Takut Dan Harap Wajib Bagi Seorang Hamba | profhariz.com

Takut Dan Harap Wajib Bagi Seorang Hamba

Alhamdulillah Syukur Ke Hadrat Allah,
Allah masih beri kesempatan pada kita untuk meneruskan hidup. Dan semoga Allah berikan hidayah kepada kita semua. Sudah lama agaknya tidak menaip dan pada kali ini insyaAllah PH ingin berkongsi dengan sahabat iaitu Antara Takut Dan Harap. InsyaAllah semoga penulisan ini memberi maanfaat kepada sahabat-sahabat sekalian.

grey Takut Dan Harap Wajib Bagi Seorang Hamba

Takut dan Harap. Apakah sebenarnya sifat takut dan sifat harap? Mengapa Sifat Takut dan Harap Perlu ada Bagi Seorang Hamba? Jika tiada sifat ini apakah yang akan berlaku ? Terkadang kita percaya Allah itu Ada, Nabi Muhammad itu Rasulullah dan Islam Agama kita. Tapi mengapa dalam diri kita tiada sifat Takut Dan Harap.

Sifat Takut Dan Harap

Khauf (Takut)

Khauf membawa erti takut kepada Allah SWT atau pun perasaan bimbang. Ianya merupakan suatu sifat atau perasaan yang datang dalam diri seseorang mukmin.

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang yang berhati-hati kerana takut (khasyah) Rabb mereka. Dan orang-orang yang beriman terhadap ayat-ayat Rabb mereka. Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan (sesuatupun) dengan Rabb mereka, Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut (kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka. Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya.” (Surah al-Mukminun ayat 57-61)

Di dalam kitab Musnad Imam Ahmad dan Sunan at-Tirmidzi dari Aisyah r.ha yang berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah tentang ayat ini. (Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut) (Al-Mukminun: 60), apakah mereka adalah orang-orang yang berzina, minum khamr dan mencuri?”

Baginda menjawab, “Tidak wahai (Aisyah) anak Abu Bakar As Siddiq, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, melaksanakan solat, bersedekah dan mereka khawatir (amalan mereka) tidak diterima.”

Al-Hasan berkata, “Mereka telah beramal demi Allah dengan semua ketaatan-ketaatan dan mereka telah bersunggah-sungguh padanya, serta mereka takut (seandainya amalan-amalan mereka) ditolak. Sesungguhnya seorang mukmin itu menggabungkan antara berbuat baik dengan takut (tidak diterima amalannya), sedangkan orang munafik menggabungkan antara berbuat buruk dengan (merasa) aman (dari seksa Allah).

Rasa khauf atau takut kepada Allah SWT ini wajib ditanam di dalam diri sebab Allah Maha Hebat seksaan~Nya kepada orang-orang yang menderhakai~Nya. Orang yang derhaka ialah orang yang melanggar larangan Allah dan meninggalkan suruhan Allah.

Dengan adanya rasa takut kepada Allah, seorang mukmin akan berusaha untuk mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan Allah SWT. Lantas, perbuatan amal kebajikan yang dilakukan atas dasar khauf, bukanlah sebenarnya mengharapkan pahala dari Allh SWT, sebaliknya adalah untuk mengharapkan keampunan Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan.

Rajak (Mengharap)

Firman Allah Taala, “…Janganlah kamu berputus asa dari mengharap rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari mengharap rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf ayat 87)

Allah SWT. berfirman:

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas (melakukan dosa) terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Az Zumar ayat 53)

Rajak ialah rasa pengharapan. Mengharapkan kepada Allah. Harapan seorang makhluk kepada Allah SWT sebagai Pencipta. Mengharapkan kurniaan Allah di dunia mahu pun di akhirat. Rasa rajak mesti mengiringi rasa khauf. Rasa pengharapan mesti mengiringi rasa takut. Agar Perasaan takut tidak menjerumuskan seseorang ke lembah putus asa. Begitu juga rasa harap mesti diringi dengan rasa khauf, agar seseorang mukmin tidak terlalu yakin dengan amal perbuatan. Tidak terlalu yakin akhirnya menjerumuskan diri ke arah bongkak, ujub, takbur dan riyak.

Perlukah Sifat Takut Dan Harap

Sahabat cuba tengok bagaimana perjalanan para nabi dan sahabat ? Apakah mereka ada sifat takut dan harap ? Pernah dengar kisah Nabi Ibrahim nak bina kaabah bersama-sama Nabi Ismail ?

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.“ (Al-Baqarah: 127 & 128)

MasyaAllah sahabat , Para nabi pun ada sifat harap. Menadah tangan dan berdoa dengan penuh rendah diri dan membesarkan Allah. Allah dah pilih dia sebagai nabi tapi masih takut Allah tak terima. Apa lagi kita sahabat? Hamba yang banyak berdosa. Allahu ! icon sad Takut Dan Harap Wajib Bagi Seorang Hamba

Mewujudkan Sifat Takut dan Harap Dalam Diri

Wahai tuhanku, Aku tidak layak untuk syurgamu, SubhanaAllah icon sad Takut Dan Harap Wajib Bagi Seorang Hamba Kita memang tak layak jika hendak dibandingkan dengan Para-para sahabat dan nabi. Kita dapat kesenangan dalam agama.

Ya Allah memang kami tidak layak untuk syurgamu tapi kami banyak dosa tetapi kami tidak sanggup menanggung seksa api nerakamu. Inilah sifat Takut dan Harap bagi seorang yang beriman wahai sahabat.

Jika Allah beri azab, Allah beri azab yang amat pedih sahabat ! Sebagai hamba yang lemah biarlah kita selalu berharap dan takut, banyak cerita akhirat. Antaranya banyak ingat mati dari perkara dunia. Bila banyak ingat akhirat, maka banyaklah akhirat dalam hati kita. Jika banyak ingat tentang dunia, maka dunialah dalam hati kita.

