Panduan Solat Tarawih Amalan Sepanjang Ramadhan | profhariz.com

Panduan Solat Tarawih Amalan Sepanjang Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan!

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Iaitu Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka. Solat Sunat Tarawih merupakan Amalan di Bulan Ramadhan yang sangat dituntut(sunat muakkad) bagi orang-orang islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadah puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya.

grey Panduan Solat Tarawih Amalan Sepanjang Ramadhan

Panduan Solat Tarawih

Bagi yang mengerjakan ibadah puasa tapi tidak mengerjakan Solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan Solat Sunat Tarawih

Pengertian Solat Sunat Tarawih

Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirehat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih, sebelum disambung semula.

Qiamu Ramadhan

Solat Tarawih juga disebut dengan Qiamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan selepas umat Islam mengerjakan solat fardhu isyak dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam.

Dalil Solat Sunat Tarawih

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih

grey Panduan Solat Tarawih Amalan Sepanjang Ramadhan

Niat Solat Tarawih

“Ushalli sunnatat taraawiihi rak’ataini (ma’muman/imaaman) lillahi ta’aalaa”

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

 

Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih

ProfHariz : Semoga Panduan Solat Tarawih Amalan Sepanjang Ramadhan ini dapat membantu anda semua untuk mengerjakan Amalan di Bulan Ramadhan

Posted on 31 July '11 by , under Islam.


 Banner

15 Comments to “Panduan Solat Tarawih Amalan Sepanjang Ramadhan”

31.07.11 at 15:58
Posted by matun

info yg bagos..

[Reply]

Hariz Reply:

Semoga bermanfaat untuk anda :)

[Reply]

31.07.11 at 17:53
Posted by wazy

salam
terima kasih di atas perkongsian ini bro

[Reply]

Hariz Reply:

Semoga bro dapat buat rujukan mengenai solat tarawih :)

[Reply]

31.07.11 at 17:55
Posted by afiq aiman

wow siap ada slide lg. terima kasih untuk info sepanjang zaman ni hehe

[Reply]

Hariz Reply:

Ekekeke.. Semoga memudahkan para pembaca weblog profhariz.com jangan lupa erkk malam nie solat tarawih kalau esok puasa :P

[Reply]

31.07.11 at 19:51
Posted by ahmad kamil

Selamat menyambut bulanRamadhan bro n selamat menunaikan ibadah puasa.

Thanks for the info. =)

[Reply]

Hariz Reply:

Selamat menjalani ibadah puasa buat saudara ahmad.. Semoga info yang bermanfaat buat saudara :)

[Reply]

01.08.11 at 17:26
Posted by yaya

terima kasih byk2

[Reply]

06.08.11 at 00:11
Posted by Abu Idris

arrayah.info – Arahan Khalifah Laksanakan Solat Tarawih secara Berjemaah

[Reply]

09.08.11 at 06:01
Posted by Riko

Bagus2..

[Reply]

20.09.11 at 14:20
Posted by terapi imam muda

khasiat madu

1: Untuk hafalan & ingatan.
2: Untuk membuang balgham dari tubuh.
3: Untuk bekalan tenaga.

khasiat madu yang boleh diperolehi dari madu sidir hadrami:
1 sudu madu sidir hadrami lebih baik dari 100 sudu madu terbaik malaysia…(khasiat madu)
Ianya mampu mengeluarkan/membersihkan segala kekotoran yang ada dalam darah
Ianya mampu menyerap lembapan dalam badan
Memberi tenaga dalam darah
Membersihkan perut
Membuang angin
Membaiki sel-sel yang rosak
Memelihara dalaman wanita
Memelihara kesihatan lelaki
khasiat madu juga dapat menjaga sistem dalaman badan manusia dengan:
Memanaskan badan
Melancarkan perjalanan darah
Mengimbangkan diet badan
Menguatkan tenaga dalaman
Meningkatkan kecergasan dan daya ingatan serta hafalan anak-anak
Melawaskan usus
khasiat madu juga diakui madu natural terbaik di dunia, memenuhi segala nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda untuk…
Sumber tenaga, menambah stamina spontan
Melancarkan darah
Meningkatkan semangat & prestasi seksual
Melancarkan sistem pencernaan
Mengubati luka-luka (lihat gambar dibawah)
Meningkatkan metabolisme tubuh
Meningkatkan kecerdasan minda, hafalan dan selera anak
Nutrien lengkap ibu hamil
dan lain-lain…

[Reply]

[...] Melihat Anak Bulan Ramadhan 2012. Agak-agak korang sabtu ke jumaat? Kalau jumaat jangan lupa Cara dan Panduan Solat Tarawih. Niat Puasa [...]

19.07.12 at 20:42
Posted by muazfaris

gua datang sini.. smart entri nih..

[Reply]

Hariz Reply:

Smart ? Kasi backlink bro :)

[Reply]








Hariz