Sambung Belajar Ke ADTEC MELAKA ? | profhariz.com

Sambung Belajar Ke ADTEC MELAKA ?

Alhamdullilah, Segala pujian bagi Allah. Tengahari tadi PH terima surat Pos Laju. PH sangka Cek Nuffnang dah sampai. Bermonolog dalam hati, cepat pula nuffnang hantar cek kat aku? Bila nak sign kat abang posmen tu, Usha-usha tengok muka depan  sampul surat terpampang Urusan Seri Paduka Baginda. Alamak surat apa pula ni?

grey Sambung Belajar Ke ADTEC MELAKA ?

Surat Tawaran Daripada ADTEC MELAKA

Dengan rakusnya, PH buka surat tersebut. Rupa-rupanya daripada ADTEC MELAKA. Tawaran Sambung Belajar ? Aik, Macam mana aku boleh dapat surat sambung belajar.
Sedangkan 16 Julai ni PH kena praktikal selama 6 bulan. Cuba bertenang dan belek satu per satu surat yang dapat.

Kehidupan ADTEC MELAKA Bermula ?

PH cuba call kawan-kawan yang belajar di ILP Selandar. Tanya mereka ada yang dapat surat tawaran sambung belajar Diploma Kemahiran ? Semua cakap tiada, dan PH cuba call Encik Bob yang menguruskan pelajar-pelajar untuk Latihan Industri.

grey Sambung Belajar Ke ADTEC MELAKA ?

Encik Bob cakap kalau nak ikutkan, pelajar diwajibkan untuk praktikal selama 6 bulan. Selepas praktikal baru boleh sambung ke ADTEC. Tapi bergantung juga pada budi bicara mereka yang menguruskan kemasukkan pelajar Diploma Kemahiran Malaysia ni. Dalam hati, Alamak sedihnya, tak boleh tolong ke Encik ? Encik bob tanya, Awak nak sambung belajar ke? PH dengan bersungguh-sungguh cakap Saya Nak Sambung Belajar Encik !

Setelah sejam berlalu, Encik Bob Call PH dan meminta PH buat surat untuk sambung belajar dan hantarkan kepada ILP Selandar, Alhamdullilah mereka nak bantu PH.
Dan alhamdullilah semuanya sudah selesai buat iaitu surat permohonan sambung belajar dan lampirkan surat tawaran sambung belajar dan faks kan kepada ILP Selandar. Cuma kena tunggu keputusan daripada mereka sahaja.

Tapi yang peliknya, Nak Sambung Diploma Kemahiran Malaysia. Pelajar perlu menghadiri temuduga. Tak ada pula. Yang paling musykil PH menerima surat tawaran pada
hari ini untuk lapor diri. Dan hari ini baru surat sampai iaitu 9 Julai 2012. Alamak, sepatutnya mereka perlulah hantar surat lebih awal, tak ada apa-apa persediaan kot. Dan Encik bob cakap tidak mengapa, nanti kami uruskan.

Harap mama pun mampu untuk tanggung aku belajar kali ini. Sudah la nak dekat raya, banyak duit nak pakai. Tambahan pula baru sahaja lepas ujian daripada Allah. Mohon Rakan Blogger doakan semoga segala urusan ini dipermudahkan oleh Allah, Dan semoga PH dapat sambung ke ADTEC MELAKA bagi sesi Julai 2012

ProfHariz : Tak sabar nak sambung CIAST dan jadi pengajar 1 hari nanti. InsyaAllah

Posted on 9 July '12 by , under Peribadi.


 Banner

43 Comments to “Sambung Belajar Ke ADTEC MELAKA ?”

[...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Sambung Belajar Ke ADTEC MELAKA ? | profhariz.com. [...]

09.07.12 at 23:08
Posted by Nani

Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar ye… Amin

[Reply]

Hariz Reply:

InsyaAllah. Harapnya begitu. Terima Kasih Nani :)

[Reply]

zuriah Reply:

harap2. ..PH dpt smbung bljar amin…wlaupn lmbt komen blog PH..p ni adalah 1 do’a…aminyallah ;)

[Reply]

09.07.12 at 23:09
Posted by akubiomed

Rezeki murah untuk sambung ke peringkat diploma pula.

[Reply]

Hariz Reply:

InsyaAllah. Doakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah ye bro :)

[Reply]

09.07.12 at 23:16
Posted by Mesin Rumpuik

Salam..semoga berjaya bro.t kalu duk Adtec melaka leh la lepak skali.hehe.salam ukhwah :-)

[Reply]

Hariz Reply:

Salam, Bro tinggal mana? Nak lepak tiada masalah boleh je.

[Reply]

Mesin Rumpuik Reply:

Lendu.dekat je ngn adtec Alor gajah.Kalau dah masuk t post la kat blog.hehe

[Reply]

Hariz Reply:

InsyaAllah bro, Saya akan mendaftar 23hb nanti :)

10.07.12 at 00:29
Posted by Azydy

tahniah bro.. jangan lepaskan peluang tu.. haha tahniah..

[Reply]

Hariz Reply:

Alhamdullilah, Terima Kasih. Doakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah k :)

[Reply]

10.07.12 at 00:35
Posted by hatiputera

Peluang hanya datang sekali jer bro…lagipun malaysia masih kekurangan golongan yang pakar dalam bidang teknologi maklumat. semoga berjaya bro.

[Reply]

Hariz Reply:

InsyaAllah. Terima Kasih Bro. Doakan biar semuanya dipermudahkan oleh Allah.