Rasulullah S.a.w bersabda : Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang yang cerdik.” (Riwayat Imam Ibnu Majah)

Bagaimana Nak Semai Perasaan Takut dan Harap ?

Orang yang tak ada rasa takut dan harap adalah orang yang sombong pada Allah. Nauzubillah. Jika kita mahu lahirkan perasaan takut dan harap yang pertama. Perlulah banyak sebut tentang akhirat. Bila kita ingat akhirat mesti kita akan takut nak melakukan dosa. Ingat bahawa dunia ini hanya sementara, Akhirat kekal selamanya. Allahu.

Seterusnya, banyakkan kait kehidupan dengan Allah. SUBHANALLAH, cantiknya…! ALLAHUAKBAR, hebatnya…! MASYA-ALLAH, comelnya…! Ingatlah, tiada kuasa yang lebih Hebat melainkan kuasa Allah SWT. Oleh sebab itu, kembalikanlah semuanya kepadaNya. Tidak ada ruginya kita mengingati Allah dengan mengungkapkan ungkapan zikrullah, bahkan, insya-Allah, kita akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kerana mengingatiNya. Amin.

InsyaAllah sahabat, marilah sama-sama kita merasa takut dengan azab dan seksaan Allah SWT kerana dosa dan maksiat yang kita lakukan, pada masa yang sama kita mengharapkan rahmat dan belas kasihan Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa kita, menerima taubat kita kepada-Nya sebagai hamba yang dhaif dan banyak kesalahan. Mengharapkan pengampunan dan redha-Nya samaada di dunia dan akhirat.

Posted on 31 October '12 by , under Islam.


24 Comments to “Takut Dan Harap Wajib Bagi Seorang Hamba”

15.09.12 at 18:46
Posted by Shahrul

perkongsian terbaik…terima kasih

[Reply]

Hariz Reply:

Syukran jazilan :)

[Reply]

Jebeng Otai™ Reply:

saling ingat mengingati.. :)

[Reply]

15.09.12 at 23:32
Posted by Malaysia Coin

Salam….
Terima kasih kerana berkongsi ilmu.
sungguh mendalam maknanya.

[Reply]

Hariz Reply:

Salam, InsyaAllah. Semoga bermanfaat :)

[Reply]

16.09.12 at 12:36
Posted by hatiputera

Suatu perkongsian ilmiah yang bermanfaat untuk kesihatan rohani. Terima kasih bro.

[Reply]

Hariz Reply:

Syukran jazilan. Semoga memberi manfaat pada bro dan rakan-rakan :)

[Reply]

16.09.12 at 18:04
Posted by Hazmin Hamudin

Satu perkongsian ilmu yang bagus untuk semua..

[Reply]

Hariz Reply:

InsyaAllah bro :)

[Reply]

17.09.12 at 21:36
Posted by irsah

Terima kasih berkongsi. Insya-allah dengan perasaan takut dengan azab dijanjikan Allah di akhirat kelak dapat meyedarkan mereka yang terpesong malah diri kita sendiri yang serba tidak lengkap.

[Reply]

Hariz Reply:

InsyaAllah. Terkadang dalam diri kita ini susah nak semai perasaan takut dan harap sepenuhnya kepada pencipta kita iaitu Allah.

Dengan hasilnya entri ini tak sedikit sebanyak dapatlah kita semai perasaan itu dengan memperbanyakkan ingat akhirat. InsyaAllah.

[Reply]

01.10.12 at 22:53
Posted by wanayu

thanks kerana info nya..

[Reply]

04.11.12 at 12:21
Posted by azmi

takut dan harap seharusnya memang ada pada seseorang hamba Allah S.W.T…..pengertian takut dan harap juga mempunyai banyak maksudnya…..

[Reply]

05.11.12 at 03:19
Posted by amir

Terima kasih bro. Sebuah perkongsian yang mantap. :)

[Reply]

07.11.12 at 14:48
Posted by Hafizul

Emm santapan rohani untuk sy petang ni..hehe

[Reply]

07.11.12 at 15:33
Posted by Alongsafa

Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan diredhai olehNya

[Reply]

08.11.12 at 11:17
Posted by titan

satu bahan bacaan yang bagus!

[Reply]

09.11.12 at 07:28
Posted by Ikhtiar Shah

Nasihat yang berguna sebagai seorang hamba. :)

[Reply]

18.11.12 at 07:46
Posted by Norizwan

info yang sangat bermanfaat…steady bro…tq…:-)

[Reply]

21.11.12 at 14:12
Posted by hafizmd

Takut itu milik Allah. Moga kita beroleh hidayah dan petunjuk Allah dalam kehidupan ini utk kehidupan sana…ameen

[Reply]

28.11.12 at 03:27
Posted by BUATBEST ?

artikel yang dapat memberi manfaat kpd semua..

tq..`

[Reply]

04.12.12 at 10:34
Posted by daddydee

Terima kasih kerana mengingatkan.

[Reply]

11.12.12 at 01:35
Posted by Sarah

Terima Kasih …

[Reply]

[...] Apakah Nilainya kita andai hidup 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun hanya memikirkan duniawi? Hanya sibuk 24jam mengejar cita-cita,azam dan kesungguhan yang kita mahukan yang tidak berlandaskan Peracangan Azam Menurut Islam ? Apalah maknanya jika harta bertambah, bini bertambah, anak bertambah sedangkan masa untuk beribadah kepada Allah semakin berkurang? Nauzubillah Minzalik. Sesungguhnya kita tidak terlambat untuk kembali kepada Allah usaha untuk menjadi Seorang Hamba Allah yang bertakwa. [...]








Hariz