Hidup Perlu Belajar Dari Kekecewaan Baru Berjaya ?

Dalam kehidupan pasti semua manusia tidak pernah lari daripada rasa Kecewa. Kecewa dalam percintaan, kecewa dalam persahabatan, kecewa dalam perniagaan, kecewa dalam pertandingan dan pelbagai lagi punca atas berlakunya kecewa. PH taknak labelkan apakah kekecewaan yang dialami oleh diri ini, tetapi percayalah kekecewaan yang dihadapi sekarang ini sangat luar biasa membuatkan diri PH sangat down dan terasa hidup ini sudah tiada nilai, apakah ibadat aku, niat aku, nazar aku, doa aku, sujud aku, dan usaha aku Dia tidak nampak? tidak terima? :”(

KECEWA

Percaya atau tidak, andai diri kamu segagah perwiranya lelaki, sekuat ibu yang mengandungkan anak sembilan bulan dan melahirkannya. Apabila sudah tersungkur ke lembah kekecewaan pasti sukar untuk survive diri bagaimana untuk bangun semula. Terasa seolah-olah apa yang diusahakan, apa yang diDOAkan dan apa yang diNAZARkan lillahi ta’ala seperti tiada nilai disisiNYA. Kekecewaan yang dihadapi ini terasa amat berat. Mungkin sebelum ini PH tidak pernah merasa kekecewaan yang melampau apabila kita usaha,nazar,doa dan tawakkal hasilnya adalah ZERO. Apakah ini baru permulaan untuk PH merasa kecewa dalam hidup ? atau untuk lebih matang dalam 2013.

Bersyukur Apabila Dilanda Kecewa

Apabila setiap insan dilanda rasa kecewa yang amat kuat pasti akan ada insan disekeliling kita yang cuba untuk menenangkan kita. “Sabar itu ujian daripada Allah“, “Sabar, hidup perlu yakin pada Allah“, sabar, sabar, sabar. Tapi bagaimana untuk kita sabar? Jika nak sabar pun tak boleh apatah lagi untuk bersyukur ? Mari kita renungkan semula, dimana kita berpijak dan hidup? Di dunia bukan ? Tahukah bahawa di dunia ini tidak akan mungkin yang ada itu adalah sempurna. Apatah lagi kesempurnaan dari ego, permohonaan, permintaan dan hajat kita. Pasti semua itu tidak akan tercapai dan terlaksana seluruhnya kerana DUNIA ADALAH TIDAK SEMPURNA.

Dan sedarkah bahawa selalunya rasa kecewa itu datangnya dari kesilapan daripada diri kita sendiri, kita yang pilih untuk merasa kecewa iaitu meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada makhluk ! Tup tap tup tap, kecewa. Tetapi cuba tanya pada diri, Dimanakah kedudukan Allah ketika itu ? Mungkin ada atau mungkin tidak. Setiap hari kita menyebut asmaNya yang amat agung, tetapi mengapa kita lupa akan kekuasaanNya ? Bukankah kekuasaan Allah kita tidak boleh pertikaikan? persoalkan? Bukankah Allah yang menciptakan kita? Dan Sudah pasti DIA lebih faham dengan apa yang telah diciptakanNya. Allah pasti ada perancangan yang jauh lebih baik dibandingkan dengan keinginan dan harapan kita.

Sahabat, belajarlah untuk bersyukur apabila dilanda ujian iaitu rasa kecewa kerana dari situ kita sedang diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Dalam erti lain, kita sedang berada dalam perhatianNya. Siapa kita nak ada dalam perhatianNya? Masih tidak mahu bersyukur? Allah. Allah. Allah. Mungkin hikmah daripada dilanda kecewa ini Dia mahu kita sedar tentang kesilapan dan kelalainya kita sebagai hambaNYA. Mungkin kita terlupa, bahawa yang berlaku segalanya atas izinNya dan sebagai peringatan bahawa BUKAN SEMUA YANG KITA IDAMKAN AKAN MENJADI IDAMAN KITA. Ada perbezaan antara kehendak dan juga keperluan, mungkin IMPIAN KITA ITU ADALAH KEHENDAK KITA SAHAJA BUKAN KEPERLUAAN. Siapa tahu ?

Sekarang mari PH mahu mengajak pembaca-pembaca yang mungkin dilanda kecewa yang sama seperti PH alami disaat ini atau kekecewaan anda yang lebih hebat tak kisah. Biarlah kita berhenti sejenak dan merenung masa silam sebagai pengajaran dan hiduplah pada masa sekarang ! bukan pada masa lalu ! Kita tidak perlu menilik-nilik apa yang akan terjadi pada masa depan. Ingat ! USAH TERLALU TERUJA (EXCITED) UNTUK MEMILIKI SESUATU YANG BELUM TENTU TERBAIK BUAT DIRI KITA KERANA KITA BUKAN SIAPA-SIAPA. Dia sudah nukilkan yang terbaik untuk perjalanan hidup kita. Yang tinggal hanya kita untuk memilih jalanNya.

