Tips Temujanji Bersama Doktor Hospital Kerajaan | profhariz.com

Tips Temujanji Bersama Doktor Hospital Kerajaan

Jika pembaca Blog.Hariz mengikuti PH di twitter pasti tahu yang PH sejak kebelakangan ini banyak ada temujanji di Hospital Kerajaan. Semalam 25 June PH kena ambil darah. Dan pagi ini PH ada Temujanji untuk Xray buah pinggang. Habis semua depa nak check kan.

grey Tips Temujanji Bersama Doktor Hospital Kerajaan

Ini semua gara-gara Tahap Tekanan Darah Tinggi dan My mom push doktor suruh check secara menyeluruh. Tapi Alhamdullilah setakat ini tiada apa-apa penyakit yang negatif dan kronik. Hasil Xray sudah tahu dan tiada apa-apa pada Buah Pinggang. Cuma agak risau untuk jumpa doktor pada hari Khamis ini untuk tahu jawapan ujian darah.

Tips Temujanji Bersama Doktor

Bila sebut Hospital Kerajaan pasti semua orang cakap Hospital kerajaan mengarut, lembab, lambat, Memang murah tapi dan macam-macam lagi yang kita boleh dengar daripada mulut orang ramai kan. Dan terkadang diri sendiri pun cakap macam tu. Cuba jujur betul atau tak ?

Bila berlaku macam ini cuba tanya pada diri sendiri, mengapa Hospital Kerajaan jadi macam tu? Berapa Bayaran kita? Apa penyakit kita? Berapa ramai yang merawat di Hospital Kerajaan itu? Semua jawapan ada pada diri anda.

Sebenarnya, Mudah berurusan dengan Hospital Kerajaan ni. Sepatutnya PH akan buat xray pada 18 June 2012. Tapi terpaksa tunda pada hari ini iaitu 26 June 2012 hanya dengan 1 call sahaja. Mudah kan? Selain itu, PH cuma perlukan kurang dari 1 bulan untuk buat ujian Xray ini. Mungkin ini semua Allah Permudahkanlah Segala Urusan Aku.

Mari dekat-dekat dan ambil simpan Tips Temujanji Bersama Doktor Hospital Kerajaan yang PH nak kongsikan.

Cuba Berlaku Jujur

Maksud PH berlaku jujur di sini ialah ceritakan perkara sebenar yang betul, Jika doktor tanya kepada anda.

Tepati Masa

Jika temujanji bersama doktor pada pukul 8pagi. Maka anda semua perlulah berada di sana lebih awal antaranya pada jam 7.45pagi. Jangan terkejut jika korang sampai jam 7.45pagi orang dah ramai. Tepati masa adalah penting.

Jangan malu bertanya

Apabila kita berurusan dengan Doktor di Hospital Kerajaan jangan malu bertanya. Malu bertanya akan sesat jalan.
Tak semua perkara kita tahu kan.

Berbaik dengan doktor

Cuba kawal emosi anda dan gunakan kelembutan kata-kata anda untuk berbaik dengan doktor. InsyaAllah semua urusan akan mudah.

Prof Hariz : Semoga tips di atas dapatlah korang pupuk dan amalkan. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Posted on 26 June '12 by , under Info.


 Banner

37 Comments to “Tips Temujanji Bersama Doktor Hospital Kerajaan”

26.06.12 at 15:51
Posted by Jejari Tembam

betul2 setuju sangat…. jangan hanya asyik membebel ak tentu pasai… kutuk itu ini…. oklah tu.. bayaq sengget (utk rawatan biasa) dan 5 hengget (utk jumpa pakar) kalau p spital swasta pon bkn boleh msuk trus pon… kena tnggu jgk.. bayaq sengget dpt ubt brlambak2.. jenuh makan.. kenyang ngn ubt ja… rawatanpn ok…. doktor yg mesra pesakit… nurse2 yang manis2 mukanya… btoi dak? hahahahahah…. kalau doktor tny ada dak keturunan yg sakit skian2 bgtau ja ada… toksah dok mohong… satni dri sndri gak yg rugi….

[Reply]

Hariz Reply:

Apa pun kena ada sifat jujur. Kenapa nak menipu kan ?

[Reply]

[...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Tips Temujanji Bersama Doktor Hospital Kerajaan | profhariz.com. [...]

26.06.12 at 17:44
Posted by hafizmd

Moga semuanya ok2 saje yer =)

Ni alamat nampak kat P.Pauh. Kat mana ni?ngeh3

[Reply]

Hariz Reply:

InsyaAllah. Amin.

Bro tinggal permatang pauh jugak ke?

[Reply]

26.06.12 at 17:47
Posted by onlajer

Aku baru je buat rawatan kesehatan semalam , kalau ada temu janji senang je ,bab kena tunggu tu memang lumrah apa nak makan tom yam pun kena tunggu juga apa

[Reply]

Hariz Reply:

Betul, Tapi terkadang hospital kerajaan boleh buat anda menunggu smpai 2 jam :)

[Reply]

26.06.12 at 17:59
Posted by titan

hospital kerajaan lebih murah. hehe..

[Reply]

Hariz Reply:

Sangat murah. Modal kecil maka servis pun murah camtoh?

