Bisnes
Dec 26, 2018, 2:41pm

10 Cara Memulakan Perniagaan Sendiri


Ramai yang beranggapan untuk mempunyai sebuah perniagaan sendiri memerlukan modal yang besar. Disebabkan kekangan modal dan fikirkan modal, minat untuk memilik perniagaan lama-kelamaan semakin hambar.

Walhal, banyak juga bentuk perniagaan yang boleh dimulakan dengan modal seminima yang ada. Antara bentuk perniagaan yang semakin diceburi hari ini adalah perniagaan makanan, servis penghantaran, percetakan, serta pelbagai lagi jenis perniagaan dalam talian.

cara memulakan perniagaan sendiri

Untungnya bila anda memiliki perniagaan sendiri ini kerana anda dapat menguruskan perniagaan sendiri tanpa dikawal orang lain. Selain itu, anda juga dapat kebebasan waktu bekerja mengikut jadual bekerja yang anda sendiri tetapkan.

Kos sara hidup yang kian meningkat menyebabkan ramai yang berfikir untuk memulakan perniagaan sendiri secara sambilan atau sepenuh masa. Artikel ini akan berkongsi berkenaan cara untuk anda memulakan perniagaan sendiri.

Ia boleh juga dipraktikkan oleh pelajar, surirumah atau pekerja sepenuh masa untuk menambah sumber pendapatan.

cara memulakan perniagaan sendiri

10 Cara Memulakan Perniagaan Sendiri

#1 Melakukan Bisnes Servis Berdasarkan Kemahiran Sendiri

Ramai yang tidak sedar, mereka mempunyai kemahiran yang boleh membuahkan hasil. Kemahiran yang seiring dengan pengalaman sendiri akan menjadikan ia lebih cekap dan berkesan. Jadikan kemahiran anda sebagai punca pendapatan sampingan.

cara memulakan perniagaan sendiri

Antaranya kemahiran bertukang, memasak, menjahit, melukis, dan sebagainya. Contohnya, anda mungkin seorang surirumah yang pandai memasak pelbagai jenis kuih muih tradisional.

Anda kini, boleh mula perniagaan kuih tradisional dengan memperkenalkan perniagaan kuih anda kepada rakan – rakan serta keluarga terdekat terlebih dahulu. Daripada situ, kuih tradisional anda akan dikenali.

#2 Mulakan Perniagaan Sendiri Dari Rumah

cara memulakan perniagaan sendiri

Perniagaan yang bermula di premis atau kedai memerlukan belanja dan modal yang besar. Apa kata anda memulakan perniagaan sendiri hanya dari rumah. Untuk menjadikan ia lebih menarik lagi, anda boleh menjadikan satu bilik khas atau ruang sebagai pejabat anda di rumah.

Di sini anda boleh jimatkan kos sewa premis perniagaan yang mencecah ratusan ke ribuan ringgit sebulan. Banyak perniagaan yang anda boleh lakukan hanya dari rumah sendiri.

Antaranya adalah perniagaan percetakan, servis membuat akaun perniagaan, jualan produk kecantikan, servis urutan dan spa, solekan pengantin, jualan tudung dan sebagainya.

#3 Menjual Barang Terpakai Milik Sendiri

Anda boleh mulakan perniagaan anda sendiri dengan jualan barang terpakai milik sendiri. Barang – barang terpakai anda boleh asingkan mengikut jenis dan kualiti barang tersebut. Dengan itu, anda lebih mudah untuk fokus dan meletakkan harga yang sesuai. 

cara memulakan perniagaan sendiri

Mana tahu kemungkinan akan ada barang milik anda yang belum pernah di guna pakai lagi. Daripada hasil jualan barang terpakai ini anda akan memperolehi modal untuk membeli produk baru untuk dijual.

Untuk pelajar yang melakukan perniagaan ini, hasil jualan barang milik sendiri ini boleh dijadikan sebagai belanja di kolej atau digunakan untuk pembelian buku.

#4 Mencari Pelabur Untuk Sumbangkan Modal

Pelabur merupakan individu atau kumpulan syarikat yang berminat untuk mengeluarkan modal mereka ke atas sesuatu perniagaan untuk mendapatkan pulangan yang setimpal. Namun anda boleh juga bertanyakan kepada ahli keluarga terdekat dahulu untuk menjadi pelabur kepada perniagaan anda.

cara memulakan perniagaan sendiri

Di samping memberi bantuan modal, pelabur ini juga dapat memberikan pendapat dan idea untuk perniagaan anda itu nanti. Pelabur ini pada kebiasaannya tidak berminat untuk menguruskan operasi perniagaan. Mereka hanya berminat untuk mengeluarkan dana sahaja.

Ini berita baik untuk anda kerana telah mempunyai modal untuk memulakan perniagaan anda sendiri.

