Ella Bernikah 7 Julai 2012 | profhariz.com

Ella Bernikah 7 Julai 2012

Ella Bernikah 7 Julai 2012 – Rasanya sudah lama PH tak update entri mengenai Artis di Malaysia ini. Dan pada kali ini, PH terpanggil-panggil untuk berkongsi dengan pembaca PH mengenai Pernikahan Ratu Rock Malaysia iaitu Ella bakal bernikah pada 7 Julai 2012.

grey Ella Bernikah 7 Julai 2012

Ella Bernikah 7 Julai Sebelum itu mari kita tahu nama sebenarnya Norzila Aminuddin sudah mengesahkan bahawa beliau akan bernikah dengan seorang Juruterbang syarikat penerbangan komuniti, Firefly di kediaman keluarganya di Klang, Selangor. Bukan calang-calang juga cik Suami Ella ni ye.

Gambar Bakar Suami Ella

Sebenarnya Ella ni merupakan salah seorang artis kegemaran PH. PH cukup meminati Ella sejak di bangku sekolah rendah. Masa tu lagu Ku Tahu Kau Rindu. Korang pun mesti ramai yang minat Ella kan? Ella yang kini sudah berusia 46 tahun dan akan bernikah dengan suami berumur 30 tahun. Betul ke? Takpe Umur bukan ukuran kan yang penting kita doakan Semoga Ella Bahagia bersama abang pilot.

grey Ella Bernikah 7 Julai 2012

Gambar Suami Ella

grey Ella Bernikah 7 Julai 2012

Gambar Suami Ella

Amacam serasi tak? ha, itulah Bakal Suami Ella bernama Azhar Ghazali Caption bekerja sebagai juruterbang beb di sebuah syarikat penerbangan komuniti Firefly. Dan apa yang difahamkan Suami Ella ini berasal daripada Muar, Johor. Ada orang muar yang kenal ?

Dengar-dengar juga pihak lelaki bersetuju untuk memberikan RM50,000 sebagai wang hantaran berserta 7 dulang berbalas 9 dulang hantaran. Tapi korang jangan lupa Majlis persandingan Ella dan Azhar dijangka akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember depan.

PH doakan semoga semuanya Majlis Pernikahan Ella selamat dan berjalan dengan Lancar. InsyaAllah PH akan update Gambar Pernikahan Ella dengan Azhar Ghazali esok.

Posted on 6 July '12 by , under Hiburan.


 Banner

10 Comments to “Ella Bernikah 7 Julai 2012”

06.07.12 at 19:10
Posted by Jebeng Otai™

tahniah kepada ella :)

[Reply]

06.07.12 at 22:49
Posted by eiela

tahniah ella, sampai jugak jodohnya.

[Reply]

06.07.12 at 23:55
Posted by tehr

semoga mereka berdua kekal bahagia selamanya

[Reply]

07.07.12 at 06:45
Posted by cik tom

pergh 50k… semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

[Reply]

07.07.12 at 11:31
Posted by cikgu naman

kalau kahwin esok , sama macam birthday saya..hehe

[Reply]

07.07.12 at 19:16
Posted by papa mifz

kahwin jugak ratu rock malaysia nih kan..alhamdulillah…

[Reply]

07.07.12 at 21:55
Posted by Dulu Lain Sekarang Lain

Ok Kak Ella, selamat berkahwin. Itu lah jadinya “Bila Dua Insan Bercinta”…. so “jaga lah diri jagalah diri mu selalu”… :D

[Reply]

08.07.12 at 13:40
Posted by Ummi Hanie

tahniah ella n suami…

semuda-muda suami ella, mude lagi saya… ahakss.. :p

[Reply]

09.07.12 at 00:47
Posted by eddie

kawin jugak akhirnya ratu rock kita nie

[Reply]

09.07.12 at 01:46
Posted by chii

lepas ni giliran sape pula kan

[Reply]








Hariz