[Reply]

26.06.12 at 21:30
Posted by Jebeng Otai™

yela..org lain sakit juga xder marah2..napa kita perlu marah..huhu

[Reply]

Hariz Reply:

Bersabar kan separuh daripada iman :)

[Reply]

27.06.12 at 00:45
Posted by tehr

sabar dan jujur
semuanya akan menjadi mudah nanti

moga2 semuanya selamat, bro

[Reply]

Hariz Reply:

InsyaAllah terima kasih cikgu :)

[Reply]

27.06.12 at 03:11
Posted by Bro Zulkbo

Salam Bro..
petua menurunkan tekanan darah tinggi dari saya;
pagi-pagi minum air suam yang di rendam asam
keping..insyaallah turun tekanan darahnya

[Reply]

Hariz Reply:

Salam,

Ya memang betul tapi my mom cakap nanti ada kesan pada sendi-sendi kita.

[Reply]

27.06.12 at 08:56
Posted by muazfaris

umur bro brp nye sampai ada tekanan dari tinggi nihh

[Reply]

Hariz Reply:

Baru 20-an bro.

Ntah macam mana leh jadi cam ni. Doktor cakap
cara pemakanan dan gaya hidup. Tidur tak tentu masa

[Reply]

27.06.12 at 09:26
Posted by mak lagenda

Mak doakan agar semuanya akan baik2 sahaja..

[Reply]

Hariz Reply:

Amin. Amin Ya Allah.

Terima Kasih mak :)

[Reply]

27.06.12 at 10:04
Posted by Ckin Kembaq

kdg kita kena complain kat diri kita sendri..dah buat tak kena kan..hehe

[Reply]

Hariz Reply:

Ya. Complain pada diri sendiri. Jangan semua nak tuju kat orang ja kan :)

[Reply]

27.06.12 at 11:05
Posted by anif

Bila berurusan tak kira dimana pun, kena banyakkan bersabar.

[Reply]

Hariz Reply:

Bersabar memang mudah sebut. Tapi sabar itu manis daripada madu hasilnya nanti :)

[Reply]

iza Reply:

Harap banyakkan bersabar.
Boleh naik darah tinggi lagi kalau hilang sabar…hehe..

[Reply]

27.06.12 at 13:08
Posted by akubiomed

Kalau temujanji hospital swasta cepat cuma kena sediakan pulusnya. :-)

[Reply]

Hariz Reply:

Kalau jenis orang berduit takpe la bro. Kalau saya ni kerajaan je :)

[Reply]

27.06.12 at 14:00
Posted by sweetkurma

betul kata titan, hospital kerajaan murah setanding dengan servis dia pun murah… huhu

[Reply]

Hariz Reply:

Servis murah tapi kan kak. Kalau depa check menyeluruh memang puas hati. Kalau swasta rasanya dah boleh cecah RM10k apa yang hariz sedang buat skrg ni

[Reply]

27.06.12 at 17:28
Posted by iza

Assalam..
Susah nak komen bab ni..
Apa2pun, kena banyak bersabar kalau ke hospital/klinik kerajaan. Macam2 pengalaman ada.
Kalau nak cepat dan ada bajet lebih, elok la ke swasta bagi yang mampu.

[Reply]

28.06.12 at 12:10
Posted by suri

sllu akan dtg awal kena tahu kerajaab mmg murah tapi hati kena kuat sabar nak dpt rawatan sebaik dri mereka…nk cpet blh pi berbayar punya klinik

[Reply]

28.06.12 at 12:12
Posted by suri

klu mampu blh berbayar.klu tak bertahan ar selagi boleh.. pi cek tekanan darah masa tu dlm keadaan penat ker mmg tekanan darah kita akan tinggi..kena pula masa tu emosi kita agak terganggu…

[Reply]

28.06.12 at 22:58
Posted by eiela

appointment setakat nih mmg takde apa2, dua2 ok sbb dua2 akak pergi, swasta n kerajaan.

[Reply]

30.06.12 at 05:58
Posted by samdaddycool

Yang menjadikan lambat, sebab semua rakyat biasa dan pertengahan tertumpu kat hospital kerajaan. Bila semua dah tertumpu, nisbah pesakit : doktor sangat besar, memanglah lambat. Bersabarlah, jangan asyik ‘complaint ‘ je..

Sama macam federal highway, waktu puncak, jalan jam, sebab kereta banyak, lorong sikit.. Kita kena bersyukur sebab hanya bayar RM1 sahaja untuk kos jumpa doktor + ubat.

Beli panadol kat 7 elevan pon dah RM2 +

[Reply]

30.06.12 at 14:46
Posted by eddie

Dah lama aku xpergi hospital kerajaan…

[Reply]

05.07.12 at 12:43
Posted by fiezaradzi

selalu jugak berurusan dgn klinik gov.. kdg2 kita dah sampai, tapi nak tunggu giliran kita tu, de setengah jam, baru dapat.. lau dorang mmg sibuk buat kerja2 tak de maslaah, kita pun fhaam.. cuma kdg2 yg naik hangin tu, dlm byk patient tunggu, dorang leh borak2 rancak.. susah juga macam tu..

[Reply]

Hariz Reply:

Betul tu, Terkadang memang macam tu juga akak. Kalau sebut kerajaan selalunya hasil kerja memang lambat dan asal boleh je. Sebab tu ramai yang marah. Memang PH akui :)

[Reply]

18.07.12 at 15:19
Posted by akhiyy

nak pegi hospital kerajaan mesti ade plan..hehehe..kalo tak mmng berjam2 tunggu..

[Reply]








Hariz