Jeragat merupakan satu masalah kulit yang dialami ramai orang dewasa samada lelaki mahupun wanita. Walaupun jeragat tidak membahayakan kesihatan, tetapi jeragat di wajah mampu memberi kesan terhadap keyakinan dan penampilan diri jika tidak dirawat.
Apa Itu Jeragat?
Jeragat, juga dikenali sebagai melasma adalah gejala abnormal tompokan atau bintik-bintik kebiasaannya berwarna coklat, namun ada juga yang berwarna perang atau biru-kelabu. Jeragat terbentuk oleh pengagihan pigmen melanin dalam kulit yang tidak serata. Hiperpigmentasi adalah pengeluaran melanin secara berlebihan oleh melanocytes (kilang pigmen) untuk tindakbalas keratinocytes (kilang keratin) di lapisan luar kulit atau terkumpul di bahagian lapisan tengah kulit.
Jenis Jeragat
- Melasma Epidermal – Jeragat yang terbentuk di lapisan luar kulit. Jeragat jenis ini bentuknya jelas, berwarna coklat gelap dan mudah dirawat.
- Melasma Dermal – Jeragat yang terbentuk di lapisan dalam kulit. Jeragat jenis ini bentuknya tidak jelas, berwarna perang atau kebiruan, dan susah dirawat.
- Hori’s Naevus – Jeragat jenis ini kebiasaannya tidak kelihatan, tetapi lebih ketara sewaktu mengandung kerana lebih banyak pigmen dihasilkan ketika ini. Jeragat jenis ini paling sering berlaku. Ia merupakan kombinasi tompok-tompok kebiruan, perang dan coklat gelap yang sebahagiannya mudah dirawat.
Apakah Punca Jeragat?
Berikut merupakan punca-punca pembentukan jeragat;
1. Matahari
Sinar matahari mengandungi sinar UV A & B yang menyebabkan pelbagai masalah kulit dan merupakan punca utama jeragat. Selain merosakkan kulit, sinar UV tersebut mengaktifkan sel melanocytes untuk menghasilkan pigmen melanin dengan lebih banyak. Setiap kulit orang berbeza dalam reaksi mereka kepada cahaya matahari. Orang yang berkulit lebih gelap kebanyakannya kurang sensitif kepada pancaran matahari berbanding mereka yang berkulit putih. Untuk hilangkan jeragat, punca utama ini mesti dibendung.
2. Kehamilan
Tidak semua wanita bertuah memiliki wajah yang lebih berseri ketika hamil. Ramai wanita hamil mengalami banyak masalah kulit seperti kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat. Jeragat yang muncul ketika hamil dikenali sebagai chloasma atau ‘topeng kehamilan’. Peningkatan paras hormon estrogen, progesterone dan hormon perangsang melanocyte (MSH) berlaku ketika trimester kedua dan ketiga. Ada pendapat mengatakan chloasma berpunca daripada paras progesterone yang tinggi, selain sel melanocytes yang lebih aktif menghasilkan melanin daripada biasa. Pada sesetengah wanita, jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga terus mengalami jeragat.
3. Rawatan Hormon
Seperti kehamilan, pil perancang kehamilan dan terapi gantian hormon juga mampu merangsang penghasilan jeragat. Kajian menunjukkan bahawa wanita putus haid yang menjalani terapi gantian hormon progesterone lebih berisiko untuk mendapat jeragat berbanding terapi gantian hormon estrogen.
4. Ubat-ubatan
Pengambilan beberapa jenis ubat yang memberi kesan sampingan pada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel baru dengan aktif. Ini punca jeragat yang jarang kita sedar.Sesetengah logam berat seperti zat besi contohnya, mungkin berkumpul di lapisan dalam kulit akibat kecederaan saluran darah. Jika ia terkumpul dengan banyak, perubahan warna kulit yang ketara akan berlaku tanpa peningkatan melanin. Terdapat juga ubat-ubatan yang menyebabkan kulit lebih mudah mendapat pigmentasi apabila terdedah pada cahaya UV.
5. Wangian dan Kosmetik
Pewangi, sabun dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas fototoksik juga adalah di antara punca terjadinya jeragat. Fototoksik merupakan pembebasan tenaga oleh agen fotosensitif yang terdapat di dalam ubatan, yang merosakkan sel-sel kulit di sekitarnya. Apabila sel-sel kulit ini terdedah pada cahaya UV, jeragat yang sukar dihilangkan mudah terbentuk. Oleh itu dalam memilih produk penjagaan kulit atau ubat, pilihlah produk yang lebih natural untuk mengelakkan kesan fototoksik.
6. Hypothyroidism
Ia juga dikenali sebagai keadaan di mana paras hormon tiroid rendah. Berdasarkan kajian, orang yang menghidapi masalah hormon tiroid lebih berisiko mengalami masalah kulit seperti jeragat berbanding orang lain.
7. Haba dan Cahaya Lampu
Lampu meja, ketuhar, lampu pemanas dan pengering rambut – kesemua ini membebaskan haba. Penyempitan saluran darah akibat haba ini mampu menghasilkan jeragat tanpa hyperpigmentasi. Tambahan pula, inflamasi akibat haba juga merangsang penghasilan pigmen oleh melanocyte.
Rawatan Untuk Hilangkan Jeragat
1) Pengelupasan Kimia
Ini melibatkan penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan pengelupasan kulit yang mengandungi lapisan jeragat. Ianya lebih sesuai untuk melasma epidermal tetapi harus diikuti dengan penjagaan kulit yang rapi. Kesan sampingan rawatan ini termasuklah kesan terbakar, kulit menjadi kemerahan, bengkak dan kering.