[Reply]

10.07.12 at 00:50
Posted by puteri kasih

semoga semuanya di permudahkan…good luck untuk masa depan yer PH

[Reply]

Hariz Reply:

Amin. Amin YA Allah. InsyaAllah. Terima Kasih Puteri :)

[Reply]

10.07.12 at 01:23
Posted by titan

rezeki ko tu. terima aje. mungkin ada benda baik untuk ko nanti.

[Reply]

Hariz Reply:

InsyaAllah. Harapnya begitu. Terima Kasih Bro :)

[Reply]

10.07.12 at 13:19
Posted by hafizmd

Mudah-mudahan tercapai impian bro tu nanti…ameen

so, ni nak terima ke tak ni bro?

p/s-mee sg dua sedap kaa?hehehe

[Reply]

Hariz Reply:

InsyaAllah. Amin Ya Allah.

Ikutkan memang nak terima. Tapi tunggu dulu status dari mereka.

Mee sg dua? Power kot lama dah tak makan. hehehe. Bila mai penang?

[Reply]

10.07.12 at 14:51
Posted by Dulu Lain Sekarang Lain

Tahniah dapat tawaran belajar lagi.. Baguih tu. Zaman ini limu amat dihargai. Kawe pon kalu boleh mau sambung belajar lagi kalu ada chance..

[Reply]

Hariz Reply:

Alhamdullilah rezeki daripada Allah. Hahaha.
Selagi boleh belajar kita belajar ye tak.

[Reply]

10.07.12 at 17:14
Posted by Cikgu Hairul

Aik camna blh jadi camtu? mohon haritu guna SPM ke? ILP tak abis lagi kan.. pelik juga. Tapi kalau dah dapat, pegi je la. Lagipun dah ada yg nak tolong kan..

[Reply]

Hariz Reply:

Itulah pasal. Memang pelik cikgu. Masa mohon ILP memang guna spm. Adtec ni tak ada pula mohon. Wallahualam la kan.

Tapi kalau ada rezeki memang sambung.
Mohon cikgu doakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah :)

[Reply]

10.07.12 at 18:57
Posted by cik tom

semoga dipermudahkan segala urusan PH…
wah nk jd tenaga pengajar ye…

[Reply]

Hariz Reply:

Amin-amin ya Allah. InsyaAllah terima kasih.
Ikutkan cita-cita memang nak jadi pengajar. Hehehe

Kalau ada rezeki kan.

[Reply]

10.07.12 at 18:58
Posted by cik tom

tlg unspam kl msk spam komen..hee

[Reply]

Hariz Reply:

Haah, Macam mana tahu? Pakai akismet ni tak sedap la

[Reply]

10.07.12 at 21:41
Posted by daddydee

harapnya semua akan lancar tuan…insyallah semuanya akan lancar…

[Reply]

Hariz Reply:

Amin Ya Allah. Terima Kasih Doakan Saya. :)
InsyaAllah

[Reply]

10.07.12 at 22:53
Posted by Jebeng Otai™

semoga berjaya bro.. :)

[Reply]

Hariz Reply:

InsyaAllah, Terima Kasih Bro. Doakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah.

[Reply]

nsyazana65@yahoo.com Reply:

insyh allah demi tuhan yg maha esa lh

[Reply]

10.07.12 at 23:58
Posted by tehr

kalau memang dah rezeki
memang tak ke mana
tahniah, PH
semoga mudah segala urusan

[Reply]

Hariz Reply:

Amin Ya Allah. Terima Kasih Cikgu.
Harapnya begitulah.

Alhamdullilah rezeki daripada Allah kan.

[Reply]

23.08.12 at 23:14
Posted by nsyazana65@yahoo.com

nama nurul syazana binti abdul azis , saya ingin memohan belajar pada tarikh 25.7. 2013 , saya ingi memohan belajar pada tahun dpn lh ,

[Reply]

[...] PH tidak bersetuju kerana diskaun cuma diberikan kepada pinjaman PTPTN. Bagaimana pula dengan kami pelajar kemahiran yang menggunakan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ? Kami juga mahu diskaun [...]

11.11.12 at 20:52
Posted by hairul

akum,mcam mne nkmohon adtec melaka nih…???

[Reply]

11.12.12 at 20:05
Posted by Borhan

wahhh ley jadi junior saya nie…. hehe tapi lama dh habis belajar kat situ.. tempat ley tahan laa, atas bukit :)

[Reply]

iskandar Reply:

okey x suasana kat sane?? ^_^ blajar best x?? hostel oke x?? :)

[Reply]

Borhan Reply:

Boleh tahan laa suasana kat situ.. cuma agak sejuk skit, sbb selalu gak hujan :) … lebih kurang mcam cameroon highland laa… pagi2 nmpak kabus keliling bukit.. mmg rileks :) … asrama smua ok, xder msalah :)

[Reply]

12.12.12 at 23:47
Posted by iskandar

Salam,Ingin Bertanya Bagaimanakah Suasana Blajar DIsana?? Adakah Semuanya Baik?? Bagaimanakah Pembelajaran DIsana?? Tempatnya Semua Ok?? Thats mean hostel,tempt blajar…jauh ke dari bandar?? Saya Dapat Tawaran Sama Mcm Saudar Dan Akan Daftar 7.1.2013 Nanti.. ^_^

[Reply]

Borhan Reply:

Walaikumsalam, bandar ngan tempat belajar memang jauh… dalam sejam baru smpai bandar tapi tu kalau nak bas… klau motor or kereta dalam setengah jam dh smpai…. :)

[Reply]








Hariz