Review
Jan 14, 2018, 10:24am

10 Cara Hilangkan Masalah Kelemumur Dan Kulit Kepala Gatal


  • 2
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares

‘Argh!’ Gatalnya kulit kepala! Pasti anda boleh merasakan perkara tersebut sekiranya anda mempunyai masalah kelemumur dan juga kulit kepala yang gatal. Pelbagai faktor boleh menyebabkan kelemumur dan juga kulit kepala yang gatal termasuklah kerap berpeluh, cuaca yang panas dan juga stress. Ya, stress juga boleh menyebabkan kulit kepala anda menjadi rosak dan dipenuhi kelemumur. Rambut yang lebat serta kulit kepala yang sihat sudah semestinya menjadi idaman para lelaki dan juga wanita.

cara hilangkan masalah kelemumur 11

Kelemumur akan menjadi masalah kepada anda tidak kira anda bertudung mahupun tidak. Hal ini kerana, kelemumur yang banyak boleh menyebabkan kulit kepala anda kelihatan berkuping dan jika anda bertudung, ia akan memberikan masalah yang besar kerana ia akan menyebabkan kegatalan yang melampau dan anda tidak akan berasa selesa untuk menjalani rutin harian anda. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengikuti tips – tips yang bakal dikongsikan untuk menghilangkan masalah kelemumur dan juga kulit kepala gatal.

Cara Menghilangkan Kelemumur Dan Kulit Kepala Gatal Secara Semulajadi

cara hilangkan masalah kelemumur 12

Kelemumur boleh disebabkan oleh beberapa perkara, iaitu kulit kepala kering, gatal dan berkeruping, kurang mencuci rambut, psoriasis, ekzema dan juga sensitiviti kepada sesetengah produk yang digunakan. Shampoo yang tidak bersesuaian dengan kulit kepala dan mempunyai bahan kimia juga boleh menyebabkan kelemumur terjadi. Anda boleh menggunakan cara semulajadi untuk membanteras kelemumur dengan mengikuti cara – cara di bawah;

10 Cara Hilangkan Masalah Kelemumur Dan Kulit Kepala Gatal 1. Cuka Epal

cara hilangkan masalah kelemumur 15

Cuka epal merupakan salah satu bahan semulajadi yang telah lama digunakan untuk produk kecantikan. Tahukah anda cuka epal juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk menghilangkan kelemumur? Ia mempunyai fungicide, di mana ia boleh digunakan untuk membunuh fungus penyebab kelemumur dan mengembalikan keseimbangan PH kulit kepala anda.

Caranya ialah dengan mencampurkan ½ cawan air suam dengan ½ cawan cuka epal di dalam satu cawan ataupun mangkuk. Sapukan pada kulit kepala dan usap selama beberapa minit dan bilas dengan air. Lakukan seminggu sekali untuk kesan yang terbaik.

Cara Hilangkan Masalah Kelemumur Dan Kulit Kepala Gatal 2. Soda Penaik

cara hilangkan masalah kelemumur 17

Produk yang ditemui di dapur ini telah terbukti dapat membantu anda membanteras masalah kelemumur. Ianya bertindak seperti skrub di kulit kepala dengan membuang lebihan – lebihan sel kulit mati yang menyebabkan kelemumur dan kelemumur yang melekat di rambut anda. Jadi, ia boleh membuatkan kulit kepala anda terasa lebih ringan.

Caranya adalah anda perlu mencampurkan satu sudu soda penaik bersama 1 cawan air. Sekiranya anda mempunyai minyak rosemary, anda juga boleh mencampurkannya bersama kerana ianya bagus untuk mengawal masalah rambut gugur. Sapu kesemua bahan tersebut di kulit kepala dan lakukan setiap hari.