#5 Mulakan Perniagaan Secara Separuh Masa

Anda boleh mulakan perniagaan anda sendiri walaupun anda seorang pekerja tetap. Sudah ramai melakukan bisnes dalam talian sebagai perniagaan separuh masa mereka. 

cara memulakan perniagaan sendiri

Ini menguntungkan anda kerana anda memperolehi dua sumber pendapatan iaitu daripada gaji bulanan dan juga hasil jualan daripada perniagaan sambilan anda sendiri. Perniagaan separuh masa harus dikendalikan dengan bijak dan teratur terutamanya perihal pengurusan masa.

Waktu di pejabat anda perlu tumpukan sepenuh perhatian untuk urusan pejabat manakala perniagaan sambilan boleh dilakukan pada waktu malam atau pada hujung minggu.

#6 Daftar Sebagai Agent atau Dropship

Perniagaan berbentuk agent atau dropship kini semakin dikenali di Malaysia. Sistem perniagaan ini tidak memerlukan anda mengeluarkan modal sendiri, tidak perlu menyimpan stok malah urusan penghantaran barang juga anda tidak perlu lakukan.

Anda boleh melakukan perniagaan anda sendiri dengan mendaftar sebagai agent atau dropship sesuatu produk atau barang jualan.

cara memulakan perniagaan sendiri

Sebagai contoh, anda boleh mendaftar sebagai dropship tudung daripada pengeluar tudung tanpa sebarang modal. Anda boleh mula mencari pelanggan di atas nama perniagaan anda sendiri.

Ramai pelajar dan surirumah telah menjalankan perniagaan dropsip atau agent untuk menambah sumber pendapatan mereka.

#7 Memulakan Bisnes Sewaan Aset Sendiri

Berita baik bagi anda yang mempunyai aset sendiri. Ini kerana dengan aset yang anda miliki, anda boleh menjana pendapatan daripadanya. Antara jenis perniagaan yang boleh dilakukan adalah perniagaan sewa kereta, penginapan homestay, servis pengangkutan ke sekolah dan sebagainya.

cara memulakan perniagaan sendiri

Bisnes ini tidak memerlukan modal yang besar kerana asset tersebut telah pun anda miliki. Dengan hasil pendapatan yang diperolehi anda boleh menggunakannya untuk melangsaikan hutang sewabeli aset anda atau membelanjakan untuk keperluan anda sendiri.

#8 Memberi Servis Perniagaan Secara Dalam Talian

Dunia di hujung jari pada hari ini menjadikan kebanyakkan aktiviti jual beli dilakukan di dalam talian sahaja. Perniagaan dalam talian membantu pembeli untuk jimatkan masa membeli barang dan juga menjimatkan wang. Hanya dengan satu transaksi, segala urusan pembelian dapat diselesaikan. 

cara memulakan perniagaan sendiri

Anda boleh melakukan perniagaan secara dalam talian ini dirumah anda. Pelbagai produk boleh dijual di dalam talian ini termasuklah pakaian, keperluan bayi, perabot, kelengkapan rumah, beg, produk kecantikan, produk kesihatan dan sebagainya.

Tugas anda hanya perlu mengambil gambar produk jualan dengan jelas kemudian memuat naik ke laman web atau di media sosial untuk memulakan urusan penjualan anda.

#9 Mulakan Perniagaan Dengan Modal Yang Minima

Anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri dengan modal minima yang anda miliki. Pilih produk dan bentuk perniagaan yang bersesuaian. Cuba elakkan daripada membuat pinjaman peribadi untuk memulakan perniagaan yang baru kerana risau di kemudian hari harta anda juga yang akan tergadai. 

cara memulakan perniagaan sendiri

Lebih baik anda mulakan perniagaan dari bawah secara kecil – kecilan terlebih dahulu. Lebih besar modal yang dikeluarkan lagi besar risiko sesebuah perniagaan. Lebih baik anda mencari pengalaman dan ilmu perniagaan terlebih dahulu sebelum memulakan sebuah perniagaan yang besar.

#10 Jadikan Hobi Sebagai Perniagaan Anda

Tidak salah sekiranya anda ingin menjadikan hobi anda sebagai perniagaan anda sendiri. Sudah ramai pelukis menjadikan hobi mereka melukis sebagai sumber pendapatan mereka. Begitu juga dengan anda. Hobi anda juga boleh dijadikan titik permulaan perniagaan anda sendiri.

cara memulakan perniagaan sendiri

Begitu juga dengan seorang pemilik kedai kek. Mereka bermula dengan hanya sebagai hobi membakar kek namun lama-kelamaan hobi mereka menjadi punca pendapatan utama mereka. Perniagaan yang dilakukan dengan minat yang mendalam akan memberi kesan yang lebih positif.

Mulakan Perniagaan Anda Dengan Apa Yang Anda Miliki Hari Ini

Anda tidak perlu menunggu untuk menjadi seorang jutawan barulah boleh memulakan perniagaan anda sendiri. Terdapat pelbagai peluang dan pilihan yang boleh anda pilih untuk menjadi pemilik kepada perniagaan anda itu nanti. 

Semoga artikel 10 cara memulakan perniagaan sendiri ini dapat memberikan anda inspirasi dan idea.

cara memulakan perniagaan sendiri

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: