Maal Hijrah 1432H : Peristiwa Penting Dalam Muharram

Bismillahirohmanirohim… Assalamualaikum,

Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Maal HijrahSumber Gambar : klgreetings.com

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan‘ atau ‘dipantang‘, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (AlBaqarah: 91).  Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Roh Maal Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.

Perpindahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a dari kota Mekah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari Mekah ke Habsyah, merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

IKLAN : Pretty awesome promo from CelcomExec for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800!

Peristiwa Penting Dalam Muharram

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Di samping itu pada 10 Muharam sahaja telah berlaku beberapa peristiwa :

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.

Sumber : Hikmah.azhad.com

Doa Akhir Tahun Hijrah

Maal Hijrah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Doa Awal Tahun Hijrah

Maal Hijrah

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini,Syaitan berkata :

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Sumber : Cikmin.com


Salam Maal Hijrah 1432H buat semua pembaca-pembaca profhariz.com.. Dengan masuknya Tahun Baru 1432H pada esok 06 Disember 2010 bersamaan dengan 1 Muharram 1432H bulan pertama dalam tahun islam.

Semoga ada satu penghijrahan yang besar dalam diri kita, keluarga kita serta masyarakat pada tahun baru, bulan baru dan hari baru pada 1432 Hijrah ini.. InsyaAllah..

Saya profhariz.com berdoa semoga kita sama-sama senantiasa beroleh keberkatan dalam hidup dan rezeki, rahmat, keredhaan dan hidayah Allah hendaknya… Allahumma Aameen!

ProfHariz : TAHUN BARU AZAM BARU… TAHUN BARU SEMANGAT BARU… JANGAN LUPA TAMBAH ILMU… SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KALIAN SETIAP WAKTU..

Comments

  1. says

    salam maal hijrah..
    just nak ingatkan, hati2 dengan fadhilat bacaan doa akhir tahun yg dikatakan bid’ah..tidak dijamin bahawa semua dosa yg lepas diampunkan Allah dgn hanya berdoa akhir tahun..

  2. says

    thanks good info!!! sgt bermanfaat byk lg xtau rupanye.btw,salam Maal Hijrah!! jemput jguk blog izee yer..
    tweet2 tgur2 la ek @Lovely_Izee is me ~~ngehee =)

Trackbacks

Komen Pembaca

Your email address will not be published. Required fields are marked *