2) Rawatan laser
Rawatan ini menggunakan peralatan canggih dan mahal untuk kesan yang cepat. Namun hasilnya hanyalah sementara kerana ia cuma mensasarkan pigmen jeragat pada permukaan kulit sahaja. Kepakaran tinggi seorang pakar kulit amat penting kerana kesan sampingan termasuklah hyperpigmentasi (tompok gelap) atau hypopigmentasi (tompok putih).
3) Pengelupasan Mekanikal (Microdermabrasion)
Rawatan ini menggunakan bantuan alat sedutan vakum dan bahan pengikis yang kasat seperti diamond chip halus atau kristal aluminium oksida untuk lapisan luar jeragat pada kulit. Kosnya agak tinggi kerana bahan pengikis yang mahal dan memerlukan pakar yang berkemahiran tinggi dalam teknik rawatan ini disamping beberapa rawatan susulan.
Ketiga-tiga rawatan di atas agak mahal dan tidak sesuai untuk kulit sensitif kerana kesan sampingannya. Petua tradisi untuk menghilangkan jeragat menggunakan bahan-bahan alami adalah lebih selamat diamalkan.
Petua Cara Hilangkan Jeragat
1. Lendir daun lidah buaya (aloe vera) mengandungi bahan aktif semulajadi mucilaginous polisakarida yang mampu memperbaiki masalah jeragat. Ia juga mengandungi agen antioksidan aktif yang membantu memelihara kulit daripada kerosakan dan menyingkirkan tompok cela pada kulit. Hanya sapukan pada muka setiap hari untuk kesegaran wajah sehingga jeragat pudar.
2. Rendam segenggam beras di dalam air selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama 1cm kunyit. Gaul dengan perahan sebiji limau nipis dan putih telur. Gunakan sebatian ini sebagai masker dan bilas dengan air suam setelah ia kering.
3. Simpan beberapa helai daun sirih muda di dalam peti sejuk. Pada setiap pagi, gosok wajah dengan sehelai daun sirih di sekitar tempat jeragat. Cara ini selamat diamalkan setiap hari.
Namun ada cara yang lebih mudah untuk hilangkan jeragat dengan selamat dan tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya.
Hilangkan Jeragat dengan Mylea Freckles Serum
Mylea Freckles Serum bersifat mesra solat, berasaskan air, bahan asas dari sumber semulajadi dan kaya dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan juga buah-buahan. Mylea Freckles Serum sesuai dipakai atau dicampur dengan mana-mana produk yang lain kerana Mylea Freckles Serum tiada bahan kimia dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (NOT160300607K).
Produk Tanpa Was-Was
Mylea Freckles Serum dirumus khas dari bahan asas semulajadi yang terdiri daripada sumber mineral, minyak zaitun, ekstrak timun, ekstrak lemon, minyak kelapa dara, vitamin E dan ekstrak delima. Oleh itu, serum istimewa ini sesuai untuk kulit sensitif kerana ia tidak menghakis kulit dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Mylea Freckles Serum menjadi pilihan wanita Muslimah kerana ia mesra wudhu – mudah dicuci dan tidak melekit. Bahan-bahan yang digunakan juga selamat dan suci kerana ia merupakan 100% produk perusahaan Muslim.
Manfaat Mylea Freckles Serum
Walaupun Mylea Freckles Serum dirumus khas untuk merawat jeragat, ia juga berfungsi mencantikkan wajah dari sudut lain. Hanya satu produk untuk mendapatkan manfaat-manfaat seperti berikut!
- Mencerahkan warna kulit
- Membantu mengatasi masalah tona kulit tak sekata
- Membantu menghilangkan parut dan bekas jerawat
- Merawat kulit kusam
- Mengawal masalah kulit berminyak
- Mengecilkan liang pori
- Membantu anda mendapat kulit licin berseri dengan cepat, murah dan selamat
Testimoni Pengguna Mylea Freckles Serum Untuk Hilangkan Jeragat
Dapatkan Mylea Freckles Serum Agar Wajah Nampak Berseri Tanpa Jeragat!
Anda bertuah kerana Mylea Freckles Serum dapat membantu anda mencegah dan mengatasi masalah jeragat dan liang pori yang terbuka dengan mengamalkan Mylea Freckles Serum setiap hari. Mylea Freckles Serum sesuai dipakai atau dicampur dengan mana-mana produk yang lain kerana Mylea Freckles Serum menghilangkan jeragat tanpa bahan kimia merbahaya. Ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sangat disyorkan untuk semua golongan.
Harga
1 kotak Mylea Freckles Serum CUMA RM 90
TEMPAH SEKARANG DENGAN JAMINAN 100% WANG DIKEMBALIKAN DALAM TEMPOH 30 HARI
Jika anda membuat pesanan sekarang maka anda akan dilindungi dengan jaminan pemulangan wang bukan selama 7 hari, tetapi 30 hari selepas penerimaan barangan. Andaikata anda tidak berpuas hati dengan keberkesanan produk ini, maka anda boleh minta wang anda dikembalikan dalam tempoh 30 hari setelah anda mencubanya sendiri.
Jadi tiada sebarang risiko untuk anda membuat tempahan produk ini. Tempah sekarang! Maklumat lanjut serta promosi terbaru juga ada di laman rasmi Mylea Skincare seperti di bawah.
MYLEA SKINCARE
Hubungi: Tekan untuk Telefon (+6011-1177 8292) | Tekan untuk WhatsApp
Laman web: www.myleaskincare.com.my
Email: mylea.malaysia@gmail.com