Filem Raya Tak Jadi

Raya Tak Jadi gandingan dua orang pelawok pelawak hebat iaitu Saiful Apek dan Johan Raja Lawak. Filem Raya Tak Jadi ini sudah semestinya akan membuat orang ramai geli ketiak bagi yang menonton di pawagam dengan barisan-barisan pelakon hebat Saiful Apek, Johan Raja Lawak, Dato Jalaluddin Hasan, Tengku Iedil, Wan Sharmila, Noreen Noor dan ramai lagi

Sumber : Sinemamalaysia

Filem Raya Tak Jadi bakal ditayangkan pada 15 September 2011 ini dengan durasi masa selama 93 minit. Filem Raya Tak Jadi arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen dan diterbitkan oleh Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. , Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.) Jom layan Sinopsis dan Trailer Filem Raya Tak Jadi

Sinopsis Raya Tak Jadi

Filem Raya Tak Jadi ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakal mengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib(Saiful Apek) iaitu seorang pemandu teksi.

Shuib (Saiful Apek) mempunyai seorang adik yang pekak iaitu Bob (Johan Raja Lawak). Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi. Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.

Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya.

Nak Cantik Macam Lisa Surihani dan Siti Nurhaliza Jom Tengok Rahsia #OlayTotalEffects

Trailer Filem Raya Tak Jadi

Update : Download Raya Tak Jadi 2011 DVDRip Full Movie

ProfHariz : Raya Tak Jadi ? Apa-Apa Pun 2011 Raya Sudah Jadi Bro.. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011/1432H

Comments

  1. antimovie prof razak mohaideen says

    ala,..cite prof ni mne bes….msti ade sound effect yg mgrut,..mcm bdk2…pstu wt lawak main tonyeh2 kple,…bhsa yg dgunakan msti bhse penang…x byk pn msti sdkit ade bhse tu…

  2. opocot troot says

    salam,
    saya musykil la..tayangan nya bila sebenarnya?
    kt poster muvee tulis 15hb..saudara tulis 22hb..
    cer cte..

    =)

Trackbacks

Komen Pembaca

Your email address will not be published. Required fields are marked *