10 Cara Hilangkan Masalah Kelemumur Dan Kulit Kepala Gatal 3. Cuka Putih

cara hilangkan masalah kelemumur 21

Cuka putih juga merupakan salah satu bahan semulajadi yang anda boleh jumpa di dapur untuk membantu menghilangkan masalah kelemumur. Ia mengandungi asid asetik yang boleh menghalang pertumbuhan fungus pada kulit kepala dan mengurangkan rasa gatal yang disebabkan oleh fungus dan kelemumur tersebut.

Caranya ialah dengan mencampurkan satu setengah cawan cuka putih ke dalam dua gelas air. Bilas rambut anda dengan menggunakan campuran tersebut dan selepas beberapa minit, anda boleh mengurut kulit kepala anda dengan menggunakan campuran yang sama. Biarkan selama 10 minit dan bilas menggunakan shampoo organik. Guna cara ini dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan terbaik.

Cara Hilangkan Masalah Kelemumur Dan Kulit Kepala Gatal 4. Minyak Zaitun

cara hilangkan masalah kelemumur 25

Minyak zaitun yang telah digunakan sejak zaman berzaman juga merupakan salah satu rahsia semulajadi dan juga berpotensi untuk menghilangkan masalah kelemumur serta melembapkan kulit kepala dan memberikan rambut yang bersinar. Ia juga boleh digunakan sebagai perapi rambut agar rambut anda kelihatan lebih cantik dan lembut.

Caranya ialah dengan memanaskan mintak zaitun dalam masa sesaat dan sapukan minyak zaitun tersebut ke bahagian kulit kepala anda. Balutkan kepala anda dengan tuala yang panas agar minyak zaitun tersebut dapat bertindak balas dengan kulit kepala anda. Biarkan selama 30 minit atau semalaman sebelum anda mencuci dengan shampoo organik. Ulang beberapa kali seminggu untuk menghilangkan kelemumur pada rambut anda.

Cara Hilangkan Masalah Kelemumur Dan Kulit Kepala Gatal 5. Pokok Semambu

cara hilangkan masalah kelemumur 24

Pokok semambu ataupun lebih dikenali sebagai pokok mambu juga boleh membantu menghalang kegatalan kulit kepala dan juga kelemumur. Mempunyai fungsi yang sama seperti cuka epal, ia mempunyai fungicide yang boleh menghalang pembiakan fungus yang boleh menghasilkan kelemumur dengan berkesan.

Caranya ialah dengan mengambil 2 genggam daun semambu dan rendamkan semalaman dengan air panas. Tapis dan cuci kepala anda dengan air tapisan daripada daun semambu tersebut. Daun itu tidak perlu dibuang kerana anda boleh menumbuk daun tersebut sehingga lumat dan lumurkan kepada kulit selama satu jam sebelum dibilas.

Cara Hilangkan Masalah Kelemumur Dan Kulit Kepala Gatal 6. Buah Lemon

cara hilangkan masalah kelemumur 27

Buah lemon mempunyai tahap asiditi yang tinggi dan telahpun digunakan oleh orang ramai untuk tujuan kecantikan. Tahap asiditi ini juga boleh membantu untuk memecahkan kelemumur yang berkumpul di atas kulit kepala dan kulit kepala anda akan menjadi lebih bersih dan ringan.

Caranya ialah dengan memerah buah lemon untuk mendapatkan jus dan asingkan jus kepada dua bahagian; satu sudu dan dua sudu di dalam cawan yang berlainan. Sapukan dua sudu jus lemon ke atas kulit kepala dan usap seketika untuk memastika ia diserap. Kemudian, campurkan satu sudu jus lemon dengan 1 cawan air dan bilas kepala. Lakukan setiap hari.

Cara Hilangkan Masalah Kelemumur Dan Kulit Kepala Gatal 7. Minyak Tea Tree

cara hilangkan masalah kelemumur 29

Minyak tea tree selalunya digunakan untuk mengurangkan jerawat ataupun merawat luka – luka ringan. Hal ini kerana ia mempunyai sifat anti – kulat dan sifat ini boleh membantu untuk meredakan kegatalan kulit kepala dan juga membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur di atas kulit kepala anda.

