tangan dan wajah anda tidak kelihatan terlalu berbeza.

5) Skin Concealer

Muka glowing 16

Concealer untuk kulit juga adalah salah satu langkah untuk anda mendapatkan kulit yang kelihatan lebih sekata dan juga makeup yang licin. Jika anda mahukan makeup yang kelihatan lebih natural dan flawless, calitkan sedikit sahaja concealer agar ia mencukupi untuk menutup cela kerana penggunaan concealer yang banyak boleh menyebabkan makeup anda kelihatan bercapuk dan kulit anda akan kelihatan terlampau putih.

6) Loose Powder | Cara Muka Glowing dan Tips Makeup Natural dan Ringkas

Muka glowing 15

Makeup yang kelihatan lebih natural seringkali menggunakan loose powder ketika mengenakan makeup. Hal ini kerana, compact powder akan memberikan kesan yang anda telah mengenakan makeup dan ada sesetengah compact powder akan membuatkan makeup anda kelihatan cakey dan pecah. Loose powder boleh membantu makeup anda untuk kelihatan lebih sempurna dan juga flawless. Untuk dapatkan kesan yang lebih natural, sapukan loose powder dan foundation secara nipis sahaja di wajah anda.

7) Eyeshadow | Cara Muka Glowing dan Tips Makeup Natural dan Ringkas

Muka glowing 19

Penggunaan eyeshadow seringkali menampakkan anda seorang yang suka mengenakan makeup. Namun, tahukah anda penggunaan eyeshadow yang betul akan membuatkan makeup anda kelihatan lebih natural dan memberikan anda kesan mata yang lebih besar. Gunakan eyeshadow secara tipis dan pilih warna – warna yang kelihatan natural seperti warna tanah ataupun warna kulit agar makeup anda tampak lebih asli dan tidak keterlaluan.

8) Blusher | Cara Muka Glowing dan Tips Makeup Natural dan Ringkas

Muka glowing 17

Blusher atau pemerah pipi adalah penting sekiranya anda mahu kelihatan lebih comel dalam mengenakan makeup. Blusher boleh membuatkan kulit wajah anda nampak lebih kemerah – merahan dan seterusnya menaikkan seri wajah anda. Cara untuk memilih blusher yang betul adalah dengan memicit pipi anda dan pilih warna yang timbul untuk mendapatkan kesan yang natural. Selain itu, anda juga perlu mengenakan sedikit blusher di bahagian hidung, dagu dan dahi untuk warna blusher tersebut tampak lebih asli.

9) Lipstick | Cara Muka Glowing dan Tips Makeup Natural dan Ringkas

Muka glowing 18

Bibir yang mungil dan berseri juga merupakan idaman ramai wanita jadi ramai wanita yang menggunakan lipstick untuk mendapatkan kesan tersebut. Jika anda mahukan makeup anda kelihatan natural, gunakan warna – warna lipstick yang tidak terlalu terang dan juga tidak terlalu gelap. Dapatkan warna yang sesuai dengan bibir anda ataupun oleskan sahaja lip balm atau lip tint agar bibir anda kelihatan berseri dan tidak kering.

10) Setting Spray | Cara Muka Glowing dan Tips Makeup Natural dan Ringkas

Muka glowing 20

Ini adalah tips yang paling penting untuk anda yang mahukan makeup yang lebih tahan lama dan juga tidak bercapuk. Makeup setting spray boleh membantu anda untuk mendapatkan makeup yang lebih tahan lama dan memberikan kesan makeup yang kelihatan lebih natural agar anda tidak perlu memperbaiki makeup anda dengan kerap. Setting spray juga boleh menghalang makeup anda daripada kelihatan berminyak meskipun anda berpeluh.

Nurrs Skinz [Makeup Tampak Lebih Natural & Kulit Kelihatan Glowing]

Muka glowing 21

Khas untuk anda yang mahukan kulit anda kelihatan glowing dan juga mahu mengenakan makeup yang natural, Nurrs Skinz mampu membantu anda untuk mencapai impian anda kerana mereka merupakan pengeluar produk kosmetik yang berasaskan bahan – bahan organik. Mereka mengeluarkan tiga jenis produk yang mampu memberikan kesan makeup yang natural dan kulit wajah yang glowing. Produk yang dikeluarkan adalah Miracle Glow Day Cream, Miracle Cake Foundation, dan Miracle Beauty Spray.

Kegunaan Produk Nurrs Skinz

Jom kita lihat kegunaan produk kosmetik yang dihasilkan oleh Nurrs Skinz, yang terdiri daripada Miracle Glow Day Cream, Miracle Cake Foundation, dan Miracle Beauty Spray.

Miracle Glow Day Cream

Muka glowing 22

  • Mengandungi SPF 15
  • Membantu untuk menutup pori – pori terbuka
  • Tekstur yang ringan dan tidak berminyak
  • Hilangkan parut jerawat & jeragat
  • Kulit lebih licin & halus
  • Satu kod yang sesuai untuk semua jenis warna kulit

Miracle Cake Foundation

Muka glowing 23

  • Mengandungi SPF 50
  • Tidak bercapuk
  • Bebas silikon
  • Mesra wuduk
  • Ringan dan tidak berminyak
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Miracle Beauty Spray

Muka glowing 24

  • Menstabilkan PH kulit
  • Makeup tahan lebih lama
  • Memberi effect glowing
  • Mencerah dan merawat wajah
  • Melembab dan anjal

Kelebihan – Kelebihan Nurrs Skinz

Muka glowing 25

Terdapat pelbagai kelebihan yang anda boleh dapati sekiranya anda menggunakan Nurrs Skinz kerana produk ini adalah unik dan mempunyai manfaat mereka tersendiri yang membuatkan produk ini berbeza dari produk – produk yang lain. Antara kelebihan Nurrs Skinz adalah;

1. 100% Bebas Silikon

Muka glowing 26

Silikon adalah salah satu bahan yang boleh membahayakan kesihatan sekiranya anda menggunakannya secara berterusan. Kebanyakan produk kosmetik dan kesihatan menggunakan silikon sebagai bahan utama kerana ianya mudah didapati dan murah. Anda tidak perlu risau kerana Nurrs Skinz adalah produk yang dijamin 100% bebas silikon dan menggunakan bahan – bahan organik yang selamat digunakan.

2. Mudah Dicuci Dan Mesra Wudhu’

Muka glowing 27

Set makeup Nurrs Skinz adalah mudah ditanggalkan dan juga mesra wudhuk. Sekiranya anda tidak sempat ataupun terlupa membawa penanggal makeup ketika anda berada di luar rumah dan anda perlu solat, maka anda boleh terus mengambil wudhu’ tanpa perlu menanggalkan produk Nurrs Skinz di wajah anda. Hal ini kerana, produk makeup Nurrs Skinz boleh menyerap air dan bahan yang digunakan adalah berasaskan tumbuhan.

3. Menggunakan Bahan – Bahan Organik

Muka glowing 01

Produk Nurrs Skinz menggunakan bahan – bahan organik dan asli untuk memastikan ianya selamat digunakan oleh pelanggan – pelanggan mereka. Setiap bahan yang digunakan adalah berasaskan tumbuhan yang membolehkan anda sebagai pengguna menggunakan produk mereka tanpa ragu – ragu. Ia bukan sahaja membuatkan wajah anda kelihatan lebih cantik, malah ia juga boleh membantu kulit anda kelihatan lebih sihat.

4. Makeup Tahan Lama Dan Kulit Kelihatan Glowing

Muka glowing 03

Day cream dan foundation daripada Nurrs Skinz boleh memberikan kulit wajah anda kelihatan sekata dan membuatkan makeupanda kelihatan lebih licin dan berseri. Manakala setting spray pula boleh memberikan makeup anda tahan lebih lama dan tidak luntur dan berminyak walaupun anda sentiasa berpeluh dan juga aktif bergerak. Kulit anda juga akan kelihatan bersinar meskipun anda mengenakan makeup yang sedikit.

5. Dijamin Halal

Muka glowing 04

Produk Nurrs Skinz adalah dijamin halal dan juga mematuhi syariah. Jika anda mahukan produk yang berasaskan tumbuhan dan tidak mempunyai sebarang bahan terlarang untuk diserap oleh wajah anda, maka anda boleh menggunakan day cream, foundation dan juga setting spray yang dikeluarkan oleh Nurrs Skinz. Produk mereka juga mementingkan keselamatan jadi anda boleh menggunakan produk mereka tanpa rasa ragu – ragu.

Apa Kata Para Pelanggan Nurrs Skinz?

Ramai yang telah mencuba produk Nurrs Skinz dan mereka telahpun berpuas hati dengan penggunaan produk tersebut. Anda juga boleh melihat testimoni – testimoni yang ditinggalkan oleh para pengguna produk Nurrs Skinz yang gembira dengan kesan yang diterima setelah menggunakan produk ini;

Muka glowing 05

Kulit terasa lebih lembut dan ringan dengan Nurrs Skinz

Muka glowing 02

Memang terbaik produk Nurrs Skinz!

Muka glowing 06

Smooth dan juga mudah dicuci!

Dapatkan Kulit Wajah Yang Glowing dan Flawless Dengan Nurrs Skinz Sekarang!

Muka glowing 07

Tempah Nurrs Skinz sekarang untuk menikmati kulit wajah glowing dengan menghubungi talian dan info – info di bawah;

 

Jom Order Set Kosmetic Nurrs Skinz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Order Set Kosmetic Nurrs Skinz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Order Set Kosmetic Nurrs Skinz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: