Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia | profhariz.com

Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia

Salam Semua, Saya baru sahaja dapat berita daripada saudara Zalfie Raoul mengatakan bahawa Faizal Yusof telah meninggal duniaDrama tiramisu merupakan drama terakhir yang dilakonkan oleh Faizal Yusof… Faizal Yusof juga merupakan bekas suami siti nordiana..

grey Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia

Klik Untuk Paparan Lebih Jelas!

Al Fatihah Buat Pelakon Faizal Yusof yang telah kembali ke rahmatullah… Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia akibat serangan jantung pada 1Januari 2011.. Pada jam berapa belum pasti akan diupdate* Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur dan meninggalkan seorang anak berusia dua tahun, Mohamad Rayyan Nakhaie..

Faizal semakin dikenali dengan watak Dani menerusi drama Adamaya. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah. Saya agak terkejut dengan berita itu dan apa-apa profhariz.com mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham…

grey Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia

Sumber : Yanmieonline.com

Maklumat lanjut mengenai berita kematian Faizal Yusof daripada Bernama.

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini(1 jan 2011) di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di ibunegara akibat serangan jantung.Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan. Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusrawi, berkata Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves pukul 10 pagi esok(2 jan 2011). Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.

Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil. ”Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya,” katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3.

-Bernama

ProfHariz : Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah

Posted on 1 January '11 by , under Info.


 Banner

23 Comments to “Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia”

01.01.11 at 15:45
Posted by wazy

Al-Fatihah untuk arwah
semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

[Reply]

01.01.11 at 15:50
Posted by lylaROCKprincess

I was shocked to hear this on twitter…
Al-Fatihah…
May Allah bless him always…

[Reply]

01.01.11 at 15:51
Posted by gayahspears

betoi ka nie??? cam tak caya la… fuh :|
al-Fatihah…

[Reply]

01.01.11 at 15:59
Posted by Zqah

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun

Al-fatihah ..

[Reply]

01.01.11 at 16:07
Posted by cik Yana

Dani??
Bekas suami Nana??
Inalillah…
Terkejut dengan berita ni,,
Semoga roh arwah berada di kalangan orang-orang yang beriman..
Aminn~

[Reply]

01.01.11 at 16:57
Posted by kema

alfatihah…..
mcm tak caya jer….

[Reply]

01.01.11 at 16:58
Posted by zidel hafiz

hrr..sedihnye..Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah~~~

[Reply]

01.01.11 at 17:20
Posted by sham

Al-Fatihah untuk Faizal Yusof…takziah untu keluarganya

[Reply]

01.01.11 at 20:44
Posted by syahrilhafiz

al fatihah buat si faizal
semoga rohnya dicucuri rahmat, amin

p/s kelakar dia ni dalam cite adamaya

[Reply]

01.01.11 at 21:23
Posted by dodie

Al-fatihah kepada ahli keluarga arwah, semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah.

[Reply]

01.01.11 at 21:37
Posted by syamila

al-fatihah

[Reply]

01.01.11 at 23:25
Posted by yanmie

Salam, Alfatihah buat arwah, moga rohnya di cucuri rahmat…amin

[Reply]

01.01.11 at 23:40
Posted by ayie

al-fatihah.
pergh….cm x cye je.
die pgi dalam usie yg msih mude….

[Reply]

02.01.11 at 00:04
Posted by akubiomed

Berita yang mengejutkan untuh tarikh 1.1.11. Al-Fatihah, semoga roh arwah dicucuri oleh Ilahi

[Reply]

02.01.11 at 00:04
Posted by hana nor

Al-Fatihah…
Semoga rohnye docucuri rahmat n di tempat kn dikalangan y beriman…Amin Yarabbal Alamin…
Takziah buat keluarga Allahyarham…

[Reply]

02.01.11 at 12:58
Posted by jasrizal90@yahoo.com

al-fatihah buat allahyarham faizal yusup..moga rohnya dicucuri cucur udang…eh..rahmat..amin….

[Reply]

02.01.11 at 17:58
Posted by nurul

al-fatihah…
sedih sgt…& terkejut dgn khilangan dia…..smoga rohnye d cucuri rahmat….

[Reply]

28.01.11 at 15:09
Posted by 5zal

berita yg amat nengejutkn utk semua org, al-fatiha buat arwah semoga roh nye dicucuri rahmat

p/s : kpd perokok tegar brenti2 la tu antra faktor saluran drh tersumbat. peace

[Reply]

08.03.11 at 14:22
Posted by Siti

Al-fatihah saya terkejut apabila tahu yang dia sudah meninggal dunia

[Reply]

27.03.11 at 09:48
Posted by freaks

innalillah hiyaina ilarojiun.. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita dikembalikan..

[Reply]

05.09.11 at 14:32
Posted by Han Lover 12

biarpun da 8bln arwah g tinggalkn smua didunia ni..lakonan arwah berkesan diiingat peminatnya jgk sy bkn peminat p cuma suka tgk drama2 lakonan arwah..salam takziah dr sy di Singapura..smoga rohnya dicucuri rahmat.Amin..Al-Fatehah buat arwah Faizal yusof

[Reply]

14.05.12 at 23:19
Posted by Hanif

al-fatihah…moga roh di cucuri rahmat

[Reply]

05.06.12 at 09:06
Posted by Faizal yusof | Michaelcramton

[...] Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia | profhariz.com1 Jan 2011 … Faizal Yusof/Yusuf, bekas suami siti nordiana disahkan telah meninggal dunia. [...]








Hariz