Caranya ialah dengan mengambil satu sudu minyak tea tree dan campurkan dengan satu cawan air suam supaya minyak tersebut dapat larut dengan baik. Masukkan campuran tersebut ke dalam botol spray dan goncang perlahan – lahan. Spray kepada kulit kepala anda dan urut kulit kepala anda dengan lembut. Biarkan ia kering dengan sendiri.

Cara Hilangkan Masalah Kelemumur Dan Kulit Kepala Gatal 8. Jus Limau Purut

cara hilangkan masalah kelemumur 31

Sekiranya anda tidak mempunyai buah lemon di rumah, limau purut juga boleh digunakan untuk membanteras kelemumur di atas kepala anda. Hal ini kerana, limau purut mempunyai tahap asiditi yang tinggi dan sama seperti jus lemon yang boleh membunuh kulat yang menyebabkan kelemumur pada kulit kepala. Kulit anda juga tidak akan mempunyai rasa gatal.

Caranya ialah dengan memerah jus limau tanpa meletakkan sebarang ais. Campurkan bersama setengah cawan yogurt asli untuk menyeimbangkan asiditi jus limau anda. Sapukan pada rambut dan kulit kepala seperti masker dan biarkan selama 20 minit. Bilas rambut anda dengan menggunakan shampoo yang tidak mempunyai bahan kimia yang tinggi.

Cara Hilangkan Masalah Kelemumur Dan Kulit Kepala Gatal 9. Biji Halba

cara hilangkan masalah kelemumur 01

Biji halba juga mengandungi ejen anti kulat yang boleh mengalang pertumbuhan fungus yang boleh menyebabkan kelemumur di atas kulit kepala anda. Ia juga boleh membantu mengawal masalah kelemumur yang sedia ada dan juga menghilangkan kegatalan kulit kepala dengan berkesan.

Caranya ialah dengan merendam tiga sudu biji halba di dalam air semalaman dan kisar biji tersebut sehingga menjadi pes.Tambahkan beberapa sudu yogurt asli sekiranya ada dan sapu kepada kulit kepala. Biarkan selama beberapa jam dan bilas dengan air dan juga shampoo. Gunakan cara ini satu hingga dua kali seminggu.

Cara Hilangkan Masalah Kelemumur Dan Kulit Kepala Gatal 10. Minyak Kelapa

cara hilangkan masalah kelemumur 02

Sebagai salah satu ejen anti – kulat, minyak kelapa merupakan bahan yang paling berkesan untuk merawat masalah kelemumur. Kulat yang berada di kepala juga boleh menyebabkan kulit kepala anda tidak sihat dan sensitif. Ia juga boleh digunakan untuk melembapkan rambut anda dan mengurangkan rasa gatal di kulit kepala.

Caranya ialah dengan menyediakan minyak kelapa di dalam mangkuk. Tuangkan jus limau dan gaulkan bersama minyak kelapa dan sapukan kepada kulit kepala anda. Urut selama tiga minit dan bilas rambut anda selepas 20 minit. Ulang cara ini tiga kali seminggu.

Tyzra Hair Shampoo Dan Tyzara Hair Serum [Penyelesaian Kepada Kulit Kepala Yang Gatal dan Berkelemumur]cara hilangkan masalah kelemumur 35

 

Tyzara Hair Shampoo dan juga Tyzara Hair Serum merupakan shampoo yang menggunakan bahan – bahan organik dalam membantu anda untuk meghilangkan masalah kulit kepala gatal dan berkelemumur serta memberikan anda kulit kepala dan rambut yang lebih sihat. Shampoo Tyzara akan bersihkan kulit kepala dan kuatkan akar rambut anda manakala serum Tyzara pula akan merawat kerosakan hujung rambut dan dapatkan rambut yang lebih sihat dan lebat.

Bahan – bahan yang digunakan di dalam Tyzara Hair Shampoo dan Tyzara Hair Serum adalah:

Tyzara Shampoo

  • Protein Soy – ia dihasilkan daripada kacang non-GMO (yakni, kacang yg tidak diubahsuai secara genetik) dan ia diperbuat daripada kacang soya asli. Di mana protein soy ini memberi tenaga pada rambut kita.
  • Panax Ginseng Root Extract – menguatkan akar rambut dan memberikan kesuburan kulit kepala utk memberi ruang anak rambut baru untuk tumbuh.
  • Majus Root Extract – memberikan vitamin pada akar rambut dan menghilangkan kotoran kulit kepala.
cara hilangkan masalah kelemumur 40

Tyzara Hair Serum

  • Argan oil
  • Linum Seed Oil
  • Silk Proteins
  • UV Filter
 

Anda boleh melihat kesan di dalam masa 1-3, 3-5, 5-7 hari kerana ia bergantung kepada penerimaan kulit kepala individu. Tetapi anda pasti akan dapat melihat kesan dan perubahan setelah anda habis menggunakan sebotol shampoo dan juga hair serum Tyzara. Anda perlu menggunakan secara konsisten setiap hari sekurang – kurangnya 2 kali sehari.

Kelebihan Tyzara Hair Shampoo

cara hilangkan masalah kelemumur 36  
  • Membersihkan kulit kepala
  • Menghilangkan kelemumur
  • Menguatkan akar rambut
  • Membantu mengatasi masalah keguguran rambut
  • Merawat rambut berminyak
  • Merawat kegatalan kulit kepala
  • Menghapuskan rambut berbau
  • Membantu pertumbuhan anak rambut baru
  • Membantu proses panjangkan rambut
  • Melembutkan rambut yang kasar
  • Membekalkan protein kepada rambut
  • Rambut kelihatan cantik dan bersinar

Kelebihan Tyzara Hair Serum

cara hilangkan masalah kelemumur 37  
  • Merawat rambut kusut
  • Melembutkan rambut yang kasar
  • Melindungi rambut dari sinaran UV matahari
  • Memudahkan rambut disikat
  • Membekalkan protein tambahan kepada rambut
  • Menghilangkan rambut berbau
  • Meluruskan rambut ikal
  • Sesuai digunakan selepas mandi kolam renang & laut
  • Melambatkan proses rambut beruban
  • Rambut kelihatan cantik & bersinar

Testimoni Pelanggan Set Tyzara

Anda juga boleh melihat testimoni – testimoni yang ditinggalkan oleh para pelanggan set Tyzara seperti di bawah;

cara hilangkan masalah kelemumur 10

Rambut kurang gugur dan pertumbuhan anak rambut dengan Tyzara Shampoo

cara hilangkan masalah kelemumur 18

Kelemumur hillang dan produk ini sesuai dengan rambut pelanggan

cara hilangkan masalah kelemumur 20

Produk Tyzara boleh memberikan rambut yang sihat

Hilangkan Masalah Kelemumur dan Kulit Kepala Yang Gatal dengan Set Tyzara

 

Dapatkan set Tyzara untuk memastikan anda mempunyai kulit kepala yang bebas gatal dan kelemumur serta mendapatkan rambut yang sihat dan lebat dengan menghubungi talian berikut;

cara hilangkan masalah kelemumur 39

SET RAWATAN RAMBUT TYZARA

Hubungi: Hotline 1: Tekan untuk WhatsApp Hotline 2: Tekan untuk WhatsApp

Facebook: @TyzaraHq Website: www.tyzara.com

Hilangkan Masalah Kelemumur dan Kulit Kepala Yang Gatal dengan Set Tyzara SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Hilangkan Masalah Kelemumur dan Kulit Kepala Yang Gatal dengan Set Tyzara SEKARANG!