Mengubati Hati Yang Kecewa

Sahabat PH. Hati yang kecewa, hati yang menderita, biarlah Allah sahaja yang mengubatiNya. Mari kita titipkan di dalam doa dan rintihan kepada Allah, samaada di dalam solat 5 waktu atau di dalam tahajud.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri dan hati aku ini Ya Allah. Aku bersyukur Ya Allah diatas ujian Mu Ya Allah. Aku bermohon rawati dan belailah hatiku yang gundah & kecewa ini dengan CINTA & kasih sayangMU Ya Allah. Anugerahkanlah kekuatan kepadaku untuk terus istiqamah dalam beribadah dan mendekatiMu agar di saat aku diuji dengan kesenangan, aku tidak sekali-kali akan melupakan-Mu”.

Terkadang kekecewaan menghadirkan kekosongan dalam jiwa. Dan proses pengosongan memanglah sangat menyakitkan. Tetapi, bukankah tanpa pengosongan tidak akan ada pengisian?

Kita kecewa bukan bererti Allah tidak sayang, tetapi pada hakikatnya Allah Duga Tanda Allah Sayang, Allah sudah menyiapkan ganti yang lebih berharga dibandingkan keinginan yang kita idam-idamkan dan tidak pernah terdetik di fikiran kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah PERCAYA DAN YAKIN ! Semoga kita termasuk didalam kalangan hamba yang bersangka baik kepadaNYA, yang maha menetapkan takdir dengan terbaik dan cantik. Allah. Allah. Allah.

ProfHariz : Apabila Diri Dilanda Kecewa Jangan katakan kenapa aku yang kecewa? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk rasa kecewa !  Hidup Perlu Belajar Dari Kekecewaan Baru Berjaya kan ?

Comments

  1. says

    salam..
    ermm..cuba menghayati, tapi tak terjangkau
    bagaimana perasaan anda..moga tabah, ingat
    akan datang yang lebih baik dari semalam..
    percayalah (saya bersandar pengalaman)
    insyaallah :)

  2. says

    masih teragak-agak apakah punca sebenar dia. walau ape pon. cuba banyakkan istigfar.. tengang mencari ke-Esaan Tuhan.

    p/s: si pemerhati cuma mampu tuturkan perkataan sabar.

  3. says

    Kadang bila kita kecewa, kita perlu “kembali”.

    “KEMBALI PADA PETAK PERTAMA”

    Moga segala kesulitan amat dikesali dan tak akan berulang lagi ya =)

  4. says

    jangan risau, setiap yg berlaku ada hikmahnya.. jatuh bukan bererti jatuh selamanya, yg penting bagaimana kita bangun dari kejatuhan itu..

    jgn diikutkan sangat rasa kecewa tu, itu mainan syaitan tu, yg penting kita bersyukur wpun bukan perkara itu yg kita nak.. Allah lebih tahu akan segalanya…

    chaiyokk profhariz….

  5. says

    kuatkan semangat bro..jika jatuh tersungkur, perlahan-lahan bangun mengorak langkah semula untuk berdiri dan teruskan perjalan di Bumi Allah ni bro..

  6. says

    Percayalah.. setiap ujian itu baik yang pahit mahupun manis
    ada hikmahnya. Sabar + ikhlas = Kejayaan dtg

    Nice to met u Prof.. Tinggi lampai orgnya..

  7. Rosley says

    Salam saudara Hariz,

    Saya sangat bersetuju dgn entry post ini ditambah pula dgn satu doa yg saya rasa sgt elok untuk kita sama sama amalkan.
    Terima kasih saudara Hariz kerana membuka minda saya malam ini.

    Sekian,
    Travel Tips

  8. says

    betul..betul..betul..sokong sangat..dulu pernah rasa kecewa sangt sebab apa yg kita ushakn tak dapat tapi sya rasa bersyukr sngt dpt rasa perasaan kecewa tu..bkan senang nak dapat perasaan tu..^_^

  9. says

    pd pendapat saya, belajar dr pengalaman lagi cepat faham drpd sekadar mendengan pengalaman2 org lain sbb hanya kita sendiri yang tahu mcm mana nak tangani benda tu..

Trackbacks

Komen Pembaca

Your email address will not be published. Required fields are marked *